You are on page 1of 16

Pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj

ialah:
1. Kuasa Allah S.W.T. adalah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan apa sahaja yang
dikehendaki oleh-Nya, seperti membawa Rasulullah S.A.W. dari kota Mekah ke Baitul
Maqdis dan dibawa mengadap ke hadrat- Nya di Sidratul Muntaha di dalam jangkamasa
yang begitu singkat, iaitu satu malam. Ini kerana apabila Rasulullah S.A.W.
menceritakan tentang peristiwa ini kepada masayarakat umum di Mekah,
mereka mentertawakan Rasulullah. Hanya Saidina Abu Bakar As-Siddiq mempercayai
kata-kata Rasulullah, dan beliau diberi gelaran "As- Siddiq" yang bermaksud "orang yang
benar".
2. Sebelum Rasulullah di"israkkan, baginda telah menjalani suatu "pembedahan" untuk
membersihkan hati, dan dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat. Ini menunjukkan
kepada kita bahawa di dalam peringkat pertama untuk bertemu Allah S.W.T., kita perlu
membersihkan diri dan jiwa kita daripada pelbagai sifat mazmummah yang tidak baik
dan menanamkan sifat mahmudah yang baik. Dengan jiwa yang tenang, penuh keimanan
dan ketakwaan akan dibawa bertemu dan mengadap Allah S.W.T.
3. Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami oleh Rasulullah S.A.W.
semasa di dalam Israk bersama malaikat Jibrail memberikan gambaran
menyeluruh perihal umatnya di bumi ini dalam menjalani kehidupan
sebagai khalifah Allah. Ada yang melakukan kebajikan, ada yang
melakukan kemaksiatan dan mereka menerima balasan yang setimpal
dengan apa yang telah mereka kerjakan daripada Allah S.W.T.
4. Allah S.W.T juga telah menunjukkan kepada Rasulullah dan umatnya
bahawa iman dan akidah yang teguh merupakan asas kepada sifat
keislaman yang sejati dan akan diberi balasan baik oleh-Nya. Ini
berlaku kepada tukang sikat Firaun, Mashitah sekeluarga. Walaupun
diugut dan dibunuh oleh mereka yang kufur, Allah S.W.T. menganggap
pengorbanan itu sebagai suatu syuhada atau jihad kerana
mempertahankan agama Allah.
5. Orang yang beramal soleh dan berjihad di jalan Allah akan diberi
balasan berlipat ganda seperti satu kaum yang menanam dan menuai
hasil tanaman mereka yang keluar berulang-ulang kali.
6. Rasulullah telah memilih minuman untuk baginda iaitu susu
berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibrail A.S. Ini jelas
menunjukkan bahawa susu merupakan minuman yang berkhasiat dan arak
pula minuman yang tidak disukai oleh baginda dan juga Allah S.W.T.
kerana ia memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada
mengingati Allah S.W.T.
7. Beberapa tempat yang telah disinggahi oleh Rasulullah untuk
mengerjakan solat seperti Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil Aqsa
adalah tempat yang terpilih dan mulia. Maka jika kita berkesempatan
untuk berkunjung ke sana, adalah sunat untuk mengerjakan solat di
tempat-tempat tersebut.
8. Allah S.W.T adalah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula
daripada perintah agar umat Islam diwajibkan mengerjakan solat 50
kali sehari semalam, atas permohonan Rasulullah S.A.W. sebagai
kekasih-Nya berulang kali (sebanyak 9 kali), Allah S.W.T telah
mengurangkannya kepada 5 kali sahaja sehari semalam seperti yang kita
kerjakan sehingga hari ini.
9. Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi merupakan ayat-ayat suci Al-Quran
yang banyak keberkatannya sekiranya dibaca dan diamalkan di dalam
kehidupan seharian. Ini kerana surah ini dinyatakan dengan jelas oleh
Allah S.W.T. kepada Rasulullah S.A.W. semasa mengadap-Nya.
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah
kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab
menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di
sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan
menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang
memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran
seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati
Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan
dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya
daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan
Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau
tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan
memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang
membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah
Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan
kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S.W.T.: "Maha Suci Allah yang telah
memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke
Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-
Israa': Ayat 1).

