You are on page 1of 7

SMK RAJA MUDA MUSA, KUALA KANGSAR

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEADCOUNT DAN POSTMORTEM


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014

Tarikh : 1 Julai 2014 (Selasa)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : Tn. Hj. Sahrir bin Sukirman
Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat lepas.
3. Perkara berbangkit
4. Pembentangan Analisis PPT 2014
5. Pembentangan headcount dan postmortem PPT 2014
6. Laporan postmortem panitia
7. Tindakan Penambahbaikan
8. Hal-hal lain
9. Ucapan Penangguhan.

Kehadiran :
Nama Yang Hadir :
1. Tn. Hj Sahrir b. Sukirman PK Pentadbiran
2. En. Abdullah b. Mohd PK Hal Ehwal Murid
3. Pn. Hjh Nuraliza bt. Ariffin PK Kokurikulum
4. Pn. Latifah bt. Zakariah PK Pendidikan Khas
5. Pn. Nor Mala bt. Abu Talib Guru Kanan Teknik dan Vokasional
6. Pn. Adnin bt. Md. Hariri Guru Kanan Sains dan Matematik
7. Pn. Masitah bt. Hj. Mohd Noor Guru Kanan Bahasa
8. Mr. Kok Kam Peng Guru Kanan Kemanusiaan
9. Pn. Norsiah bt. Noor Rashid SU Headcount dan Postmortem
10. Pn. Rudina Hayati bt. Kamaruddin SU Peperiksaan Dalaman
11. Pn. Hjh. Noremah bt. Abd Rashid SU Peperiksaan SPM
12. En. Nazri b. Hussin KP Bahasa Melayu
13. En. Mohd Asri b. Ab. Lah KP Bahasa Inggeris
14. Pn. Jayaletchumy a/p Ramachandran KP Bahasa Tamil
15. Pn. Che Asmah bt. Mustafa KP Sains
16. Pn. Suhaniwati bt. Mohtar KP Biologi
17. Pn. Ilya bt. Ismail KP Fizik
18. En. Ahmad Zaki Amin b. Makhtar KP Matematik
19. Pn. Nurbaizura bt. Mohamad Yussof KP Sejarah
20. Pn. Nor Azura bt Esha KP Ekonomi Asas
21. Pn. Roselawati bt. Haroun KP Ekonomi Rumah Tangga
22. En. Ahmad Khairil b. Abu Bakar KP Sains Pertanian
23. Pn. NorAzean bt. Mad Atari KP Perdagangan
24. En. Azmi b. Jimat KP Prinsip Perakaunan
25. Pn. Rohaya bt. Samsuddin KP Produksi Multimedia
26. Pn. Ismarziana bt. Salleh KP Rekaan dan Jahitan Pakaian
27. Cik Nani Asyikin bt. Abdul Halim Guru Mata Pelajaran Tingkatan 5
28. Pn. Zaidah bt. Din@Nasirudin Guru Mata Pelajaran Tingkatan 5
29. Pn. Fairina bt. Johan Guru Mata Pelajaran Tingkatan 5
30. Pn. Suriati bt. Din Guru Mata Pelajaran Tingkatan 5
31. En. Rosshapawi b. Idris Guru Mata Pelajaran Tingkatan 5
32. En. Mohd Shahrul b. Ibrahim Guru Mata Pelajaran Tingkatan 5

Nama Yang Tidak Hadir :
1. Pn. Nurul Aini bt. Khairul Azhari KP Kimia (Bersebab)
2. En. Mohd Albakri b. Hamzah KP Pendidikan Islam (Bersebab)
3. Pn. ShariffahRoziah bt. Syed Mohd Yussof KP Pendidikan Seni Visual (Bersebab)
4. Pn. Marina bt. Norbi Guru Mata Pelajaran Tingkatan 5
(Bersebab)

1. Ucapan Pengerusi.
1.1 Ucapan alu-aluan Tn. Hj. Sahrir b. Sukirman selaku pengerusi mesyuarat.
1.2 Setiap panitia diminta untuk mengemaskini fail panitia. Ketua bidang perlu membuat
pemantauan (cross checked) dan hasil pemantauan perlu dilaporkan kepada Penolong
Kanan 1.
1.3 Guru mata pelajaran bertanggungjawab memastikan prestasi panitia masing-masing
meningkat dan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat lepas.
2.1 Minit mesyuarat dibentangkan oleh Pn. Norsiah bt. Noor Rashid.
2.2 Pn. Jayaletchumy mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn.
Masitah bt. Mohd Noor.

