You are on page 1of 17

1

1.0 PENGENALAN

Istilah Asia Tenggara mula digunakan dengan luasnya semasa Perang Dunia Kedua.Ia
meliputi negeri-negeri di sebelah timur tanah besar Asia yang terdiri daripada Semenanjung
Indo-China dan gugusan pulau-pulau Indonesia dan Filipina.
1
Keterangan awal mengenai rantau
Nusantara dan kawasan Asia Tenggara berasal terutamanya dari negeri China. Sumber-sumber
tempatan lain seperti inskripsi dan peninggalan arkeologi sedikit sekali diperolehi. Funan
menurut keterangan Cina merupakan contoh pertubuhan negara atau bandar yang terawal di
Asia.

Sejarah tamadun dan kerajaan-kerajaan awal muncul di Asia Tenggara telah
membuktikan bahawa pada waktu itu wujud dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan Tanah Besar dan
kerajaan Kepulauan.Pembentukan kerajaan awal ini adalah berasaskan kepada kedudukan
geografi yang mana ia merupakan penyumbang kepada perkembangan sosioekonomi. Kerajaan
Tanah Besar juga dikenali sebagai kerajaan Agraria manakala kerajaan Kepulauan dikenali
sebagai kerajaan Maritim.Kedua-dua kerajaan tersebut mempunyai kedudukan geografi yang
berbeza. Keadaan geografinya adalah faktor utama yang menyebabkan berlakunya perbezaan
terhadap kegiatan ekonomi disesebuah kerajaan sama ada di Tanah Besar mahupun Kepulauan.

2.0 LATAR BELAKANG

Kerajaan Tanah Besar adalah kerajaan yang berasaskan kepada ekonomi pertanian atau
lebih dikenali sebagai kerajaan agraria.Ianya tertumpu di kawasan-kawasan tanah subur,
kawasan pedalaman dan berbukit, lembah-lembah sungai dan juga di lereng-lereng gunung
berapi.Contoh kawasan pertanian yang subur boleh dilihat pada kerajaan Dvaravati di Sungai

1
D.G.E Hall.1981. Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.3

2

Mena di Thailand dan Sungai Irrawaddy di Myanmar. Selain daripada pertanian, mereka juga
turut menjalankan kegiatan ekonomi yang lain seperti memburu binatang, menangkap ikan dan
menternak binatang. Manakala penduduk di kawasan hutan pula lebih cenderung menjalankan
kegiatan memungut hasil hutan seperti kayu gaharu, tanduk, damar dan kayu cendana. Contoh
kerajaan agraria ialah Kerajaan Funan dan Angkor.
2


Satu lagi bentuk kerajaan terawal adalah kerajaan Kepulauan.Berbeza dengan kerajaan
agraria, kerajaan kepulauan pula lebih bergantung pada kegiatan yang berasaskan perdagangan
dan aktiviti kelautan.Ia juga dikenali sebagai kerajaan maritim.Oleh yang demikian, kerajaan ini
berkembang pesat di pesisiran pantai dan muara-muara sungai.Kebanyakan pusat pentadbiran
tertumpu di muara sungai yang menjadi kawasan penempatan penduduk pada zaman itu. Pada
mulanya, masyarakat di sini melakukan aktiviti memungut hasil laut dan menangkap ikan, tetapi
apabila hasil yang mereka perolehi telah melebihi permintaan penduduk setempat, ia telah
didagangkan kepada pedagang-pedagang asing daripada Arab, Eropah, China dan
India.
3
Pelabuhan-pelabuhan telah dibina dan dijadikan pusat perdagangan, tempat persinggahan
para pedagang dan menyimpan barang.Hasil-hasil dagangan kerajaan maritim telah mendapat
permintaan yang tinggi daripada pasaran antarabangsa dan dengan yang demikian kerajaan
maritim telah muncul sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang berkembang pesat. Antara
kerajaan maritim ialah Srivijaya, Kedah Tua,Majapahit dan Chih-Tu.
4







2
Haji Tajuddin Bin Haji Hussien. 2007. Malaysia Negara Kita Edisi 2009. Kuala Lumpur : MDC Publisher Sdn. Bhd.
hlm 9
3
Kerajaan Awal di Asia Tenggara. Sumber diperolehi daripada http:/ms.wikipedia.org pada 28.10.2012
4
Haji Tajuddin Bin Haji Hussien. 2007. Malaysia Negara Kita Edisi 2009. Kuala Lumpur : MDC Publisher Sdn. Bhd.
hlm 10