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang
terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun
di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan,
menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang
diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian,
datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran
kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan
dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-
Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau
keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh
berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan.
Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu
besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain
seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua
memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga
pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di
akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya.
Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana
kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj
tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-
ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang
untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya
benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi
akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti
Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam
kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan
supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk
mengeratkan hubungan.

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai
pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat
membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan
prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi
cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :

Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari
kalangan orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu
kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.
PENGAJARAN DAN TELADAN
PERISTIWA Israk dan Mikraj mengandungi banyak pengajaran yang perlu dijadikan
teladan dan pengajaran oleh umat Islam bagi menimbulkan keinsafan dalam diri untuk ke
arah kebaikan. Di antara pengajaran itu ialah:
i. Kuasa Allah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan apa saja yang dikehendakiNya
seperti membawa Rasulullah dari kota Makkah ke Baitulmaqdis dan dibawa menghadap
ke hadratNya di Sidratul Muntaha dalam tempoh singkat iaitu satu malam. Ini kerana
apabila Rasulullah menceritakan peristiwa ini kepada masyarakat umum di Makkah,
mereka mentertawakan Baginda. Hanya Saidina Abu Bakar mempercayai kata-kata
Rasulullah dan beliau diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud orang yang benar.
ii. Sebelum Rasulullah diIsrakkan, Baginda menjalani suatu `pembedahan untuk
membersihkan hati serta dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat. Ini menunjukkan
bahawa pada peringkat pertama untuk bertemu Allah, kita perlu membersihkan diri dan
jiwa daripada pelbagai sifat buruk dan menanamkan sifat baik dan ihsan dalam diri.
Dengan jiwa tenang, penuh keimanan dan ketakwaan, kita akan beroleh kemudahan
untuk bertemu dan menghadap Allah SWT.
iii. Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami oleh Rasulullah ketika Israk bersama
malaikat Jibril memberikan gambaran menyeluruh perihal manusia di bumi ini dalam
menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah. Ada yang melakukan kebajikan manakala
yang lain kekal dalam kemaksiatan. Manusia akan diadili berdasarkan amalan mereka
dan menerima balasan yang setimpal daripada Allah berpandukan kepada apa yang
mereka kerjakan. Orang yang melakukan perbuatan zina dan minum arak, hukumannya
di sisi Allah sangat dahsyat. Mereka dibakar oleh api neraka jahanam.
iv. Rasulullah ditunjukkan segolongan manusia yang menjunjung kayu api, diambilnya
kayu api itu ke atas junjungannya, ditambah-tambahnya bukan dikurangkan sehingga
badan menjadi bongkok dan tidak terdaya menjunjungkannya lagi. Ini gambaran kepada
orang yang suka memikul pelbagai tanggungjawab yang banyak, tetapi tidak tertunai
olehnya. Hanya untuk bermegah-megah dengan pelbagai jawatan di dunia.
v. Allah juga menunjukkan kepada Rasulullah serta umatnya iman dan akidah teguh
adalah asas kepada sifat keIslaman sejati dan akan diberi balasan baik olehNya. Ini
berlaku kepada tukang sikat Firaun, Mashitah sekeluarga yang mana kuburnya senantiasa
berbau harum semerbak sepanjang zaman.
vi . Rasulullah memilih susu berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibril. Ini jelas
menunjukkan bahawa susu adalah minuman berkhasiat. Arak pula tidak disukai Baginda
dan Allah kerana memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada mengingati
Allah.
vii. Beberapa tempat yang disinggahi Rasulullah untuk mengerjakan solat seperti di
Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil al- Aqsa adalah tempat yang terpilih dan mulia.
Oleh itu, jika kita berkesempatan untuk berkunjung ke sana [mengerjakan haji atau
umrah] adalah disunatkan untuk mengerjakan solat di tempat tempat tersebut.
viii. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula daripada perintah umat
Islam diwajibkan mengerjakan solat 50 kali sehari semalam, atas permohonan Rasulullah
sebagai kekasihNya berulang kali (sebanyak sembilan kali), Allah mengurangkannya
kepada lima kali saja sehari semalam seperti yang kita kerjakan hari ini, Amalan
sembahyang merupakan amalan yang dipinggirkan oleh sebahagian besar umat Islam
berbanding dengan amalan-amalan lain seperti berpuasa yang diamalkan kebanyakan
orang Islam, walaupun terpaksa berlapar dan berdahaga. Amalan sembahyang yang tidak
memakan masa yang panjang dan ringkas, umat Islam meninggalkannya. Lebih 80%
umat Islam di Malaysia meninggalkan amalan sembahyang 5 waktu sehari semalam.
Perkara ini dinyatakan oleh pakar motivasi Dr. Mohd. Kamsah dalam kajian beliau umat
Islam meringan-ringankan sembahyang, sedangkan sembahyang menjadi tiang agama.
Perkara pertama akan yang disoal di akhirat kelak ialah persoalan sembanyang. Jika
baik sembahyangnya, maka baiklah segala amalannya di dunia ini. Allah SWT tidak akan
memberi pahala kepada orang yang melakukan kebaikan kepada orang-orang yang
meninggalkan sembahyang.
ix. Surah Al-Fatihah dan ayat Kursi adalah ayat suci al-Quran banyak keberkatannya
sekiranya dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Ini kerana surah ini
dinyatakan dengan jelas oleh Allah kepada Rasulullah ketika menhadapNya.
KESIMPULAN
Kejadian yang berlaku dalam peristiwa Isra dan Miraj ini perlu diperhalusi oleh umat
Islam bagi memantapkan akidah dan keimanan mereka di samping melakukan
muhasabah diri untuk mengubah akhlak ke arah kebaikan dengan mengambil pengajaran
daripada kebesaran dan keajaiban yang berlaku ketika pelbagai peristiwa yang ditemui
oleh Nabi Muhammad SAW sebagai satu pengajaran kepada umat manusia.
Martabat dan maruah umat Islam tidak akan dihormati oleh bukan Islam selagi umat
Islam sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya seperti mana yang
dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Keagungan Islam pada masa zaman silam
disebabkan umat Islam ketika itu mengamalkan ajaran yang diajar oleh al-Quran dan al-
Hadith. Meninggalkan dua perkara ini, keagungan Islam tersebut hancur satu demi satu.
Untuk mengembalikan keagungan Islam, mahu tidak mahu kita wajib ikut perintah
Rasulullah SAW. Tidak boleh menggunakan doktrin mengikut fikiran manusia yang
senantiasa dipengaruhi oleh hawa-nafsu

