You are on page 1of 8

1

ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Fungsi dan Keberkesanan Panitia Mata Pelajaran
Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran
Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
Penyediaan Rancangan Harian
Penyediaan Rancangan Tahunan
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran


Panitia Mata Pelajaran
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986
Panitia Mata Pelajaran
Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah
tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati
bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi
dengan baik dan ada pula sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu
berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat
penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran
ini perlu ditubuhkan.
2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak
sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala
di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih
berkesan lagi.
3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki
menubuh atau memperkemaskan panitia mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pengajaran
di sekolah dapat ditingkatkan
3.1 Latarbelakang
Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat
mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat
dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi
mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian
akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar sesuatu
mata pelajaran yang sama, menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan
aktiviti-aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus
mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran,
pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekepan dan kekesanan
mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang
untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan
bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru yang
menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-
masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang
berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.
2

3.2 Struktur dan Organisasi
3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai
oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah
sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan
tidak perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran.)
3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan
yang dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi
ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata
pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi
penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-
perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan
pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua
atau Penolong Kanannya, sama ada untuk untuk mendapat penyelesaian atau
untuk makluman
3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum
ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung
dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-
masalahatauisu-isuyang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala
cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan
pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran
Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata
pelajaran:
3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan
pembelajaran.
3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar
yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para
pelajar terhadap pembelajaran.
3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah
dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan
kepada prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
3.3.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara mata pelajaran dengan
persatuan kelab akademik.





3

3.4 Peranan Panitia
Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar
dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.
3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk
kegunaan ahli-ahli panitia;
3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam
tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru
dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada
kaitan.
3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks
untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi
kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.
3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan
yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru
untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;
3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah )
yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan
bank soalan.
3.4.6 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-
tiap peperiksaan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun)
dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan
pengajaran dan pembelajaran.
3.4.7 Mengadakan mesyauarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya
sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara 'ad-hoc' bila dan jika
perlu;
3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara
froamal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah
atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan
kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu
tersebut;
3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi
setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;
3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah
dan menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat
pengajaran dan pembelajaran;
3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran
dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;
3.4.12 Bekerjsama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke
arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu;
3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan
minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat,
surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan
4

Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran
Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987
Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran
Tugas dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari
ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama
seorang Pengetua/Guru Besar ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya.
Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran-pembelajaran oleh guru-guru
dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik
dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu. Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran
terhadap guru di dalam kelas yang sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas
dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Oleh itu dan dengan tujuan mempertingkatkan keberkesanan
proses penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang amat
penting.

2 Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan di dalam kelas:
2.1 Rasional
2.1.1 Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TERAS fungsi institusi persekolahan.
Dengan itu perhatian yang lebih hendaklah diberikan kepada penyeliaan
pengajaran-pembelajaran.
2.1.2 Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah. Pengetua/Guru Besar adalah
pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Oleh itu tugas penyeliaan
pengajaran-pembelajaran adalah merupakan tugas terpenting yang perlu
dititikberatkan.
2.1.3 Penyeliaan adalah satu aspek terpenting dalam pentadbiran, pengurusan dan
kepimpinan pendidikan. Oleh itu penyeliaan tidak boleh dipisahkan dari peranan
Pengetua/Guru Besar sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin
profesionalisme di sekolahnya.
2.2 Tujuan
2.2.1 Mempertingkatkan profesionalisme Pengetua/Guru Besar dan guru-guru dalam
melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran
sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.
2.2.2 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat
kepada Pengetua/Guru Besar untuk memperbaiki proses pengajaran-
pembelajaran di sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh
Pengetua/Guru Besar sebagai asas untuk menilai seseorang guru bagi tujuan
tertentu.
2.2.3 Memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan
interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru, guru dengan
guru dan antara guru dengan murid.
2.2.4 Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan
membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.
2.3 Bidang

2.3.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada 2 (dua)
bidang:

a) bidang organisasi
b) bidang pengajaran dan pembelajaran

5

Bidang Organisasi

Di antara ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian ialah:

Iklim kelas
Organisasi kelas
Kawalan murid
Komunikasi motivasi
Sikap murid
Kebersihan dan perhiasan
Penyeliaan gerakerja
Penilaian prestasi
Profil murid
Panitia mata pelajaran

Kesemua ciri ini adalah merupakan petunjuk yang boleh membantu
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Bidang Pengajaran dan Pembelajaran

Di antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan ialah:

Rancangan pengajaran
Objektif
Isi kandungan
Persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya
Penyampaian isi pelajaran
Teknik bersoal jawab
Interaksi guru murid
Penggunaan masa

2.4 Prinsip Perlaksanaan

2.4.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan oleh
Pengetua/Guru Besar ke atas semua guru.

