You are on page 1of 41

Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

1



JBEA 2302
Bahasa Melayu Lisan

Tajuk : Penyampaian Berita

Nama ahli : Mastura Ashaari (JEA090807)
: NoorShahida Bt Mat Shahidi (JEA090070)
: Nur Azimah Bt Mohd Bukhari (JEA090103)
: Nur Shakirah Bt Mohd Azizan (JEA090111)
Nama pensyarah : Dr. Ibrahim Bin Ahmad
Sesi : 2011/2012 ( Semester 2)



Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

2

1. Pengenalan
Apa itu bahasa?..Seperti yang kita ketahui bahawa, bahasa itu memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat untuk menyampaikan sesuatu
maklumat. Terdapat pelbagai definisi telah diberikan terhadap perkataan bahasa.
Perkataan ini dikategorikan dalam kelas kata nama. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat ( 2008 : 106) bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai
alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia ( antara seorang individu
dengan individu yang lain dan sebagainya).

Manakala Broch & Trager (1942) mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem
lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk
berhubung. Nik Safiah Karim (1981) mendefinisikan bahasa berfungsi sebagai alat
perhubungan, menyatakan buah fikiran, melahirkan perasaan, dan menjayakan aktiviti
harian. Melalui bahasa kita berkomunikasi, meluahkan perasaan, menyampaikan ilmu,
mengungkapkan keindahan, dan mewarisi ilmu, peradaban dan agama. Bahasa
Malaysia yang disebut sebagai bahasa Melayu dalam Perlembagaan 152 fasal (1)
menggariskan bahawa :
bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah di-tulis
dalam apa-apa tulisan sa-bagaimana yang di-peruntokkan dengan
undang-undang parlimen


Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

3

Setiap bahasa di dunia ini mempunyai struktur yang tersendiri dan berbeza
antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain. Misalnya struktur bahasa Inggeris
berbeza dengan struktur bahasa Melayu, bahasa China berbeza dengan struktur
bahasa Tamil dan begitu juga antara bahasa- bahasa yang lain. Terdapat beberapa ciri
bahasa yang telah dikenal pasti, antaranya ialah bahasa merupakan suatu sistem yang
teratur, suatu sistem lambang yang bermakna, bersifat arbitrari iaitu tiada hubungan
dengan perkara yang dilambangkan, bahasa bersifat universal, dan mempunyai variasi.
Variasi dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu ideolek yang bermaksud ragam
bahasa individu dan dialek merujuk kepada ragam bahasa kawasan dan kelompok
sosial.

Manusia menggunakan bahasa untuk berinteraksi antara satu sama lain.
Manusia boleh menyampaikan sesuatu maklumat kepada seseorang dengan
menggunakan medium lisan ataupun tulisan. Antara contoh medium lisan ialah
ceramah, pidato, khutbah, seminar, penyampaian berita dan sebagainya, manakala
medium tulisan pula seperti novel, cerpen, laporan, dan pelbagai lagi. Seseorang akan
memilih medium yang sesuai dengan maklumat yang ingin disampaikan kepada
pendengar supaya mesej yang ingin disampaikan itu tercapai. Selain menjadi alat
untuk berkomunikasi antara pendengar dan penutur, bahasa juga digunakan ketika
hendak menyampaikan berita. Bahasa lisan dalam pemberitaaan yang disampaikan di
corong-corong radio dan televisyen bertujuan untuk menyampaikan sesuatu perkara
atau maklumat.
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

4

2.0 Ciri-ciri bahasa lisan
Bahasa lisan merujuk kepada ragam yang digunakan dalam pertuturan iaitu,
sewaktu bercakap. Bahasa Melayu lisan juga merupakan bentuk komunikasi bahasa
secara pertuturan, yang ditandai dengan ciri-ciri ulangan dan hentian. Bahasa Melayu
lisan adalah bahasa yang tertua sebelum bahasa tulisan diperkenalkan. Terdapat tiga
jenis bahasa lisan iaitu pertama bahasa lisan subbaku. Bahasa lisan ini terkawal, ada
unsur tempatan, atau individu. Seterusnya, bahasa lisan umum pula mempunyai unsur
bahasa basahan seperti kependekan dan ganti nama yang kurang rasmi, tetapi masih
kekal bentuk panggilan hormat dan bersopan. Jenis bahasa lisan yang terakhir ialah
bahasa lisan terkawal yang diungkap dalam konteks rasmi, menggunakan bahasa
terkawal, sistem panggilan, nahu dan intonasi dipentingkan.

Terdapat beberapa ciri bahasa lisan, antaranya yang pertama ialah mempunyai
unsur spontan/ kurang terancang ( salah mula, teragak-agak, hentian seketika).
Sebagai contoh, saya lewat datang kelas hari ini kerana aaa. terlepas bas. Unsur
singkatan wujud dalam pertuturan tidak formal. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh
faktor ekonomi yang mempengaruhi penggunaan singkatan. Kegagalan mencari kata
yang tepat, lupa akan nama sesuatu menyebabkan keadaan yang teragak-agak atau
hentian seketika. Terdapat proses pengulangan leksikal yang mempunyai pelbagai
fungsi seperti penegasan, fokus dan hubungan ayat. Sebagai contoh, awk..awk.. saya
sayang awk.., ataucontoh kedua ialah nanti..nanti..nanti..tunggu saya..

Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

5

Ciri bahasa lisan yang kedua iaitu peka konteks dibahagikan kepada beberapa
bahagian seperti terikat pada pengetahuan yang dikongsi bersama, kerap guna
rujukan eksoforik, elipsis atau pengguguran dan penanda tautan. Unsur konteks
bersifat peka konteks iaitu tafsiran sesuatu ujaran bergantung pada konteks ujaran.
Objek persekitaran dirujuk dengan pelbagai kata ganti nama. Penulis harus wujud
konteks kepada pembaca agar tidak salah tafsir dan ayat hendaklah jelas dan haruslah
menggunakan penanda tautan untuk kata penghubung seperti namun, kerana dan lain-
lain lagi.

Ciri yang ketiga ialah bahasa lisan kurang eksplisit iaitu bahasa ini bergantung
kepada pegetahuan yang dikongsi bersama. Ciri yang keempat ialah semua peserta
yang terlibat dalam sesuatu teks, wujud pengambilan giliran, dan gangguan tindanan.
Kita tidak boleh bercakap serentak ketika berinteraksi antara satu sama lain, tetapi
mesti membiarkan seseorang itu menghabiskan dahulu kata-kata terakhirnya. Hal ini
demikian kerana, supaya sesuatu komunikasi itu dapat berjalan dengan lancar dan
maklumat yang dibicarakan dapat difahami antara satu sama lain.

Ciri bahasa lisan yang keempat ialah bersifat multilog iaitu perbualan bersahaja
yang melibatkan lebih daripada dua orang penutur. Ciri yang kelima pula ialah teks
formal atau mesra iaitu ketika berinteraksi terdapat panggilan mesra diberikan kepada
individu tertentu mengikut kesesuaian umur. Unsur-unsur mesra ini bebas dalam
komunikasi, contoh panggilan mis, cik, encik, dan sebagainya . Sebagai contoh, Cik
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

6

Zaleha mahu pergi ke mana malam-malam ni?, contoh kedua Boleh tak I nak pinjam
kereta u? Ciri yang keenam ialah bahasa lisan merupakan bahasa bukan kerjaan/
verbal ( gerak isyarat/ gesture, postur, mimik muka). Gestur ialah bahasa non verbal
untuk memaparkan mood dan sikap seseorang penutur dalam pertuturan. Gestur
ialah gerak geri tangan , mimik muka, air muka dan sebagainya, contohnya terkejut
dan marah. Ciri yang ketujuh ialah paralinguistik iaitu ciri bukan linguistik yang tidak
bersistem yang mengiringi pertuturan dengan ciri prosodi seperti nada, tekanan, tona
dan jeda. Ciri seterusnya ialah bahasa lisan merupakan bahasa yang kurang baku.
Antara bahasa kurang gramatis ialah dialek, sosiolek, pemendekan, penukaran kod/
alih kod. Seterusnya menggunakan kelainan bahasa atau bahasa lain bergantung pada
hakikat dengan siapa seseorang itu bercakap atau di mana dia bercakap seperti
selang- seli bahasa baku dengan dialek atau bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.