Apa istimewanya 27hb Rejab ini?
Detik ini adalah saat yang sangat bermakna apabila umat Islam di seluruh dunia akan menyambut
peristiwa Israk Mikraj. Ianya merupakan satu peristiwa yang cukup besar dalam diari dan sejarah umat
Islam yang disambut pada 27 Rejab di setiap tahun. (Pada tahun ini, ianya bertepatan dengan 28 Jun
2011, Selasa malam Rabu). Firman Allah SWT bermaksud: Maha Suci Allah SWT yang sudah
menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke
Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda
(kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui. (Surah al-Israk ayat 1).
Apakah yang dikatakan Israk Mikraj itu?
Israk: Perjalanan malam Rasulullah saw daripada Masjid al-Haram di Mekah ke Baitul Maqdis di
Palestin.
Mikraj: Perjalanan naiknya Rasulullah saw dari Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis menembusi langit ke
sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.
Apakah peristiwa penting yang berlaku sebelum Israk Mikraj ini?
Peristiwa Israk Mikraj berlaku selepas Rasulullah saw diuji dengan kematian dua orang yang sangat
dikasihi yang telah banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri
tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.
Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang disayangi semakin bertambah apabila
berlakunya penolakan dakwah oleh penduduk Taif.
Nabi telah dihiburkan oleh Allah swt dengan Israk dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk
berhijrah ke Madinah sehingga Berjaya membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan
Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.
Kenapa Israk Mikraj dikatakan sebagai ujian keimanan?
Peristiwa Israk Mikraj ini telah menyaring keimanan serta keyakinan umat manusia terhadap
kekuasaan Allah s.w.t dan kebenaran risalah Rasulullah s.a.w. Orang kafir pada ketika itu telah
menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu peluang terbaik untuk melakukan operasi
pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah Nabi.
Umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat;
Ada yang terus membenarkan Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq
Ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji Nabi melalui beberapa pertanyaan seperti
bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut
Ada pula yang bersikap menolak terus cerita Nabi dan kembali murtad daripada Islam
Ini berlaku semata-mata kerana peristiwa ini sangat menongkah arus akal manusia. Inilah juga
gambaran yang akan berlaku apabila umat yang keliru akan meletakkan akal sebagai sumber rujukan
hidup yang mengatasi sumber al-Quran dan Sunnah.
Apakah pengajaran pertemuan Rasulullah bersama para Anbiya di langit sebelum menjadi Imam
kepada semua mereka di Masjid al-Aqsa?
(Di sinilah tempat yang bersejarah apabila Rasulullah telah dipilih untuk menjadi Imam kepada semua
para nabi yang terdahulu)
Perjalanan itu adalah perjalanan yang menghubungkan akidah tauhid yang besar sejak Nabi Adam,
Ibrahim, Nabi Ismail, Musa, Isa dan lain-lain sehingga kepada Rasulullah saw yang merupakan
penghulu dan penyempurna kepada risalah kenabian.
Dr Yusuf a-Qardawi juga telah menyatakan bahawa peristiwa ini merupakan detik pengisytiharan
umum tentang perubahan kepimpinan dunia daripada para anbiya sebelumnya kepada Rasulullah saw.
Peristiwa ini telah menolak hujah sebahagian manusia yang mengatakan bahawa Isa a.s adalah
pengasas agama kristian dan juga di kalangan orang Yahudi yang mendakwa bahawa Musa adalah
nabi yang paling mulia. Sebagai umat Islam kita mesti menginsafi bahawa sifat Islam adalah
memimpin dan bukan sekadar berpuas-hati dengan demokrasi dan humanism barat serta dengan
apa yang berlaku di dunia global pada ketika ini.
Kenapa mesti dibawa ke Masjid al-Aqsa, di Baitul Maqdis dahulu dan tidak terus dari Masjid al-
Haram ke Sidratul Muntaha?
Perjalanan ini menunjukkan bahawa Baitul Maqdis sangat penting kedudukannya dalam agama Islam.
Masjid al-Aqsa adalah merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum ianya dipindahkan ke
Masjid al-Haram di Mekah.
Masjid al-Aqsa adalah masjid yang ke 2 dibangunkan di mukabumi
Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke 3 suci di dalam aqidah umat Islam