3. Perkara berbangkit
3.1 Mr. Kok Kam Peng memaklumkan bahawa beliau hadir semasa mesyuarat tetapi nama
beliau tidak dicatat.
Tindakan : Pn. Norsiah bt. Noor Rashid

4. Pembentangan Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014.
4.1 Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun telah dibentangkan oleh Pn. Rudina Hayati.
(Rujuk Lampiran 1)

5. Pembentangan Headcount dan Postmortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014.
5.1 Headcount dan Postmortem Keseluruhan Peperiksaan Pertengahan Tahun dibentangkan
oleh Pn. Norsiah. (Rujuk Lampiran 2)
5.2 Secara keseluruhan, pencapaian PPT tidak mencapai sasaran pemeringkatan (OTI2)
yang ditetapkan baik dari segi kualiti, kuantiti dan GPS.
5.3 Mata pelajaran yang mencapai tahap kualiti yang disasarkan ialah mata pelajaran
Matematik, Sains Pertanian dan Prinsip Perakaunan. Manakala subjek-subjek lain
masih belum mencapai OTI2 yang disasarkan bagi subjek masing-masing.
5.4 Dari segi kuantiti pula, subjek-subjek yang telah mencapai sasaran OTI2 ialah
Pendidikan Islam, Matematik, Sains Pertanian,Prinsip Perakaunan, Kimia, Fizik dan
Rekaan dan Jahitan Pakaian.
5.5 Pengerusi menekankan guru-guru perlu berusaha 3 kali ganda dan balik lewat menerusi
kelas tambahan untuk bersama pelajar kerana pencapaian PPT masih terlalu jauh
daripada sasaran sebenar SPM.
5.6 Guru-guru juga perlu merancang dan melaksanakan program penambahbaikan melalui
unjuran dan pelan sense of urgency setiap panitia.

6. Laporan Postmortem Panitia
6.1 Laporan Postmortem Panitia Bahasa Melayu disampaikan oleh En. Nazri b. Hussin.
6.1.1 En. Nazri membentangkan pencapaian kualiti dan kuantiti PPT bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu.
6.1.2 Antara kelemahan yang dikenalpasti:
i) Seramai 22 orang yang gagal BM terdiri daripada pelajar kelas 5PM (10
orang), 5K(10 orang) dan 5RJP (2 orang).
ii) Daripada 22 orang pelajar ini, 9 orang mendapat markah bawah 20.
6.1.3 Langkah-langkah penambahbaikan:
i) Memperbanyakkan latih tubi berfokus (format SPM).
ii) Memperbanyakkan latihan percubaan negeri-negeri lain.
iii) Mengadakan kelas tambahan mengikut kategori lulus dan cemerlang.
Pelajar yang gagal dilonjakkan untuk lulus manakala pelajar yang telah
lulus akan dilonjakkan untuk meningkatkan kualiti.
6.1.4 Pn. Adnin menambah faktor ketidakhadiran pelajar ke sekolah perlu diberi
perhatian. Kebanyakan pelajar-pelajar yang gagal ini terdiri daripada kalangan
pelajar yang selalu tidak menghadirkan diri ke sekolah.
6.2 Laporan Postmortem Panitia Sejarah disampaikan oleh Pn. Nurbaizura.
6.2.1 Pn. Nurbaizura membentangkan analisis mata pelajaran Sejarah bagi PPT.
(Rujuk Unjuran dan Postmortem Sejarah).
6.2.2 Antara kelemahan yang dikenalpasti:
i) Pelajar tidak menguasai Kertas 1(objektif)
ii) Pelajar-pelajar kelas akhir tidak mampu menjawab Kertas 2(Bahagian A
kususnya).
iii) Kebanyakan pelajar lelaki langsung tidak menjawab Bahagian B Kertas 2
yang memperuntukkan 60% daripada markah keseluruhan.
6.2.3 Langkah-langkah penambahbaikan:
i) Latihan berjadual diberikan bagi kertas 1 dan 2 setiap hujung minggu- kelas
hadapan 3 set manakala kelas lemah 1-3 set.
ii) Penerapan lagu tema yang mengandungi 20 nilai-nilai murni di mana setiap
murid perlu menghafal senikata lagi berkenaan.
iii) Melatih pelajar membuat perancangan awal untuk menjawab Kertas 3.
6.2.4 Pengerusi memohon guru-guru sejarah bekerjasama mencari jalan membantu
pelajar-pelajar yang gagal kerana subjek sejarah boleh menjadi penarik kepada
peratus lulus sekolah.
6.3 Laporan Postmortem Panitia Bahasa Inggeris disampaikan oleh En. Mohd Asri.
6.3.1 En. Asri membentangkan analisis dan perbandingan headcount bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris. (Rujuk Unjuran dan Postmortem Bahasa Inggeris)
6.3.2 Antara kelemahan yang dikenalpasti:
i) Ramai pelajar tidak menjawab soalan esei serta bahagian D kertas
komponen sastera
ii) Majoriti pelajar 5PM tidak menjawab kedua-dua kertas serta sebahagian
daripada kelas 5RJP dan 5K.
6.3.3 Langkah-langkah penambahbaikan:
i) Latih tubi kertas 1 dan 2.
ii) Klinik galus bagi pelajar 5PM, 5RJP dan 5K.
iii) Penekanan kepada soalan esei.
6.4 Laporan Postmortem Panitia Perdagangan disampaikan oleh Pn. NorAzean.
6.4.1 Daripada analisis PPT, semua pelajar Tingkatan 4K dan 5K gagal dalam mata
pelajaran Perdagangan.
6.4.2 15 daripada 16 pelajar mencapai markah lebih daripada 15.
6.4.3 Antara kelemahan yang dikenalpasti:
i) Pelajar-pelajar tidak menjawab kertas 2 dan tidak menguasai soalan aplikasi
ii) Pelajar-pelajar juga tidak bersedia untuk menghadapi peperiksaan dan tidak
mempunyai kesedaran diri.
iii) Hanya 6 orang yang hadir kelas tambahan.
iv) Teknik Menjawab yang diadakan pada 21/6 memperlihatkan hanya 8orang
yang hadir.
6.4.4 Langkah-langkah penambahbaikan:
i) Menghabiskan sukatan dalam minggu ini.
ii) Program Kilauan K (latih tubi berfokus koleksi percubaan)
iii) Program Jom Asah (Karaoke perdagangan pelajar hafal Bab 1 dan Bab 4
melalui kaedah nyanyian lirik yang diubahsuai)
iv) Klinik Skor
v) Meningkatkan motivasi guru dan mempelbagaikan pedagogi guru.
6.4.5 Pengerusi mengingatkan guru-guru agar memperbetulkan sikap pelajar yang
tidak nampak kepentingan pelajaran.
6.4.6 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kerana Pn. Azean kerana telah memulakan
langkah untuk menambahbaik pencapaian mata pelajaran Perdagangan.
6.5 Laporan Postmortem Panitia Sains disampaikan oleh Pn. Che Asmah.
6.5.1 Pn. Che Asmah membentangkan analisis mata pelajaran Sains PPT dari segi
kualiti dan kuantiti. (Rujuk Unjuran dan Postmortem Sains)
6.5.2 Antara kelemahan yang dikenalpasti:
i) Masalah ketidakhadiran pelajar(Kelas 5PM)
ii) Pelajar ponteng kelas 2.30 petang.
iii) Pelajar kurang memberi fokus dalam kelas.
6.5.3 Langkah-langkah penambahbaikan:
i) Panitia membeli set buku latih tubi dan soalan-soalan tahun lepas.
6.5.4 Pn. Hjh Nuraliza mengulas bagi kelas 5A, 5RJP dan 5K yang diajarnya. Pelajar-
pelajar ini amat malas dan tidak mahu belajar.Pelajar kelas 5A kebanyakannya
bermain dalam kelas semasa guru tiada. Pelajar tidak mampu mengingat fakta
walaupun ditanya semula dalam tempoh yang singkat. Buku latihan pelajar
sangat tidak memuaskan.
6.5.5 Pn. Hjh Nuraliza mencadangkan agar kauselor memainkan peranan penting
dalam memberi sokongan dan bantuan kepada pelajar. Kaunselor boleh cuba
memanggil perasmi sukan yang lepas iaitu Prof. Madya ----- untuk memberi
motivasi kepada pelajar memandangkan beliau merupakan bekas pelajar sekolah
ini



