You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN AHLI JAWATANKUASA

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN


MESYUARAT KALI PERTAMA
TARIKH : 09/FEB/2014
MASA : 8.30 pagi
TEMPAT : DEWAN KULIAH C
KEHADIRAN : 25 GURU PELATIH (sila rujuk lampiran (a) )
1. Ucapan Aluan Pensyarah Penasihat
Saudari Puvaneswary memulakan mesyuarat tepat jam 8.30 pagi
Saudari Puvaneswary seterusnya mengucapkan ribuan terima kasih dan
mengalu-alukan kehadiran semua guru pelatih Pengajian Tamil yang hadiri ke
Mesyuarat Penubuhan Ahli jawatankuasa Seminar Kajian Tindakan
Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik.Manimaran
Govindasamy , pensyarah penasihat seminar ini. Beliau juga merupakan
pensyarah cemerlang di Unit Pengajian Tamilm IPG KTB.
Pengerusi Majlis menjemput Encik.Manimaran Govindasamy untuk memberi
ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Penubuhan Ahli
jawatankuasa Seminar Kajian Tindakan
Dalam ucapan perasmiannya memberi penjelasan kepada semua guru
pelatih betapa pentingnya seminar kajian tindakan ini.
beliau sangat berbangga dengan usaha AJK Bertindak kerana telah berusaha
bagi menjayakan majlis dipagi ini dan berharap ini dapat memberi manafaat
kepada semua.





2. Persetujuan Menubuhkan Ahli jawatankuasa
Perjumpaan pada hari ini telah mendapat persetujuan dari guru pelatih yang
hadir seramai 25 orang untuk sama-sama berbincang dan bersepakat untuk
untuk menubuhkan Ahli jawatankuasa Seminar Kajian Tindakan 2014
3. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Seminar Kajian Tindakan
Perlantikan Ahli Jawatankuasa bagi Seminar Kajian Tindakan 2014 telah
dibuat dan dipilih dalam mesyuarat penubuhan melalui undian adalah seperti
berikut:
( rujuk lampiran (b) )

4. Perbincangan seterusnya
Saudara Varatharasan Subramaniam iaitu Setiausaha yang baru dilantik telah
menerangkan kepada Ketua Ahli jawatankuasa tentang bidang kuasanya.
Setelah mendapat persetujuan dan tiada bantahan dari semua yang hadir
maka penubuhan Ahli jawatankuasa tadi telah diterima dengan sebulat suara
guru pelatih yang hadir

Disediakan oleh,


(VARATHARASAN SUBRAMANIAM)
Setiausaha Seminar Kajian Tindakan



MINIT MESYUARAT PEMILIHAN AGENDA
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN
MESYUARAT KALI KEDUA
TARIKH : Selasa (11 Feb 2014)
MASA : 2.30 p.m. 3.30 p.m.
TEMPAT : bilik C305
KEHADIRAN : 25 Orang guru pelatih (sila rujuk lampiran (c) )
Pengerusi : Shivabalan Thiruchelvam
Pencatat : Varatharasan Subramaniam

Agenda :
1.0 Cadangan lokasi, masa dan hari pelaksanaan Seminar kajian Tindakan
2.0 Cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan
3.0 Peruntukan dan kutipan wang serta makanan untuk seminar.
4.0 Lain-lain








Butiran Agenda :
1.0 Cadangan lokasi, masa dan hari pelaksanaan BIG
Ahli mencadangkan untuk melaksanakan seminar pada hari Sabtu, atau
Ahad. Ini mengikut kesesuaian dan kebenaran daripada Pihak pentadbiran
IPG KTB.
Guru pelatih mengundi untuk hari Sabtu.
Guru Pelatih bersetuju untuk mengadakan seminar di Dewan Kirkby.
Dicadang bahawa seminar bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada jam
5 petang.
2.0 Cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan
Prosedur melaksanakan kajian tindakan yang berkualiti akan di bentangkan
oleh penceramah.
3.0 Peruntukkan dan kutipan wang serta makanan untuk Seminar.
IPG memberikan peruntukkan sebanyak RM 5 untuk makanan.
AJK makanan bertanggungjawab untuk menguruskan tempahan makanan.
Makanan yang disediakan sarapan dan makan tengah hari.
4.0 Lain-lain
AJK Cenderahati
:Bertanggungjawab memberi cenderahati untuk penceramah dan tetamu
khas.
AJK Dokumentasi
:Bertanggungjawab membuat laporan seminar yang dilaksanakan pada hari
tersebut.
AJK Peralatan
:Alatan perlu disediakan dan boleh cuba meminta daripada Stor IPG KTB jika
tidak mencukupi, perlu sediakan sendiri.

Mesyuarat tamat pada pukul 2.30 petang.


Catatan:


(VARATHARASAN SUBRAMANIAM)
Setiausaha Seminar Kajian Tindakan 2014

You might also like