You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT

16200 TUMPAT
KELANTAN


MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA
SESI 2014


TARIKH
14 APRIL 2014

TEMPAT
BILIK WAWASAN

MASA
1.15 3.25 PETANG


SEKOLAH KEBANGSAN TUMPAT
16200 TUMPAT, KELANTAN
TEL/FAX: 097257325

Rujukan kami:SKT100-6/2/5(24)


MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2014

TARIKH : 14 April 2014
TEMPAT : Bilik Wawasan
MASA : 1.15-3.25 petang
KEHADIRAN : 37 orang guru
TIDAK HADIR:
1 Pn.Siti Radziah Bt Muhammad
2 Pn.Faizati Bt Abdullah
3 En.Mohktar B Ismail



AGENDA MESYUARAT

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Memulakan majlis dengan mengucapkan salam dan mengalukan kehadiran
semua guru. Bersyukur kerana mesyuarat dapat berjalan sebagaimana
dirancangkan.
1.2 Pengerusi Majlis seterusnya memperingatkan para guru mengenai
pertukaran guru antara negeri dan daerah yang bermula 1 April sehingga 30 April
2014.

1.3 Seterusnya beliau memaklumkan bahawa SK.Tumpat antara sekolah terawal
yang mengadakan Mesyuarat Agung PIBG 2014. Dan peruntukan yang
diluluskan bagi Bayaran Tambahan Persekolahan adalah sebanyak RM70.00.
Makluman :Semua guru


1.4 Pengerusi juga memaklumkan mengenai perubahan jadual peperiksaan
UPSR bagi tahun 2014 iaitu

Hari pertama Bahasa Inggeris kertas 1, Bahasa Inggeris kertas 2 dan
Matematik kertas 1
Hari kedua Bahasa Melayu (K) ,Bahasa Melayu (P) dan Matematik
kertas 2
Hari ketiga Sains dan Ujian Aptitud
Makluman :Semua guru
Tindakan : Guru berkenaan


1.5 Pengerusi Majlis seterusnya memaklumkan mengenai keputusan Ujian
Aptitud Am (tahun 3) yang telah dijalankan pada 17 Mac 2014 di mana

Makluman :semua guru


1.6 Beliau juga menekankan kepada guru bertugas RMT supaya datang awal ke
sekolah bagi melancarkan perjalanan RMT setiap pagi.
Makluman dan tindakan :Semua guru


1.7Beliau seterusnya menggesa agar para guru sebolehnya punch card sendiri
kehadiran setiap pagi.
Tindakan : Semua guru


1.8 Seterusnya Pengerusi Majlis memaklumkan mengenai Tatacara Pengurusan
Tatatertib. Terdapat empat jenis pelanggaran tatatertib dan tindakan yang bakal
dikenakan iaitu ponteng atau tidak hadir dengan senggaja tanpa kebenaran
terlebih dahulu, maka Guru Besar akan membuat laporan terus kepada JPN.
Kesalahan kedua, tidak hadir bertugas 7 hari berturut tanpa cuti, tindakan Guru
Besar adalah pada hari ke-8 menghantar surat kembali bertugas dan juga
laporan tata tertib, kesalahan ketiga yang bersangkutan dengan kes-kes jenayah
,SPR, kes mahkamah dan buang daerah, tindakan Guru Besar dapatkan dengan
segera writ dari mahkamah dan penyelewengan ringan dan berat dan bergiat
aktif dalam politik.
Makluman: Semua guru

1.9 Seterusnya beliau menerangkan mengenai laporan nazir yang telah datang
ke sekolah
Makluman :Semua guru

1.10 Pengerusi Majlis juga menerangkan mengenai penambah baikan PBS yang
mula berkuatkuasa pada 1 April 2014 iaitu
1. Pentaksiran Sekolah Sekolah Rendah (PS) dilaksanakan oleh guru
sebagai proses P&P.
Assessement Of Learning pemerhatian atau ujian bulanan/ penggal/
tahunan
2. Pentaksiran PJKAJ
3. Pentaksiran Psikometrik
4. Pentaksran Pusat
Makluman : Semua guru

1.11 Seterusnya beliau memaklum bahawa pada 22 April 2014 pada hari Selasa
akan diadakan satu majlis Motivasi Keibubapaan murid-murid tahun 6.
Makluman :Semua guru