3

3.0 PERANAN BENTUK MUKA BUMI DALAM MEMPENGARUHI
AKTIVITI EKONOMI DAN PERTUMBUHAN KERAJAAN

3.1 Sistem Sungai dan Tasik

Sungai dan tasik memainkan peranan penting kepada sistem ekonomi bagi kerajaan di
Tanah Besar khususnya Angkor.Kerajaan Angkor diasaskan pada abad ketujuh Masihi.Pusat
kerajaan terletak di kawasan hilir Sungai Mekong.Ia merupakan sebuah kerajaan yang
mempunyai kedudukan geografi yang sangat strategik kerana wujudnya kawasan pertanian.
Kawasan pertanian utamanya terletak di sekitar Tasik Tonle Sap.Ia dibina pada abad ke-10
Masihi. Pembinaan baray
5
menjadikan kerajaan Angkor mendapat hasil pertanian yang
lumayan.

Raja Angkor iaitu Indravarman I telah membina dan mengurus pengairan dan
baray.
6
Kesannya hasil padi dapat menampung makanan penduduk Angkor.Keperluan air
dibekalkan dari Sungai Mekong yang mengalir ke Tasik Tonle Sap dan menyuburkan tanah
sesuai untuk kawasan pertanian iaitu sawah padi.Tasik Tonle Sap sangat penting kepada
kerajaan Angkor.Selain membekalkan air untuk keperluan dan mengairi kawasan pertanian,
tasik ini turut membekalkan sumber protein seperti ikan air tawar kepada pendudud
Angkor.Pada musim hujan, air dari Sungai Mekong akan melimpahi ke Tasik Tonle Sap dan
keluasan tasik menjadi 300.78 km persegi sesuai untuk penternakan ikan air tawar. Manakala
pada musim kemarau, tanah sekelilingnya subur disebabkan mendapan lumpur.Kawasan yang
beriklim panas dan lembab sepanjang tahun ini sesuai untuk tanaman padi bagi menyediakan
bekalan padi yang cukup kepada penduduk dan seterusnya mengembangkan lagi kerajaan
Angkor.Rujuk Gambar 1

5
Baray ialah kolam besar yang mampu menampung isipadu air sebanyak 30 juta liter air padu.Ia merupakan sistem
saliran air yang disalurkan ditempat pertanian di Angkor yang berasal dari Tasik Tonle Sap.
6
Michael Smithies. 1998. The Site of Angkor. New York : Oxford University Press. Hlm. 2

4


Gambar 1 : Tasik Tonle Sap

Kerajaan Angkor telah mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan
Suryavarnam II.Sistem pertanian kerajaan ini telah mendapat hasil yang lumayan setelah
terbinanya barayatau sistem pengairan.Kawasan Tasik Tonle Sap telah menjadi kawasan
pertanian yang utama.

Selain kerajaan Tanah Besar, kerajaan Kepulauan juga memilik struktur geogarfi yang
hampir sama antara kedua-dua kerajaan ini. Sebagai contoh, Kerajaan Kedah Tua telah wujud
sistem sungai yang memainkan peranan yang penting bagi kerajaan ini selain laut.Kedudukan
Lembah Bujang yang dihubung dengan anak sungai terutama Sungai Merbok sementara
Sungai Muda dengan cawangan Sungai Trus turut memberi kemudahan kepada para pedagang
untuk melakukan pertukaran serta mendapatkan bekalan dagangan hasil hutan seperti damar,
rotan, tanduk dan gading di samping bertujuan untuk berehat, mendapatkan bekalan makanan,
air bersih di samping kedudukan yang terlindung dari angin monsun.(Yahaya Abu
Bakar,1991:37).
7
Sehubungan dengan itu, pada sekitar abad kesembilan dan kesepuluh, Sungai
Emas (Kuala Muda) telah berkembang sebagai pelabuhan yang penting dan pada sekitar abad

7
Mohd Supiah Sabtu. 2002. Tamadun Awal Lembah Bujang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 10

5

ke-11 hingga abad ke-14, Pengkalan Bujang pula memainkan peranan sebagai pusat
perdagangan. Bahkan kepentingan perdagangan di Lembah Bujang telah dikenali oleh
pedagang Cina (O.W Wolter, 1967:207-208), pedagang India (N.J Ryan, 1963:7) dan
pedagang Arab (Roland Braddell, 1949:382).
8


