You are on page 1of 23

UNIT 1

ASAS KAWALAN MOTOR



LAKUAN MOTOR
&
BIOMEKANIK


Definisi
Kawalan motor ialah bidang yang mengkaji
postur dan pergerakan manusia serta
mekanisme yang mengawalnya.
Kawalan pergerakan ini dihasilkan oleh sistem
biologi.
Terdapat dua jenis lakuan motor, iaitu:
Lakuan motor tanpa kemahiran (Involuntari)
Lakuan motor berkemahiran (Voluntari)

Lakuan Pergerakan Involuntari
- Dihasilkan secara luar kawalan.
- Berlaku secara spontan dan dalam masa yang
singkat.
- Contohnya: Pantulan lutut, tarikan tangan atau
kaki bila terkena benda panas.

Neuron
sensori
di kaki
Impuls sensori
di hantar ke
saraf tunjang
Saraf
tunjang
Impuls sensori
bersinaps dengan
neuron motor di
saraf tunjang
Impuls motor
dihantar ke
efektor
Otot
menguncup
di efektor
Mekanisme ringkas pergerakan involuntari
(Pantulan lutut)
Lutut di ketuk



Mekanisme umum pergerakan involuntari (Terpijak
Paku)


Sistem reseptor menerima rangsangan di peringkat periferi.

Rangsangan yang diterima oleh neuron sensori ditukarkan
kepada impuls sensori

Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat (peringkat rendah)

Impuls bersinaps dengan neuron motor di saraf tunjang

Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor apabila bersinaps

Impuls motor di hantar ke efektor

Sistem efektor menghantar maklumat impuls motor dan menghasilkan
pergerakan involuntari.



Lakuan Pergerakan Voluntari
Dihasilkan secara sedar atau dalam
kawalan.
Individu memilih dan menentukan untuk
melakukan sesuatu pergerakan.
Perlakuan ini dibina melalui bakat,
pengalaman dan latihan.
Mutu perlakuan yang dihasilkan
dipengaruhi oleh faktor tahap kemahiran
dan pengalaman.
Contoh: sepak takraw dan badminton.


Sepak takraw

Badminton

Apabila menerima
servis, pemain yang
kurang mahir
mungkin akan
menghantar terus
bola ke pihak lawan.
Manakala bagi
pemain yang mahir
akan mengangkat,
mengumpan dan
merejam bola ke
gelanggang lawan.
Pemain yang mahir
akan membuat smesy
atau drop shot apabila
mendapat hantaran
bola tinggi. Manakala
pemain yang kurang
mahir, mungkin akan
membalas dengan
hantaran setengah
gelanggang.
Mekanisme umum pergerakan voluntari
Reseptor menerima
rangsangan fizikal di
peringkat periferi
Neuron sensori terima
rangsangan fizikal dan
tukarkan kepada impluls
sensori
Impuls sensori yang diterima
berkumpul di talamus
Impuls sensori bersinaps
dengan neuron sensori motor
Impuls sensori bertukar menjadi
impuls motor. Pemprosesan
integrasi sensori akan berlaku
Impuls motor dihantar ke
saraf tunjang dan ke sistem
efektor
Apabila sistem efektor
menerima maklumat motor,
pergerakan terhasil.
Jenis Pergerakan Berkemahiran
Pergerakan berkemahiran juga dikenali
sebagai pergerakan voluntari
Terbahagi kepada dua, iaitu:
Kemahiran Generik
Kemahiran Berobjektif

Kemahiran Generik
Kemahiran pergerakan yang diwarisi
manusia.
Kematangan individu berlaku secara semula
jadi (sejak lahir).
Perubahan kematangan berlaku dengan
cepat pada usia kanak-kanak dan
berkurangan pada umur dua puluhan.
Contoh: pertumbuhan otot.
Kemahiran Berobjektif

Kemahiran yang dipelajari dan mempunyai
objektif khusus.
Kemahiran ini dapat ditingkatkan melalui latihan
yang kerap dan sistematik.
Contoh: dalam larian.
Individu perlu mempelajari teknik larian yang khusus
jika ingin mendapat tahap kelajuan yang optimum.




Unsur-unsur penting dalam kemahiran
berobjektif:
Kecekapan
Ketepatan
Ketekalan
Cepat bertindak terhadap rangsangan

Pengelasan Kemahiran Motor
Terdapat tiga kriteria untuk membezakan
kemahiran motor iaitu:
Ketepatan lakuan
Ciri Pergerakan
Stabiliti Persekitaran
Ketepatan Lakuan
Berdasarkan jenis atau saiz otot utama
yang terlibat dalam menghasilkan
pergerakan.
Terbahagi kepada dua iaitu:
Kemahiran Motor Kasar
Kemahiran Motor Halus.

Kemahiran Motor Kasar

Penggunaan otot-otot besar sebagai otot
utama dalam pergerakan.
Contoh berlari, angkat berat dan
menendang bola.
Kemahiran Motor Halus
Penggunaan otot-otot kecil sebagai otot
utama dalam pergerakan.
Contoh-menembak, memanah dan boling
padang
Ciri Pergerakan
Cara sesuatu kemahiran itu dimulakan dan
diakhiri.
Dihasilkan oleh individu secara terkawal atau
luar kawal.
Terdapat tiga kriteria ciri pergerakan:
Kemahiran Diskrit
Kemahiran Berterusan
Kemahiran Siri
Kemahiran diskrit
Mempunyai titik permulaan dan titik
pengakhiran yang spesifik.
Melibatkan pergerakan pantas dan masa
terhad.
Contoh- merejam bola dalam permainan sepak
takraw (dalam masa yang singkat pemain perlu
melakukan kemahiran rejaman)

Kemahiran berterusan
Melibatkan pergerakan yang sama dan
dilakukan berulang-ulang kali dengan titik
mula dan titik akhir.
Contoh- berenang atau berlari.
Kemahiran bersiri
Gabungan beberapa kemahiran diskrit yang
dicantum secara bersiri.
Terdapat fasa-fasa kepada pergerakan
seterusnya.
Contoh- lompat jauh
Fasa berlari
Fasa lonjakan
Fasa layangan
Fasa mendarat
Stabiliti Persekitaran
Kemahiran yang berasaskan stabiliti
persekitaran terbahagi kepada dua:
Kemahiran luar kawal (open motor skill)
Kemahiran terkawal (closed motor skill)

Kemahiran luar kawal
Kemahiran ini dihasilkan dalam persekitaran
yang berubah-ubah.
Semasa melakukan kemahiran ini, pemain atau
objek berada dalam keadaan bergerak.
Tindakan pemain dipengaruhi oleh faktor
persekitaran.
Contoh:
reaksi pemain badminton apabila terima hantaran bola
tanggung daripada pihak lawan.
Pemain ini ingin melakukan smesy tetapi dia tidak
dapat meramal sama ada pukulan tersebut mampu
mematikan bulu tangkis di pihak lawan.
Kemahiran terkawal
Kemahiran ini dihasilkan dalam persekitaran
yang stabil.
Setiap pergerakan dikawal dan ditentukan
sendiri oleh pemain.
Contoh- melempar cakera.
Pemain perlu kawal corak pergerakan yang akan
dihasilkan
Pemain mampu menguasai teknik lemparan yang
betul.

You might also like