You are on page 1of 3

Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus.

Seni bukan
sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari
dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan,
suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan
dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang
menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai
dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.
Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen
penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni
visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang
dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang
didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan
menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga
turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna
memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan
maksud dalam karya seni visual.
Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak
yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik.
Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik
tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai
irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan
sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan
kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu
susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka
melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan
sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan
apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi
hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang
dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan
lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti
melompat sambil mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan
dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini
menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-
kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok.
Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam
pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan.
Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian
pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat
mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah
yang digunakan ini.


Aaaaaaaaaaaaa
Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:

1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan
bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang
guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru
yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan
lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat
membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-
kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan
lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan
pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian,
seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh Hermann
menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran
yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang
keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan
pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis
kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik
sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang
penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai
kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan
pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif
kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan
strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai
dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang
teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan

You might also like