Sungai juga merupakan sumber ekonomi masyarakat awal di Asia Tenggara.Misalnya
kerajaan Langkasuka sangat bergantung kepada sungai. Sungai-sungai besar Tanah
Semenanjung Malaysia yang kualanya terletak di Teluk Siam seperti Sungai Patani, Sungai
Telubin, Sungai Kelantan dan Sungai Terengganu adalah jajahan takluk Langkasuka.Sungai-
sungai besar itu tidak hanya berperanan sebagai jalan perniagaan Tanah Semenanjung
Malaysia, tetapi menyalurkan hasil lombong emas dan lombong timah dari Pahang.
9


3.2 Kawasan Tanah Pamah, Delta dan Hutan

Semasa zamannya, kerajaan Funan telah berkembang dengan pesat sebagai sebuah
pelabuhan utama dan negara perdagangan yang kuat kerana mempunyai sistem pengairan
yang baik.Sungai Mekong adalah sumber air yang utama dan memainkan peranan yang
penting sebagai sistem atau jalan perhubungan dan perdagangan antarabangsa.
10
Manakala,
kawasan tanah pamah sesuai untuk kawasan pertanian iaitu aktiviti penanaman padi sawah.
Empangan, saliran dan takungan air dibina untuk mengairi kawasan pertanian yang diperoleh
daripada Sungai Mekong.Menurut D.G.E Hall, Funan merupakan sebuah kerajaan

8
Ibid.hlm 10
9
D.G.E Hall.1981. Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 52
10
Haji Tajuddin Bin Haji Hussien. 2007. Malaysia Negara Kita Edisi 2009. Kuala Lumpur : MDC Publisher Sdn. Bhd.
hlm 11

6

perdagangan yang kuat disebabkan wujudnya pelabuhan utama yang dikenali Oc-Eo.
11
Ia
terletak di delta Sungai Mekong dan pinggir Teluk Siam tiga batu dari laut.
12



Catitan China yang mula-mula menyebut tentang kerajaan ini ialah Kang Tai dan Chu
Ying pada pertengahan abad ketiga Masihi menyatakan bahawa pembentukan kerajaan itu
adalah diasaskan oleh Kaundinya yang disebut sebagai Hun-ten.Setakat ini tidak dapat
ditentukan dengan tepat tarikh pemerintahan sebarang raja atau peristiwa yang berlaku dalam
sejarah awal Funan.Kedudukan bentuk muka bumi kerajaan Funan yang wujud di sekitar
kawasan Tanah Besar Asia Tenggara merupakan faktor utama kepada perkembangan kerajaan
ini.Ia kerana melalui peranan bentuk muka bumi kerajaan Funan, ia telah membentuk
pertumbuhan serta perkembangan ekonomi yang wujud disekitar kerajaan tersebut. Ini dibukti
melalui perhubungan dengan negeri China dan negeri-negeri lain.

Hutan juga memainkan peranan yang penting kepada perkembangan ekonomi kerajaan
awal di Asia Tenggara. Hutan merupakan sumber ekonomi kepada masyarakat dimana hasil
hutan menjadi sumber pendapatan untuk tujuan perdagangan sama ada masyarakat Tanah
Besar ataupun Kepulauan. Masyarakat sama ada di Funan, Angkor dan beberapa buah
kerajaan Kepulauan khususnya Brunei menjalankan aktiviti memungut hasil hutan. Hasil
hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan pelbagai
jenis buah-buahan merupakan sumber penting kepada masyarakat pada masa itu.





11
Oc-Eo adalah sebuah bandar yang besar, terdiri daripada rumah-rumah bertiang dan diselang seli dengan tali air
yang meliputi kawasan seluas lebih daripada 200 kilometer, dibina dengan penuh kemahiran untuk menyalinkan
kawasan yang dahulunya penuh dengan lumpur cair dan pokok-pokok bakau dan untuk mengairi sawah padi untuk
menopang penduduk ramai yang kebanyakannya tingal di bandar-bandar tasik.
12
D.G.E Hall.1981. Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 33

