You are on page 1of 2

Contoh Penulisan Impak dan Refleksi

Penulisan impak dan refleksi kadang kala agak merumitkan disebabkan ketandusan idea.
Biasanya kita akan menulis secara sama sahaja seperti hari-hari lalu tanpa ada kelainan
dalam penulisan. Penulisan impak yang biasa digunakan ialah seperti berikut:

"35/38 murid telah berjaya mencapai objektif pada hari ini untuk menambah nombor bulat
4 digit dengan betul. Murid dapat menjawab 5 soalan dengan tepat. 3 orang murid lagi
dibimbing secara individu dan diberi latihan tambahan untuk mencapai objektif."

"30/30 murid mencapai objektif pada hari ini untuk menolak nombor 3 digit dengan
bimbingan guru."

Penulisan impak hendaklah secara objektif dan boleh dinilai secara kuantitatif. Penggunaan
peratus (%) tidak digalakkan kerana ia boleh menjadi tidak logik jika ditukar kepada
kuantiti. Misalnya ayat "40% murid mencapai objektif" tidak akan sesuai jika diubah ke
kuantiti daripada 37 murid. Ini kerana 40 % x 37 murid = 14.8 murid. Bilangan murid
hendaklah genap.

Bagi penulisan refleksi pula admin beri contoh seperti di bawah. Admin ambil dari Yahya
Sufi Hj Abdullah untuk menambah idea.

CONTOH-CONTOH PENULISAN REFLEKSI SELEPAS SETIAP P&P

1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan .
2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / .
3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
4. Murid berjaya menguasai konsep ..
5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam
P&P akan datang.
7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
9. Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid
berpindah kepada tugasan baru.
10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
12. Periksa sama ada murid membawa .. ke dalam kelas.
13. Cari lebih banyak contoh .. untuk membantu murid lebih memahami ..
14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji
kefahaman mereka.
15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan semasa pengajaran.
16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar
dalam P&P akan datang.
18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan .
23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ..
24. Gerakan . Dan ke hadapan pada P&P akan datang.
25. Beri pujian kerana usaha yang bersungguh-sungguh

You might also like