Ciri bahasa lisan yang kesembilan ialah kerencaman nahu iaitu struktur ayat
yang kurang kompleks atau ayat atau klausa yang tergantung, ulangan klausa atau
ayat. Fungsi kerencaman nahu ini untuk mengungkap idea secara spontan dan
pertuturannya memungkinkan pendengar memahaminya. Sebagai contoh , ke mana
kau hendak pergi? Ciri yang seterusnya ialah mempunyai unsur kenahuan iaitu
bahasa lisan tidak memperlihatkan penggunaan bahasa yang lengkap dan betul dan
kurang gramatis. Sebagai contoh , Abu pi kedai ( Abu pergi ke pasar). Selain itu,
bahasa lisan mempunyai unsur leksikal yang kurang padat dan unsur kosa kata harian
dan yang kurang khusus. Ciri terakhir bahasa lisan ialah terdapat unsur rasmi iaitu
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

7

menggunakan kata ganti nama bagi menandakan unsur pertuturan rasmi terkawal,
contohnya Yang berbahagia, Dato/ Datin.

Proses produksi suara pada manusia dapat dibahagikan kepada tiga proses
fisiologis, iaitu pertama pembentukan aliran udara dari paru-paru, kedua, perubahan
aliran udara dari paru-paru menjadi suara, baik voiced, maupun unvoiced yang dikenal
dengan istilah phonation, dan yang terakhir artikulasi iaitu proses modulasi atau
pengaturan suara menjadi bunyi yang spesifik. Organ tubuh yang terlibat dalam proses
produksi suara adalah paru-paru, tenggorokan (trachea), laring (larynx), faring
(pharynx), pita suara (vocal cord), rongga mulut (oral cavity), rongga hidung (nasal
cavity), lidah (tongue), dan bibir (lips).

Alat alat pertuturan manusia akan menghasilkan dua jenis bunyi iaitu bunyi
bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat
pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi
diftong. Bunyi bukan bahasa juga dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang
ingin disampaikan tidak akan difahami sepenuhnya oleh pendengar, contohnya bunyi
batuk, berderham, pergerakan tangan dan pelbagai lagi. Bunyi vokal dihasilkan tanpa
halangan, sekatan ataupun sisihan pada arus udara yang dikeluarkan oleh paru-paru.
Terdapat 8 jenis bunyi vokal iaitu enam vokal asli dan dua vokal pinjaman.

Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

8

Menurut Abdul Hamid Mahmood ( 1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis- jenis
vokal ialah seperti berikut :



Gambar rajah 1
Berdasarkan gambar rajah 1 di atas, yang menunjukkan mengenai keratan lidah
manusia yang dinyatakan kedudukan vokal- vokal Melayu asli dan pinjaman sama ada
di hadapan, ditengah ataupun di belakang lidah. Manakala konsonan pula bunyi-bunyi
selain bunyi-bunyi vokal. Bunyi konsonan dihasilkan oleh alat pertuturan manusia
dengan membuat sekatan, halangan ataupun geseran. Ketika bunyi konsonan
dihasilkan, udara dari paru-paru akan menghasilkan sekatan di rongga mulut, tekak dan
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

9

hidung. Terdapat sebanyak 18 konsonan asli dan sembilan konsonan pinjaman. Rajah
konsonan bahasa Melayu adalah seperti di bawah :

Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

10

Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan
dalam satu hembusan nafas. Bunyi diftong terhasil apabila bunyi satu vokal
menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. Ertinya, lidah pada mulanya
diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian
digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. Diftong dianggap sebagai satu
suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem.
Terdapat tiga jenis bunyi diftong dalam bahasa Melayu, iaitu ai, au, dan oi. Lihat
gambar rajah di bawah :

1


Bahasa tulisan pula disampaikan secara bertulis melalui perantara tulisan.
Bentuk terawal bahasa tulisan dalam bentuk piktograf yang menggambarkan objek
tertentu dalam pelbagai bentuk dan gaya. Kini, bahasa tulisan tercatat pada kertas, alat
komputer dan sebagainya. Ragam bahasa tulisan adalah bahasa yang dihasilkan
dengan memanfaatkan tulisan dengan huruf sebagai unsur dasarnya. Dalam ragam

1
Dipetik daripada
http://www.google.com.my/search?q=daerah+sebutan+konsonan+bahasa+melayu&hl=en&rlz=1C1PRFB_enMY45
0MY458&prmd=imvnsb&source=lnms&tbm=isch&ei=ntapT7HZCIe8rAfYzpHEAQ&s pada 9/5/ 2012.
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

11

tulisan, kita berurusan dengan tatacara penulisan (ejaan) di samping aspek tata
bahasa dan kosa kata. Dengan kata lain dalam ragam bahasa tulisan, kita dituntut
adanya kelengkapan unsur tatabahasa seperti bentuk kata ataupun susunan kalimat,
ketepatan pilihan kata, kebenaran penggunaan ejaan, dan penggunaan tanda baca
dalam mengungkapkan idea.

3.0 Sorotan kajian
Berdasarkan kajian lepas iaitu, Sistem Pengurusan Pusat Berita Radio (RTM) :
Kajian penerimaan pendengar terhadap siaran Berita Radio oleh Shamala Devi A/P M
Amirtharas. Pengkaji telah membuat satu kajian yang bertujuan untuk mengkaji sistem
pengurusan penyiaran berita yang dipraktikkan di Pusat Berita Radio, RTM dan
mengupas sejauhmana media elektronik berkenaan berjaya mempengaruhi corak
pemikiran dan tingkah laku khalayak menerusi siaran laporan berita radio. Seiring
dengan kemajuan yang bergolak dalam arena penyiaran Pusat Berita Radio, RTM turut
mengatur pendekatan baharu yang berasaskan informasi dan interaktif bagi
memantapkan kedudukannya agar tidak terkonkong oleh sistem pengurusan yang
ketinggalan zaman. Memandangkan dunia komunikasi berdepan dengan tuntutan
khalayak yang lebih terdidik dan matang, kajian dijalankan berasaskan barisan
responden yang berbeza dari aspek kerjaya dan tahap pendidikan. Responden yang
dipilih seramai 30 orang dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada
warga Pusat Berita Radio, dan pelajar sarjana Pengajian Penerbitan, Jabatan
Pengajian Media, Universiti Malaya.
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

12

Kajian dilakukan melalui pendekatan perbincangan dalam kumpulan bagi
mengumpul reaksi responden terhadap isu yang dibangkitkan. Aspek yang dinilai ialah
corak pemikiran, kebolehan memberi idea yang bernas, tahap pengetahuan dan
penerimaan khalayak. Responden juga memberi komen terhadap kualiti output berita
dan cadangan untuk memantapkan lagi Pusat Berita Radio. Analisis yang dibuat ke
atas dapatan kajian menunjukkan khalayak mula menyedari tentang hak mereka untuk
mendapatkan maklumat. Secara keseluruhannya Pusat Berita Radio, RTM perlu
mengkaji tanggapan dan analisis terhadap penerimaan khalayak supaya objektif
komunikasi dicapai. Komunikasi media massa tetap mempunyai pengaruh terhadap
khalayak, Pusat Berita Radio, sebagai badan penyiaran berita yang berprestij harus
bertindak proaktif dalam penyebaran berita yang boleh dipercayai serta memberi kesan
yang efektif kepada khalayak. Berdasarkan kenyataan ini Pusat Berita Radio
sewajarnya mempelbagaikan kandungan berita setanding dengan sumber-sumber
media yang lain untuk mendekati khalayak dan memenuhi gaya pengurusan yang
mengimbangi antara keperluan dan harapan mereka. Malah Pusat Berita Radio harus
memberi ruang kepada khalayak untuk memilih maklumat yang telus dan seimbang.