7

3.3Peranan Laut

a) PusatPelabuhan dan Perdagangan

Seperti yang telah dijelaskan tadi, laut dan pelabuhan merupakan salah satu ciri-ciri
bagi kerajaan Maritim atau lebih dikenali sebagai kerajaan kepulauan.Kerajaan kepulauan
terletak biasanya terletak di kawasan pesisiran pantai.Namun ada juga sesetengah kerajaan
maritim ini terletak di muara sungai.Sebagai contoh, kerajaan Funan.Pada asalnya kerajaan
Funan merupakan sebuah kerajaan agraria.Namum disebabkan kedudukan geografi serta
perkembangan ekonominya, kerajaan Funan telah berubah menjadi kerajaan maritim.Ciri-ciri
kerajaan maritim ialah ekonomi berasaskan laut.Sebagai contoh, menangkap ikan dan
memungut pelbagai jenis hasil laut.Ia juga merupakan pusat pengumpulan barangan di
kawasan sekitar seperti hasil hutan, rempah ratus, damar, gaharu, cendana dan ubat-ubat
tradisional.

Kerajaan Funan pada asalnya merupakan sebuah kerajaan yang mengamalkan
ekonomi agraria. Namun akibat pertumbuhan serta perkembangannya, kerajaan Funan telah
berkembang dan menjalinkan hubungan perdaganagn dengan kerajaan lain. Bandar-bandar
tasik yang terletak di pelabuhan Oc-Eo ini menyebabkan kerajaan awal yang sememangnya
wujud sejak awal Masihi lagi berhubung antara satu sama lain dengan laut oleh terusan-
terusan besar yang boleh dilalui oleh kapal-kapal laut. Hasil daripada pertumbuhan laluan
perdagangan ini menyebabkan kerajaan Funan berkembang sehinggakan pengembara-
pengembara China melalui laluan kerajaan ini untuk sampai ke Semenanjung Tanah
Melayu.
13
Oc-Eo menjadi pusat perusahaan dan perdagangan yang mana penemuan tapaknya
ada menunjukkan bukti-bukti tentang perhubungan laut dengan pantai Teluk Siam, Tanah
Melayu, Indonesia, India, Parsi dan sesungguhnya secara langsung atau tidak langsung
dengan Laut Mediterranean. Pada masa itu bandar itu letaknya di tengah-tengah perjalanan
laut yang sibuk di antara China dan Barat.

13
Ibid.hlm 34

8


Sebagi contoh kerajaan yang mengamalkan ekonomi berasaskan kelautan ialah
Srivijaya. Kebangkitan Srivijaya sebagai negeri perniagaan laut berkait rapat dengan faktor
geografi dan perkembangan perniagaan antarabangsa dari negeri China, India dan Asia
Barat.Pada awalnya bandar Srivijaya hanya penting sebagai sebuah pelabuhan perniagaan laut
antarabangsa mengikut jalan laut dari beberapa kemudahan kepada setiap kapal asing yang
datang berlabuh.Ia terlindung daripada tiupan angin monsoon dan gangguan ombak besar. Air
minum mudah diperolehi. Menurut keterangan I-Ching, raja Srivijaya aktif dalam perniagaan
negeri Melayu ( Jambi ), Kedah, India Barat Daya dan negeri China Selatan. Keselamatan
perhubungan laut adalah sangat penting dalam perdagangan Srivijaya.
14
Mengenai punca
kekayaan dan kemewahan Srivijaya, Masudi menulis :
Raja mereka mempunyai lebih banyak jenis bahan wangi-wangian dan bau-
bauan daripada apa yang dipunya oleh lain-lain raja. Negerinya menghasilkan
kapur barus, gaharu, cengkih, kayu cendana, kesturi, pokok kardamon, pokok
kubeb dan lain-lain lagi

Wangi-wangian dan rempah ratus yang sangat dikehendaki oleh dunia pada masa itu
tidak semuanya dihasilkan oleh Srivijaya. Kayu cendana hanya tumbuh di gugusan Kepulauan
Tenggara ( Lesser Sunda Islands ) seperti di Pulau Timor. Manakala buah pala dan bunga
cengkih dihasilkan oleh Kepulauan Maluku.Keterangan yang dikutip di atas membuktikan
bahawa bandar-bandar yang bernaung di bawah kekuasaan Srivijaya merupakan pusat
perniagaan bahan-bahan utama di rantau Nusantara. Mengenai barang-barang perniagaan yang
boleh dibeli di Srivijaya dan di Kalah, Abu Zayd menulis :
Raja al-Zabag membilang antara kepunyaannya pulau Kalah yang terletak di
pertengahan jalan antara Tanah Besar China dengan negeri Arab. Kalah ialah
pusat perdagangan kayu gaharu, kapur barus, kayu cendana, gading gajah,
timah, kayu eboni, kayu bakam, berbagai jenis rempah dan kebanyakan benda

