You are on page 1of 6

Hearing dan listening adalah dua proses yang berbeza.

Hearing adalah proses


fisiologi sementara listening adalah proses psikologi. Hearing berlaku apabila
gelombang bunyi masuk ke dalam saluran telinga, menggetarkan gegendang telinga
dan tulang-tulang osikel di telinga tengah, memasuki telinga dalam (koklea) dan
bertukar menjadi denyutan saraf (nerve impulse) dan bergerak ke otak untuk
ditafsirkan. Listening pula adalah berlaku secara psikologi, bermula apabila seseorang
itu menyedari dan memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi atau bentuk
percakapan. Bunyi tersebut akan diterjemahkan dan difahami. Proses pentafsiran
denyutan saraf ke bentuk bunyi sehingga difahami ini adalah berasaskan kepada
pengalaman pembelajaran seseorang.
Ciri-ciri media audio
murah, boleh dipadam dan diguna semula
mudah digunakan
boleh digunakan secara individu atau kumpulan
pelajar yang tidak boleh membaca juga dapat menggunakannya
mempersembahkan imej verbal dengan lebih dramatik berbanding dengan media
cetak
mudah alih, boleh digunakan di merata tempat kerana boleh berfungsi dengan
bateri mudah alih yang murah
kaset adalah sesuai untuk pembelajaran di rumah
penyalinan mudah dilakukan dengan kuantiti yang banyak

Limitasi
Sesetengah pelajar tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada radio
tanpa seseorang bercakap dengannya secara bersemuka (face to face). Mereka
mungkin hear rancangan tetapi tidak listen untuk memahaminya.
Penyediaan bahan audio akan memerlukan masa dan kemahiran
Penyimpanan dan proses mendapatkan semula bahan audio juga kadang kala
mempunyai sedikit masalah.

Format audio
Piring hitam (phonogram)
Gelung terbuka (open reel)
Pita kaset
Katrij
Cakera padat (cd)
Kad audio
Pita kaset mikro

Kemudahan Peralatan Dan Kaedah
Untuk Penyediaan Bahan Audio

Jenis mikrofon
Mikrofon berbeza berdasarkan ciri-ciri directionality. Ciri-ciri ini akan menentukan
kepekaan sesuatu mikrofon untuk mengesan bunyi atau pickup pattern. Terdapat dua
jenis mikrofon yang digunakan dalam pendidikan berdasarkan ciri-ciri ini.
1. Mikrofon unidirectionality atau cardiod
2. Mikrofon omnidirectional

Jenis-jenis mikrofon juga boleh dikelas berdasarkan sensitiviti dan kualiti penerimaan
gelombang.
Kristal (Crystal)
harga murah
ketahanan yang rendah
penerimaan isyarat yang lemah
sensitif kepada haba dan kelembapan
digunakan untuk ucapan
Seramik
sederhana dari segi harga
penerimaan isyarat yang lemah
lebih tahan dari kristal
tidak sensitif kepada haba dan kelembapan
Dinamik
kualiti tinggi
fidelity yang tinggi
tahan
boleh dipercayai
mahal
Kondenser (electret)
penerimaan frekuensi yang baik
sensitif kepada gerakan fizikal (gerakan mikrofon)
sensitif kepada bunyi
tidak sensitifi kepada gerakan mekanikal

Penghasilan audio
Unsur-unsur dalam penerbitan audio
Paralatan yang perlu ada ialah;
mikrofon
alat perakam (perakam dan pemaian kaset)
studio (tempat rakaman yang khusus)
bilik kawalan (pilihan)
kesan bunyi (untuk menghasilkan keadaan sebenar)
muzik (sebagai muzik latar)

Unsur-unsur teknikal dalam penerbitan audio ialah;
akustik
perspektif (contohnya: suara jauh, kedengaran perlahan)
kesan bunyi
muzik
distortion/filter (pengubahsuaian bunyi)
echo/gema
suara (narrator)

Muzik dan kesan bunyi
Bukti dari penyelidikan menunjukkan muzik latar tidak diperlukan untuk komunikasi
berkesan dengan bahan audio visual. Tetapi untuk tujuan tertentu ia menolong
menghasilkan mood yang diperlukan untuk membina kesinambungan. Muzik sebagai
latar untuk tajuk mambantu memulakan narration berikutnya. Bila muzik digunakan
semasa narration, ia mestilah perlahan dan tidak mengganggu tumpuan pendengar.
Pilih muzik yang sesuai. Muzik semi-klasikal yang mempunyai tempo perlahan lebih
sesuai daripada pop atau klasik. Jika bahan yang dihasilkan itu untuk diedarkan atau
dijual, perlu kelulusan dari hakcipta muzik. Untuk tujuan pendidikan, kelulusan tersebut
tidak perlu diperolehi.

Format rancangan audio
Ceramah
Majalah
Rencana/dokumentari
Forum/perbincangan
Kuiz
Drama

Format majalah mengandungi berberapa topik, penyambung. Ditujukan kepada satu
sasaran atau umum. Satu gaya dengan menggunakan seorang atau dua orang
penyampai.

Isi kandungan dan teknik persembahan audio
Buat pengenalan kepada rancangan. Contohnya; ini adalah rancangan....
Gunakan bahasa pertuturan (jangan seperti membaca buku).
Perhatikan penggunaan tatabahasa yang betul.
Bercakap dengan perakam seperti bercakap dengan kawan.
Jangan bersyarah
Perlu skrip yang terperinci seperti kemahiran menulis skrip dan kemahiran
membaca skrip (lebih natural jika tanpa skrip, tetapi perlu ada nota panduan).
20 - 25 minit kepada orang dewasa/pelajar sekolah menengah atau kurang
kepada pelajar sekolah rendah.
Libatkan pendengar dengan aktiviti yang bermakna.
Sediakan panduan belajar atau lembaran kerja digunakan bersama pita audio
yang mengandungi:
o tajuk
o objektif
o maklumat utama
o rajah
o visual
o soalan
Beri peluang kepada pelajar mengambil nota
Sekiranya dimasukkan aktiviti pelajar, sediakan masa untuk pendengar
menyiapkan aktiviti.

Senarai semak
Kurangkan gangguan latar belakang.
Tetapkan kekuatan suara.
Kualiti suara dan kejelasan suara.
Kejelasan penerangan.
Conversational tone
Penglibatan pendengar.
isi kandungan jelas.
Masa tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.

Panduan menulis skrip audio
Tentukan apa yang hendak disampaikan.
Senaraikan isi mengikut susunan.
Pembukaan yang menarik dan menjadi teras kepada isi.
Gambarkan seolah-olah menulis kepada seseorang pendengar secara individu.
Sebutkan apa yang hendak ditulis.
Gunakan signpost untuk menjelaskan struktur ceramah (iaitu dengan menutup
satu bahagian dan pergi ke bahagian lain, contohnya dari suasana kampung ke
suasana bandar).
Gunakan percakapan biasa.
Gunakan ayat rangkai kata yang pendek.
Gunakan tanda berhenti untuk memudahkan pembaca.
Skrip hendaklah ditaip langkau dua, jeda-jeda yang besar dan para yang jelas.

Panduan membaca skrip
Faham apa yang dibaca.
Bercerita, bukan membaca.
Tandakan tempat berhenti.
Berhenti pada tempat yang betul.
Tekankan perkataan yang penting.
Baca dahulu dan semak sebutan.
Baca dengan lancar.
Raptai.

You might also like