Al-Quran menyebut Masjid al-Aqsa dengan sifatnya yang bermaksud: Yang Sudah Kami Berkati
Sekelilingnya yang menggambarkan keberkatan yang mengelilingi dan melimpah ke atas masjid itu.
Masjid al-Aqsa juga adalah tempat para anbiya dilahirkan, berdakwah dan dikuburkan sehingga Imam
Syafie (yang dilahirkan di Gaza) pernah berkata pada suatu ketika dahulu, Saya sangat suka
beriktikaf di Masjid al-Aqsa ini lebih daripada mana-mana sekalipun. Ketika ditanyakan alasannya,
beliau menjawab, Di sinilah tempat berkumpul dan dikuburkannya para Nabi.
Apakah hubungan Israk Mikraj dan pembebasan Masjid al-Aqsa oleh Solahuddin al-Ayyubi?
Al-Aqsa adalah milik umat Islam secara keseluruhannya. Ianya bukan sekadar isu bangsa Palestin atau
bangsa Arab semata-mata. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap kita untuk menyumbang terhadap
apa jua cara dan usaha untuk membebaskan Masjid al-Aqsa daripada terus dinodai kesuciannya oleh
Yahudi dan Zionis pada ketika ini.
Solahuddin adalah bukti dan saksi bahawa isu perdana ini adalah milik dan tanggung-jawab kita
bersama. Beliau telah menghabiskan keseluruhan hayatnya berkorbat dan berkeringat sehingga
pembebasan al Aqsa daripada Salib menjadi kenyataan.
Mari kita lihat kembali kisah pembebasan Baitul Maqdis oleh Solahuddin al-Ayyubi ke atas tentera
Salib:
Pada Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah yang bertepatan hari Israk dan Mikraj, Sultan Salahuddin al-
Ayyubi memasuki kota Baitul Maqdis. Ibn Shaddad menulis: Itulah kejayaan bagi segala kejayaan.
Satu perhimpunan besar yang terdiri daripada para pembesar, ahli peniaga, alim ulama dan orang
ramai berhimpun pada saat yang mengembirakan itu. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada
Sultan Solahuddin dan teriakan Allahu Akbar serta kalimah La Ilahaillallah bergema gagah di
angkasa. Setelah 90 tahun berlalu tanpa Jumaat sepanjang pemerintahan kristian Salib, sembahyang
Jumaat sekali lagi didirikan di Baitul Maqdis. Salib yang berkerlipan di atas kubah Masjid al-Aqsa
diruntuhkan. Sesungguhnya suasana ketika itu sukar dibayangkan, tetapi rahmat dan pertolongan
Allah SWT dapat disaksikan di setiap tempat pada hari berkenaan. Mimbar istimewa yang yang dibina
di bawah arahan Nuruddin al-Zanki, 20 tahun sebelum pembebasan Baitul Maqdis telah dibawa dari
Halab, Syria dan didirikan di dalam Masjid al-Aqsa.
Isra Mikraj mengajar kita untuk sama terlibat bagi membebaskan al-Aqsa, Apakah tindakal praktikal
yang boleh kita buat?
Sebenarnya banyak perkara yang praktikal yang boleh kita sumbangkan bagi menyelamatkan Masjid
al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah
Bermula dengan diri kita, kenali sejarah Palestin dan kepentingan Masjid al-Aqsa dalam aqidah umat
Islam.
Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk
dengan apa yang berlaku di Palestin.
Tanam dan sebarkan kesedaran tentang status sebenar Masjid al-Aqsa kepada masyarakat dengan apa
jua cara.
Anjurkan program yang berkaitan dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Israk Mikraj
ataupun pada Hari al-Aqsa seDunia pada 21hb Ogos nanti di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus
universiti dan di premis-premis yang lain.
Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid
al-Aqsa.
Memahamkan isu ini kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara kita dan mengajak mereka untuk
turut serta dalam agenda memperjuangkan kesucian al-Aqsa.
Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong
mereka.
Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan
dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan
berdasarkan kemanusiaan.
Melonjakkan isu ini ke persada nasional dan antarabangsa kerana perjuangan pembebasan al-Aqsa
adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.
Berdoa kepada Allah swt agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan
kemuliaannya sentiasa terpelihara. Insafi pengajaran Israk Mijraj dan libatkan diri anda dalam usaha
untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dan Palestin. Semoga al Aqsa dan Palestin terbela
Salam perjuangan
ISRAK MIKRAJ, PERISTIWA, PENGAJARAN DAN TELADAN
bahagian 2 (akhir)
#Pensyariatan solat

