You are on page 1of 10

MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5







PENGENALAN
Nilai TOLERANSI adalah kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Nilai TOLERANSI ini juga dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum, menjamin
keharmonian hidup bermasyarakat dan menjamin hubungan baik antara kaum. Ia juga selaras
dengan hasrat merealisasikan 1 Malaysia di samping memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

14 . Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar
dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan
faham demi kesejahteraan hidup

14.1 Mengamalkan toleransi dalam
masyarakat setempat



Pada akhir pelajaran, murid dapat:
14.1.1 Menghuraikan sikap bertoleransi dalam
masyarakat setempat

14.1.2 Memerihal kebaikan bertoleransi dalam
masyarakat setempat

14.1.3 Menjelaskan perasaan apabila
bertoleransi
dalam masyarakat setempat

14.1.4 Mengaplikasikan sikap bertoleransi dalam
masyarakat setempat










TOLERANSI


MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5


AKTIVITI 1
Mata Pelajaran / Kelas : Pendidikan Moral / Tahun 5
Nilai / Tajuk : Toleransi / Saya Ahli Masyarakat
Masa : 60 minit
Standard Pembelajaran : 14.1.1, 14.1.3, 14.1.4
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:

i) Memberikan dan menghuraikan 2 contoh sikap toleransi
dalam masyarakat setempat.
ii) Menjelaskan perasaan apabila bertoleransi dalam
masyarakat setempat.
iii) Mengamalkan sikap bertoleransi di gelanggang, restoran,
perpustakaan dan balai raya.


EMK : i) Kreativiti menjana idea, mengaplikasi.
ii) TMK
Bahan Bantu Belajar : Kad lokasi, lembaran kerja, gambar dan tayangan video.
Penilaian P dan P : Lembaran kerja.















MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5



Strategi Pengajaran:
Langkah Pengajaran Penerapan/
Elemen

Set Induksi


Kemahiran
Berfikir
Kemahiran
Berbahasa
Nilai Murni

i. Guru menayangkan video yang bertajuk Mr. Bean at the hospital di
link http://www.youtube.com/watch?v=OoI57NeMwCc&feature=relmfu
ii. Guru menyoal tentang kelakuan Mr.Bean sama ada betul atau salah.
iii. Murid menyatakan sikap yang dimiliki oleh watak Mr.Bean.
iv. Guru mengaitkan kelakuan Mr.Bean dengan sikap toleransi.



Langkah 1




Kemahiran
Berfikir

Kemahiran
Berbahasa

i. Guru meminta murid di barisan hadapan supaya berdiri rapat dengan
guru .
ii. Guru melakukan aktiviti (berdasarkan kreativiti guru).
iii. Semasa aktiviti dijalankan, murid di barisan belakang tidak dibenarkan
berdiri atau bergerak ke hadapan.
iv. Guru menyoal murid-murid yang duduk.
Soalan:
a. Apakah yang kamu nampak?
b.Kenapa kamu tidak nampak?
c.Apa yang perlu dilakukan dalam situasi ini?
d.Apakah perasaan kamu jika menghadapi situasi seperti ini?
v. Murid berkongsi pengalaman bertoleransi semasa menghadiri sesuatu
majlis (contoh: Pengantin bersanding atau menonton tayangan).
vi. Guru membuat rumusan hasil daripada pengalaman yang diberikan oleh
murid.
vii. Guru menegaskan bahawa Kita patutlah mengamalkan sikap toleransi
sesama masyarakat setempat.


Langkah 2

Kemahiran
Berbahasa


i. Guru memaparkan sekeping gambar. (Lampiran 1)
ii. Guru meminta murid menyatakan perasaan mereka apabila menghadapi
masalah ini.
iii. Murid meluahkan perasaan mereka melalui salah satu cara berikut:
a. Melukis
b. Menulis
c. Membuat mimik muka
iv. Murid membentangkan hasil kerja mereka.
v. Guru menbincangkan dengan murid tentang hasil kerja mereka.


MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5



Langkah 3



Kepimpinan
Kemahiran
Berfikir

Kreativiti dan
Inovasi


i. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
ii. Murid mencabut undi untuk memilih kad yang menunjukan lokasi
seperti gelanggang, restoran, balai raya dan perpustakaan. (Lampiran 2)
iii. Murid dikehendaki melakonkan cara bertoleransi di lokasi-lokasi
tersebut.
iv. Murid berlakon di hadapan kelas.
v. Selepas berlakon, murid dikehendaki mengulaskan sikap bertoleransi di
dalam lakonan mereka supaya boleh dijadikan amalan seharian.


Aktiviti Penilaian



i. Murid memberi jawapan dan berkongsi pengalaman.
ii. Murid diminta menjelaskan perasaan apabila bertoleransi dalam
masyarakat setempat.
iii. Murid mengaplikasi nilai toleransi dalam lakonan.



Aktiviti Pemulihan



i. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid ( Lampiran 3 ).
ii. Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan.



Aktiviti Pengayaan


i. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid ( Lampiran 4 ).
ii. Murid menulis tindakan yang sepatutnya dilakukan apabila menghadapi
situasi yang diberikan.


Penutup


i. Guru merumuskan pdp hari ini dengan menekankan kepada nilai
toleransi
ii. Guru mengukuhkan pelajaran hari ini dengan tayangan video: 2 ekor
kambing ingin menyeberang jambatan pada masa yang sama.


Refleksi : i) ______________________________________________________________
______________________________________________________________
ii) ______________________________________________________________
______________________________________________________________


MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5


































MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5































RESTORAN
BALAI RAYA
PERPUSTAKAAN

GELANGGANG



MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5





Nyatakan perasaan anda apabila bersikap bertoleransi.



















Perasaan
Apabila
Bertoleransi



MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5




NAMA KUMPULAN : ______________________________________ KELAS : ___________________
Tuliskan perasaan anda apabila menghadapi situasi di dalam gambar.











1. Dalam barisan :
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

2. Memotong barisan:
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________



SILA
BERATUR



MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5


Jawapan:



Nyatakan perasaan anda apabila bersikap bertoleransi.






Puas hati
Tenang
Tenteram
Gembira
Bahagia
Bangga
Perasaan
apabila
bertoleransi



MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5



NAMA KUMPULAN : ______________________________________ KELAS : ___________________
Tuliskan perasaan anda apabila menghadapi situasi di dalam gambar.











1. Dalam barisan :
Saya berasa geram,marah, kecewa dan tidak puas hati terhadap orang yang memotong barisan.


2. Memotong barisan:
Saya berasa bersalah, malu, rendah diri dan menyesal kerana memotong barisan. Saya sepatutnya
bertoleransi dalam situasi ini.






SILA BERATUR

You might also like