You are on page 1of 22

HBQE2803 680301035111

1


FAKULTI
SARJANA MUDA PENGAJARAN

SEMESTER / TAHUN
SEMESTER SEPTEMBER 2012
( AMBILAN KHAS MAC 2011)

KOD KURSUS
HBEF2803

TAJUK KURSUS
PERKEMBANGAN PROFESIONAL KEGURUAN




NO. MATRIKULASI : 680301035111001
NO. KAD PENGENALAN : 680301035111
NO. TELEFON : 013 250 2626/ 017 315 2626
E-MEL : tokayohlibachok@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE
NAMA EOS : PUAN RAHANI BT HARUN








HBQE2803 680301035111


2



SENARAI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
1. Penghargaan 3
2. Objektif Kajian 4
3. Kaedah Kajian 5
4. Hasil Kajian 6
5. Kuih-Muih dan Juadah Tahun Baru Cina 12
6. Pakaian 17
7. Amalan Semasa Perayaan Tahun Baru Cina 18
8. Pantang Larang Semasa Perayaan Tahun Baru Cina 19
9. Kesan Perayaan Tahun Baru Cina 19
10. Rumusan 20
Rujukan 21







HBQE2803 680301035111


3
Penghargaan
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT tunjuk kerana dengan limpah
kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan HBQE2803 Perkembangan
Profesionalisme Keguruan.
Jutaan terima kasih kepada EOS; Puan Rahani bt Harun yang telah
mencurah segala ilmu, juga kepada pemeriksa, rakan seperjuangan , keluarga
tersayang dan semua pihak yang yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan
panduan dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga individu lain
yang telah banyak membantu samada secara langsung atau tidak langsung.
Akhir kata saya memohon maaf atas segala kekurangan dan kepincangan
yang terdapat dalam tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu adalah atas
anugerah Allah SWT dan segala kekurangan dan kelemahan itu adalah atas
kelemahan diri saya. Mudah-mudahan Allah SWT yang Maha Pemurah
melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahnya kepada
kita semua, Amin.
Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon perlindungan Mu daripada ilmu yang
tidak bermanfaat, dari hati yang tidak tenang, nafsu yang tidak pernah puas,
dari doa yang tidak dimakbulkan
Wassalam.
MOHAMAD GHAZALI BIN GHANI
680301035111001






HBQE2803 680301035111


4
1. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dibahagikan kepada dua iaitu objektif am dan objektif khusus.
1.1 Objektif Am
Objektif Am ialah untuk mengenal pasti sumber sejarah yang sahih. Ini akan membantu saya
membuat sebuah kajian ilmiah dengan tatacara yang betul.
1.2 Objektif Khusus
Objektif khususnya, iaitu untuk mengenali perayaan di Malaysia dengan lebih terperinci
lagi. Melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui tentang latar belakang, adat dan pantang
larang tentang perayaan yang saya kaji. Saya juga dapat mengetahui tentang perayaan Tahun
Baru Cina yang disambut oleh masyarakat Cina di negara kita.Saya dapat mengetahui dan
menyatakan dengan jelas mengenai tujuan perayaan Tahun baru Cina dirayakan, masyarakat
yang merayakannya, sejarah dan asal usul perayaan ini, persiapan dan sambutan perayaan ini dan
iktibar sesuatu sambutan perayaan kepada masyarakat.Saya juga berpengalaman merayakan
Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina yang dirayakan oleh masyarakat Cina di negara kita,
Malaysia.
Dari pengetahuan dan pengalaman tersebut, saya juga dapat menghargai dan menilai
kepentingan sesuatu perayaan dalam mewujudkan perpaduan kaum di negara kita, Malaysia.
Melalui perayaan, terutamanya perayaanTahun Baru Cina, masyarakat sering kunjung-
mengunjungi dan dengan ini dapat mengeratkan hubungan antara dua masyarakat yang berbeza
budaya dan adat resam.
Kajian ini juga telah melahirkan rasa bangga terhadap negara Malaysia yang mempunyai
pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Saya juga dapat belajar menerapkan
nilai patriotisme dalam kehidupan seharian saya.





