You are on page 1of 3

RINGKASAN ARTIKEL

THE IMPACT OF COMMUNITY BASED REHABILITATION AS IMPLEMENTED BY


COMMUNITY REHABILITATION FACILITATORSON PEOPLE WITH DISABILITIES,
THEIR FAMILIES AND COMMUNITIES WITHIN SOUTH AFRICA
Menurut Paul Chappell dan Christa Johannsmeier (2009), individu berkeperluan khas atau
orang kurang upaya (OKU) dan keluarga mereka berhadapan dengan pelbagai halangan
fizikal dan perlakuan daripada masyarakat sekeliling. Kadar peratus warga Afrika kurang
upaya dengan populasi rakyat afrika adalah 5 hingga 6 peratus bersamaan 2.5 juta orang
kurang upaya di Afrika. Perkiraan ini menunjukkan keperluan polisi dan servis yang
sepatutnya diberikan kepada golongan berkeperluan khas ini. Sudah tiga dekad pemulihan
dalam komuniti ini dilaksanakan sebagai satu strategi yang efektif untuk memberikan servis
kepada individu kurang upaya dan keluarganya. Berdasarkan kertas kerja yang dikeluarkan
oleh ILO, UNESCO dan WHO, Pemulihan dalam komuniti (PDK) lebih dikenali sebagai
Community Base Rehabilitation atau singkatannya CBR. CBR adalah strategi dalam
pembangunan masyarakat umum untuk pemulihan, kesamaan peluang dan inklusi sosial
untuk semua kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya.
Pemulihan dalam komuniti (PDK) atau CBR dilaksanakan melalui usaha
bersama orang kurang upaya, keluarga dan masyarakat, dan perkhidmatan kesihatan
pendidikan, vokasional dan perkhidmatan sosial. Pelaksanaan CBR tidak seperti
pemulihan konvensional yang bertumpu kepada perkhidmatan perubatan dan institusi,
pemulihan dalam komuniti lebih kepada rangka kerja perkembangan masyarakat dengan
golongan kurang upaya. Disebabkan orang kurang upaya memainkan peranan yang paling
penting di dalam perancangan dan pelaksanaan PDK, Organisasi orang kurang upaya
telah mengkritik individu professional yang telah melaksanakan PDK tanpa berbincang
terlebih dahulu dengan orang kurang upaya dan keluarganya. Tambahan pula, terdapat
kes dimana PDK dilaksanakan dengan memberi fokus kepada pemulihan semata-mata.
Kesamarataan peluang dan inklusi sosial orang kurang upaya tidak dititikberatkan.
Disebabkan kekangan peruntukan kewangan dan kekangan dalam mendapatkan
pekerja sosial professional untuk bekerja dalam komuniti, kebanyakkan PDK atau CBR di
Afrika menggunakan pekerja separah professional yang dikenali sebagai fasilitator
pemulihan komuniti (CRFs). Fasilitator ini berperanan bukan sahaja dalam aspek fizikal
dan sosial dalam pemulihan orang kurang upaya, malah mereka berperanan meningkatkan
kesedaran akan hak asasi orang kurang upaya dalam struktur masyarakat. Untuk menilai
keberkesanan fasilitator pemulihan komuniti (CRFs) terhadap pelaksanaan PDK di Afrika,
satu kajian dilakukan oleh Solarsh terhadap impak CRF kepada orang kurang upaya,
keluarga dan masyarakat di kawasan luar bandar KwanZulu Natal, Afrika Utara. Hasil
kajian yang dijalankan menunjukkan fasilitator pemulihan komuniti (CRFs) memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan orang kurang upaya dan meningkatkan kesedaran
dan kefahaman masyarakat terhadap orang kurang upaya.
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Paul Chappeli dan Christa
Johannsmeier, impak CRF lebih banyak dilihat pada diri orang kurang upaya. Ini
melibatkan praktikal PDK seperti lawatan kerumah, latihan fizikal dan bantuan dalam
kehidupan seharian. Ini telah meningkatkan keupayaan kendiri dalam aktiviti kehidupan
seharian, integrasi sosial dan pergerakan orang kurang upaya. Antara signifikan CRF
adalah khidmat kaunseling dan nasihat yang diberikan serta cara mereka berkerja dengan
orang kurang upaya. CRF juga berupaya memenuhi keperluan fisikologi orang kurang
upaya kerana pusat pemulihan dalam komuniti lebih banyak memberi fokus kepada
keperluan fizikal orang kurang upaya. Hasil kajian juga mendapati sesi kaunseling oleh
CRF mempunyai impak terhadap jati diri, keyakinan diri dan penerimaan orang kurang
upaya terhadap kekurangan yang dialami. Dari aspek sosial dan masyarakat, CRF juga
telah meningkatkan akses fizikal kepada beberapa bangunan awam dimana ianya dapat
meningkatkan intergasi sosial orang kurang upaya. CRF juga telah Berjaya meningkatkan
kesedaran masyarakat setempat terhadap hak-hak orang kurang upaya dalam aspek
ekonomi, pendidikan, sosial dan komuniti. Hal ini dapat mengurangkan tingkah laku dan
tanggapan negatif masyarakat terhadap orang kurang upaya
Secara kesimpulan, kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan fasilitator
pemulihan komuniti (CRFs) dari aspek individu, masyarakat dan negara. Peranan CRF
dilihat penting kerana dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat
terhadap matlamat dan strategi pelaksanaan pemulihan dalam komuniti (PDK).

You might also like