You are on page 1of 1

PENILAIAN BUKU TEKS KBSR

Penilaian buku teks perlu untuk mengekalkan kualiti buku teks dan memastikan ia berfungsi sebagai sumber
pembelajaran utama murid. Buku teks berkualiti dapat membantu murid menguasai konsep dan kemahiran
serta mengembangkan lagi pengetahuan murid dalam bidang ilmu yang dipelajari melalui sesuatu mata
pelajaran di sekolah.


Tujuan Penilaian Bahan

Di Bahagian Buku Teks (BBT), penilaian buku teks KBSR diadakan di peringkat pruf muka surat (PMS) sama
ada penerbitan melalui kaedah tender atau kaedah runding terus (kaedah komisi) dengan DBP. PMS adalah
bahan yang telah lengkap dengan teks dan bahan grafik (gambar, carta, dan sebagainya). Reka letak
halaman PMS telah disusun menyerupai buku teks sebenar.

Penilaian buku teks ini dijalankan oleh Jawatankuasa Penilaian yang dilantik oleh BBT. Penilaian PMS ini
adalah untuk menentukan status kualiti PMS yang diserahkan oleh penerbit.

Penilaian dibuat bagi menentukan PMS telah memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), serta
memenuhi keperluan yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
bagi sesuatu mata pelajaran.

PMS juga perlu menepati kriteria yang ditetapkan oleh Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) seperti yang didokumentasikan dalam Panduan Penulisan.




Tujuan Penilaian Bahan

Kualiti PMS ditentukan berdasarkan ketepatan PMS memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam Panduan
Penulisan. Kriteria tersebut meliputi beberapa aspek penting dalam penulisan buku teks iaitu Aspek
Kandungan, Persembahan, Aktiviti dan Latihan, Bahasa , Bahan Grafik dan Aspek Teknikal Terbitan.

You might also like