You are on page 1of 7

(PENDAHULUAN)

Syair :
Inilah kisah di Kota Madyan
Penduduknya hidup penuh kemewahan
Nabi Syuib Allah utuskan
Membawa penduduk kembali beriman


Yang dimuliakan..
Tuan Pengerusi yang petah berbicara
Panel hakim yang arif lagi bijaksana
Penjaga masa yang sentiasa siap siaga
Seterusnya
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah semua.

Pantun :

Nabi Syuaib dengan kaumnya
Itulah dia tajuk ceria
Buat tatapan sahabat semua
Ambillah pedoman hayati bersama











(ISI PERTAMA)
Kawan-kawan.....masih ingat lagi atau tidak Nabi Syuaib alaihissalam Rasul yang
ke berapa?
Ya Kawan-kawan.... bijak (2x)
Nabi Syuaib (a.s) adalah Rasul yang ke tiga belas daripada dua puluh lima Rasul.
Baginda merupakan putera Shoefar, salah seorang putera keturunan Nabi Ibrahim
alaihissalam. Ibunya pula adalah puteri Nabi Luth alaihissalam. Baginda tinggal
di Kota Madyan, Yordania. Baginda (a.s) diutuskan oleh Allah (s.w.t) untuk
berdakwah kepada kaumnya yang dikenali sebagai kaum Madyan. Firman Allah
(s.w.t) di dalam ayat al-Quran, surah Huud, ayat 84:

Maksudnya:
Dan kepada penduduk Madyan (Kami utus)
saudara mereka, Syuaib
Begini ceritanya kawan-kawan...

Kaum Madyan telah lama meninggalkan ajaran nabi-nabi terdahulu.
Setiap hari, mereka menyembah berhala dan berdoa supaya diberi kekayaan dan
kesenangan.

Oh Tuhanku, berikanlah aku kekayaan dan kesenangan (3x)

Nabi Syuaib (a.s) menyeru kepada kaumnya:

Hai kaumku, sembahlah Allah, sesungguhnya
tidak ada tuhan lain selain Dia

Melihat kepada situasi hari ini juga, masih ada masyarakat Islam yang mempercayai
kepada perkara khurafat dan tahyul. Contohnya seperti menggunakan perantaraan
jin di dalam perubatan tradisional.

Pengajarannya, sebagai umat Islam wajib kepada kita hanya menyembah Allah
(s.w.t) dan beriman kepada-Nya
(ISI KEDUA)

Rakan-rakan sekelian......
Kehidupan kaum Madyan penuh dengan kemungkaran. Mereka bermuamalah buruk
dengan manusia, menipu dalam melakukan jual beli dan mengurangi takaran dan
timbangan. Kekayaan yang mereka perolehi adalah hasil daripada penipuan dalam
perniagaan.
Hahaha....dapat banyak untung hari ini. Senang saja aku menipu mereka. Dengan
keuntungan yang aku dapat semakin hari aku menjadi semakin kaya...Hahahaha.
Mendengarkan itu, lantas Nabi Syuaib (a.s) menyeru kaumnya sepertimana yang
dirakamkan di dalam surah Hud ayat 85:

Maksudnya:
Wahai kaumku, penuhilah
takaran dan timbangan dengan
adil

Ha....Kawan-kawan.....
Dunia hari ini, Amalan penipuan dalam perniagaan menjadi satu kebiasaan demi
mencapai keuntungan yang berlipat ganda. Contohnya seperti amalan skim cepat
kaya. Ini mengakibatkan golongan kaya menjadi semakin kaya. Manakala golongan
yang miskin pula semakin lemah dan menderita.

Sebagai pengajarannya kawan-kawan...
Seorang muslim tidak seharusnya membudayakan amalan menipu di dalam apa jua
perbuatan kerana amalan menipu merupakan amalan yang amat dilaknat oleh Allah
(s.w.t).