Seterusnya, berdasarkan kajian lepas yang berikutnya, adalah membincangkan
mengenai Laras Bahasa : Suatu analisis tajuk-tajuk berita dalam berita harian tahun
1996-1997 oleh Ahn Young Ho. Menurut beliau, kebanyakan penerbit surat khabar
berusaha untuk menampilkan situasi tertentu menerusi penggunaan pelbagai kaedah
atau jenis unsur simbol-simbol linguistik dalam tajuk-tajuk berita. Selain itu, sesetengah
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

13

pembaca akan dapat memahami kandungan atau situasi sosial dalam laporan berita
menerusi penggunaan pola bahasa tertentu dalam tajuk berita. Hal ini dianggap
sebagai laras bahasa dalam tajuk berita. Untuk mengkaji laras bahasa dalam tajuk
berita, penulis bersandarkan kepada tanggapan daripada teori semiotik sosial bahawa
surat khabar merupakan gambaran sebenar dunia yang disampaikan melaui bahasa.
Teori tersebut diguna pakai untuk menjelaskan bahawa pada umumnya laporan berita
merupakan suatu ciri utama laras bahasa. Begitu juga laporan berita merupakan
manifestasi sosial dan perlakuan sosial.
Pada umumnya, tajuk berita mempunyai pola-pola bahasa tertentu yang tetap
digunakan dalam surat khabar. Berdasarkan teori tersebut, tesis ini mendakwa bahawa
bahasa laporan merupakan sejenis kelainan bahasa tulisan yang khas. Selain itu,
pengkaji juga menyelidiki bahawa terdapat hubungan antara interaktif antara teks
laporan, berita dan pembaca surat khabar. Membaca laporan berita bermakna
seseorang itu berinteraksi secara implisit dengan penulis laporan menerusi teks
laporan berita. Untuk mengkaji laras bahasa tajuk berita, tesis ini menyorot beberapa
huraian serta kajian terdahulu. Selain itu, beberapa teori mengenai ciri idiosinkratik
bahasa tajuk berita turut dibuat bagi tujuan memperlihatkan kerelevanan kajian dan
melakukan analisis dengan lebih mendalam terhadap ciri pemasalahan mengenai
analisis nahu tradisional. Pengkaji menyelidiki fungsi metafora dalam tajuk berita, dan
mendapati bahawa metafora tajuk-tajuk berita surat khabar dapat dianggap sebagai
model-model budaya dalam memahami persepsi tentang sistem bahasa dan budaya
pembaca. Pengkaji menyarankan bahawa tumpuan yang telah diberikan dalam kajian
ini perlu dikembangkan untuk penyelidikan tajuk berita yang selanjutnya bukan hanya
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

14

sebagai bentuk bahasa yang sederhana melainkan kod sosial budaya yang harus dikaji
dengan teliti dan cermat sesuai dengan persepsi budaya pembaca.

4.0 Objektif kajian.
Objektif kajian sangat penting dalam menyiapkan sesuatu tugasan atau kajian
yang diberikan. Sekiranya tanpa adanya objektif kajian yang ditetapkan, maka sesuatu
tugasan atau kajian itu tidak akan sempurna. Sesuatu tugasan atau kajian tersebut
akan berjalan dengan lancar sekiranya objektif kajian ditetapkan dan sesuai dengan
tugasan atau kajian yang ingin dijalankan. Oleh itu, objektif kajian pengkaji yang
pertama ialah, ingin melihat cara atau gelagat seseorang penyampai berita dalam
menyampaikan sesuatu informasi kepada penonton. Objektif yang kedua ialah,
menganalisis ciri-ciri bahasa Melayu lisan yang terdapat pada penyampai berita yang
dipilih. Objektif pengkaji yang ketiga ialah, menilai sejauh mana ciri-ciri bahasa Melayu
lisan diaplikasikan oleh penyampai berita yang dipilih tersebut.
5.0 Bahan kajian
Bahan kajian ialah bahan yang digunakan untuk menjalankan sesuatu tugasan
atau kajian yang diberikan. Bahan kajian yang dipilih ialah terdiri daripada beberapa
orang subjek yang bekerja dalam bidang penyampaian berita. Bahan kajian ini diambil
dengan menggunakan kamera untuk merakam cara atau gelagat penyampai berita di
televisyen yang dipilih tersebut. Penyampai berita dipilih tersebut terdiri daripada
Melayu dan cina.
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

15

6.0 Batasan kajian
Batasan kajian ialah had yang telah ditentukan dalam mengkaji sesuatu tugasan
atau kajian. Batasan kajian juga penting dan harus ditetapkan agar sesuatu kajian
dapat difokuskan pada bahagian- bahagian tertentu agar tidak terlalu meluas atau
menyeluruh. Oleh itu, pengkaji telah memfokuskan kajian dengan menganalisis ciri-ciri
bahasa Melayu lisan yang terdapat pada beberapa penyampai berita di televisyen yang
telah dipilih tersebut. Pengkaji melihat sama ada ciri-ciri bahasa Melayu lisan itu
diaplikasikan dalam menyampaikan berita ataupun diabaikan oleh penyampai berita
tersebut.

7.0 Kaedah kajian
Kaedah kajian ialah tatacara ataupun kaedah yang digunakan dalam
menyiapkan sesuatu tugasan atau kajian yang diberikan. Kaedah yang dipilih haruslah
bersesuaian dan penting dalam menentukan kelancaran sesuatu kajian tersebut.
Terdapat dua kaedah dalam sesuatu kajian atau penyelidikan yang dijalankan iaitu
kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan. Pengkaji telah memilih kaedah
kepustakaan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Melalui kaedah ini, data- data
yang penting yang telah dikumpulkan telah diperolehi melalui pembacaan buku- buku
yang berkaitan dengan tugasan. Selain itu, data yang berkaitan juga diambil daripada
sumber internet, jurnal, dan artikel sebagai bahan sampingan untuk memperbanyakkan
maklumat mengenai tugasan yang diberikan. Antara perpustakaan yang menjadi
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

16

tempat mendapatkan bahan bacaan yang berkaitan ialah Perpustakaan Utama
Universiti Malaya, dan Perpustakaan Zaba Universiti Malaya.

