You are on page 1of 25

PENGHARGAAN

Salam sejahtera dan salam perpaduan. Kami merafakkan sepenuh kesyukuran


kepada tuhan dengan kurnianya, kami dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus
berasaskan ilmu ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan
kepada Puan Rosmah Bin Ramli, Pensyarah Matematik, di atas kesudian beliau
memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang
proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu berdasarkan satu
dokumen kajian yang merangkumi pengumpulan data mempersembah dan
menginterprestasi data dapat rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar
dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan
mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu
pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap
sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang matematik.
Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi
peradaban zaman yang begitu hebat. Pada masa yang sama, mereka bukan sahaja
aktif dalam pendididkan malah mereka juga aktif dalam bidang lain. Sebelum kami
mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan
dan selamat beramal.
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya
racun.Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"






PENGENALAN
Statistik didefinisikan sebagai sains yang berurusan dengan pungutan, analisis,
tafsiran dan persembahan data numerik. Statistik juga merupakan satu cabang
matematik, dan banyak daripada sains statistik berdasarkan kepada pemikiran
matematik, dan terbitannya. Banyak daripada bidang-bidang akademik, termasuk
perniagaan, menawarkan kursus statistik di dalam disiplinnya. Walau bagaimanapun,
statistik telah menjadi satu bidang pengajian di dalam bidangnya. Manusia kerapkali
menggunakan perkataan statistik dengan merujuk kepada kumpulan data. Sebagai
contoh, mereka mungkin berkata mereka memungut statistik dari operasi perniagaan
mereka. Apa yang mereka rujukkan adalah mengukur kenyataan dan angka.
Pernyataan statistik adalah digunakan sekurang-kurangnya di dalam dua cara
yang penting. Pertama, statistik boleh merupakan pengukuran perihalan yang dikira
daripada sampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi.
Penggunaan ini akan dibincangkan kemudian. Kedua, statistik merupakan taburan
yang digunakan di dalam analisis data. Sebagai contoh, penyelidik menggunakan
taburan untuk menganalisis data yang akan merujuk kepada statistik di dalam
menganalisis data.
Data merupakan kumpulan data ialah kumpulan fakta atau maklumat mengenai
sesuatu perkara. Data berangka boleh diperoleh secara membilang, mengukur atau
menyukat. Data boleh diwakilkan dalam pelbagai jenis. Ia adalah seperti graf palang
mengufuk, graf palang mencancang, carta pai, pikrograf, graf garis, histogram dan
sebagainya.
Graf palang merupakan suatu perwakilan data yang menggunakan jalur
mencancang atau mengufuk. Graf palang berpasangan juga digunakan untuk
membandingkan dua data. Lebar jalur dalam graf palang adalah sama dan tinggi atau
panjangnya bergantung kepada kekerapan maklumat yang diberi.
Graf garis biasanya digunakan untuk mewakili data yang dikumpulkan dalam
satu angka masa. Tempoh masa biasanya ditunjukkan pada paksi mengufuk.
Seterusnya, carta pai ialah perwakilan data dengan menggunakan sektor-sektor dalam
sebuah bulatan. Sudut-sudut sektor itu berkadaran dengan jumlah data yang diwakili.
Di samping itu, piktograf juga mewakilkan data tertentu. Piktograf ialah suatu
penggambaran data dengan menggunakan lambang tertentu untuk mewakilkan
kekerapan bagi perkara tertentu.
Dalam pembinaan piktograf tajuk dan petunjuk harus disertakan. Petunjuk
menunjukkan nombor atau kuantiti yang diwakili oleh setiap lambang. Di samping itu,
histogram juga merupakan dikenali sebagai perwakilan data. Histogram bagi selang
kelas sama, mewakili kekerapan setiap kelas dengan segi empat tepat yang lebarnya
sama dan tingginya berkadaran dengan kekerapan.
Untuk kami menggunakan pengetahuan terhadap pengumpulan data,
mempersembah dan menginterprestasi data dalam bentuk visual untuk mewakilkan
situasi harian, kami telah diarahkan untuk melaksanakan sebuah kajian.
Kumpulan kami telah membuat kajian terhadap jam tangan yang digunakan oleh
guru pelatih 3PPISMP di IPG Kampus Tuanku Bainun terutamanya kelas Pengajian
Tamil dan Pra sekolah. Kami telah mengkaji 5 ciri yang utama berkaitan dengan jam
tangan iaitu jenama jam tangan, tempat pembuatanya, jaminan terhadap jam tangan ,
warna jam tanagan dan harga jam tangan. Setelah, menyoal selidik 30 orang dari
kumpulan 3PPISMP PT dan Pra sekolah, kami menyediakan laporan ini.