Sesuatu yang dikira penting bila bercakap mengenai Israk Mikraj ini ialah sejarah
pensyariatan solat kini difardukan bagi umat Islam lima waktu sehari. Pada
mulanya Allah menetapkan sebanyak 50 waktu sehari ketika Nabi Muhammad
kali pertama menghadap Allah di Sidratul Muntaha (langit ketujuh). Selepas
turun naik berulang kali, atas nasihat Nabi Musa a.s, menghadap Allah dengan
perasaan malu, akhirnya Allah menetapkan lima waktu saja sehari semalam (1).
Itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya.

Terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana
sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya
melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza
dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala
setiap solat. Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad,
tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini,
sedangkan solat adalah perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari
Qiamat, tidak yang lain. (3)

Resolusi mengenai kewajipan solat itu melibatkan tiga pihak, dua kejadian. Pihak
yang terlibat dalam hal 'mewajibkan' solat itu ialah Allah s.w.t, Nabi Musa a.s yang
berunding dengan Rasulullah s.a.w dan hasil ulang-alik Nabi Muhammad s.a.w
menemui Allah s.w.t untuk mengurangkan jumlah bilangan solat fardhu tersebut. Ini
kerana Nabi Musa a.s teringatkan pengalaman Bani Israel yang berat
menerima perintah solat tersebut. (2)

Selain itu, dua peristiwa yang menyebabkan timbul rasa ghairah supaya
diwujudkan suatu mekanisme perhubungan langsung antara manusia dengan
penciptaNya, ialah kerana baginda telah menyaksikan gelagat para malaikat
yang telah bersujud, rukuk kepada Tuhan dengan lain-lain perbuatan yang
mirip kepada solat hari ini. (2)

