You are on page 1of 3

Rumusan dan cadangan

Pada pandangan kami ,peranan guru adalah penting dalam mendidik anak didik
dan bangsa . Di dalam kelas guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara atau
fasilitator. Guru yang pandai mendidik akan memudahkan pelajar memahami sesuatu
konsep atau sesuatu kemahiran, manakala guru yang tidak pandai mendidik atau
mengajar akan menyebabkan pelajar sukar untuk memahami sesuatu konsep atau
sesuatu kemahiran, malah ianya akan menyebabkan pengajaran guru akan
membosankan, pelajar pelajar tidak memberi tumpuan dalam pelajarannya atau pelajar-
pelajar tidak mahu masuk ke kelas.

Bagi mengelakkan masalah ini,guru perlulah inovatif dan kreatif serta sentiasa
bersedia mengubah stail pengajarannya. Menurut Tg.Zawawi, pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan oleh para pendidik
bestari.Guru perlu menguasai kaedah pengajaran dengan berkesan agar ilmu yang
disampaikan kepada murid difahami dengan baik.

Guru perlu mempelbagaikan kaedah seperti kaedah ajuk, hafaz,terus,oral
aural.linguistik dan lain-laian dalam pengajaran bahasa melayu bagi menarik minat
murid.,Teknik pula seperti teknik bercerita,menyanyi.bermain,berlakon dan strategi
pengajaran seperti berpusatkan murid, guru,berpusatkan bahan dan sebagainya yang
telah dikupas sepanjang tugasan ini. Golongan guru yang inovatif, kreatif, prihatin, dan
optimistik harus meneroka sebanyak mungkin gaya pembelajaran murid-muridnya bagi
menghasilkan satu kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran murid.



Mengikut Slavin (1994) terdapat empat faktor yang mempengaruhi pengajaran
yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran (quality of instruction), kesesuaian aras
pengajaran (appropriate level of instruction), insentif (incentive) dan masa (time).Kualiti
pengajaran bermaksud keupayaan guru untuk menyampaikan pengajaran ,konsep atau
kemahiran yang mudah difahami oleh pelajar, mudah diingat dan menyeronokkan
pelajar. Oleh itu, guru perlu menyampaikan isi pengajaran secara tersusun dan
sistematik (Kallison, 1986); menggunakan bahasa yang jelas dan mudah (Land, 1987),
penerangannya yang jelas, dan memberi contoh-contoh yang berkaitan (Mayer &
Gallini, 1994); penekanan kepada isi-isi penting dan pelajaran itu cuba di kaitkan pula
dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar yang lalu dan yang sedia ada (King &
Menke, 1992); dan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) bagi membantu
menerangkan sesuatu konsep (Hiebert, Wearne & Taber, 1991; Kazna 1991).

Hasil perbincangan,kami telah mencadangkan satu rancangan pengajaran yang
menggunakan pelbagai teknik,kaedah,pendekatan dan strategi bagi menarik minat
murid seterusnya bagi mencapat objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran
murid.Rancangan pengajaran ini fokus kepada murid tahap 1 iaitu tahun 3.Pelbagai
elemen penting telah diterapkan dalam rancangan pengajaran harian ini dan elemen
kemahiran bernilai tambah juga telah ditekankan dalam menghasil rancangan
pengajaran yang bermutu dan berkualiti untuk mendidik anak bangsa.Alat bantu
mengajar untuk tajuk ini pula lebih kepada unsur ICT yang telah diurus dengan
sistematik dan menarik.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff(!983) menyatakan pengajaran yang berkesan
adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa kepada hasil pembelajaran terakhir
yang diiginkan .Oleh itu dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang berunsur ICT
ini ia dapat memberikan nafas baru dalam dunia pendidikan dan murid tidaklah sering
didedahkan kepada bahan bantu mengajar yang sama.Disamping itu penggunaan ICT
dapat merangsang minat murid untuk menguasai bidang teknologi pada masa akan
datang.Bahan bantu mengajar lain yang digunakan seperti
gambarajah,video,muzik,serta lembaran kerja
Teknik yang digunakan dalam rancangan pengajaran harian ini adalah seperti
nyanyian,permainan,bersoal jawab,berbincang,teka-teki.Teknik yang digunakan sesuai
dengan tahap umur murid tahap 1 yang memerlukan teknik pembelajaran yang
menyeronokkan dan tidak membosankan.Strategi pula berpusatkan murid agar murid
aktif dan sentiasa mengambil bahagian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.Ia bertujuan agar murid dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan
dengan lebih baik.Terdapat kerjasama dalam aktiviti berkumpulan,berpasangan dan
secara individu, ini adalah penting bagi melahirkan sikap dan nilai positif dalam diri
murid-murid.
Kami berharap dengan terhasilnya idea dengan merancang satu rancangan
pengajaran yang telah diambil kira dalam pelbagai aspek ini dapat memberikan kami
panduan untuk membina rancangan pengajaran yang kreatif serta dapat mencapai
objektif pengajaran yang hendak disampaikan pada masa akan datang.Rancangan
pengajaran yang telah kami rancang ini sememangnya memberikan kami satu
pengalaman baru dalam membina rancangan pengajaran yang menerapkan pelbagai
kaedah,teknik,pendekatan serta teori yang berbeza bagi proses pengajaran dan
pembelajaran yang baik dan berkualiti.
Oleh itu kami berharap agar ilmu yang diperolehi sepanjang menyiapkan tugasan
ini membeikan kami manfaat dan panduan untuk menempuhi profession keguruan tidak
lama lagi.

You might also like