You are on page 1of 3

KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan
klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan .
2. Antara contoh kata hubung pancangan keterangan ialah : kerana, agar, meskipun,
sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau,
semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala,
walaupun, dan sesungguhnya.

Contoh ayat:
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.

Contoh ayat:

Persembahan itu akan dibatalkan sekiranya sambutannya dingin.
Persembahan itu akan dibatalkan.
Sambutan persembahan itu dingin.

Apabila hujan turun dengan lebat, kawasan rendah itu akan banjir.
Hujan turun dengan lebat.
Kawasan rendah itu akan banjir.

3. Ayat kecil yang menjadi keterangan kepada ayat utama boleh digolongkan kepada:
a. Keterangan waktu : sesudah, setelah, sejak, sehabis, ketika, tatkala, sehingga,
sewaktu, sampai, selama, sementara dan sebelum.

b. Keterangan bersyarat : jika, jikalau, kalau, sekiranya, andaikata dan manakala.

c. Keterangan akibat : hingga dan sehingga

d. Keterangan sebab : sebab, oleh sebab, lantaran, dan kerana

e. Keterangan perbandingan : seperti , bagai, macam, ibarat, laksana, bak,
umpama, seakan-akan, seolah-olah, seumpama dan sebagaimana.

f. Keterangan harapan : supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau

g. Keterangan tujuan : untuk , demi , bagi

h. Keterangan pertentangan : walaupun, bagaimanapun, biarpun, sungguhpun,
namun, meskipun, sekalipun dan sedangkan

i. Keterangan cara : dengan

Latihan

Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata hubung pancangan komplemen dan kata
hubung pancangan keterangan yang sesuai.


demi sejak sewaktu oleh sebab supaya
kerana

walaupun bahawa untuk dengan

Cerpen Kasut Kelopak Jantung mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan
hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang
berlaku tiga puluh tahun dahulu _____________ beliau bertugas sebagai guru di
kawasan pedalaman. Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal
keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut
sekolah __________________ sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di
padang sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun _________________ tidak
membawa pakaian sukan. _________________ itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad
dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat kelopak jantung pisang pada
bahagian kakinya untuk dijadikan kasut. Ahmad merupakan murid yang patuh akan
arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia berasa malu atas denda
yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut
sekolah _________ keselamatan kakinya. Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad
berlari ke rumah ______________ kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-
kawan. ___________ hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan
perkara tersebut dan mengetahui ___________ Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu
Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula mengambil keputusan
______________ pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara yang sebenar.
Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama ibunya yang uzur dan tua
tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di
kebun orang lain. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah
membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima
kasih atas pemberian Cikgu Harun telah belajar __________ gigih dan menjadi seorang
pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad
menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa gurunya, Cikgu
Harun.

You might also like