14
Mohd. Dahlan Mansoer. 1979. Pengantar Sejarah Nusantara Awal. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.hlm. 85

9

yang terlalu banyak hendak dibilang. Di sanalah tempat ekspedisi perdagangan
yang bermula dari Oman dan berlayar ke negera Arab
15

Perkembangan jalan laut secara terus ke China menjelang permulaan abad yang kelima
membawa kepentingan baru kepada pantai tenggara Sumatera yang telah lama mempunyai
perhubungan perdagangan denagn India dan Ceylon. Menurut Dr. Wolters, beliau menamakan
pantai Sumatera ini sebagai pantai istimewa zaman awal perdagangan
Indonesia.
16
Kejayaan dan pertumbuhan kerajaan Srivijaya dalam abad kesepuluh adalah
disebabkan kebolehan Srivijaya menguasai perairan laut yang besar.

Gambar 2 : Kawasan jajahan kerajaan Srivijaya
Menjelang akhir abad kelapan, Srivijaya telah berjaya memainkan peranan sebagai
thalossocracyyang mengawal lalu lintas perniagaan antarabangsa melalui Selat Sunda dan
Selat Melaka.
17
Kejayaan Srivijaya dalam abad kesepuluh berpunca terutama sekali daripada
kebolehan Srivijaya menguasai perairan laut di kawasan Nusantara Barat dengan kecekapan
tentera lautnya yang besar.
18
Sehingga abad ketujuh hingga abad ke-13, Srivijaya merupakan
sebuah kerajaan Asia Tenggara yang telah menguasai jalan laut dan perdagangan di sepanjang
Selat Melaka di samping menjadi sebuah pusat penyebaran ajaran Buddha ( O.W Wolter.

15
Ibid.hlm. 108
16
D.G.E Hall.1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 55
17
Mohd.dahlan mansoer.1979. Pengantar Sejarah Nusantara Awal.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm
85
18
Ibid.hlm. 109

10

1900:1 ). Semasa kerajaan Srivijaya mencapai zaman puncaknya, ramai pedagang dari Mesir,
Parsi, India dan China telah datang berdagang. Pada masa yang sama raja Srivijaya turut
dipengaruhi oleh ajaran Hindu-Buddha.
19


Selain Srivijaya, Kedah Tua juga merupakan sebuah kerajaan maritim yang mana
sistem ekonominya adalah berasaskan pelabuhan. Lokasinya yang strategik adalah merupakan
antara faktor yang membawa kepada kegemilangan Kerajaan Kedah Tua sebagai sebuah pusat
pelabuhan. Kedudukannya di tengah-tengah laluan masuk ke Selat Melaka antara India dan
Asia Barat telah menjadi tempat persinggahan para pedagang dan saudagar daripada China,
India, Sri Lanka, Eropah dan Parsi. Selain itu, lokasinya juga terlindung daripada tiupan angin
monsunb barat daya dan timur laut di samping itu juga Gunung Jerai yang berada di Kedah
Tua telah menjadi panduan bagi para pedagang untuk memandu kapal-kapal mereka keluar
masuk ke pelabuhan Lembah Bujang. Pelabuhan ini menjadi pusat perdagangan yang utama
kerana mempunyai pelbagai barang-barang tempatan untuk diperdagangkan seperti tembikar,
lada hitam, beras, teh, sutera, kaca, bijih timah, rotan, damar, dan manik yang mendapat
permintaan yang tinggi daripada pedagang-pedagang luar ( Rujuk gambar 3 ). Selain menjadi
pusat perdagangan, ia juga berperanan sebagi tempat pertukaran barang, tempat persinggahan
dan membaiki kapal. Bentuk muka buminya yang mempunyai tanah pamah yang rata dan luas
juga menjadikan Kerjaan Kedah Tua sebagai pengeluar padi utama.
20