Peristiwa kedua, ialah ketika Nabi Muhammad s.a.w sendiri diangkat menjadi
imam untuk mengerjakan solat di mana para makmum di belakangnya adalah
nabi-nabi yang terdahulu sebelum baginda. (2)

Suasana solat berjemaah yang diimamkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w. itu
menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda
sebagai Rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama Allah. (3)

Mereka bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda kesyukuran dan simbolik
menyerahkan tugas kerasulan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ia juga sebagai satu
petanda betapa hubungan antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa begitu intim
dan akrab, apatah lagi majoriti para nabi di kalangan Bani Israil yang merupakan
kiblat pertama umat Islam di muka bumi ini, selain menjadi syiar agama Islam
terdahulu. (3)

Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w sebagai
Nabi terakhir diperakui oleh Allah, sebagaimana yang ditegaskan menerusi
beberapa ayat al-Quran mengenainya. (3)

Keghairahan Rasulullah s.a.w mengenai solat itu tergambar ketika hampir tiba
saatnya baginda wafat. Di bibir baginda hampir tidak lekang menyebutkan,
"Ummati.. as-Solah.." (Umatku.. sembahyang..). Tidaklah disebut hal zakat, puasa
dan lain-lainnya, melainkan solat itulah yang kerap diperingatkan baginda. (2)

Solat merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan
akhirat. Sabda Rasulullah SAW: (6)
"Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat.
Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya
solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain". (Diriwayatkan
oleh al Tabrani di dalam al Awsot juga disebut di dalam Majma' al Zawaid (1/291)).

Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala
amalan. Sesungguhnya dengan melazimkan diri menunaikan solat secara sempurna
dengan khusyuk dan khudhu' kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat
muraqabah kepada-Nya.

Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya,
bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya,
berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji apabila berjanji, menunaikan
amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19 hingga 23:
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil
kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan
apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-
orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.

Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka
daripada muraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya. Sesungguhnya
sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan
diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya setiap solat itu menghapuskan kesalahan yang dilakukan di
hadapannya". (riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani).

Sabda Baginda SAW lagi:
"Sesiapa mengetahui bahawa solat itu adalah hak yang wajib, maka dia masuk
syurga". Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim).

Berhati-hatilah agar malas, harta, pekerjaan, perniagaan, kemegahan, takhta,
pemerintahan dan kementerian tidak menyibukkan kalian dari menunaikan solat.

Jadilah kalian dari kalangan mereka yang tergolong dalam firman Allah SWT yang
maksud-Nya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang
tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta
mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan
hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka
mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-
baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari
limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa
yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung. (al-Nur: 37 dan 38)

Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang
solat dengan sabdanya:
"Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan
pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya
cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun,
Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf". (riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah
seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari
sebanyak lima kali. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada
badannya?" Sahabat menjawab, "Tidak ada suatu kotoran pun yang tinggal".
Sabda Baginda SAW, "Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima
waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan. (riwayat al
Bukhari dan Muslim) (6)

#Peristiwa Israk dan Mikraj meningkatkan takwa dan iman

Peristiwa Israk Mikraj memberi pengajaran yang cukup bermakna kepada orang
mukmin untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah hingga
kiamat. Jelas diperlihatkan kebesaran dan keagungan Allah melalui peristiwa Israk
Mikraj.

Ertinya, Israk Mikraj adalah 'turning point', titik permulaan Islam mula bertapak di
Mekah, solat mula diisytiharkan sebagai suatu amalan dan ketika itu hidup Muslimin
penuh dengan riwayat sengsara dan gangguan sehingga memaksa mereka mencari
perlindungan di Madinah. Lalu, dengan itu terbentuklah sebuah Negara Islam
yang pertama di dunia. (2)

Ini kerana, sejurus kembalinya baginda membawa khabar berita, gambaran
peristiwa langit, maka baginda dicela Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Bermula
saat itu, tekanan ke atas baginda telah bermula. Itu perkara yang pertama. (2)

Yang kedua, Israk Mikraj adalah satu 'turning point' di mana Islam itu terasas
dengan begitu kukuh oleh kerana telah termaktub suatu resolusi dari langit
mengenai kefardhuan solat yang mana sebelum itu, solat belum lagi
diperkukuhkan sebagai suatu amalan yang wajib. (2)