OBJEKTIF KAJIAN
Mengkaji jenama jam tangan yang digunakan oleh guru pelatih 3PPISMP di IPG
KTB
Menyoal selidik tempat pembuatan jam tangan yang digunakan oleh guru pelatih
3PPISMP di IPG KTB
Mengkaji tentang jaminan yang diberikan kepada jam tangan yang digunakan
oleh guru pelatih di IPG KTB
Menyoal selidik harga jam tangan yang digunakan oleh guru pelatih 3PPISMP di
IPG KTB
Mengkaji warna jam tangan yang digunakan oleh guru pelatih 3PPISMP di IPG
KTB

KAEDAH KAJIAN
Kami telah menggunakan kaedah soal selidik terhadap kajian ini untuk
mendapatkan maklumat terhadapnya. Kaedah soal selidik diguna untuk
memperoleh data serta maklumat daripada guru pelatih 3PPISMP di
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Seramai 30 responden
telah diberi borang soal selidik dan dapatan daripada soal selidik tersebut
telah dikumpul dan dianalisis.

HASIL KAJIAN PERBINCANGAN

Kami membuat kajian atas tajuk jam tangan yang digunakan oleh guru
pelatih dari kursus 3PPISMP di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku
Bainun. Kami telah membuat kajian ke atas 5 ciri utama iaitu jenama jam
tangan, harga jam tangan, tempat pembuatanya, jaminan yang diberi
kepada jam tangan dan warna jam tangan.



CIRI 1 : GRAF PALANG MENCANCANG (JENAMA)
Jadual dibawah menunjukkan jenama jam tangan yang digunakan oleh guru pelatih 3
PPISMP kelas PT dan Pra Sekolah di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.
JENAMA GUNDAL KEKERAPAN
QUARTZ I I I I I I I I I I 12
ALBA I I 2
CASIO I I I I 4
RADIO I I I 3
SPIRIT I I I I 4
ADIDAS I I I I 5

Jadual 1.0 : Jenama jam tangan
J USTIFIKASI
Jadual diatas menunjukkan data yang dikumpul bagi jenama jam tangan yang
digunakkan oleh guru pelatih 3 PPISMP. Merujuk kepada jadual kekerapan di atas, graf
palang adalah statistik yang paling sesuai untuk menterjemahkan data dengan jelas.
Semasa data dikumpul kami mendapati enam jenis jenama jam tangan yang
digunakkan oleh guru-guru pelatih. Selain itu, bilangan juga tidak sama dengan semua
jenama. Oleh itu, untuk data ini kami telah memilih jalur mencancang. Jalur
mencancang ini menunjukkan lebar yang sama serta tinggi atau panjangnya
bergantung kepada kekerapan maklumat yang dinyatakan di atas. Di samping itu, graf
palang mencancang juga akan menunjukkan gambaran yang teliti terhadap data
tersebut. Pada masa yang sama, graf palang mencancang juga menunjukkan skala
yang betul.
GRAF PALANG MENCANCANG

RAJAH 1.0 : Jenama jam tangan
ANALISIS DATA:
Graf palang mencancang ini mewakili jadual kekerapan yang ditunjukkan di atas. Kami
telah menyoal selidik terhadap jenama jam tangan yang digunakan oleh seramai 30
responden iaitu guru pelatih di IPG Kampus Tuanku Bainun. Menurut graf di atas ia
menunjukkan bahawa seramai 12 orang guru pelatih menggunakan jam tangan yang
berjenama Quartz. Angka ini merupakan kadar yang tertinggi ataupun mod bagi graf di
atas. Jenama Adidas telah merupakan tempat kedua dalam graf ini. Jenama jam
tangan ini telah digunakan oleh seramai 5 orang guru pelatih. Seterusnya, dengan
bilangan 4 orang guru pelatih jam tangan berjenam Casio telah menduduki tempat
ketiga dalam graf di atas. Sehubungan dengan itu, graf diatas juga turut menunjukkan
jam tangan berjenama Radio telah digunakan oleh seramai 3 orang guru pelatih di
Kampus ini. Di samping itu, berbanding dengan jenama Quartz, jenama jam tangan
yang paling kurang digunakan oleh guru pelatih ialah Alba. Jam tangan berjenama Alba
digunakan oleh 2 orang guru pelatih sahaja. Hal ini demikian, graf palang mencancang
0
2
4
6
8
10
12
14
Quartz Alba Casio Radio Spirit Adidas
B
i
l
a
n
g
a
n

Jenama
Jenama Jam Tangan
Jenama Jam Tangan
di atas dapat menggambarkan jenama jam tangan yang digunakan oleh guru pelatih di
kampus ini dengan kadaran yang tepat dan teliti.



