8.0 Penyampaian berita
Penyampaian berita dapat dikategorikan dalam bahasa lisan kerana maklumat
sesuatu perkara disampaikan secara langsung kepada pendengar. Seseorang
penyampai berita haruslah tahu gaya atau cara-cara yang profesional dalam
membacakan berita. Hal ini agar berita yang disampaikan itu dapat difahami dan
menarik minat pendengar untuk mendengarnya. Penyampai berita harus peka
terhadap maklumat- maklumat yang ingin disampaikan kerana setiap berita yang
disampaikan ada berita yang menggembirakan dan ada berita yang mendukacitakan.
Oleh itu, seseorang pemberita haruslah menyampaikan berita tersebut mengikut
situasi tertentu sama ada situasi gembira, sedih kecewa dan sebagainya, terutamanya
mimik muka sangat penting ketika penyampaian berita. Sesuatu maklumat atau berita
dapat disampaikan melalui televisyen ataupun radio.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2010 : 1381) penyampaian bermaksud
perihal menyampaikan sesuatu, manakala penyampai ialah orang yang menyampaikan
(surat, khabar, berita dll). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2010 : 170) berita
pula bermaksud, maklumat mengenai sesuatu kejadian ( peristiwa, diri sendiri, dll) yang
disampaikan ( sama ada secara lisan atau dengan surat dan sebagainya. Kemudian, ia
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

17

juga dimaksudkan dengan siaran atau penyampaian berita ( melalui televisyan atau
radio).

Menurut Zaharan Razak (1999), berita merupakan maklumat terkini mengenai
perkara atau peristiwa yang sedang bergolak atau baru berlaku,
yang belum disiar, yang mempunyai sumber dan bersifat benar, sah dan sahih. Ia
mempunyai kepentingan kepada orang ramai, sebarang maklumat mengenai
pertukaran, perubahan, pembaharuan cetusan, keputusan, penegasan, pendapat oleh
tokoh atau orang ternama merupakan berita. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada
ukuran kedekatan. Selain itu, menurut Kamus Dewan (2007), berita merujuk kepada
siaran atau penyampaian berita (melalui televisyen atau radio). Berita ialah
informasi baru atau informasi mengenai sesuatu yang sedang terjadi, disajikan lewat
bentuk cetak, siaran, internet, atau dari mulut ke mulut kepada orang ketiga atau
banyak orang. Laporan berita merupakan tugas wartawan dan saat berita itu dilaporkan
oleh wartawan tersebut, maklumat tersebut dianggap sebagai fakta yang dipilih sebagai
informasi menarik untuk dikongsi bersama masyarakat.





Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

18

9.0 Proses berita dihasilkan
Sebelum sesuatu berita itu disampaikan atau diuar-uarkan kepada masyarakat,
ia haruslah ditentukan kesahihannya dan mestilah melalui kriteria-kriteria tertentu.
Sesuatu berita yang dihasilkan mestilah mengikut urutan ataupun panduan yang telah
ditetapkan agar berita tersebut sempurna, mudah disampaikan dan difahami pengguna
atau orang ramai. Antara kaedah-kaedahnya ialah yang pertama mestilah mendapatkan
maklumat-maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai ataupun pergi ke tempat
kejadian tersebut untuk mendapatkan kesahihan sesuatu berita. Hal ini demikian
kerana, kadang-kala sumber kedua atau orang yang berada di tempat kejadian boleh
sahaja menokok tambah cerita. Oleh itu, adalah digalakkan agar individu yang terlibat
dengan liputan berita digalakkan berada di tempat sesuatu kejadian. Kaedah yang
kedua ialah membuat liputan. Liputan berita haruslah dibuat dengan sebaik mungkin
tanpa ada sebarang unsur penipuan ataupun penokok tambahan semata-mata untuk
menyedapkan sesuatu cerita. Hal ini demikian kerana, kebanyakan orang ramai yang
membaca atau mendengar sesuatu berita yang disiarkan itu akan mempercayai
sepenuhnya pada apa- apa yang telah dikemukakan itu.

Kaedah yang ketiga ialah menulis skrip berita. Skrip berita hendaklah ditulis
dengan sebaik mungkin agar memudahkan atau melancarkan individu yang akan
menyampaikan berita tersebut. Kaedah yang keempat pula, skrip berita hendaklah
diedit supaya tidak ada kesalahan ejaan dan memudahkan penyampai berita membaca
skrip berita tersebut. Kaedah kelima ialah penyediaan visual yang selaras dengan skrip
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

19

berita. Kaedah ini sangat penting agar pengguna dapat mempercayai segala
keterangan tentang sesuatu berita itu tanpa ada kekeliruan atau prasangka. Kaedah
yang keenam ialah persediaan penerbit di studio. Persediaan di studio perlulah dibuat
dengan dengan rapi agar segala perancangan yang telah dirancang tidak tergendala
atau terganggu. Kaedah terakhir ialah penyampaian berita mestilah dilakukan oleh
penyampai berita yang berkelayakkan. Penyampai berita haruslah mempunyai
personaliti yang menarik di samping kebolehan berbahasa yang cemerlang.

Antara tatatingkat sebelum melaksanakan sesuatu penyampaian berita adalah
seperti berikut:-














Skrip berita diedit

Membuat liputan berita

Menulis skrip berita

Penyediaan visual yang selaras dengan skrip berita

Persediaan penerbit di studio

Penyampaian berita oleh pembaca berita

Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

20


10.0 Ciri-ciri bahasa tulisan dalam berita

Terdapat beberapa ciri penting bahasa tulisan dalam berita, antaranya ialah seperti
yang dinyatakan di bawah ini :
1. Terancang, iaitu diedit atau disunting.
2. Bebas konteks iaitu harus mewujudkan konteks kepada pembaca, contohnya
penggunaan ayat yang lebih jelas, lengkap dan ada penanda tautan.
3. Teks ditulis cuma bersifat interaktif secara implisit. Hal ini demikian kerana,
pembaca diandaikan sahaja tetapi tidak terlibat dalam teks itu.
4. Bersifat formal kerana merupakan sistem panggilan terkawal
5. Menggunakan bahasa baku supaya lebih gramatis dan difahami pengguna
6. Struktur tatabahasa yang kompleks.

Pembaca berita ialah orang yang membawakan atau menghantarkan acara
berita di televisiyen, radio, atau Internet. Laras bahasa media massa dalam melapor
atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah didengar dan diterima
oleh pendengar dan pembaca. Sebagai seorang pembaca berita anda haruslah dapat
memberikan tekanan secara tepat dan kuat pada sesuatu kata dalam berita dengan
frasa dan tarikan nafas yang betul. Bahasa merupakan alat perhubungan yang
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

21

terpenting dalam kehidupan manusia seharian. Dengan bahasalah seseorang itu dapat
berinteraksi antara satu sama lain dalam menyampaikan kehendak, perasaan,
pendapat, pengalaman, gagasan, pengetahuan mendapatkan maklumat,
menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Semakin baik
penguasaan seseorang itu terhadap kemahiran-kemahiran berbahasa, maka semakin
tinggilah keupayaan individu itu untuk berinteraksi secara berkesan sama ada secara
lisan, bacaan ataupun penulisan. Begitu juga dalam laras bahasa lisan radio dan
televisyen yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu perkara atau maklumat.

Laras bahasa lisan yang digunakan oleh siaran radio atau televisyen adalah
lebih kepada berbentuk rasmi dan berformat. Laras yang digunakan oleh penyampai
radio dan televisyen adalah menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua
lapisan masyarakat. Hal ini demikian kerana, negara Malaysia terdiri daripada rakyat
yang berbilang bangsa dan agama. Bahasa Melayu digunakan dalam laras bahasa
radio dan televisyen kerana mampu dan mudah difahami oleh semua lapisan
masyarakat. Namun begitu, ada juga bahasa Tamil dan bahasa Cina untuk masyarakat
tersebut yang kurang memahami bahasa Melayu. Laras bahasa lisan yang biasa
digunakan oleh media elektronik ini adalah jelas dan tepat. Perkara yang paling penting
ialah kejelasan perkataan dan nada yang disebut oleh penyampai radio ataupun
televisyen.


Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

22

Walau bagaimanapun, laras lisan media ini mempunyai ciri-ciri seperti
penyingkatan. Hal ini demikian kerana, radio dan televisyen menghadapi beberapa
masalah antaranya masalah masa yang paling ketara. Masa yang ditetapkan oleh
pihak pengurusan adalah terhad dan penyampai berita tersebut tidak boleh melebihi
masa yang diperuntukkan supaya tidak mengganggu rancangan lain yang akan ke
udara. Masalah ini akan mempengaruhi gaya bahasa yang digunakan. Selain itu,
penyampai berita hendaklah menepati masa yang diberikan supaya segala rancangan
yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan tidak ada yang tergendala.Teknik
penyingkatan yang digunakan ialah dengan menggabungkan ayat dengan klausa relatif
dan dengan menggugurkan unsur-unsur tertentu. Penyingkatan yang dilakukan akan
menjimatkan masa penyampaian dan sesuatu itu dapat disampaikan dengan cepat dan
tepat.

11.0 Ciri-ciri laras bahasa lisan radio dan televisyen
Terdapat lima ciri laras bahasa lisan radio dan televisyen iaitu yang pertama
ialah pengguguran kata hubung relatif yang. Laras bahasa lisan ini menggunakan
pengguguran yang. Ayat- ayat yang digunakan akan melalui pengguguran yang
supaya ayat yang ingin disampaikan akan menjadi lebih ringkas dan cepat, namun
masih difahami oleh pendengar. Jikalau tidak ada masalah masa, sesuatu ayat itu akan
menjadi lebih panjang. Walaupun mengalami pengguguran yang kata itu masih lagi
mempunyai maksud sama dan masih jelas penggunaan ayat itu. Ciri yang kedua ialah
pengguguran kata hubung bahawa. Laras ini juga menggugurkan kata hubung
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

23

bahawa supaya lebih menjimatkan bahasa peyampaian serta tepat dan jelas.
Pengguguran bahawa iaitu kata penghubung, menimbulkan klausa objek langsung.
Pengguguran kata ini menyebabkan pernyataan akan menjadi lebih tegas dan
bertenaga. Ciri yang ketiga laras bahasa lisan dan radio ini juga mengalami
pengguguran kata depan. Terdapat kata depan telah mengalami pengguguran,
misalnya dengan, oleh atau dari.

Ciri yang keempat ialah pengguguran penjodoh bilangan. Dalam laras lisan ini
penjodoh bilangan terutamanya penjodoh bilangan kata nama manusia mengalami
pengguguran dalam frasa nama yang terdiri daripada kata nombor penjodoh bilangan
nama. Penjodoh bilangan itu ialah orang. Ciri bahasa lisan radio dan televisyen yang
terakhir ialah mengalami pengguguran imbuhan. Pengguguran imbuhan tersebut ada
kalanya telah menjejaskan asas tatabahasa bahasa Melayu. Pengguguran yang
dimaksudkan ialah pengguguran yang menimbulkan bentuk yang menyimpang
daripada peraturan tatabahasa bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa lisan ini adalah sangat
kompleks jika dibandingkan dengan laras lain kerana laras radio dan televisyen ini
memerlukan ungkapan yang seringkas mungkin, namun masih boleh disampaikan
dengan tepat dan betul. Laras lisan yang diaplikasikan dalam radio dan televisyen
adalah tidak memerlukan frasa yang terlalu panjang atau mempunyai ayat yang
berbunga-bunga.


Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

24

12.0 Analisis Bahan Kajian

Pertama, unsur spontan atau kurang terancang. Unsur ini melibatkan salah
mula, teragak-agak atau hentian seketika. Namun, unsur teragak-agak merupakan
bunyi yang teragak-agak bukan pada kata tetapi pada makna atau fungsi yang khusus.
Oleh itu, kegagalan mencari kata tepat, lupa akan nama sesuatu boleh menyebabkan
berlakunya keadaan teragak-agak atau hentian seketika seperti aa., err., erm,
dan sebagainya. Secara amnya, unsur ini tidak wujud dalam tulisan tetapi dalam lisan
kebiasaanya ada atau diterapkan kerana untuk mencari kata atau frasa yang lebih jelas
untuk menerangkan kepada pendengar atau penonton.
Contohnya,
PERUSUH DIBERI TEMPOH SEMINGGU SERAH DIRI.
Bahawa kita telah menumpukan satu tasmos, terdiri daripada satu
SEP dan sebagainya untuk membantu kita dalam membuat
operasi-operasi tertentu untuk mengesan mereka ini. So, saya
berikan peluang mereka kali terakhir, terakhir untuk menyerah diri
sebelum kita bertindak mencari mereka di rumah ke rumah. Ini
aaa.... tindakan kita akan diambil(rujuk video 5)
Penggunaan unsur teragak-agak dalam contoh diatas (aaa.) menunjukkan
bahawa penutur ingin mencari kata-kata yang paling sesuai dengan ayat atau frasa
dalam pertuturannya, supaya pendengar dapat memahaminya dengan jelas. Walau
bagaimanapun, perkara sebegini kerap kali berlaku terutamanya dalam bahasa lisan
bagi sesiapa sahaja yang bertutur dalam kehidupan seharian.
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

25


Kedua ialah, peka konteks. Walau bagaimanapun, ciri ini terikat pada
pengetahuan yang dikongsi bersama. Namun, ia kerap menggunakan rujukan eksoforik
iaitu konteks luaran. Selain itu, ia sentiasa menggunakan elipsis atau pengguguran
dalam ayat atau frasa supaya penonton atau pendengar cepat memahami sesuatu
situasi yang berlaku dengan jelas tanpa menggunakan ayat yang panjang dan meleret-
leret sehingga memeningkan para pendengar. Selain itu, penanda tautan juga sering
kali diterapkan dalam penyampaian berita terutamanya unsur deiksis (seperti, ini, itu,
sana, sini).

Namun begitu, unsur konteks kebiasaanya bersifat peka konteks kerana
mengandungi tafsiran mengenai sesuatu ujaran yang bergantung pada konteks ujaran.
Walau bagaimanapun, konteks ujaran mencakup pengetahuan yang sedia ada dalam
pengetahuan penutur atau pendengar. Akan tetapi, dalam bahasa bertulis lebih bersifat
bebas konteks. Hal ini menyebabkan, penulis harus wujud konteks kepada pembaca
agar tidak salah tafsir. Oleh itu, ia akan menjadikan ayat yang lebih jelas apabila
menggunakan penanda tautan untuk kata penghubung seperti namun, kerana dan
sebagainya. Contohnya,
HARAM PILIH PEMIMPIN AMAL CARA HIDUP SONGSANG
Datuk Noh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Johor menyeru umat
islam supaya tidak cenderung menjadikan lesbian, gay, bioseksual dan
transeksual serta mengangkat sebagai pemimpin. Tegas beliau
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

26

hukumannya haram apabila memilih pemimpin yang mengamalkan cara
hidup songsang itu. (rujuk video 9)
Berdasarkan contoh diatas, dapat diterangkan bahawa penggunaan kata itu
menunjukkan bahawa adanya unsur peka konteks dalam penyampaian berita tersebut.
Hal ini kerana, adanya unsur yang terikat pada pengetahuan sedia ada yang dikongsi
bersama. Itu dalam contoh ayat diatas merujuk kepada kegiatan lesbian, gay,
bioseksual dan transeksual.

