You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BINUANG KALI -1 ,

TAHUN 2013

Tarikh : 26 Januari 2013
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 am
Tempat : Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Binuang Lahad
Kehadiran :
1. Hj. Abdul Bin Using (Guru Besar)
2. En. Abdullah Bin Sebe ( YDP PIBG )
3. Pn. Habibah Binti Pahalawan ( YDP PIBG )
4. Pn. Rosnah Binti Buntarang
5. Pn. Anita Binti Ibno
6. Ustaz Sibaweh Bin Daud
7. En. Karim Bin Lambarni
8. Pn. Yamting Binti Kabiran
9. Pn. Wariah Binti Laupa


Tidak Hadir :
1. Ustazah Sharifah Noor Mahani Binti Mohammad@Bacho - ( Urusan Keluarga )
2. Pn. Jumarni Binti Amir - ( Urusan Peribadi )
3. Tn. Hj. Rahim Bin Hj. Lakani - ( Urusan Keluarga )
4. En. Ardiman Bin Alih - ( Urusan Peribadi )
5. En. Kahar Bin Ali - ( Urusan peribadi )
6. Pn. Siti Naziah Binti Mohd Sulaiman - ( Cuti Bersalin )


1.0 Ucapan Yang Di Pertua PIBG
Encik Abdullah Bin Sebe mengucapkan salam keagamaan dan ucapan terima kasih
kepada semua AJK dapat hadir ke mesyuarat AJK PIBG kali pertama. Mesyuarat
dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sibaweh Bin Daud. Encik Abdullah
menyatakan bahawa tiada aktiviti yang dapat dijalankan pada tahun 2012
disebabkan oleh kekangan masa. Beliau juga sentiasa menyokong aktiviti yang
dirancang oleh pihak sekolah.


2.0 Ucapan Penasihat
Hj. Abdul Bin Using mengucapkan terima kasih kepada AJK yang hadir pada
mesyuarat kali pertama ini. Beliau juga berharap semua AJK mencapai kata sepakat
terhadap agenda yang dibincangkan pada kali ini.





3.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
Pencadang : Pn. Habibah Binti Pahalawan
Penyokong : Pn. Yamting Binti Kabiran


4.0 Hal-hal Berbangkit
4.1 Pondok menunggu ibu bapa
Hj. Abdul Bin Using berharap pondok menunggu ibu bapa akan disiapkan pada
tahun ini. Surat kebenaran membina pondok ini akan dikeluarkan untuk
mendapatkan kebenaran daripada Datu Abdul Sahar Bin Datu Hj Jamaluddin. Puan
Rosnah Buntarang dan Puan Wariah Laupa diminta untuk bekerjasama dan
berbincang dengan En. Sapihi Mat Yassin tentang kos perbelanjaan membina
pondok tersebut.

4.2 Pondok PIBG
Pondok ini telah diambil alih oleh Panitia Sains dan Matematik.

4.3 Akaun PIBG
Semua AJK telah bersetuju untuk membuka akaun PIBG di Bank Islam Cawangan
Lahad Datu.
Tindakan : En. Abdullah Bin Sebe ( YDP PIBG )
Pn. Rosnah Buntarang ( Setiausaha PIBG )
Ustazah Sharifah Noor Mahani Binti Mohammad@Bacho ( Bendahari )



5.0 Takwim PIBG 2013
Takwim yang dirancang adalah seperti berikut :
5.1 Mesyuarat Agung PIBG 2013 : Mac
5.2 Taklimat Penubuhan KSIB : Februari
5.3 Mesyuarat Persiapan Akhir Mesyuarat Agung : Februari
5.4 Ceramah Motivasi Tahun 5 : April
5.5 Ceramah Motivasi Tahun 6 dan Ibubapa : Mei
5.6 Lawatan Sosial ke Jabatan MARIN : Julai
5.7 Membina Pondok Menunggu Ibubapa : April
5.8 Sambutan Hari Guru : Mei
5.9 Ziarah Mahabbah : September

Takwim PIBG ini hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu
beserta salinan Sijil Pendaftaran PIBG.







6.0 Mesyuarat Agung PIBG
AJK telah bersetuju Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan pada 9 Mac 2013
bersamaan hari Sabtu. AJK akan dibentuk bagi memastikan mesyuarat tersebut
berjalan dengan lancar



7.0 Taklimat SARANA PIBG
En. Abdullah Sebe telah bersetuju untuk memberikan taklimat SARANA kepada ibu
bapa. AJK PIBG juga telah bersetuju untuk melantik Puan Siti Naziah Binti Mohd
Sulaiman sebagai Ketua Biro KISB. Semua ibu bapa akan dijemput untuk
mendengar taklimat ini.

8.0 Hal-hal lain
8.1 Semua AJK telah bersetuju untuk memakai pakaian seragam batik pada
Mesyuarat Agung PIBG.
Tindakan : Pn. Wariah Laupa, Pn. Rosnah Buntarang dan Ustaz Sibaweh Daud

8.2 Sambutan Hari Guru oleh PIBG akan diraikan pada 18 Mei 2013 bersamaan hari
Sabtu.
Tindakan : AJK PIBG

9.0 Penutup
En. Abdullah Bin Sebe selaku YDP PIBG sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih
kepada AJK yang hadir. Pn. Kanang juga mengucapkan terima kasih kepada AJK
yang dapat hadir.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 pm.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


. .
(PN.ROSNAH BINTI BUNTARANG) ( EN. ABDULLAH BIN SEBE )
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG


Pencadang : ______________________ Tandatangan :
.


Disokong : ______________________ Tandatangan :
.

You might also like