CIRI 2: CARTA PAI (TEMPAT)
Jadual dibawah menunjukkan kekerapan bagi tempat pembuatan jam tangan yang
digunakkan oleh guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun.
TEMPAT PEMBUATAN GUNDAL KEKERAPAN
JEPUN I I I I I I I I 10
SWITZERLAND I I I I I I 7
CHINA I I I I I I I I I I I 13

Jadual 2.0 : Tempat pembuatan jam tangan
J USTIFIKASI :
Kami menggunakan carta pai untuk mengambarkan data tentang tempat
pembuatan jam tangan yang digunakan oleh guru pelatih. Kami memilih carta pai
kerana, carta pai sesuai untuk data diatas serta ia juga mudah difahami. Data yang
dikumpulkan juga menjelaskan bahawa bilangan tempat pembuatan adalah
kurang.Carta pai ini juga mewakili data dalam bentuk sektor dalam bulatan. Sudut-sudut
sektor itu berkadaran dengan jumlah data yang diwakili. Dengan mengira sudut kita
dapat mencari bilangannya dengan betul dan tepat.







CARTA PAI

Rajah 2.0: Tempat pembuatan jam tangan

PENGIRAAN
Jepun = 10 buah jam tangan China = 13 buah jam tangan
( 1030 ) X 360 = 120 ( 1330) X 360 = 156
(120 360) x 100 = 34% ( 156 360 ) x 100 = 42%

Swizwerland = 7 buah jam tangan
( 730 ) x 360 = 84
( 84 360 ) x 100 = 24%

120

34%
84

24%
42%

156
PIE CHART
120 84 156

ANALISIS DATA :
Cartai pai di atas menunjukkan tiga buah tempat pembuatan jam tangan yang
digunakkan oleh guru pelatih. Negara negara yang terlibat dalam carta pai di atas
ialah Jepun, Swizerland, dan China. Merujuk kepada carta pai di atas 120
menunjukkan sudut bagi negara Jepun. Rajah tersebut juga turut menunjukkan peratus
terhadap sudutnya iaitu sebanyak 34%. Dari jadual yang dinyatakan di atas kita dapat
mengetahui iaitu seramai 10 guru pelatih menggunakan jam tangan yang dibuat dari
negara Jepun. Seterusnya,dalam rajah diatas sebanyak 156 mewakili negara China.
Peratusnya adalah sebanyak 42% serta bilangan guru pelatih yang menggunakan jam
tangan yang dibuat dari negara China ialah seramai 13 orang. Angka ini merupakan
angka yang tertinggi dalam carta pai di atas. Ini menunjukkan bahawa majoriti jam
tangan yang digunakan oleh guru pelatih telah disediakan di negara China. Di samping
itu, sudut terakhir iaitu sebanyak 42 menunjukkan kadar terhadap negara Switzerland.
Seramai 7 orang guru pelatih menggunakan jam tangan yang telah dibuat dari negara
Switzerland. Dalam rajah tersebut juga turut menunjukkan peratusnya sebanyak 24%.
Ini juga menggambarkan bilangan jam tangan yang paling rendah digunakan oleh guru
pelatih dibuat dari negara Switzerland.








CIRI 3 : PIKTOGRAF (JAMINAN)
Jadual dibawah menunjukkan kekerapan bagi jaminan terhadap jam tangan yang
digunakkan oleh guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun.
JAMINAN GUNDAL KEKERAPAN
6 BULAN I I I I I I I I I I I 13
12 BULAN I I I I I I I I I I 12
24 BULAN I I I I 5

Jadual 3.0: Jaminan jam tangan
J USTIFIKASI :
Kami memilih piktograf untuk mewakili jadual di atas. Piktograf menjadi pilihan
terbaik untuk mengaplikasikan dan mempersembahkan data ini. Piktograf merupakan
suatu pengambaran data dengan menggunakan lambang tertentu untuk mewakilkan
kekerapan bagi perkara tertentu. Petunjuk yang terdapat dalam piktograf menunjukkan
nombor atau kuantiti yang diwakili oleh setiap lambang. Dengan menggunakan kaedah
ini kita mudah dapat mengaplikasikan data yang banyak dalam bentuk gambar yang
sesuai berdasarkan tajuk.






