You are on page 1of 2

LAPORAN MINIT MESYUARAT

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB KEUSAHAWANAN 2014


KALI PERTAMA

Tarikh : 20hb Jun 2014 (Jumaat)
Masa : 11am 12.30pm
Tempat : Bilik Gerko
Kehadiran : Puan Maznah binti Manan
Semua guru pelatih S6PISMP Bahasa Cina 1 Ambilan Jan 2012

1.0 Ucapan Puan Maznah binti Manan
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ahli. Beliau
mengumumkan tempat dan tarikh lawatan. Lawatan ini akan diadakan di Pusat
Membeli-belah AEON Seremban 2 pada 9hb Julai 2014. Objektif lawatan ini adalah
untuk memberi peluang kepada ahli Kelab Keusahawanan untuk menjalankan satu
penyelidikan ke atas bidang perkhidmatan yang terdapat di Pusat Membeli Belah
AEON Seremban 2.

2.0 Taklimat Lawatan Sambil Belajar Kelab Keusahawanan 2014
Taklimat disampaikan oleh Puan Maznah binti Manan. Beliau menerangkan bahawa
soal selidik perlu dijalankan terhadap para usahawan yang berada di pusat membeli
belah. Melalui penyelidikan ini, guru pelatih akan mengkaji dan mengenalpasti ciri-
ciri keusahawanan yang berjaya serta faktor-faktor yang mempengaruhi
kecenderungan pengguna di kalangan kawasan bandar semasa membuat
pembelian. Beliau juga mengingati guru pelatih supaya bersopan santun dan
berbudi bahasa semasa menjalankan sesi soal selidik.




2.1 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Lawatan Sambil Belajar Kelab
Keusahawanan 2014
Pengerusi : Lee Wan Ting
Setiausaha : Ching Suit Li
Penolong Setiausaha : Tan Kee Luan
AJK Dokumentasi : Hau Lee Shi (Ketua)
: Yeo Chun Wai
AJK Kebersihan : Wong Zhe Zhun
AJK Keselamatan : Elaine Tan Jia Yi (Ketua)
: Chong Jin Kit
AJK Makanan : Koh Ting Zhi (Ketua)
: Yew Pei Jia
AJK Pengangkutan : Hew Ling Sing
AJK Cenderahati : Loh Mei Mun

3.0 Penangguhan
Mesyuarat ini ditangguh pada pukul 12.30pm dengan ucapan terima kasih
daripada pensyarah. Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 4/7/2014, pada
pukul 12.30pm bertempat di kelas B0.3.

Disediakan oleh,


_____________
(CHING SUIT LI)
Setiausaha
Lawatan Sambil Belajar 2014
Kelab Keusahawanan
IPG Kampus Raja Melewar

Disahkan oleh,


_____________
(LEE WAN TING)
Pengerusi
Lawatan Sambil Belajar 2014
Kelab Keusahawanan
IPG Kampus Raja Melewar

You might also like