HBQE2803 680301035111


5
2. KAEDAH KAJIAN
Beberapa kaedah telah dijalankan untuk mengumpul dan memperolehi maklumat yang
diperlukan di dalam kajian ini.
i. Kaedah Temubual
Saya telah menemubual 3 orang sumber untuk meendapat makumat mengenai perayaan Tahun
Baru Cina. Mereka ialah :
i. Puan Chow Siew Chin
No K/P : 551218025480
Umur : 57 tahun
Pekerjaan : Peniaga runcit
Alamat : Taman Harmoni, Tanah Merah, Kelantan

ii. Encik Koo Qing Keong
No K/P : 890420035531
Umur : 23 tahun
Pekerjaan : Mekanik
Alamat : Bandar Machang, Kelantan

iii. Adik Chua Kok Tong
No S/B : AX13394
Umur : 11 tahun
Pekerjaan : Pelajar
Alamat : Taman Indah, Machang, Kelantan

ii. Kaedah Lawatan Dan Pemerhatian
Kaedah ini dilakukan dengan mengunjungi rumah-rumah orang sumber untuk mendapatkan
maklumat sebenar dan menghayati tentang cara perayaan ini disambut.
HBQE2803 680301035111


6
iii. Melayari Internet
Saya telah melayari internet dan memuat turun bahan-bahan yang berkaitan kajian saya iaitu
mengenai Perayaan Tahun Baru Cina.

iv. Kaedah Rujukan
Saya telah mencari dan membaca pelbagai jenis buku untuk mendapatkan maklumat berkaitan.
v. Kaedah Pandang Dan Dengar
Kaedah ini dilakukan untuk mengetahui serta menghayati asal usul perayaan ini.

vi. Kajian Perpustakaan
Saya telah membuat rujukan di perpustakaan sekolah saya untuk mencari bahan-bahan yang
berkaitan dengan Perayaan Tahun Baru Cina.

3. HASIL KAJIAN

3.1 Nama Perayaan
Perayaan yang telah saya pilih ialah Tahun Baru Cina. Nama lain bagi perayaan ini ialah
Chun Jie, Ianya juga dikenali dengan nama Tahun Baru Qamari atau Perayaan Musim Bunga.

3.2 Pihak / Etnik / Kaum Yang Terlibat
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru
dalam kalendar qamari Cina. Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata
dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea,Vietnam,MongoldanMiao(Hmong China) yang
dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar
qamari Cina.Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
3.3 Tujuan Perayaan
Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum
hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci
dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang
sepanjang tahun yang baru.Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya
HBQE2803 680301035111


7
tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah
limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.Tahun Baru Cina diraikan dengan
jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi
seperti daging itik ,daging salai,sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan
melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan
nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum
kahwin.Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi
bunyi gendang

3.4 Sejarah atau latar belakang Tahun Baru Cina
1 bulan pertama mengikut imlek (kalendar orang cina) setiap tahun ialah hari raya
tradisional orang China, iaitu tahun baru Cina. Di kalangan rakyat China, banyak terdapat mitos
tentang asal usul Tahun Baru Cina. Salah satunya ialah, pada zaman purba, terdapat sejenis
binatang galak yang bernama Nian. Pada malam terakhir setiap tahun, ia pergi ke setiap
kampung dan keluarga, untuk memakan manusia. Pada suatu malam, Nian pergi ke sebuah
kampung untuk makan manusia lagi, tetapi kebetulan terdapat dua orang kanak-kanak yang
sedang bermain cambuk, dan mengeluarkan bunyi yang menakjubkan. SetelahNian terdengar
bunyi kanak-kanak tersebut, ia sangat terkejut dan melarikan diri. Ia pergi ke sebuah kampung
lain, dan ia amat terkejut apabila melihat sehelai baju merah yang digantung di depan pintu
sebuah rumah. Ia berasa pelik dengan baju merah itu, dan secara kelam-kabut melarikan diri.
Kemudian ia pergi ke sebuah kampung lagi dan melihat ke dalam sebuah rumah , dan dalam
rumah itu terang-benderang, lalu Nian terus melarikan diri lagi. Jadi, orang-ramai sudah
mengetahui bahawa Nian takut pada bunyi, warna merah dan cahaya yang terang. Oleh kerana
itulah orang Cina telah menyalakan mercun, menempel kuplet dan memasang lampu untuk
menghalang Nian . Cara ini secara beransur-ansur telah menjadi tradisi sambutan Tahun Baru
Cina.