Menurut beberapa data sumber asing, penempatan dalam kerajaan ini juga dikenali
sebagai Kataha. Terdapat juga data lain yang menyebutnya sebagai Kalah atau Kalah-bar (
Roland Braddell, 1980:27 ) dan ( Paul Wheatley, 1961: 222-224 ). Akhbar as-Sin wal-Hind
menyatakan bar dalam bahasa Arab bermaksud kerajaaan ataupun pesisir pantai. Menurut
beliau, Kalah-bar merupakan sebuah kerajaan yang berada di bawah penguasaaan al-Zabaj (
Srivijaya ) ( Paul Wheatley, 1961: 217 ). Sementara Sulayman pula menggambarkan kerajaan

19
Mohd Supiah Sabtu. 2002. Tamadun Awal Lembah Bujang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 8
20
Haji Tajuddin Bin Hj Hussein. 2007. Malaysia Negara Kita Edisi 2009. Kuala Lumpur : MDC Publisher Sdn. Bhd.
hlm. 13

11

Kalah merupakan jajahan Srivijaya dan pusat persinggahan para pelayar atau pedagang untuk
mendapatkan bekalan air bersih.( Roland Braddell, 1950 :22 )
21



Gambar 3 : Bukti arkeologi wujudnya perdagangan atau hubungan luar kerajaan
Kedah Tua

Berdasarkan sumber China pada abad kedua sebelum Masihi, Lembah Bujang atau
Kedah Tua telah dikenali sebagai Keta yang terletak di barat laut pesisiran pantai. Pelayar
Cian bernama Hi-Yuen dan Bah yuen mencatatkan Kietao( Kedah ) ke Nagapuram ( Jawa )
mengambil masa 30 hari perjalanan laut ( G. Mohamed Khan, 1958:2 ). I-Ching juga
menyatakan bahawa beliau pernah singgah di suatu tempat yang bernama Chieh Cha yang
merupan nama Kedah Tua dalam sebutan China semasa dalam perjalanan dari China ke
Nalanda di India ( Rolang Bradell, 1950 : 19 ).
22


Melalui cari gali yang dilakukan oleh Dr. Lamb pada tahun 1961 di Pengkalan Bujang
telah memberi sedikit gambaran tentang perdagangan purba. Beliau berpendapat bahawa
Pengkalan Bujang merupakan satu pelabuhan purba yang terkemuka di rantau ini dari

21
Mohd Supiah Sabtu. 2002. Tamadun Awal Lembah Bujang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 5
22
Ibid.hlm 7

12

penghujung abad ke-11 sehingga abad ke-14.Selain itu, Pengkalan Bujang merupakan satu
pusat perdagangan entrepot.
23
Secara tidak langsung, Lembah Bujang ( Kedah Tua ) telah
mendapat imbasan seiring dengan kebangkitan kerajaan Srivijaya terutama dalam aspek
perdagangan dan kebudayaan. Kedudukannya yag berhampiran dengan Srivijaya telah
memudahkan kewujudan Lembah Bujang sebagai pelabuhan sokongan atau sampingan
kepada pelabuhan kerajaan Srivijaya dan kemudiannya berkembang menjadi salah sebuah
pelabuhan utama di Asia Tenggara.
24


Salah sebuah kerajaan Kepulauan yang mengamalkan sistem ekonomi yang berasaskan
kelautan dan pelabuhan ialah kerajaan Langkasuka.Kemashyuran Langkasuka sebagai negara
pelabuhan atau maritim banyak mempengaruhi perkembangan ekonomi dan sistem
perdagangan bebas yang dilaksanakan.Kedudukan dalam bidang politik, geografi dan
ekonomi menggalakkan para pelaut terutamanya dari India dan China untuk singgah berlabuh.
Menurut Ptolemy, beliau ada mencatatkan Teluk Langkasuka sebagai Teluk Perimoulikus
yang digambarkan menjadi perlindungan paling selamat bagi para pedagang.
25


Langkasuka terletak berhampiran menghadap Laut China Selatan dan Teluk
Siam.Pelabuhan Langkasuka penting bagi kapal-kapal menjelang musim tengkujuh sementara
menunggu redanya angin monsun timur laut yang bertiup kencang menyebabkan ombak kuat
di perairan Laut China Selatan.Selain itu, penguasaan jalan rentasan darat Semenanjung,
produk barangan yang terkumpul di Langkasuka menjadikan pelabuhannya sebagai
entreport.
26
Antara produk utama empayar ini ialah kayu gaharu, kapur barus, kayu arang,
gading gajah, tanduk badak, sutera, kain kapas, kain tenunan dan barang-barang
tembikar.Kedudukan geografinya yang begitu strategik serta bergantung pada usaha
perdagangan menyebabkan Langkasuka terlalu sensitif terhadap segala kegiatan di lautan.