PIKTOGRAF
JAMINAN
6 BULAN



12 BULAN



24 BULAN




1 buah = Mewakili 2 buah jam tangan.

Rajah 3.0: Jaminan bagi jam tangan
ANALISIS DATA:
Jam tangan yang digunakan oleh guru-guru pelatih mempunyai tempoh jaminan
yang berbeza mengikut harga masing-masing. Daripada piktograf diatas ia
menunjukkan sebanyak 13 buah jam tangan yang digunakan oleh guru pelatih
mempunyai tempoh jaminan selama 6 bulan. Seterusnya, tempoh jaminan selama 12
bulan menunjukkan bilanganya sebanyak 12 buah jam tangan yang digunakan oleh
guru pelatih. Selain itu, rajah diatas juga turut menggambarkan sebanyak 5 buah jam
tangan guru pelatih mempunyai jaminan selama 24 bulan ataupun 2 tahun. Dengan ini,
kita dapat tahu bahawa jam tangan yang jaminanya 6 bulan menduduki tempat tertinggi
dalam piktograf di atas. Pada masa yang sama, daripada piktograf diatas juga
menunjukkan kadar yang rendah jaminanya adalah selama 24 bulan iaitu sebanyak 5
buah jam tangan sahaja.


















CIRI 5 : GRAF MENGUFUK (HARGA)
Jadual menunjukkan kekerapan bagi harga (RM) bagi jam tangan yang digunakkan
oleh guru-guru pelatih institut pendidikan guru tuanku bainun.
HARGA (RM) GUNDAL KEKERAPAN
0-50 I I I I I I 6
51-100 I I I I I I I I 9
101-150 I I I i I I I 8
151-200 I I I I I 6
201-250 I 1

Jadual 4.0 : Harga (RM) jam tangan
J USTIFIKASI
Graf mengufuk adalah paling sesuai juga bagi data yang terdapat dalam jadual
diatas. Graf mengufuk adalah satu kaedah yang senang untuk menginterprestasi
maklumat yang dinyatakan dalam jadual diatas.Bagi mewakili harga yang berbeza
untuk jam tangan ini graf mengufuk dapat menunjukkan gambaran yang teliti terhadap
jadual di atas






GRAF MENGUFUK

Rajah 4.0: Harga (RM) jam tangan
ANALISIS DATA :
Daripada graf mengufuk diatas kita mendapat tahu bahawa harga jam tangan
yang digunakkan oleh para guru pelatih adalah berbeza. Terutama sekali, daripada
rajah diatas terdapat 6 orang guru pelatih menggunakan jam tangan yang berharga
dalam lingkungan 0 hingga 50 ringgit. Selepas itu, seramai 9 orang guru pelatih
menggunakan jam tangan yang berharga dalam lingkungan 50 hingga 100 ringgit.
Seterusnya, dalam lingkungan harga 100 hingga 150 seramai 8 orang guru
menggunakannya. Di samping itu, dalam harga lingkungan 150 hingga 200 terdapat
seramai 6 orang guru pelatih menggunakan jam tangan tersebut. Akhirnya, seorang
guru pelatihS menggunakan jam tangan yang berharga dalam lingkungan 200 hingga
250.



0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
0-50
50-100
100-150
150-200
200-250
Bilangan
H
a
r
g
a

Harga jam tangan
TAJUK 5 : CARTA PAI (WARNA)
Jadual di bawah menunjukkan kekerapan bagi warna jam tangan yang digunakan oleh
guru pelatih di IPG Kampus Tuanku Bainun.









Jadual 5.0 : Warna jam tangan

J USTIFIKASI
Bentuk yang mewakilkan jadual diatas iaitu warna jam tangan ialah carta pai. Kami
memilih carta pai kerana bentuk carta baik senang untuk dibaca dan fahamkan perkara
yang terkandung dalamnya. Pelbagai warna yang digunakan dalam carta pai dapat
membezakan warna jam tangan dengan satu sama lain.