2.4.2 Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dicatit dengan
ringkas dan tepat.

2.4.3 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang
dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan/tahun dan guru.

2.4.4 Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan
Penyelia Petang. walau bagaimanapun tanggungjawab sepenuhnya terletak di
tangan Pengetua/Guru Besar.

2.4.5 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan secara
sistematis dan berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan
bukan mencari kesalahan. Dalam usaha mempertingkatkan prestasi
pengajaran-pembelajaran di kelas, Pengetua/Guru Besar perlu mendapat
maklumat tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh
Pengetua/Guru Besar sebagai asas perbincangan dengan guru-guru.

3 Pekeliling ini adalah untuk mengingatkan kembali mengenai peri mustahaknya tugas-tugas
penyeliaan pengajaran-pembelajaran sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab
Pengetua/Guru Besar. Ia tidak sekali-kali menafikan pentingnya tugas-tugas dan tanggungjawab
kepimpinan dan penyeliaan seorang Pengetua/Guru Besar dalam lain-lain aspek pentadbiran
dan pengurusan sekolah. Oleh itu Pengetua/Guru Besar perlu diingatkan mengenai peri
pentingnya melaksanakan tugas-tugas secara yang seimbang agar pelaksanaan suatu tugas
tidak akan menyebabkan tugas-tugas lain tidak diberi perhatian sewajarnya.


6

Penyediaan Rancangan Harian

1 Rancangan harian hendaklah disediakan sehari sebelum digunakan.

2 Rancangan harian hendaklah disediakan berdasarkan rancangan tahunan. Rancangan tahunan
yang dipilih untuk diajarkan pada minggu tertentu hendaklah mencapai 'hasil pembelajaran yang
dihasratkan' bagi minggu tersebut.

3 Rancangan harian yang disediakan hendaklah mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Ini dilaksanakan melalui perancangan aktiviti pembelajaran yang menarik, sesuai dan berkesan.

4 Penyediaan rancangan harian hendaklah ringkas, tepat, jelas dan padat.

5 Rancangan harian hendaklah mengandungi butiran seperti yang berikut:


Tarikh

Hari

Mata Pelajaran

Tahun / Tingkatan

Masa

Tajuk / Bidang Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran



Format Rancangan Harian
(Satu muka surat boleh dibahagi dua, jika ruang tidak mencukupi)

Tarikh:
Hari:
Tarikh:
Hari:
Mata pelajaran:
Tahun/Tingkatan:
Masa:
Tajuk/Bidang pembelajaran:
Aktiviti Pembelajaran:
Mata pelajaran:
Tahun/Tingkatan:
Masa:
Tajuk/Bidang pembelajaran:
Aktiviti Pembelajaran:



7

Penyediaan Rancangan Tahunan

1 Rancangan tahunan merupakan perancangan pengajaran bagi setahun. Rancangan tahunan
hendaklah disediakan pada awal sesi persekolahan.

2 Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan berpandukan Sukatan
Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan
semasa.

3 Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang diperlukan untuk
menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga hendaklah mengambil kira bilangan
minggu persekolahan pada setiap tahun.

4 Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak dicetak
berulang-ulang).

5 Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam sahaja
dibenarkan.

6 Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau wakilnya
sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya
hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau wakilnya.

7 Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur yang mengandungi perkara-perkara
seperti berikut :

Tajuk / Bidang Pembelajaran

Objektif / Kemahiran

Hasil Pembelajaran yang dihasratkan

Bilangan Minggu

Catatan

Format Rancangan Tahunan

Mata Pelajaran :

Minggu Tajuk/Bidang Pembelajaran Objektif/Kemahiran
Hasil Pembelajaran
Yang Dihasratkan
Catatan







8

Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1999
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian
Pendidikan 256:" Buku Rekod Mengajar Guru" bertarikh 1 Julai 1963.

2 Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di
mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan
ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru diadakan.

3 Dengan surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran
dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran
Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah
memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip- prinsip perancangan yang mutakhir.

(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan
yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana
hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

4 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang
munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat
dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain
yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian
juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabial dikehendaki oleh
pihak yang diberi kuasa.

You might also like