You are on page 1of 17

Miskonsepsi dalam

Matematik & Cara


Mengatasi
Tee Deng Wei
Mohd. Azrin bin Masdan
Nurshabirah binti Sudin
PENDARABAN
SENTIASA
MENGHASILKAN
NOMBOR YANG
BESAR
Miskonsepsi 1
Mengapa terjadi?
Berlaku apabila pendaraban antara nombor
bulat yang positif, tidak bagi pecahan dan
nombor negatif.
Miskonsepsi ini berlaku kerana pengalaman
awal kepada murid berkenaan dengan
nombor bulat yang positif.
Cara mengatasi
Daripada menggunakan satu perdua darab
lapan, cuba ubah kepada satu perdua
daripada lapan.
Penggunaan perkataan daripada semasa
melakukan pendaraban dengan pecahan
memberitahu murid bahawa jawapan pasti
akan kurang daripada lapan.
PENYEBUT YANG BESAR ADALAH
PECAHAN YANG BESAR
Miskonsepsi 2
Mengapa terjadi?
Murid menyangka
pecahan yang
mempunyai penyebut
yang besar adalah
pecahan yang besar
kerana apa yang telah
mereka pelajari.
Sebagai contoh 6 adalah
lebih besar daripada 3.
Cara mengatasi
Beri peluang kepada murid untuk bermain
dengan bahan manipulatif semasa
memperkenalkan konsep pecahan.
Miskonsepsi 3
Mengapa terjadi?
Miskonsepsi yang biasanya disampaikan oleh
guru.
Sebagai contoh, bentuk geometri hanya
ditunjukkan dalam satu arah sahaja dan
menyebabkan murid tidak dapat mengenal
pasti bentuk tersebut jika dilihat pada arah
yang berlainan.
Cara mengatasi
Memberi peluang kepada murid untuk
melukis bentuk geometri dalam pelbagai arah.
Sediakan contoh bentuk dalam pelbagai arah.
Bentuk Segi Tiga
HASIL DARAB 10 HANYA PERLU
TAMBAH 0
Miskonsepsi 4
Mengapa terjadi?
Miskonsepsi yang biasanya terjadi kerana
biasanya diajar dan disampaikan oleh ibu
bapa, rakan rakan, dan lain lain.
Cara ini hanya batul semasa mendarab
nombor positif dan nombor negatif tetapi
tidak untuk perpuluhan dan pecahan.
Cara mengatasi
Memberi peluang kepada murid untuk cuba
mendarab nombor perpuluhan dan pecahan
dengan 10.
Apabila mereka mencuba, barulah mereka
tahu bahawa tidak semua nombor apabila
didarab dengan 10, jawapannya hanya perlu
tambah sifar di belakang.
BEKAS YANG PALING TINGGI
MEMPUNYAI ISIPADU YANG BANYAK
Miskonsepsi 5
Mengapa terjadi?
Miskonsepsi terjadi melalui pemerhatian.
A
B
Isipadu bekas A lebih banyak
berbanding bekas B
Cara mengatasi
Beri peluang kepada murid untuk mengisi
sendiri air ke dalam bekas yang tinggi,
kemudian tuang air di dalam bekas tersebut
ke dalam bekas yang lebih pendek tetapi
masih mempunyai isipadu yang sama.
Pada awal
pembelajaran,
betulkan kesilapan
miskonsepsi
mereka sebelum
terlambat.

You might also like