Rajah5.0: Warna jam tangan

HITAM = 11 buah jam tangan PUTIH = 3 buah jam tangan
( 11 30 ) x 360 = 132 ( 3 30 ) x 360 = 36
( 132 360 ) x 100 = 37% (36 360 ) x 100 = 36%
EMAS = 3 buah jam tangan PERANG = 3 buah jam tangan
( 3 30 ) x 360 = 36 ( 3 30 )x 360 = 36
(36 360 ) x 100 = 36% (36 360 ) x 100 = 36%


132


37%


36

10%
36

10%
108

30%
36

10%
12

3%
CARTA PAI
Hitam Emas Putih Silver Perang Kelabu
SILVER = 9 buah jam tangan KELABU = 1 buah jam tangan
( 9 30 ) x 360 = 108 ( 1 30 ) x 360 = 12
( 108 360 ) x 100 = 30% ( 12 360 ) = 3%

ANALISIS DATA
Carta pai diatas menunjukkan pelbagai warna jam tangan yang digunakan oleh guru
pelatih di IPG Kampus Tuanku Bainun. Terdapat 6 jenis warna yang berlainan telah
menjadi pilihan guru pelatih. Iaitu, warna hitam, emas, silver, putih, perang dan kelabu.
Merujuk kepada carta pai diatas bahagian berwarna hitam mewakili warna hitam.
Sudutnya adalah sebanyak 132 serta peratusnya adalah 37%. Dengan teliti ini
menunjukkan seramai 11 orang guru pelatih menggunakan jam tangan berwarna hitam.
Seterusnya, warna putih dalam dalam carta diatas mewakili jam tangan berwarna
emas. Sudutnya adalah 36 serta peratusnya adalah sebanyak 36%. Seramai 3 orang
guru pelatih menggunakan jam tangan berwarna emas. Sehubungan dengan itu,
terdapat 3 orang guru pelatih menggunakan jam tangan berwarna putih. Dalam carta
diatas jam berwarna putih mewakilkan oleh warna emas. Sudutnya adalah sebanyak
36 dan peratusnya menunjukkan sebanyak 36%. Di samping itu, bahagian
berwarnaperang menunjukkan jam tangan berwarna perang. Ia bersudut 36 dan
peratusnya adalah sebanyak 36%. Selain itu, terdapat seorang guru pelatih yang
menggunakan jam tangan berwarna kelabu. Ia bersudut 12 dan peratusnya adalah
sebanyak 3%. Secara menyeluruh carta diatas dapat menerangkan jenis warna jam
tangan dengan teliti. Pengiraan juga dapat ditunjukkan di bawah rajah tersebut.