Ketiga ialah, bahasa bukan kerjaan atau verbal. Bahasa ini disampaikan melalui
gerak isyarat atau gesture, postur dan mimik muka. Gestur merupakan bahasa non
verbal yang digunakan dalam pertuturan atau perbualan untuk memaparkan mood dan
sikap seseorang penutur dalam pertuturan. Oleh itu, gestur dapat diertikan sebagai
gerak geri tangan, mimik muka, air muka dan sebagainya. Contohnya, keadaan
penyampai berita yang menunjukkan keadaan terkejut, berfikir, sedih, marah dan
sebagainya yang mewakili perasaan atau situasi yang dialami oleh penutur dalam
pertuturannya. Contohnya, dapat dilihat melalui wajah-wajah atau mimik muka
penyampai berita sesuatu memaklumkan atau menyampaikan sesuatu maklumat
kepada para penonton atau pendengar sama ada berwajah gembira, marah, terkejut,
geram dan sebagainya. Secara amnya, peranan atau fungsi mimik muka penyampai
berita ini amat penting kerana ia melambangkan kesungguhan dalam menyampaikan
sesuatu maklumat kepada para pendengar.
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

27




Keempat ialah, bahasa kurang baku. Hal ini berlaku kerana, dalam sesuatu
pertuturan wujudnya unsur yang kurang gramatis kerana dalam pertuturan tersebut
akan diterapkan unsur dialek, sosiolek, pemendekan, dan penukaran atau mengalihkan
kod. Dengan kata lain, unsur dialek merupakan kelainan bahasa yang digunakan
dalam pertuturan sesebuah daerah atau kumpulan sosial tertentu. Kemudian, bagi alih
atau menukar kod dapat diertikan bahawa dua bahasa yang digunakan berselang-seli
sama ada dengan gangguan atau tanpa gangguan. Penukaran kod dari satu ragam ke
satu ragam yang lain apabila situasi memerlukannya atau pada masa-masa tertentu.
Namun, ia berlaku pada tahap leksikal, frasa atau sintaksis. Akan tetapi, ia juga
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

28

dikaitkan dengan faktor peserta, topik perbualan, identiti, etnik, konteks serta situasi
yang berbeza. Contohnya,
PERUSUH DIBERI TEMPOH SEMINGGU SERAH DIRI.
Bahawa kita telah menumpukan satu tasmos, terdiri daripada satu
SEP dan sebagainya untuk membantu kita dalam membuat
operasi-operasi tertentu untuk mengesan mereka ini. So, saya
berikan peluang mereka kali terakhir, terakhir untuk menyerah diri
sebelum kita bertindak mencari mereka di rumah ke rumah. Ini
aa..tindakan kita akan diambil(rujuk video 5)
Berdasarkan contoh diatas, dapat diterangkan bahawa adanya unsur alih kod,
iaitu menggabungkan kata dalam bahasa inggeris ke dalam ayat bahasa Melayu.
Secara umumnya, unsur sebegini sudah menjadi lali atau kebiasaan ketika bertutur
malah ia juga bergantung kepada situasi atau konteks penutur.

Kelima ialah paralinguistik. Paralinguistik merupakan ciri bukan linguistik yang
tidak bersistem mengiringi pertuturan seperti nada, tekanan, tona dan jeda. Perkara ini
melibatkan turun naik nada suara apabila bercakap. Namun begitu, nada suara adalah
berbeza-beza, adakala tinggi dan adakala rendah apabila bertutur. Hal ini berlaku
adalah disebabkan jenis atau bentuk ayat bahasa Melayu sama ada ayat penyata
biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat songsang, ayat pasif dan sebagainya. Contohnya,
Telah membidas golongan yang mempertikaikan keputusan
muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan
perhimpunan bersih 3 sebagai haram. Tegas beliau, golongan
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

29

yang mempertikaikan keputusan itu adalah rendah akhlaknya dan
tidak beretika sama sekali. (rujuk video 8)
Berdasarkan contoh diatas, pemberita menyampaikan maklumat dengan nada
yang tidak konsisten iaitu dalam sesuatu ayat ada turun naik nada suara apabila
bercakap. Misalnya, perkataan kebangsaan, haram, tegas beliau dan rendah
akhlaknya, pemberita menggunakan nada yang tinggi sedikit berbanding
pengucapannya dengan kata atau ayat yang lain. Sebenarnya, unsur naik dan turun
nada suara boleh menarik pendengar untuk terus mendengar kerana ia melambangkan
kesungguhan seseorang penutur atau pemberita semasa menyampaikan sesuatu
maklumat.
Kemudian, tona pula berkaitan dengan turun naik nada suara pada perkataan.
Contohnya,
HABUAN KEPADA PENEROKA
15 ribu ringgit kepada setiap keluarga peneroka yang diumumkan
perdana Menteri semalam disifatkan yang paling maksimum
malah Pengerusi Felda Tan Sri Ishak Abdul Samad menganggap
pemberian itu adalah yang terbaik kepada peneroka sejak
kewujudan felda 56 tahun lalu. Kenyataan itu merujuk kepada
dakwaan terbaru pembangkang yang mempertikai jumlah yang
diterima peneroka. (rujuk video 6)
Seterusnya, jeda pula bermaksud berhenti sebentar sebelum menyambung
kembali pertuturan. Contohnya,
Perkara yang paling gembira dan bersyukur dengan durian runtuh
dan pemberian tambahan mereka di Felda Lurah Bilut Bentong
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

30

Pahang. Wartawan Julaina Sharil ke tanah rancangan felda Taman
Negara itu untuk menyelami perasaan peneroka. (rujuk video 7)
Berdasarkan contoh diatas, menunjukkan bahawa pemberita menggunakan
unsur jeda dalam penyampaian berita. Hal ini menunjukkan sebutan sesuatu
perkataan itu ada perhentian sebentar iaitu disebut satu persatu misalnya,
Felda, Lurah, Bilut, Bentong dan Pahang.

Keenam pula ialah, multilog. Ciri ini merupakan perbualan bersahaja yang
melibatkan dua atau lebih penutur. Contohnya,
IBU ZALIM DERA ANAK
Seorang ibu yang mendera anak perempuannya sangat kejam
tersebar luas dibeberapa laman sosial hari ini (pemberita 1).
Penyebaran video tidak berperikemanusiaan serta memilukan itu
mengundang pelbagai reaksi orang ramai (pemberita 2)
tayangan video(sambungan pemberita 2) klip video penuh aksi
4 minit ini antara lain memaparkan seorang ibu memukul,
menampar serta menendang anaknya yang masih kecil. Turut
kedengaran suara seorang wanita lain yang cuba menyedarkan
perbuatan wanita ini. Menurut laman facebook PDRM, hampir 300
aduan dan komen diterima berhubung klip video ini. Bilik berita TV3
turut dihujani panggilan orang ramai yang prihatin dan tidak
berpuas hati. (sila rujuk video berita 4)

Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

31



Ketujuh ialah, penggunaan teks formal atau mesra. Kebiasaanya, ia
menggunakan tanda mesra seperti panggilan mesra dan pemedakan. Namun, unsur
mesra merupakan tanda-tanda mesra dalam komunikasi iaitu boleh mewujudkan
kemesraan dan bebas. Contohnya,
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Benar bagai yang
dikatakan, saya tenggelam bersama dengan 80 ribu hingga 100 ribu
orang, orang umno yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil ini
dan kalau kita imbas sejarah 1946, hanya ada beberapa orang di
tangga Istana Besar Johor Bharu, Johor Darul Tazim yang dari
kompleks Melayu Semalaya yang membentuk pertumbuhan
kebangsaan Melayu Bersatu atau Umno(rujuk video 10)
Berdasarkan contoh diatas, dapat dijelaskan bahawa adanya unsur mesra dalam
penyampaian berita iaitu sebelum memulakan sesuatu perbualan atau untuk
menyampaikan maklumat sering kali didahulukan dengan ucapan salam dan ini
menunjukkan adanya kemesraan dalam berbicara. Malah sifat ini juga merupakan satu
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