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula, menerusi peristiwa
berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama
berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram,
kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi
Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit
ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu
bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di
samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan
daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan
para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan
bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia
sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan
kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh
individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah
menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum
berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini. (3)

Sebab itu, kita jangan hairan kenapa nas itu tidak menghebahkan soal mi'raj,
sebaliknya cuma menyebut tempat berlepas ketika Isra' (berjalan malam). Tuhan
menyebutkan Masjidil Aqsa itu bererti, tempat itu amat penting dan bernilai. (2)

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah
pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang
Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh
mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam
masyarakat. (3)

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan
hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan
Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.
(3)

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia
seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-
Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya
kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke
jalan kebenaran. (3)

Daripada fenomena peristiwa yang berlaku antara Nabi dan Jibril dalam isu
Israk dan Mikraj sepanjang perjalanan yang digambarkan kepada Rasulullah
s.a.w., adalah untuk jadi bahan renungan dan iktibar bagi generasi Muslim
sepanjang zaman, terutamanya umat hari ini yang semakin hilang keyakinan
diri kepada Allah selaku Pencipta.

Ia boleh disimpulkan sebagai himpunan peringatan buat individu yang mahu
menjadikannya pula sebagai anjakan paradigma untuk terus melakukan perubahan
diri meniti kesempurnaan. Ini kerana peristiwa-peristiwa simbolik berkenaan jika
dihalusi dengan teliti, mampu mengubah cara hidup Muslim yang boleh disifatkan
sebelumnya sebagai individu yang lalai, jauh daripada pegangan agama.

Betapa suasana dan kesudahan mereka yang digambarkan dalam simbolik itu
menggambarkan keadaan manusia nanti di alam akhirat dengan pelbagai gambaran
yang amat mengerikan. Apabila ia juga tidak mampu mengubah sikap, pendirian
seseorang, bererti individu berkenaan telah dihijab hatinya daripada wahyu petunjuk
Ilahi dan terus bebas melakukan penentangan terhadap Allah SWT.

Justeru, kita adalah disaran agar terus banyak berdoa kepada Allah Yang Maha
Berkuasa, supaya memasukkan kita dalam himpunan hamba-Nya yang lunak hati
untuk menerima kebenaran, kerana jika kita terus masih mengingkari kebenaran,
maka kehidupan kita di dunia semakin sempit, malah akan dibutakan oleh Allah di
akhirat hingga terjerumus masuk dalam neraka-Nya, Wal 'Iyazu Billah. (4)

Rujukan :
1) Bharian Online 25 Jun 2009 (2 Rejab 1430) Khamis Artikel bertajuk Israk Mikraj
pengajaran paling bermakna bagi umat Muhammad

2) Harakahdaily Online 21 Julai 2009 (28 Rejab 1430) Selasa Artikel bertajuk
Darihal Isra' Mi'raj

3) Harakahdaily 24 Julai 2008 Khamis Artikel bertajuk Konsep Agama : Ambil
Pengajaran Israk dan Mikraj

4) Harakahdaily 11 Ogos 2008 Isnin Artikel bertajuk Israk Mikraj pencetus
kesedaran ummah

5) Harakahdaily 09 Ogos 2007 Khamis Artikel bertajuk Khutbah Rusila: Hikmah di
sebalik Israk dan Mikraj

6) Utusan Online 13 Julai 2009 (20 Rejab 1430) Isnin Artikel bertajuk Pengajaran
peristiwa Israk dan Mikraj

7) Utusan Online 12 Mei 2010 (28 Jamadil Awal 1431) Rabu Artikel bertajuk Israk
dan Mikraj bukti kebesaran Allah

8) ustazazhar Urutan Peristiwa Israk & Mikraj

9) Bersama Mufti - Ceramah Umum mengenai Isra dan Mikraj, 20J ul07 : Dr
Asri, Mufti Perlis


Dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini, manusia berdepan
dengan dugaan dan rintangan yang mematangkan jiwa. Biasa didengar ada orang yang
beroleh kenikmatan dan terdapat pula yang ditimpa musibah. Nabi Muhammad SAW
sebagai insan biasa juga tak lekang daripada ujian itu. Sebelum dijemput naik ke langit,
Nabi Muhammad SAW diuji dengan kehilangan 2 individu penting dalam karier
dakwahnya iaitu Aminah isterinya dan Abu Talib bapa saudaranya. Tetapi baginda SAW
tetap tabah menghadapi ujian itu sehingga dipertemukan dengan Kekasihnya di malam
Israk dan Mikraj yang penuh keberkatan. Maka selayaknya umat Islam mencontohi
perbuatan Nabi Muhammad SAW dengan menerima segala qada dan qadar Ilahi tanpa
terlalu bersedih apabila ditimpa musibah ataupun terlalu bergembira apabila diberi
kenikmatan kerana ia suatu bentuk penilaian Allah SWT kepada hamba-hambanya.