ULASAN KAJ IAN
Menurut kepada kerja kursus ini kumpulan kami telah mengumpul data terhadap
jam tangan yang digunakan oleh guru pelatih dalam IPG Kampus Tuanku Bainun.
Dalam aspek ini kami memberi keutamaan kepada program PPISMP semester 3 dari
kelas Pengajian Tamil dan Pra Sekolah sahaja. Kami telah melaksanakan kajian ini
berdasarkan 5 ciri iaitu jenama, tempat pembuatan, jaminan, harga dan warna terhadap
30 responden. Berikutnya adalah ulasan bagi setiap ciri yang telah dikaji oleh kami.
Pertama sekali kami mengambil ciri jenama jam tangan. Menurut kajian kami
didapati sebanyak 6 jenis jenama jam tangan telah digunakan oleh guru pelatih di
kampus ini. Data pertama ini menunjukkan jam tangan yang berjenama quartz menjadi
pemilihan pertama oleh guru-guru pelatih 3ppismp. Hal ini terbukti, apabila berbanding
dengan jenama jam tangan yang lain , jenama quartz menduduki tempat pertama.
Melalui kajian yang dilaksanakan, kami mendapat tahu beberapa faktor yang
menyebabkan jenama quartz telah diminati oleh sekumpulan yang besar.
Quartz merupakan salah satu jam tangan yang cantik dari segi bentuk dan juga
mempunyai fungsi yang berbagai serta tahan lama. Manakala, jenama yang lain
terutamanya alba digunakkan oleh jumlah guru pelatih yang berkadaran rendah.
Sebabnya adalah harga jam tangan berjenama alba mahal berbanding dengan quartz.
Akhirnya , graf palang ini menunjukkan bahawa penggunaan jam tangan yang
berjenama quartz menjadi mod dalam graf ini berbanding dengan jenama lain iaitu alba,
casio,radio,spirit dan adidas.
Seterusnya, melalui kajian terhadap tempat pembuatan jam tangan ini kami
dapat mengenal pasti bahawa guru pelatih memberi fokus kepada Negara China.
Puncanya adalah jam tangan yang disediakan di Negara China dijual dengan harga
murah sekali. Selain itu, ia juga bertahan lama dan berwarna warni. Inilah faktor-faktor
jam tangan yang dibuat dari negara China. Negara Jepun pula menduduki tempat
kedua dalam carta pai tersebut. Manakala negara Switzerland pula menduduki tempat
ketiga kerana harga jam tangan yang disediakan di negara Switzerland mahal
berbanding dengan jam tangan yang dikeluarkan di negara China dan Jepun.
Selain daripada itu, beberapa faktor yang memberi pendedahan kepada guru
pelatih semasa membeli jam tangan yang berjamin 6 bulan sahaja. Antara punca yang
kamidapati ialah, jam tangan yang harganya begitu murah senang didapati. Selain itu,
ia juga mengambil perbelanjaan yang rendah apabila mengalami kerosakan berbanding
dengan lain. Manakala, jam tangan yang diberi jaminan yang panjang seperti 24 bulan
tidak disukai oleh orang ramai kerana harga dan perbelanjaan juga tinggi semasa
mengalami kerosakan. Ia bermaksud jika jam tangan tersebut rosak selepas jaminanya
tamat maka perbelanjaanya akan meningkat. Oleh itu, melalui kajian bagi ciri ini kami
dapat mengenalpasti bahawa kebanyakkan guru pelatih lebih berminat terhadap jam
tangan yang jaminannya 6 bulan sahaja.
Di samping itu, ciri seterusnya ialah harga jam tangan. Semasa mengkaji ciri ini
kami dapat mengetahui kebanyakkan guru pelatih menggunakan jam tangan yang
hargannya dalam lingkungan (RM50-RM100). Hal ini demikian, harga jam tangan yang
lebih murah mudah didapati dan juga memberi kepuasan kepada pengguna. Oleh
kerana demikian majoriti guru pelatih memilih jam tangan yang berharga murah. Jika
hargannya tinggi mereka tidak mampu membelinya. Tetapi terdapat seorang pelatih
menggunakan tangan sahaja yang hargannya dalam lingkungan (RM200-RM250).
Ciri terakhir yang kami telah mengkaji ialah warna jam tangan yang digunakan
oleh guru pelatih. Terdapat enam jenis warna jam tangan digunakan oleh guru pelatih
iaitu warna hitam, emas, silver, putih, perang dan juga kelabu. Pilihan warna yang
utama oleh guru pelatih ialah warna hitam. Warna hitam merupakan warna yang sesuai
untuk semua jenis warna kulit tangan serta ia juga kelihatan cantik. Manakala warna
kelabu pula menduduki tempat terakhir kerana ia tidak diminati oleh orang ramai serta
ia juga tidak kelihatan begitu cantik. Warna silver telah menjadi pilihan kedua kerana ia
juga kelihatan cantik. Selalunya jam tangan berwarna silver dibuat daripada keluli.
Warna emas dan putih menjadi pilihan seterusnya.
Akhirnya, perkara diatas merupakan ulasan bagi kajian kami. Dengan kajian ini
kami dapat mengetahui jenama jam tangan yang digunakan oleh guru pelatih serta
dapat mentafsikannya sehingga membuat keputusan bahawa jenama yang manakah
menjadi pilihan utama dalam kalangan guru pelatih. Begitu juga dengan ciri-ciri yang
lain. Sekian, terima kasih.



















