You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PROGRAM GURU PENYAYANG,

SK AGAMA LAWAS KALI PERTAMA 2014



Tarikh : 24 Februari 2014
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Agama Lawas

Kehadiran :
1. Encik Othman bin Adol (Guru Besar)
2. Encik Piee bin Sijo (Penolong Tadbir)
3. Puan Hanizah binti Matair (PK HEM)
4. Ustaz Mazlan bin Mat Zin (PK Ko-Ko)
5. Puan Masnah bt Kadir
6. Semua guru


1. Ucapan Pengerusi:
i) Cikgu Othman bin Adol, Guru Besar SK Agama MIS Lawas mengalu-
alukan kehadiran semua guru yang terlibat dalam program Guru
Penyayang pada tahun ini.
ii) Beliau seterusnya menjelaskan perihal kepentingan Guru Penyayang
terhadap warga sekolah.
iii) Beliau juga meminta semua yang hadir untuk membaca dan
memahami konsep sebenar program Guru Penyayang agar dapat
membantu pihak sekolah menjayakannya demi kepentingan dan
kebaikan semua pihak.

2. Perlantikan AJK
2.1 Mesyuarat membuat keputusan mengekalkan guru bimbingan dan
kaunseling, iaitu Puan Masnah bt Kadir, sebagai Setiausaha dan
Penyelaras bagi program ini.

2.2 Guru-guru lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa-jawatankuasa yang
Telah ditetapkan (rujuk Lampiran 1)

3. Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3.1 Puan Hanizah membentangkan secara ringkas perancangan yang perlu
disediakan, iaitu;

i) Mengadakan mesyuarat sekurang-sekurangnya 2 kali setahun.
ii) Merancang aktiviti tahunan Program Guru Penyayang.
iii) Menyediakan laporan dan dokumentasi setiap program yang
melibatkan aktiviti Guru Penyayang.
iv) Tindakan : Setiausaha

v) Membahagikan tugas kepada ahli-ahli jawatankuasa tertentu
vi) Memberi taklimat dan ceramah kepada murid tentang konsep Guru
Penyayang dari semasa ke semasa.
vii) Mengemaskini rekod, fail, surat menyurat serta maklumat berkaitan.
Tindakan : Setiausaha
viii) Menjalankan tugas harian program Guru Penyayang mengikut jadual
yang disediakan oleh setiausaha.
Tindakan : Setiausaha/ semua guru

ix) Mencatat buku rekod tugasan harian Program Guru Penyayang.

Tindakan : Semua guru

4. Perancangan Aktiviti Tahunan 2014
4.1 Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan aktiviti tahun
lepas sebagai Program Tahunan bagi 2014 ini (Lampiran 1).

Tindakan : Semua AJK





5. Hal-hal lain
5.1 Guru Besar mengingatkan semua yang hadir untuk bekerjasama antara
satu sama lain bagi menjayakan program Guru Penyayang agar
persekitaran sekolah sentiasa selamat setiap masa.
Tindakan : Semua AJK

6. Penutup
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang
hadir kerana dapat mengikuti mesyuarat dengan berkesan.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.



Sekian, terima kasih.


Dicatat dan dilaporkan oleh,

......................................
(MASNAH BINTI KADIR)
Setiausaha,
Program Guru Penyayang Sekolah,
SK Agama Lawas.

You might also like