You are on page 1of 18

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KHOR DESMOND
PENSYARAH : TN HAJI ABDUL HALIM B. KONTING
Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan
teknologi pendidikan. Nyatakan unsur-unsur /
elemen-elemen utama yang terdapat dalam teknologi
pendidikan. Huraikan kenapa teknologi pendidikan
penting kepada setiap warga guru.
DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Teknologi pendidikan adalah kajian dan praktik untuk membantu proses belajar dan
meningkatkan kinerja dengan membuat, menggunakan, dan mengelola proses dan
sumber teknologi yang memadai.

Teknologi pendidikan/teknologi pembelajaran adalah suatu disiplin/bidang.

Tujuan utama teknologi pembelajaran adalah untuk memecahkan masalah belajar
atau mefasilitasi pembelajaran dan untuk meningkatkan kinerja.

Teknologi pendidikan/pembelajaran menggunakan pendekatan sistem (pendekatan
yang holistik/komprehensif, bukan pendekatan yang bersifat parsial).

Kawasan teknologi pendidikan dapat meliputi kegiatan analisis, desain,
pengembangan, pemanfaatan,pengelolaan, implementasi dan evaluasi baik proses-
proses mahupun sumber-sumber belajar.

Yang dimaksud dengan teknologi dalam teknologi pendidikan adalah teknologi dalam
arti luas, bukan hanya teknologi fisik (hardtech), tapi juga teknologi lunak (softtech).

Teknologi pendidikan adalah proses kompleks yang terintegrasi meliputi orang,
prosedur, gagasan, sarana dan organisasi untuk menganalisis masalah dan
merancang, melaksanakan, menilai dan mengelola pemecahan masalah dalam segala
aspek belajar manusia.
Crowell (1971):
Encyclopedia of education:-

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa
yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"


Uhwin Derek (1976):
Applying Educational Technology:-

"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden
dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan
menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn
pembelajaran


Derek Rowntre (1974) :

Teknologi pendidikan merupakan satu pendekatan yang sistematik bagi
proses penyelesaian satu- satu masalah pengajaran dan pembelajaran , amat
sesuai dan boleh diterima.




Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan
bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang
bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan
keberkesanan dalam pembelajaran.

UNSUR-UNSUR / ELEMEN-ELEMEN
UTAMA YANG TERDAPAT DALAM
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
TEKS GRAFIK AUDIO
VIDEO ANIMASI
Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat
lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan
sebagai salah satu elemen utama dalam proses
penyampaian maklumat.

Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut
memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan
sesuatu informasi kepada pengguna.

Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan
menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan
penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin
gagal menyampaikan makna seperti mana yang
dikehendaki.

Elemen Multimedia :Teks
pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
gunakan font yang bersesuaian.
pastikan teks tersebut boleh dibaca.
pemilihan stail tulisan dan juga warna teks yang
bersesuaian.
kawal pemilihan font serta konsisten.
pastikan font yang digunakan sedia ada pada sistem
komputer lain.
Panduan Pengunaan Teks
persembahan imej atau paparan visual yang tidak
bergerak.
Contohnya :
gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sbgnya.

Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat
penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses
penyampaian maklumat.

Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan
sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat
memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual.
Contohnya, rupa binatang.
Elemen Multimedia :Grafik
Grafik mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat
dengan lebih tepat dan berkesan.

Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan
peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat
dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual
semata-mata.
Contohnya






Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau
penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan
perhatian pengguna terhadap maklumat.
Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen
audio boleh digunakan bagi membantu proses
penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan
berkesan.

Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di
kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti
suatu proses penyampaian maklumat.

Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu
menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan
menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin
dipersembahkan.

Elemen Multimedia : Audio
Video merupakan antara elemen multimedia yang
dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding
elemen-elemen yang lain.

Penggunaan video dalam proses penyampaian
maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi
seseorang terhadap proses penerimaan maklumat

Selain dari itu, video juga mampu membawa unsur
realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna.
Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan
dan emosi para penggunanya dengan lebih nyata.

Elemen Multimedia : Video
Animasi merujuk kepada suatu paparan
visual yang bersifat dinamik.

Ianya juga merujuk kepada suatu
proses menjadikan sesuatu objek agar
kelihatan hidup atau memberi
gambaran bergerak kepada sesuatu
yang pada dasarnya adalah statik
Elemen Multimedia : Animasi
http://www.youtube.com/watch?v=EicHd3HmSFs

KENAPA TEKNOLOGI
PENDIDIKAN PENTING KEPADA
SETIAP WARGA GURU.
Untuk membantu memperbaiki keseluruhan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan dan latihan.

Untuk menambahkan kualiti pembelajaran atau darjah
penguasaan.

Menambahkan keberkesanan guru dari segi bilangan pelajar
tanpa mengurangkan kualiti pembelajaran.

Mengurangkan kos tanpa menjejaskan kualiti.

Membantu guru dalam penyampaian maklumat.

Proses penyampaian sesuatu maklumat yang lebih efektif hasil
daripada penggunaan pelbagai jenis media seperti teks, audio,
video, grafik dan animasi merupakan antara kelebihan
penggunaan multimedia dalam P&P.

Berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat
dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan
maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran
pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu,
opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan
peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya.

Membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia
wujud di dalam pembelajaran tradisi.

Penggunaan pelbagai media dalam proses penyampaian
maklumat juga melahirkan persembahan yang lebih menarik
serta mampu merangsangkan minda pelajar dan tidak
membosankan.

Membantu para guru memperluaskan lagi kaedah pengajaran
dan pembelajaran bagi menghasilkan satu pembelajaran yang
lebih berkesan dan bermakna.

SEKIAN, TERIMA KASIH !

You might also like