You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PEMUAFAKATAN PRASEKOLAH 2010

KALI PERTAMA
SK. SERI AL ULUM, BENUT
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

Kehadiran :

4 Januari 2012
Selasa
11.15 pagi
Kelas Prasekolah Cahaya
Semua ibubapa / penjaga murid

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Terima kasih di atas kedatangan AJK dan berharap agar
semua guru dapat memberikan kerjasama sepanjang
mesyuarat.
2 .Ucapan GPK (HEM)
2.1 Terima kasih di atas kehadiran para ibu bapa pada
mesyuarat Pemuafakatan Prasekolah 2012 kali pertama
2.2 Beliau mengucapkan tahniah kerana telah 2 tahun
berturut-turut pelajar prasekolah berjaya mewakili daerah
Pontian ke Karnival Negeri Johor. Beliau berharap agar
kejayaan ini dapat diteruskan untuk tahun mendatang
3. Sumbangan Majlis Pemuafakatab Prasekolah 2010.
3.1 Guru kelas menerangkan tentang kegunaan sumbangan
Majlis Pemuafakatan iaitu untuk pelaksanaan aktiviti
sepanjang tahun 2010 Beliau meminta persetujuan ibubapa
tentang jumlah sumbangan setiap bulan.
3.2 En. Zulkif li mencadangkan agar sumbangan murid
RM5.00 (Ringgit Malaysia lima sahaja) setiap bulan.
3.3 Cadangan beliau disokong oleh Pn. Fazlila.
4. Aktiviti Tahun 2010
4.1 Pn. Roszita mencadangkan aktiviti yang dirancang bagi
tahun 2010 iaitu
4.1.1 Sukan Olahraga.
4.1.2 Lawatan sambil belajar ke Melaka
4.1.3 Hari Keluarga Prasekolah

4.2 Para ibubapa sebulat suara bersetuju dengan rancangan


aktiviti sepanjang tahun
5. Hal-hal lain
5.1 Pn. Roszita menerangkan perubahan jadual waktu
sekolah yang bermula awal iaitu pukul 7.20, pagi dan pulang
pada 11.20 pagi sejajar dengan perubahan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan yang memperuntukkan
masa pembelajaran 4 jam bermula tahun 2010.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.15 tengahari

Disediakan oleh:

(Roszita bt Tamyiz)

Disahkan oleh:

You might also like