HBQE2803 680301035111


8
3.5 Tarikh / Tempoh masa dirayakan
Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Ci na. Tarikh Tahun
Baru Cina memang tidak sama setiap tahun. Tahun Baru Cina diraikan selama 15 hari, diakhiri
dengan perayaan Chap Goh Mei. Tarikh Tahun Baru Cina (dalam kalendar Gregory) adalah
disenaraikan seperti berikut, bersertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina.














Carta Kalendar Gregory

3.6 Persediaan Sebelum Perayaan Tahun Baru Cina
Amalan kebiasaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina untuk menyambut Tahun Baru
Cina, ialah mereka menampal kertas merah yang ditulis ucapan selamat tahun baru dan lukisan-
lukisan yang melambangkan kebahagian pada daun-daun pintu, jendela dan dinding rumah
mereka. Bagi kepercayaan mereka, tulisan dan lukisan ini sebagai doa mereka untuk
mendapatkan nasib yang baik pada tahun hadapan.







Menampal tulisan-tulisan Tahun Baru Cina
HBQE2803 680301035111


9
Tanglong berwarna merah yang ditulis perkataan nasib baik atau gambar
dewa kekayaan di gantung di depan pintu. Biasanya perkataan nasib baik mesti ditampal
secara t erbal i k, sebut an perkat aan t erbal i k sama dengan per kat aan dat ang
dal am bahasa Mandarin, maksudnya ialah nasib baik datang.








Tanglong di muka pintu rumah

Di bandar atau pekan, pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru Cina untuk menjual
barangan perayaan. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan
bunga, mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk
kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.
Mereka juga membersihkan rumah mereka secara sebelum hari perayaan, kerana mereka
percaya amalan ini dapat menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang
berlalu serta untuk menjemput nasib baik pada tahun mendatang. Rumah, pintu dan sisi tingkap
dicat dengan warna merah. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum
Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar.
Malam sebelum menjelangnya Tahun Baru Cina adalah waktu yang paling bermakna
bagi masyarakat Cina. Malam itu dikenali sebagai Chuxi. Pada malam itu, seluruh ahli
keluarga berkumpul dan mereka makan bersama-sama hinggalah ke pagi. Ini simbol eratnya
ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun
baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan
sayuran yang dimakan bersama arak. Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan
menjalankan upacara shuo sui, yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang
tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain mahjong sebagai hiburan untuk
HBQE2803 680301035111


10
merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api
akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.
Apabila fajar menyingsing pada keesokan harinya, , lilin upacara akan dibakar,
pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan Kong Hee
Fatt Choy akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud semoga tahun ini akan
membawa kebaikan. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud
kekayaan manakala tradisi memberi ang pow diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang
belum berkahwin. Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina.

i. Hari pertama
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.Pada hari
ini, terutamanya penganut agama Buddha,mengelakkan daripada memakan daging kerana
dipercayai boleh melanjut usia mereka. Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina
merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan kaum. Terdapat juga
keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru
sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

ii. Hari ke-2
Hari kedua dikenali sebagai hari "membuka tahun" menyaksikan anak perempuan yang telah
kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah
kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri

iii. Hari ke-3
Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" , yang bermaksud bahawa pergaduhan yang amat mudah
dengan seseorang, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi di antara satu sama lain,
sebaliknya mereka hanya berada di rumah sahaja, atau pun makan angin di luar atau pergi ke
tokong untuk penyembahan.
iv. Hari ke-5
Di bahagian utara China, ladu dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" Ini jugamerupakan
ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka
semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.
HBQE2803 680301035111


