You are on page 1of 5

Minit mesyuarat BIG FASA 3

( PPG AMBILAN 2011: IPGK PERLIS)


1





SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR, 09010 KULIM, KEDAH

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM SAYANGI SEKOLAH ANDA

Tarikh : 6 Februari 2014
Hari : Khamis
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Gerakan SKLB
Hadir :
1. Suzana Bt Sarni
2. Pn. Norwahida Bt Din
3. Pn. Noorul Huda Bt Ayob
4. Pn. Norilza Bt Salleh
5. Pn. Chuah Lee Sze
Turut hadir:
1. Pn. Che Nasirah Binti Bidin (PKKK)
Hadir bersama:
1. En Hafizudin Bin Taha ( JURUTEKNIK SEKOLAH)


AGENDA:
a. PERUTUSAN/ ALUAN PENGERUSI:
Pn. Suzana binti Sarni mengucapkan salam dan terima kasih kepada PKKK SK
Labu Besar kerana sudi hadir ke mesyuarat ini dan mengalu-alukan kehadiran
guru PPG.
Beliau berharap semua dapat menyumbangkan idea dalam mesyuarat ini bagi
menjayakan program yang dirancang serta dapat meningkatkan pencapaian
yang ditarget berdasarkan kehendak Program Bina Insan Guru Semester 6-7,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang telah dirancangkan.
Minit mesyuarat BIG FASA 3
( PPG AMBILAN 2011: IPGK PERLIS)
2


b. LANTIKAN AJK PROGRAM:
1. Ahli mesyuarat telah bersetuju melantik AJK Pelaksana Program seperti
berikut :
i. Pengerusi : Puan Suzana bt Sarni
ii. Setiausaha : Puan Noorul Huda bt Ayob
iii. Bendahari : Puan Norwahida bt Din
iv. AJK Peralatan : Puan Nurilza Salleh
v. AJK Dokumentasi : Chuah Lee Sze
: En Hafizudin bin Taha

c. RANCANGAN AKTIVITI:
2. Pn Suzana binti Sarni menjelaskan tempat untuk menjalankan aktiviti tersebut
telah dicadangkan iaitu di Kawasan Sekolah Kebangssan Labu Besar .
Beliau meminta pandangan rakan-rakan yang lain mengenai tempat aktiviti
tersebut.
3. Semua ahli mesyuarat telah bersetuju sebulat suara dengan cadangan yang
disyorkan oleh puan pengerusi.
4. Pn Norilza binti Salleh bertanya mengenai tarikh pelaksanaan aktiviti tersebut.
5. Pn pengerusi menjelaskan secara lengkap bahawa aktiviti tersebut akan
diadakan pada:
Tarikh 19 Jun 2014
Masa 8.00 am - 5.00pm
Tempat Surau, SK Labu Besar
Fokus Aktiviti Gotong-royong

6. Beliau berharap semua ahli dapat melapangkan masa pada hari tersebut bagi
memastikan program dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya.





Minit mesyuarat BIG FASA 3
( PPG AMBILAN 2011: IPGK PERLIS)
3


d. PEMBAHAGIAN TUGAS:
7. Puan pengerusi membentangkan tugas seperti dalam edaran:
JAWATAN BIDANG TUGAS
PENGERUSI
Guru Besar akan memberi kata putus dan memberi
kuasa penuh kepada guru PPG terhadap:
perjalanan program ini sama ada dari segi
pelaksanaan,
jawatankuasa atau pun apa juga yang
dirasakan perlu.
SETIAUSAHA
Menyediakan:
kertas kerja
minit-minit mesyuarat
maklumat-maklumat program dan hal-hal lain
berkaitan kesetiausahaan.
BENDAHARI
Mengendalikan segala urusan yang berkaitan
dengan kewangan program seperti
kutipan yuran, bayaran dan lain-lain.
PERALATAN
Menyediakan:
segala jenis peralatan yang diperlukan untuk
keperluan sepanjang program.
DOKUMENTASI
Merakam:
gambar
video sepanjang program berlangsung dan
menyediakan
Satu laporan aktiviti bergambar selepas
program tamat.



Minit mesyuarat BIG FASA 3
( PPG AMBILAN 2011: IPGK PERLIS)
4


e. ANGGARAN PERBELANJAAN:
8. Puan pengerusi menjemput Setiausaha membentangkan anggaran
perbelanjaan seperti dalam edaran.
9. Puan Noorul Huda selaku setiausaha membentangkan kos perbelajaan:
BIL PERKARA KUANTITI
HARGA
(RM X Unit)
JUMLAH
(RM)
1.



2.
Minum Pagi
Makanan & minuman
- Air mineral
- Bihun goreng

Makan Tengah hari
-Air oren
- Nasi ayam


1 kotak
35 paket


1 balang besar
35 bungkus


RM 12 x 1
RM 3.00 x 35


RM 20.00
RM 3.00


RM 12.00
RM 105.00


RM 20.00
RM 105.00
JUMLAH RM 242.00
10. Puan Chuah Lee Sze memohon agar kos pendokumentasian ditanggung oleh
pihak sekolah.
11. PKKK Labu Besar bersetuju dengan permintaan puan Chuah Lee Sze ( AJK
pendokumentasian).
12. PKKK Labu Besar memaklumkan segala resit perbelajaan yang ditanggung
oleh AJK Dokumentasi diserahkan kepada bendahari untuk diambil tindakan.
13. PKKK Labu Besar juga memaklumkan jika AJK lain terdapat kos perbelanjaan
di luar anggaran sila maklumkan kepada bendahari untuk dikepilkan bersama
bagi menuntut kos perbelanjaan tersebut.
14. Pn pengerusi berterima kasih kerana pihak Sekolah Kebangsaan Labu Besar
berbesar hati memberikan kerjasama yang baik kepada pelajar PPG.

f. HAL-HAL LAIN
15. Pengerusi berharap agar program ini dapat dijalankan dengan lancar.
Semoga semua ahli dapat member kerjasama.
Minit mesyuarat BIG FASA 3
( PPG AMBILAN 2011: IPGK PERLIS)
5

16. Puan Suzana memberi cadangan supaya peralatan untuk gotong-royong
disediakan oleh ahli.
17. Pengerusi mencadangkan semua ahli dapat berkumpul di SK Labu Besar
dalam masa yang ditetapkan dan mengikut perancangan yang dibuat

PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih dengan segala buah fikiran yang dikongsikan
bagi melancarkan perjalanan program ini dan beliau juga mengharapkan cuaca yang
baik pada hari tersebut serta tidak mengganggu kelancaran program yang telah
dirancang ini. Semoga dengan program ini, setiap warga sekolah dapat melahirkan
insane yang berjiwa mulia untuk kehidupan mereka iaitu warga Sekolah
Kebangsaan Labu Besar khususnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.13 petang.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,
Disediakan oleh,


..
(NOORUL HUDA BT AYOB)
Setiausaha
Program Sayangi Sekolah Anda
Disemak oleh,


.
(SUZANA BT SARNI)
Pengerusi
Program Sayangi Sekolah Anda
Disahkan oleh

s.k
Guru besar SK Labu Besar
Guru Penolong Kanan KoKurikulum SK Labu Besar
Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Labu Besar
Guru SK Labu Besar

You might also like