23
Persatuan Sejarah Malaysia. 1980. Lembah Bujang. Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia. Hlm.10
24
Mohd Suppiah Sabtu. 2002. Tamadun Awal Lembah Bujang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 9
25
Mohd Zamberi A. Malek. 2011. LangkasukaNegara Melayu Pertama. Kuala Lumpur : Anjung Media
Resources.hlm 106
26
Entreport bermaksud pusat pengumpulan dan tempat pengedaran barang dagang.

13

Lantaran itu, perubahan yang berlaku di laut sering kali menentukan perkembangan sejarah
perdagangan dan politik negara kota Langkasuka serta hubungan luar.
27


Langkasuka adalah sebuah negara dan bandar penting di Tanah Semenanjung Malaysia.
Mengikut keterangan Cina negara itu diasaskan dalam abad kedua Masihi dan dalam abad
berikutnya ia dilanggar oleh Funan. Sumber Cina itu antara lain menceritakan :
Negeri Lang-ya-hsiu terletak di Laut SelatanIklim dan hasilnya adalah lebih
kurang sama dengan apa yang terdapat di Funan. Kayu gaharu, kapur barus dan
lain-lain hasil yang serupa dengannya adalah banyak.Adalah menjadi kebiasaan
bagi orang lelaki dan orang perempuan berjalan dengan tidak memakai baju
manakala rambut mereka dibiarkan terurai dengan tida bersikat. Mereka
memakai kan-nam kapas. Penduduk negeri itu berkata bahawa negeri mereka
dibuka lebih empat ratus tahun dahulu,

Mengenai di mana sebenarnya letak negara bandar Langkasuka, pakar Barat saling
berselisih pendapat.Mengikut kajian Datuk Sir John Braddle, kawasan Langkasuka terletak di
sekitar kawasan Patani ( jajahan Negeri Thai sekarang ).
28
Pada masa keagungannya, daerah
takluk Langkasuka difikirkan telah meliputi pantai timur Tanah Semenanjung dari Sng-Ku-na
(Songkla), Ko-lan-tan (Kelantan) hingga ke Teng-ka-ha-lo (Terengganu).Kawasan di sebelah
utara Kedah sekarang pun adalah jajahan Langkasuka juga.Langkasuka menguasai dan boleh
mengawal satu daripada jalan rentas daratan yang menghubungkan pantai timur dengan
pantau barat Tanah Semenanjung Malaysia.
29
Rujuk Gambar 4.

27
Ibid.hlm 108
28
Langkasuka. Sumber diperolehi daripada ms.wikipedia.org/wiki/Langkasuka pada 16.11.2012
29
Mohd. Dahlan Mansoer. 1979. Pengantar Sejarah Nusantara Awal. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.hlm. 52

14


Gambar 4 : Langkasuka dan tanah jajahannya
Salah sebuah kerajaan kepulauan yang mengamalkan ekomoni berdasarkan kelautan
ialah Brunei.Kedudukan geografinya yang baik, pelabuhannya yang strategik dan terlindung
menjadikannya terkenal sebagai tempat persinggahan berulang-alik ahli-ahli pelayaran antara
Arab, India, China dan negeri-negeri di rantau sebelah. Dalam sejarah China, Brunei dikenali
dengan nama Po-li, Po-lo atau Po-ni, kemudiannya Bun-lai.
30
Dalam catatan Arab, Brunei
dikenali dengan nama Djabaj atau Randj.
31


Sejak orang China mengetahui jalan laut ke Brunei, perniagaan di antara kedua-dua
buah negeri telah berjalan dengan baik. Mereka datang ke Brunei dengan menggunakan jong-
jong atau wangkang membawa barang-barang perdagangan seperti tembikar, barangan perak,
emas,kain sutera berwarna-warni, kain kasa, kiap dan lain-lain. barang-barang tersebut ditukar
dengan barang-barang tempatan iaitu kapur barus, tanduk rusa, timah, gelang yang dibuat
daripada gading gajah, kulit kura-kura, sarang burung, wangi-wangian, rempah dan
sebagainya.
32



30
Groeneveldt.W.P. 1876.Notes on the Malay Archipelago and Malacca compiled from Chinese Sources,
Batavia.hlm 101
31
Mohd Jamil Al- Sufri. 1990. Latar Belakang Sejarah Brunei.Brunei : Jabatan Pusat Sejarah Brunei. Hlm 1
32
Ibid.hlm 3

