You are on page 1of 2

Motivasi Pelajar (Motivation Of Student)

Motivasi adalah kemahuan dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu bagi

mencapai matlamat. Menurut Strenberg (2001), motivasi bererti dorongan atau

keperluan yang memimpin kepada sesuatu tindakan. Motivasi juga melibatkan

sesuatu proses yang memberikan kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku

seseorang. Menurut Mohd Zaaba dan Zuraida (2004), motivasi belajar ditakrifkan

sebagai usaha dan kemahuan individu untuk belajar, bekerja kuat dan mencapai

prestasi cemerlang di sekolah. Motivasi adalah aras insentif yang ada pada

seseorang dalam usaha untuk mencapai matlamat akademik. Motivasi juga berkait rapat

dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan

(Mohd Zaaba dan Zuraida, 2004). Menurut mereka lagi, jika seseorang pelajar terdorong

untuk belajar dengan tekun bagi mencapai keputusan cemerlang maka pelajar itu

adalah pelajar bermotivasi. Antara ciri-ciri pelajar bermotivasi ialah mereka sentiasa rajin

untuk datang ke sekolah lebih awal, ingin ke perpustakaan, gemar membaca dan

menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran.

Saya memilih konsep ini kerana saya ingin para pelajar mendapat pengalaman

belajar yang memberangsangkan kecerdasan mereka mengikut teori Haward Garner.

Mengikut dapatan psikologi kognitif menyatakan bahawa seorang pelajar dapat

mengingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30%

daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada

apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri. Hal ini jika di

tambah oleh guru dengan memotivasikan pelajar secara langsungnya dapat

maningkatkan kesungguhan pelajar untuk menghadapi pelajaran mereka.


Perkaitan yang wujud adalah motivasi yang timbul dalam diri pelajar untuk

berbuat sesuatu muncul secara kodrati dalam diri manusia itu sendiri disebut

motivasi intrinsik, sedangkan manusia yang menyebabkan mampu melaksanakan

tugas dengan maksimum karana terdapat dorongan dari luar disebut motivasi

ekstrinsik. Oleh yang demikian guru dianggap orang yang sanggup menimbulkan dan

mengembangkan motivasi untuk kepentingan proses aspek-aspek pembelajaran di

dalam kelas yang terdapat pelbagaian pelajar misalnya perbezaan minat, bakat,

keperluan, kemampuan, latar belakang sosial dan konsep-konsep yang dipelajari.

Dengan motivasi dari guru merupakan faktor utama dalam pencapaian tujuan

pembelajaran.

You might also like