Dalam perjalanan agung yang menakjubkan itu Nabi Muhammad SAW
dipertontonkan dengan beberapa situasi azab dan seksaan akibat daripada
perlakuan dosa manusia. Antaranya Nabi SAW diperlihatkan dengan suatu kaum
yang dihidangkan dengan daging baru lagi segar tetapi tetap memilih daging yang
busuk lagi berbau. Melihat kejadian itu Nabi SAW bertanya kepada Malaikat Jibril
yang menemaninya sepanjang perjalanan, lalu dijawab itulah gambaran manusia
yang sudah beristeri tetapi masih memilih untuk berzina dengan wanita lain yang
diharamkan.

Dewasa ini gejala berkhalwat, berzina dan bersekedudukan di kalangan segelintir
umat Islam seakan menjadi lumrah dan perkara biasa. Saban hari ada sahaja
paparan berita berkenaan tangkapan dan serbuan oleh pihak berkuasa agama
terhadap pasangan yang berdua-duaan dan melakukan zina di dada akhbar
tempatan. Malahan aktiviti tidak bermoral ini kelihatan bukan lagi sesuatu yang
dianggap berdosa dan terlarang apabila terdapat segelintir pasangan sama ada yang
sudah berkahwin ataupun tidak, mengambil kesempatan cuti hujung minggu
mahupun cuti umum dengan melakukan aktiviti maksiat di hotel-hotel murah tanpa
segan silu. Lebih membimbangkan lagi, apabila perbuatan keji ini menyebabkan
statistik gejala buang bayi turut meningkat kesan daripada perhubungan luar nikah
dan pergaulan sosial yang tidak terbatas.


Baginda Nabi Muhammad SAW turut diperlihatkan dengan gambaran golongan
yang perutnya terlalu besar akibat daripada memakan riba yang diharamkan. Ada
pula yang dibangkitkan daripada kuburnya dalam keadaan mabuk dan terhuyung
hayang akibat daripada azab Allah SWT yang terlalu pedih lagi tidak tertanggung
oleh manusia. Seksaan seperti itu diberikan oleh Allah SWT kepada golongan yang
memakan hasil riba dan membenarkannya. Sedang hakikatnya Allah SWT
menghalalkan amalan jual beli dan mengharamkan riba yakni faedah atau bunga.

Oleh itu dalam situasi hari ini umat Islam perlu menghindarkan diri daripada segala
aktiviti kewangan dan pelaburan mahupun insuran yang melibatkan riba dan faedah
yang diharamkan. Mungkin suatu ketika dahulu pada saat aktiviti kewangan dan
perbankan Islam masih di tahap awal perkembangannya hukum haram ini tidak
berlaku. Malah ia dianggap suatu yang darurat lagi diperlukan. Namun hari ini
ketika amalan kewangan dan perbankan Islam sudah berkembang dengan begitu
pesat sekali hukum darurat sudah tidak terpakai lagi. Fatwa pengharaman segala
aktiviti yang berkaitan faedah dan bunga sama ada daripada pinjaman atau
pelaburan yang tidak berteraskan Islam juga telah lama dikodifikasikan di Malaysia.

Yang jelas ia merupakan satu bentuk larangan agama terhadap mana-mana individu
Muslim daripada terlibat dengannya.

Seyogianya sempena mengenang kembali peristiwa agung Israk dan Mikraj ini, umat
Islam diseru kembali kepada landasan agama yang sebenar iaitu dengan mentaati
segala perintah Allah SWT serta menjauhi larangnya. Jika tidak selama itu lah
seseorang akan menanggung dosa dan boleh jadi dikenakan hukuman seperti yang
ditunjukkan kepada Nabi SAW pada malam yang penuh keberkatan itu.

You might also like