REFLEKSI
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya Chitra devi A/P Govendasamy dari
kursus PPISMP PT/PJ/KS semester tiga. Kerja kursus berasaskan ilmu ini merupakan
sebuah kerja kumpulan. Ahli kumpulan saya ialah Pirakalaathan Balakrishnan. Untuk
semester ini kami telah melaksanakan satu dokumen kajian berdasarkan jam tangan
yang digunakan oleh guru pelatih 3PPISMP PT dan PRA SEKOLAH di IPG Kampus
Tuanku Bainun. Berdasarkan dokumen kajian kami dikehendaki mengumpul data,
mempersembah dan menginterprestasi data dalam bentuk visual.
Saya berasa tenang apabila menghabiskan kerja kursus ini. pada masa yang sama
saya juga dapat mempelajari beberapa perkara baharu melalui kerja kursus yang
dilaksanakan untuk matapelajaran Matematik ini. Pertama sekali, saya tidak idea
apakah yang patut dilaksanakan untuk kerja kursus ini. Tetapi ahli kumpulan saya iaitu
Pirakalaatan memberi idea bahawa mengambil jam tangan yang digunakan oleh guru
pelatih sebagai dokumen kajian. Selepas itu, saya telah membuat borang soal selidik
untuk mengumpul data berdasarkan dokumen kajian kami.
Seterusnya, saya telah membuat data mentah mengikuti borang soal selidik. Saya
telah mengalami sedikit masalah semasa mengumpul data kerana kami telah
megumpul data terhadap kelas PT dan PRA. Semasa melaksanakan proses
mengumpul data kami telah mengambil masa sedikit lama. Kami tidak dapat menemui
semua pelatih sekali di kelas PRA. Oleh itu saya telah ,mencari kawan saya dari kelas
PRA di kolej kediaman dan memberi borang soal selidik kami. Selepas itu, saya dapat
membuat data mentah. Apabila data mentah disiapkan kami telah bermula untuk
menginterpretasikan data dalam bentuk visual.
Oleh itu, saya dan ahli kumpulan saya membuat keputusan untuk membuat
piktograf, carta pai, graf bar mencancang, graf bar mengufuk dan graf garisan. Kami
menggunakan statistik ini mewakili data kami iaitu jenama jam tangan, warna, harga,
jaminan serta tempat pembuatanya. Selepas itu, saya mengalami masalah semasa
menginterprestasi data dalam bentuk visual. Saya tidak tahu membuat data tersebut
dalam bentuk visual. Oleh itu, ahli kumpulan saya membuat bentuk visual dan saya
menolong dia dalam membuat justifikasi dan ulasan terhadap data tersebut. Pada masa
yang sama, saya juga dapat mempelajari bagaimana membuat bentuk visual dalam
komputer.
Untuk menangani masalah ini, kami boleh berjumpa dengan pensyarah untuk
mendapatkan maklumat yang jelas tentang kerja kursus serta boleh menimbah ilmu
degan mencari buku-buku yang berkaitan dengan tajuk statistik untuk mengenalpasti
bentuk sesuatu statistik. Di samping itu, kami juga sudi bertanya dan mempelajari
kaedah- kaedah membuat bentuk visual dalam komputer dengan rakan yang mahir
dalam perkara ini. Pada masa yang sama kami juga perlu melayari internet dan
mendapatkan maklumat terhadap tajuk berkenaan.
Kekuatan dalam kumpulan saya ialah, ahli kumpulan saya mahir dalam membuat
visual data. Oleh itu, kami tidak mengambil masa yang lama untuk melaksanakannya.
Di samping itu, kami juga mempunyai hubungan yang baik dengan kelas lain sebab itu
kami dapat mengumpul data berdasarkan tajuk kami secepat mungkin. Jika tidak ia
akan mengambil masa yang lama. Untuk meningkatkan kekuatan kami dikehendaki
menimbah banyak ilmu lagi melalui internet, kawan serta sering bertanya dengan
pensyarah. Jika kami melaksanakanya dengan sempurna maka kekuatan kami akan
dapat ditingkatkan secepat mungkin.
Akhirnya, secara kesimpulanya saya dapat mempelajari perkara yang baru melalui
kerja kursus ini. Di samping itu, saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah saya iaitu Puan Rosmah Ramli yang sudi memberi penjelasan yang teliti
terhadap kerja kursus ini serta sentiasa membimbing kami dan menunjukkan kaedah
yang tepat untuk melaksanakan kerja kursus ini. Pada masa yang sama, saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang memberi kerjasama
yang cukup baik demi menhabiskan kerja kursus pada masa yang tepat. Sekian terima
kasih.



BIBLOGRAFI

Yap peng peng, 2000, Nota komprehensif PMR- matematik, Percetakan & Perniagaan
Berlian Snd. Bhd, Selangor
Lye min soon, 1997, Matematik STPM Statistik, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur
Yong yee fatt, 1995, Panduan menjawab KBSMMatematik SPM, Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

You might also like