11
v. Hari ke-7
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi manusia , iaitu hari yang mana umur setiap orang
ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Di Malaysia dan Singapura,
orang Cina akan makan salad ikan mentah lambung Yee Sang. Mereka melambung salad
berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran.

vi. Hari ke-9
Hari kesembilan merupakan hari bagi kaum Cina Hokkien untuk menyembah Maharaja Jed di
Kayangan di tokong agama Tao. Oleh kerana kebanyakan orang Cina di Malaysia ialah
keturunan Hokkien, Pulau Pinang menjadi tumpuan mereka pada hari ini. Tambahan pula, hari
ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari
ke lapan tahun baru, suku mereka menyembahkan doa syukur kepada maharaja tersebut.
Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien
dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.Teh dituang sebagai adat bagi menghormati
orang ternama.
vii. Hari ke-15
Hari ini dikenali sebagai Yun xio ji atau Hari Valentine Cina, ialah perayaan dengan
hiasan tanglung. Hari ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai
atau Chap Go Mei. Orang Cina akan membuat bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari
ini. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam
sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu. Mengikut sejarahnya, memasang lampu ini
mempunyai kaitan dengan kisah Dinasti Han yang memerintah China pada tahun 180 Sebelum
Masihi. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan
penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan
kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka
bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu.
Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini. Lampu-lampu biasanya diperbuat dengan
kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunga, burung dan
binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser,
kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.

HBQE2803 680301035111


12
4. Kuih-Muih dan juadah Tahun Baru Cina
Jamuan pertemuan semula diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, apabila semua
ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, mereka akan bertemu
untuk menyambut hari perayaan ini. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami
anggota keluarga paling tua. Jamuan ini menyediakan banyak makanan yang lazimnya
merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan sebagai makanan penting, makanan ini tidak dimakan
sampai habis, sebaliknya bakinya disimpan semalaman. Bak pepatah Cina nin nin yu yu,
yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada
ikan setiap tahun."
Jenis-jenis makanan yang popular pada sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia
antaranya ialah :
i. Luohan zhai
Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan, sering disaji pada
hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam
bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana
namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk
dan yong tau fu.







Luohan zhai





HBQE2803 680301035111


13
ii. Ikan
Ikan merupakan ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan perkataan Cina
bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa Cina: pinyin: y). Ramuan utama bagi yee sang.








Ikan (pinyin)
iii. Yee sang (yshng)
Hidangan istimewa lainnya bagi masyarakat Cina, terutama sepanjang Tahun Baru Cina adalah
Yu Sheng. Yu Sheng ialah salad berwarna-warni yang disajikan bersama ikan mentah.
Ikan mentah melambangkan kehidupan yang baru, sementara kata yu dalam bahasa Cina
membawa maksud kesejahteraan. Caranya adalah mencapit Yu Sheng dengan sumpit dan
melemparkannya ke udara, sehingga Yu Sheng dan salad bercampur merata. Kaum keluarga
mereka berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran.









Pemimpin-pemimpin negara sedang mengacau Ye Sang dalam satu Majlis Sambutan Tahun
Baru Cina

HBQE2803 680301035111


14
iv. Ladu (jiozi)
Ladu merupakan makanan di China utara yang dimakan pada hari ke-5.Bentuknya yang serupa
dengan tongkol emas Cina kuno. Mengikut kepercayaan orang Cina ladu mengandungi tuah.







Ladu

v. Limau mandarin (jnj; atau gn)
Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru.
Kepercayaan mereka buah limau mandarin melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.
Masyarakat Cina menggunakan limau mandarin untuk pemujaan di Tokong dan daunnya
digunakan untuk buang sial.