7.0 Tindakan Penambahbaikan.
7.1 Pengerusi meminta semua Ketua Panitia untuk menyediakan program dan perancangan
panitia dalam masa terdekat.
7.2 Pn. Normala memberitahu kelas Bahasa Melayu dan Sejarah akan dibuat jadual blok
(asing pelajar mengikut markah). Terdapat 5 orang guru yang akan mengendalikan
setiap kumpulan pelajar.
7.3 Pn. Normala menyatakan kekesalan berhubung kelas tambahan yang langsung tidak
menampakkan hasil.
7.4 En Azmi mencadangkan pelajar-pelajar yang tidak hadir/ ponteng ini perlu
dimaklumkan kepada ibu bapa. Pihak sekolah perlu mengambil tindakan tegas dengan
menghubungi ibu bapa pelajar berkenaan.
7.5 Kelas 5PM dan 5RJP akan digabungkan semasa Program Kepong.
7.6 Pengerusi meminta guru-guru yang berkenaan mengepong pelajar selepas 2.30 petang.
7.7 Pn. Adnin memohon kerjasama guru masa terakhir untuk mengepong pelajar sehingga
guru yang berikutnya masuk ke kelas.

8.0 Hal-hal lain.
8.1 Pn. Jayaletchumy memaklumkan kehadiran pelajar untuk kelas Bahasa Tamil yang
diadakan selepas waktu persekolahan hari Jumaat sangat tidak memuaskan.
8.2 Pengerusi meminta guru-guru bertindak dan berusaha bersama-sama untuk
meningkatkan prestasi akademik, sahsiah dan disiplin pelajar.
8.3 Kerjasama daripada guru-guru Pendidikan Islam, kaunselor dan setiap ahli Panitia amat
penting untuk menyuntik motivasi dan memantapkan kerohanian pelajar.

9.0 Ucapan Penangguhan.
9.1 Mesyuarat Postmortem Peperiksaan Pertengahan Tahun ditangguhkan pada pukul 5.15
petang.

Disediakan oleh: Disahkan:

.
(NORSIAH BT. NOOR RASHID) (HJ. SYED MAHIZAN B. SYED HASHIM , PPT)
SU Headcount & Postmortem Pengetua
SMK Raja Muda Musa, SMK Raja Muda Musa,
Kuala Kangsar, Perak Kuala Kangsar, Perak

You might also like