1.12Pada 23 dan 34 april 2014 pula akan diadakan Program Mudah Matematik
untuk murid-murid tahap 1 dan tahap 2 bermula pada pukul 9.00 pagi.
Tindakan :Panitia Matematik
Makluman : Semua guru


1.13Seterusnya Pengerusi Majlis menerangkan mengenai perancangan PROD
bagi fasa kedua iaitu:
(a) Bahagian Kokurikulum
(b) Bahagian HEM
(c) Program Kotter yang akan dibincangkan seterusnya dalam
mesyuarat AJK PROD nanti.
Makluman :Semua guru



2.0 UCAPAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


2.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

2.2 Seterusnya beliau memaklumkann mengenai kewujudan Bilik PIBG yang
berada di aras 1 bersebelahan dengan Bilik Bimbingan & Kaunseling dan
Bilik Alat panbdfang Dengar. Merupakan bilik 3 in 1 iaitu bilik PIBG, Bilik
pengawas dan Bilik Anti Dadah.

2.3 Seterusnya PK HEM memaklumkan mengenai tugas para pentadbir untuk
memantau dan menyelia punch card(kehadiran guru). Di mana beliau
bertugad bagi bulan Mac dan beliau dapati bahawa terdapat beberapa
punch card yang merah dan juga terdapat guru yang pulang awal.

2.4 Beliau juga memaklumkan mengenai pengawal keselamatan yang
tertangkap tidak memakai uniform semasa bertugas.
Makluman :Semua guru


2.5 Guru kelas juga diminta supaya sentiasa peka dengan kehadiran murid
kelas masing-masing. Ketidakhadiram murid tiga-hari berturut-turut tanpa
alasan akan diambil tindakan. Kerjasama antara guru kelas dan PK Hem
amatlah penting dalam menjamin kelancaran perjalanan sesebuah kelas.
Tindakan :guru kelas

2.6 Beliau juga menyentuh mengenai jadual baharu bagi RMT akan berkuat
kuasa dalam masa-masa terdekat ini bagi menangani masalah yang
timbul.
Makluman dan tindakan :Semua guru



3.0 HAL-HAL LAIN


3.1Cik Maziah Bt Sahak mencadangkan agar guru bertugas bagi RMT
dilaksanakan secara solo sepanjang seminggu. seminggu. Perkara ini pernah
dilakukan di sekolah ini.

3.2 En.Bohari B Rajab mengingatkan para guru supaya mengemas kinikan
SPLG. Yuran Kelab Guru dan Kakitangan juga diminta supaya dijelaskan juga.

3.3 Pn.Maziati Bt Muhamad berkongsi ilmu mengenai surat panggilan mesyuarat
iaitu Guru Besar yang seharusnya menandangani surat tersebut.

3.4 En.Mohd.Nashihin B Awang Ali menyarankan agar semua guru yang
mengajar Pendidikan Jasmani supaya berpakaian sukan.

3.5 Pn.Suzana Bt Adzmin @Azmi meluahkan perasaan tentang kegagalan
tibanya surat panggilan mesyuarat sebelum sesuatu mesyuarat berlangsung. Ini
Menyebabkan beliau terpaksa ke bergegas ke mesyuarat setelsah dihubungi.

3.6 Hj.Wan Ahmad B Wan Yusoff menegaskan supaya buku aktiviti Koku
hendaklah sampai ke meja Penyelaras setelah usai setiap aktiviti.

3.7 Pn.Roslina Bt Yaacob memaklumkan supaya guru-guru yang menjadikan
PSS sebagai medan P&P supaya mengisi Buku Penggunaan PSS.
3.8 En.Hanafi Hassan Menyentuh mengenai PLBS, iaitu sila dapatkan bahan
daripada PK1.





Bagi menangguhkan mesyuarat En.Wan Muhd.Fadhil B.Wan Jusoh membacakan
doa. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.25 petang.









Minit dicatat oleh Disahkan oleh.



Pn.Norulhayati Bt.Omar Hj.Che Mohd.Shamshudin B Yusoff
Setiausaha Guru Besar
Mesyuarat Guru SK.Tumpat

You might also like