32

sifat yang terpuji sepertimana yang dituntut oleh agama islam. Namun, penggunaan
kata ganti nama juga amat penting dalam berbicara kerana ia melambangkan
kemesraan antara penutur dengan pendengar misalnya, penggunaan kata ganti nama
saya.
Kelapan ialah unsur rasmi. Kebiasaanya, dalam penyampaian berita selalu
digunakan unsur rasmi terutamanya dari segi panggilan hormat. Unsur rasmi
merupakan kata-kata yang menggunakan kata ganti nama bagi menandakan
pertuturan yang rasmi dan terkawal.
Contohnya,
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Benar bagai yang
dikatakan, saya tenggelam bersama dengan 80 ribu hingga 100
ribu orang, orang umno yang membanjiri Stadium Nasional Bukit
Jalil ini dan kalau kita imbas sejarah 1946, hanya ada beberapa
orang di tangga Istana Besar Johor Bharu, Johor Darul Tazim yang
dari kompleks Melayu Semalaya yang membentuk pertumbuhan
kebangsaan Melayu Bersatu atau Umno berbandingkan hari ini
11 Mei 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 80 ribu hingga 100 ribu
orang telah bersemangat dan bersedia menantikan ketibaan Yang
Amat Berhormat Dato Sri yang juga presiden Umno, Dato Sri
Mohd Najib Tun Abdul Razak akan dijangkakan mengikut jadualnya
akan tiba pada jam 8.30 malam nanti dan semuanya dalam satu
warna, satu semangat, satu tekad malam ini bersedia untuk
merayakan ulang tahun parti keramat ini yang ke 66..
Berdasarkan contoh diatas, dapat dijelaskan bahawa penggunaan panggilan
hormat sering kali dipraktikkan dalam penyampaian berita. Contohnya, Yang Amat
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

33

Berhormat digunakan untuk anggilan hormat kepada Perdana Menteri iaitu Dato Sri
Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Akhir sekali ialah kekompleksan tatabahasa. Ia juga dikenali sebagai
kerencaman nahu yang melibatkan struktur ayat atau klausa yang tergantung atau
pengulangan klausa atau ayat. Kebiasaannya, kerencaman nahu ini melibatkan
struktur yang kurang kompleks, ayat atau klausa yang tergantung, atau terdapat
ulangan klausa atau ayat. Namun begitu, ciri ini diterapkan adalah berfungsi untuk
menyampai atau mengungkapkan idea secara spontan dan pertuturannya
memungkinkan pendengar itu memahaminya. Oleh itu, unsur kenahuan melibatkan
bahasa lisan yang tidak memperlihatkan penggunaan bahasa yang lengkap dan betul.
Contohnya,
PERUSUH DIBERI TEMPOH SEMINGGU SERAH DIRI.
Bahawa kita telah menumpukan satu tasmos, terdiri daripada satu
SEP dan sebagainya untuk membantu kita dalam membuat
operasi-operasi tertentu untuk mengesan mereka ini. So, saya
berikan peluang mereka kali terakhir, terakhir untuk menyerah
diri sebelum kita bertindak mencari mereka di rumah ke
rumah. Ini aa..tindakan kita akan diambil(rujuk video 5)
Berdasarkan contoh di atas, terdapat pengulangan klausa dalam ayat tersebut.
Ini menunjukkan ciri kekompleksan tatabahasa juga merupakan salah satu ciri bahasa
lisan dalam penyampaian berita. Misalnya, saya berikan peluang mereka kali terakhir,
terakhir untuk menyerah diri sebelum kita bertindak mencari mereka di rumah ke
rumah. Sepatutnya ialah, saya akan berikan peluang terakhir untuk mereka menyerah
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

34

diri sebelum kami bertindak mencari di rumah masing-masing. Namun, unsur
kekompleksan tatabahasa sering kali terjadi dalam bahasa lisan kerana ia melibatkan
unsur yang spontan dan amat sukar untuk menyusun ayat selengkapnya dalam
berbicara, tidak seperti dalam bahasa tulisan iaitu, amat mementingkan prinsip-prinsip
tatabahasa dalam penulisan.

13.0 Kesimpulan

Ragam bahasa lisan adalah bahan yang dihasilkan melalui alat ucap (organ of
speech) dengan fonem sebagai unsur dasar. Dalam ragam lisan juga , kita berurusan
dengan tatabahasa, kosa kata, dan lafal. Selain itu, bahasa lisan ini, membolehkan
pembicara memanfaatkan tinggi rendah suara atau tekanan, air muka, gerak tangan
atau isyarat untuk mengungkapkan idea. Manusia memerlukan bahasa dalam
menjalani kehidupan seharian terutama dalam komunikasi seharian. Masalah sebutan
sesuatu kosa kata akibat daripada sengauan, kerosakkan gigi, dan lain-lain perkara
akan menyebabkan seseorang itu berasa sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain
dan merendah diri. Keadaan ini menimbulkan halangan dalam penyampaian sesuatu
maklumat.

Selain itu, dalam komunikasi sehala, dua hala mahupun lebih pada dua hala ,
mengkehendaki kita agar bertutur secara bersopan atau bersantun agar tiada sebarang
perselisihan faham berlaku. Misalnya, menggunakan kata-kata yang lemah lembut
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

35

terhadap orang tua dan kata-kata bersopan terhadap orang yang sebaya dan
sebagainya. Hal ini demikian kerana, melalui percakapan juga boleh menyebabkan
seseorang itu terguris hati. Oleh itu, bahasa memainkan peranan penting dalam
pertuturan seharian, dan perlulah digunakan sebaik mungkin mengikut kesesuaian
masa, tempat, situasi dan pelbagai lagi yang dirasakan perlu. Bahasa juga
melambangkan budi pekerti seseorang.

Seseorang penyampai berita pula, bahasa sangat mempengaruhi dalam kerjaya
mereka. Bahasa yang diucapkan oleh mereka haruslah tepat, padat dan difahami
pendengar. Penyampai berita hendaklah menepati masa yang ditetapkan dan mengikut
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak rancangan sesuatu media.
Penokok tambahan dilarang sama sekali dalam penyampaian sesuatu informasi.
Selain daripada bahasa, mimik muka juga penting sewaktu dalam penyampaian berita.
Misalnya, sekiranya berita itu sedih, maka wajarlah penyampai berita itu menunjukkan
reaksi seakan-akan sedih, dan begitulah juga disabaliknya. Dalam kata lain, mimik
muka yang dipamerkan tersebut haruslah bersesuaian dengan sesuatu informasi yang
disampaikan. Di samping itu, ciri-ciri bahasa lisan juga tidak boleh diabaikan oleh
penyampai berita. Perkara ini sangat penting dalam menentukan keberkesanan
penyampaian sesuatu informasi kepada orang ramai.





Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

36


Bibliografi

Ahn, Young Ho, 2004. Laras bahasa : suatu analisis tajuk-tajuk berita dalam berita
harian tahun 1996-1997 . Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Farid M.Onn, (1979). Media Massa dan Masalah Pencemaran Bahasa
Malaysia, Dewan Bahasa, 23: 24.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et al (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan pustaka.