(ISI KETIGA)
Kawan-kawan...
Berbalik kepada cerita tadi, Nabi Syuaib terus berdakwah kepada kaumnya....
Pantun :
Nabi Syuaib tidakputus asa
Namun kaumnya tidak menerima
Baginda diejek dan dihina pula
Diancam bunuh oleh kaumnya
Kita bunuh saja si keparat itu...ya...kita bunuh saja...baru dia tahu siapa
kita.....hahaha
Tapi kawan-kawan...
Ancaman bunuh itu tidak sedikit pun menggugat kesabaran Nabi syuaib, malah
baginda semakin giat berdakwah kepada kaumnya.
Sabda rasulullah (s.a.w) di dalam sepotong hadis riwayat Ahmad yang bermaksud:
Orang yang bahagia ialah orang yang dijauhkan
dari fitnah-fitnah dan orang yang apabila terkena
ujian dan cubaan, dia bersabar
(H.R Ahmad)
Nasyid :
Sabar pasti diberi ganjaran
Berpandulah sunnah RasulNya
Kawan-kawan...
Realiti hari ini, rancangan islamik dan para daie itu sendiri banyak mendapat cercaan
dan penghinaan daripada masyarakat. Contoh yang paling jelas ialah Ustaz Kazim
Elias yang difitnah cuba mengejar jawatan melalui dakwah yang dilakukannya.

Pengajarannya di sini, sebagai orang yang beriman, kita hendaklah sentiasa
bersabar dalam apa jua keadaan terutamanya ketika menyebarkan dakwah.
(ISI KEEMPAT)
Kawan-kawan....
Apa agaknya yang jadi pada kaum Madyan selepas itu ye???
Ya kawan-kawan...
Nabi Syuaib kemudiannya mendapati hati kaumnya sudah tertutup rapat dan tiada
harapan lagi untuk menerima agama Allah. Lalu, Baginda berdoa agar kaumnya
dibinasakan oleh Allah. Firman Allah (swt) di dalam surah al-Aaraf ayat 91:


Maksudnya:
Kemudian mereka ditimpa gempa
bumi, maka jadilah mereka mayat-
mayat yang bergelimpangan di
dalam runtuhan rumah mereka.
Pengajarannya di sini, benarlah hukum tuhan itu tetap ada. Bala yang menimpa
kaum Madyan jelas menunjukkan bahawa sesungguhnya kebaikan pasti akan
dibalas dengan kebaikan manakala kejahatan pula pastinya akan dibalas dengan
kejahatan juga.








(ISI KELIMA)
Kawan-kawan nak tau tak?
Sebelum kaum Madyan diturunkan azab, Nabi Syuaib dan pengikutnya telah
berpindah ke kota lain. Penduduk di kota itu juga turut mendustakan Allah (swt)
seperti penduduk Madyan.Mereka juga menolak dakwah nabi Syuaib.
Ha ! Agak-agak apa terjadi selepas itu ya?
Nasyid:
Panas terik kering dahaga,
Awan hitam ada di udara,
Sangkanya hujan datang menjelma,
Rupanya azab menimpa mereka

Ia sebagaimana firman Allah (swt) dalam surah As-Syuara ayat 189 :

Maksudnya:
Kemudian merekamendustakannya (Syuaib),
lalu mereka ditimpa azab pada hari yang gelap.
Lihat negara kita hari ini, kemarau berpanjangan, asap jerebu di mana-mana, krisis
air semakin kritikal. Semua itu peringatan Allah kepada kita supaya kita sentiasa
mengingatiNya dan tidak terus leka dengan godaan dunia.





(PENUTUP)
Kawan-kawan....
Sebagai pengakhiran kisah ini, riwayat hidup Nabi Syuaib tamat di Mekah.
Kewafatannya meninggalkan banyak jasa kepada kita.
Nasyid:
Kisahnya Syuaib kisah yang terpuji,
Kisah yang dapat menghidup hati,
Amal baiknya diangkat tinggi,
Agar menjadi contoh insani.

Sekian wassalamualaikum warhamatullahiwabaraktuh.

You might also like