15

Kemantapan dan kemahsyuran Brunei sebagai pelabuhan yang aman dan kaya itu
menjadikan pedagang-pedagang singgah berniaga di Brunei antaranya dari China, Kemboja,
Siam, Patani, Maluku, Pahang, Acheh, Sumatera, Mindanao dan lain-lain negeri dan pulau
yang berhampiran. Doktor Santiago de vera dalam catatannya bertarikh 13 Julai 1589 yang
dipetiknya daripada catatan Gaspar de Ayala bertarikh T.M 1588 menyebut hubungan Brunei
dengan Sepanyol adalah dalam keadaan baik.
33
Apabila kapal-kapal dagang berniaga ke
Brunei, sebelum masuk ke Pelabuhan ai akan berlabuh terlebih dahulu di Muara. Kemudian
sultan menitahkan pegawai-pegawai baginda menghilirinya.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kerajaan-kerajaan awal yang wujud disekitar Asia Tenggara in terbahagi
kepada dua iaitu kerajaan Tanah Besar dan Kepulauan.Amnya, kerajaan Tanah Besar juga
dikenali sebagai kerajaan agraria iaitu kerajaan yang mengamalkan ekonomi berasaskan
pertanian.Oleh sebab itu, kedudukan geografi memainkan peranan penting bagi perkembangan
ekonomi serta pertumbuhan kerajaaan tersebut.Kerajaan tanah besar yang wujud disekitar
kawasan pertanian yang subur dengan adanya sistem pengairan yang baik seperti sungai dan
tasik menjadi tunjang utama kepada perkembangan ekonomi di beberapa buah kerajaan tanah
besar seperti Funan dan Angkor. Manakala.Kerajaan kepulauan iaitu kerajaan yang
mengamalkan ekonomi berasaskan kelautan. Kedudukan geografinya yang terletak berhampiran
pesisir pantai membuatkan beberapa buah kerajaan berasaskan kelautan menjadi sebuah kerajaan
yang mempunyai pelabuhan yang menjadi tempat persinggahan beberapa buah negara lain yang
datang untuk berdagang




33
Ibid. hlm 27

16

Bibliografi

Buku Rujukan

D.G.E Hall.1981. Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Groeneveldt. 1876. Notes on the Malay Archipelago and Malacca compiled from Chinese
Sources, Batavia :W.P

Haji Tajuddin Bin Haji Hussien. 2007. Malaysia Negara Kita Edisi 2009. Kuala Lumpur : MDC
Publisher Sdn. Bhd.

Michael Smithies. 1998. The Site of Angkor. New York : Oxford University Press.

Mohd Supiah Sabtu. 2002. Tamadun Awal Lembah Bujang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mohd. Dahlan Mansoer. 1979. Pengantar Sejarah Nusantara Awal. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka

Mohd Zamberi A. Malek. 2011. Langkasuka Negara Melayu Pertama. Kuala Lumpur : Anjung
Media Resources

Mohd Jamil Al- Sufri. 1990. Latar Belakang Sejarah Brunei.Brunei : Jabatan Pusat Sejarah
Brunei.

17


Persatuan Sejarah Malaysia. 1980. Lembah Bujang. Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia.


Sumber Internet

Bukti arkeologi wujudnya perdagangan atau hubungan luar kerajaan Kedah Tua(Gambar 3).
Sumber diperolehi daripada ms.wikipedia.org/wiki/Kedah Tua pada 29.10.2012

Kerajaan Awal di Asia Tenggara. Sumber diperolehi daripada http://ms.wikipedia.orgpada
28.10.2012

Kawasan Jajahan Srivijaya ( Gambar 2 ). Sumber diperolehi daripada
http://en.wikipedia.orgpada 29.10.2012

Langkasuka dan Tanah Jajahan.(Gambar 4). Sumber diperolehi daripada
http://sejarahmelayuyanghilang.blogspot.com pada 29.10.2012

Langkasuka. Sumber diperolehi daripada ms.wikipedia.org/wiki/Langkasuka pada 16.11.2012

Tasik Tonle Sap.(Gambar 1).Sumber diperolehi daripada http://p4cfmpng-ppc-
blogs.smkjk.edu.mypada 24.10.2012

You might also like