Shamala Devi A/P M Amirtharas, (2010). Sistem Pengurusan Pusat Berita Radio
(RTM) : Kajian penerimaan pendengar terhadap siaran Berita Radio ,
Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Tan, Chui Kian, (2000). Penyampaian Berita Televisyen: Satu Perbandingan antara
Sebuah Stesyen Kerajaan RTM, dan Stesen Swasta, NTV7: Universiti Malaya

Diperolehi pada 8 Mei 2012 daripada, http://bahasamelayunisenu.blogspot.com

Diperolehi pada 8 Mei 2012 daripada, http://prpm.dbp.gov.my



Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

37

Lampiran

Transkripsi Penyampaian Berita

Berita 1 : 09/05/12 : 01.30 p.m
MENGHARGAI JASA JURURAWAT DAN BIDAN
Dato Sri Mohd Najib Tun Razak pagi tadi menandatangani kad ucapan kepada
golongan jururawat dan bidan sempena sambutan hari bagi dua kerjaya kesihatan itu.
Ia sebagai penghargaan dua jasa dan khidmat bakti lebih 90 ribu jururawat dan bidan di
seluruh Negara. Kad ucapan itu ditandatangani Dato Sri Najib di pejabat beliau di
Putrajaya. Majlis turut disertai kabinet pegawai kanan kementerian kesihatan serta
wakil bidan dan jururawat dari hospital awam dan swasta. Hari jururawat sedunia 12
Mei di negara ini manakala hari bidan pula pada 5 mei setiap tahun. Ia disambut setiap
tahun bagi mengiktiraf sumbangan penting golongan terbabit didalam sektor penjagaan
kesihatan di Negara ini. Nisbah jururawat ketika ini adalah seorang bagi setiap 347
pesakit.

Berita 2: 09/05/12: 01.30 p.m
BANGLA MATI
2 warga Bangladesh mati selepas diserang sekumpulan lelaki dihadapan sebuah hotel
mewah di Jalan Imbi Ibu Negara malam tadi. Kejadian berlaku ketika mangsa bersama
sekumpulan rakan senegaranya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Ketika
Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

38

dalam perjalanan pulang jam 10 malam tadi, kedua-dua masa diserang sekumpulan
lelaki menggunakan senjata tajam. Salah seorang mangsa mati ditempat kejadian
akibat cedera di kepala, leher dan anggota badannya. Manakala rakannya meninggal
dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Polis turut menemui senjata tajam dipercayai
digunakan suspek . kedua-dua mangsa di bawa ke hospital Kuala Lumpur untuk
tindakan lanjut. Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian. Kes disiasat mengikut
seksyen 302 kanun keseksaan.

Berita 3: 09/05/12 4:00p.m
PENGANGGUR HIDAP HIV DICEKUP
Penginap HIV positif dicekup bersamanya.5 botol tiup versi heroin dan juga 60 biji pil
kuda. Suspek berusia 25 tahun dipercayai pengedar dadah yang dikehendaki polis..
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu ASP Mohd Rosli Mohd Amir
mengesahkan perkara itu. Menurutnya suspek dicekup dalam satu serbuan kelmarin
jam 4.30 petang di ladang kelapa sawit Kuala Puih. Ketika diserbu suspek lari lintang
pukang cuba meloloskan diri lalu terjun ke dalam parit. Dadah yang disimpannya
didalam beg dicampak ke dalam parit sebelum ditahan polis. Bagaimanapun dadah
yang dibawa berjaya ditemui semula. Suspek kini direman seminggu bermula semalam
dan berakhir 14 mei ini. Kes disiasat mengikut seksyen 39(b) akta dadah berbahaya
1952.

Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

39

Berita 4: 09/05/12 08:00 p.m
IBU ZALIM DERA ANAK
Seorang ibu yang mendera anak perempuannya sangat kejam tersebar luas
dibeberapa laman sosial hari ini (pemberita 1). Penyebaran video tidak
berperikemanusiaan serta memilukan itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai
(pemberita 2) tayangan video(sambungan pemberita 2) klip video penuh aksi lebih
4 minit ini antara lain memaparkan seorang ibu memukul, menampar serta menendang
anaknya yang masih kecil. Turut kedengaran suara seorang wanita lain yang cuba
menyedarkan perbuatan wanita ini. Menurut laman facebook PDRM, hampir 300 aduan
dan komen diterima berhubung klip video ini. Bilik berita TV3 turut dihujani panggilan
orang ramai yang prihatin dan tidak berpuas hati.

Berita 5: 09/05/12 08:00 p.m
PERUSUH DIBERI TEMPOH SEMINGGU SERAH DIRI.
bahawa kita telah menumpukan satu tasmos, terdiri daripada satu SEP dan
sebagainya untuk membantu kita dalam membuat operasi-operasi tertentu untuk
mengesan mereka ini. So, saya berikan peluang mereka kali terakhir, terakhir untuk
menyerah diri sebelum kita bertindak mencari mereka di rumah ke rumah. Ini
aa..tindakan kita akan diambil

Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

40

Berita 6: 10/05/12 08:00p.m
15 ribu ringgit kepada setiap keluarga peneroka yang diumumkan perdana Menteri
semalam di sifatkan yang paling maksimum malah pengerusi felda Tan Sri Ishak
Abdul Samad menganggap pemberian itu adalah yang terbaik kepada peneroka sejak
kewujudan felda 56 tahun lalu. Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan terbaru
pembangkang yang mempertikai jumlah, jumlah yang diterima peneroka.

Berita 7: 10/05/12 08:00p.m
Perkara yang paling gembira dan bersyukur dengan durian runtuh dan pemberian
tambahan mereka di Felda Lurah Bilut Bentong Pahang. Wartawan Julaina Sharil ke
tanah rancangan felda Taman Negara itu untuk menyelami perasaan peneroka
.
Berita 8 : 10/05/12 08:00p.m
Telah membidas golongan yang mempertikaikan keputusan muzakarah Majlis Fatwa
Kebangsaan yang memutuskan perhimpunan bersih 3 sebagai haram. Tegas beliau,
golongan yang mempertikaikan keputusan itu adalah rendah akhlaknya dan tidak
beretika sama sekali.



Bahasa Melayu Lisan 2011/2012

41

Berita 9: 11/05/12 08:00p.m
HARAM PILIH PEMIMPIN AMAL CARA HIDUP SONGSANG
Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyeru umat islam supaya tidak
cenderung menjadikan golongan lesbian, gay, bioseksual dan transeksual serta
mengangkat sebagai pemimpin. Tegas beliau, hukumannya haram apabila memilih
pemimpin yang mengamalkan cara hidup songsang itu.

Berita 10 :11/05/12 08:00p.m
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Benar bagai yang dikatakan oleh Yasin
Yahya, saya tenggelam bersama dengan 80 ribu hingga 100 ribu orang, orang umno
yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil ini dan kalau kita imbas sejarah 1946,
hanya ada beberapa orang di tangga Istana Besar Johor Bharu, Johor Darul Tazim
yang dari kompleks Melayu Semalaya yang membentuk pertumbuhan kebangsaan
Melayu Bersatu atau Umno, bandingkan dengan hari ini 11 Mei 2012 di Stadium
Nasional Bukit Jalil, 80 ribu hingga 100 ribu orang telah bersemangat dan bersedia
menantikan ketibaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga presiden Umno,
Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan dijangkakan mengikut jadualnya akan tiba
pada jam 8.30 malam nanti dan semuanya dalam satu warna, satu semangat, satu
tekad malam ini bersedia untuk merayakan ulang tahun parti keramat ini yang ke 66
Nota: Semua rakaman video ada dilampirkan dalam CD

You might also like