You are on page 1of 29

LAKUAN MOTOR

&
BIOMEKANIK
UNIT 4

ASAS BIOMEKANIK
4.1 Asas Biomekanik

Bio bermaksud sistem biologi (kehidupan)
Mekanik bermaksud analisis daya
dan kesannya.

Biomekanik adalah sintesis
bidang-bidang biologi dan mekanik
yang bertujuan untuk memahami
dan menjelaskan pergerakan
manusia.

Biomekanik merupakan bidang yang
mengkaji pertalian di antara struktur
dan fungsi manusia serta interaksinya
dalam konteks penghasilan
pergerakan

Kepentingan biomekanik ialah:
Membantu tingkatkan kecekapan dan
prestasi dalam aktiviti fizikal
Merancang program latihan yang lebih
berkesan dan selamat
Prinsip-prinsip biomekanik dalam
pergerakan tubuh manusia ialah:
Sistem tuas
Berfungsi untuk meningkatkan daya
dan menambahkan kelajuan dalam
sistem mekanikal jasad
4.1.1 Ciri-ciri Sistem Mekanikal Jasad
Keupayaan mekanikal jasad manusia adalah
hasil daripada pergerakan sendi.
Sistem sendi adalah sistem yang
bertanggungjawab untuk menvariasikan
pergerakan yang akan dihasilkan.
Penghasilan pergerakan berlaku menerusi
penguncupan otot. Sistem tuas rangka adalah
sistem yang mempengaruhi keupayaan
mekanikal jasad.


Sistem Tuas
Rangka
Tuas jasad manusia terdiri
daripada:

Beban = bertindak sebagai rintangan atau
kerja
Daya = bertindak sebagai penguncupan
otot
Fulkrum = bertindak sebagai sendi atau
paksi

Terdapat tiga kelas tuas, iaitu:
Tuas kelas pertama
Tuas kelas kedua
Tuas kelas ketiga

Klasifikasi tuas adalah ditentukan oleh tiga
kedudukan, iaitu:
Kedudukan fulkrum
Kedudukan beban
Kedudukan daya

Jenis-jenis Tuas
Tuas kelas pertama
fulkrum terletak antara daya
dan beban.
menggunakan daya yang
kecil untuk mengatasi beban
yang besar tetapi pergerakan
yang perlahan.
Digunakan untuk:
keseimbangan
tingkatkan kelajuan dan julat
pergerakan
tidak meningkatkan daya

Contoh tuas kelas pertama
Aktiviti mrejam dan
menerima bulu tangkis
dalam badminton
Fulkrum =sendi
pergelangan tangan
Daya=
otot bahagian lengan
Beban= raket

F
B
D
Tuas kelas kedua
beban terletak antara
daya dan fulkrum.
Menggunakan daya yang
kecil untuk mengatasi
beban yang besar tetapi
pergerakan perlahan pada
julat yang kecil.
Digunakan untuk:
Menghasilkan daya gerakan
Contoh tuas kelas kedua
Aktiviti lonjakan
menggunakan lombol
Fulkrum =hujung kaki
Daya= penguncupan
otot kaki
Beban= berat badan

F
B
D
Tuas kelas ketiga
Daya terletak di antara
beban dan fulkrum.
Menggunakan daya yang
lebih besar tetapi
pergerakan pantas.
Digunakan untuk:
Menambahkan kelajuan
Contoh tuas kelas ketiga
Aktiviti menolak bola
hoki
Fulkrum= pergelangan
tangan kiri
Daya=
tangan kanan
Beban=
bola hoki

F
D
B
4.2 Deskripsi Pergerakan Asas
Pergerakan asas adalah berdasarkan
kepada tiga satah anatomi iaitu:
Satah sagital
Satah frontal
Satah horizontal (transverse)

Satah sagital
Satah yang membahagi badan kepada dua iaitu
bahagian kanan dan kiri.
Satah ini merentas dari depan ke
belakang badan.
Contoh pergerakan ialah:
Fleksi
Hiperfleksi
Ekstensi
Hiperekstensi
Plantar-fleksi
Dorsi-fleksi

Contoh rajah satah sagital
Fleksi
Hiperekstensi
Ekstensi
Plantar-fleksi
Dorsi-fleksi
Satah frontal
Satah yang membahagi badan kepada dua iaitu
bahagian depan dan belakang.
Satah ini merentas dari sisi kanan
ke sisi kiri badan.
Contoh pergerakan ialah:
abduksi
aduksi
fleksi lateral
inversi
eversi


Contoh rajah satah frontal
inversi
eversi
aduksi
abduksi
Fleksi lateral
kiri
kanan
Satah horizontal (transverse)
Satah yang membahagi badan kepada dua
iaitu bahagian atas dan bawah.
Satah ini merentas di bahagian
tengah badan.
Contoh pergerakan ialah:
Rotasi
Supinasi
Pronasi
Sirkumduksi


Contoh rajah satah horizontal
supinasi
pronasi
sirkumduksi
rotasi
4.2 Jenis-jenis pergerakan
Dalam aktiviti fizikal, pergerakan asas ini
bergabung untuk menghasilkan daya
maksimum.
Bagi menghasilkan daya maksimum,
pergerakan perlu menggunakan banyak
sendi.
Terdapat dua jenis pergerakan iaitu:
Pergerakan linear
Pergerakan putaran

Pergerakan Linear
Pergerakan yang melibatkan sesaran
bergerak secara menegak atau mendatar
pada arah, jarak dan masa yang sama.
Terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Pergerakan rektilinear
Pergerakan kurvelinear

Pergerakan Rektilinear
Pergerakan yang
melibatkan sesaran
mengikut landasan
lurus.
Contoh:
Pergerakan lompatan
acara palang dalam
gimnastik.
Kedudukan sendi bahu
dan pinggul pada arah
yang sama

Pergerakan Kurvelinear
Pergerakan yang
melibatkan sesaran
mengikut landasan
yang melengkung.
Contoh:
Pergerakan fasa
lompatan dalam
gimnastik.
Kedudukan sendi
pinggul dan bahu
adalah sama.

Pergerakan Putaran/Rotasi/Bersudut
Berlaku apabila bahagian badan bergerak
mengikut lengkung bulatan mengelilingi
satu paksi putaran.
Sesaran bergerak dengan sudut, arah dan
masa yang sama.
Terbahagi kepada dua:
Pergerakan putaran paksi dalaman
Pergerakan putaran paksi luaran
Pergerakan putaran paksi dalaman
Pergerakan ini
berlaku apabila kaki
dinaikkan ke atas
dan bahagian
badan bersentuhan
dengan tapak
sokongan.
Pergerakan putaran paksi luaran
Berlaku apabila
tapak sokongan
iaitu bahagian
tengah palang
berada di luar atau
jauh daripada
badan.

You might also like