Limau mandarin



HBQE2803 680301035111


15
vi. Kuih bakul (ningo)
Kuih bakul merupakan kuih istimewa dan tradisi yang ada pada perayaan Tahun Baru Cina. Kuih
bakul membawa kekayaan. Mengikut legenda Cina yang mengatakan bahawa saat Tahun Baru
Cina, dewa dapur 15ating kepada setiap rumah untuk merestui keluarga yang tinggal di
dalamnya. Kuih bakul paling laris kerana namanya serupa sebutan dengan kian tahun kian
tinggi.





Kuih bakul
vii. Siu Mie
Siu Mie adalah mi yang dihidangkan tanpa dipotong yang melambangkan panjang umur,
kebahagiaan dan murah rezeki. Cara makannya iaitu dimakan tanpa digigit dengan menggunakan
sumpit. Siu Mie biasanya menjadi sajian santap malam menjelang Tahun Baru Cina.









Siu Mie

ix. Gula-gula
Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau
hitam.
HBQE2803 680301035111


16
x. Tikoy
Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air, dan gula. Warna gula
yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau perang).








Tikoy

xi. Tngyun
Tngyun ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini
dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan
dalam air yang mendidih.









Tngyun



HBQE2803 680301035111


17
5. Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina
kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang
yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun
baru.
Pakaian tradisional yang terkenal dalam kalangan wanita kaum Cina ialah Cheong Sam.
Cheong Sam diperkenalkan semenjak revolusi Negara China pada tahun 1911 dan ia membawa
maksud baju labuh dalam dialek kantonis. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan
disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi
kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Lazimnya, Cheong Sam mempunyai leher
yang tinggi, butang pada bahagian bahu, bentuk yang sendat pada pinggang dan belahan di kiri
dan kanan kain. Cheong Sam biasanya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis
kain lembut. Cheong Sam merupakan baju yang anggun serta sering dilihat pada hari ini
sempena Tahun Baru Cina.












Cheong Sam dan Jubah
Pakaian Jubah Labuh merupakan lagi satu jenis baju tradisional yang biasa dipakai oleh
lelaki bangsa Cina semasa Tahun Baru Cina. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China
menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas
dan perak.
HBQE2803 680301035111


18
7. Amalan-amalan semasa perayaan
Beberapa amalan sampingan yang dilakukan pada Tahun Baru Cina. Salah satu daripadanya
ialah pemberian Angpau. Pemberian Angpau bertujuan untuk mengucapkan selamat tahun baru
serta memperoleh kekayaan dan nasib yang baik. Ia biasanya diberikan oleh pasangan suami
isteri atau orang tua kepada golongan muda-mudi yang belum berkhawin.
Amalan memasang mercun juga digalakkan. Mercun dimainkan untuk menghalau makhluk jahat
yang sering menganggu ketenteraman manusia selain menandakan musim perayaan yang tiba.
Selain daripada itu, pemakaian pakaian berwarna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru
Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang.
Limau juga adalah lambang kepada kegembiraan bagi masyarakat orang Cina. Mengikut
kepercayaan, limau yang masih berdaun membawa maksud hubungan erat dengan seseorang.
Manakala bagi yang baru berkahwin, ia melambangkan hubungan perkahwinan yang terjalin
akan mekar sehingga mendapat anak yang ramai.
Beberapa amalan lain lagi seperti membuka pintu dan tingkap rumah pada hari tahun
baru dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru. Begitu juga menyala lampu semalaman
di rumah masing-masing dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu
mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
Kepercayaan masyarakat Cina juga bahawa apa yang berlaku pada hari pertama
mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, masyarakat Cina di
Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk
menambah kekayaan.
Amalan-amalan lain lagi yang diamalkan pada tahun baru cina seperti memakan gula-
gula dikatakan dapat "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya. Pembersihan
rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah
bagi tahun yang menjelang. Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud
memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.
Tarian Singa juga merupakan signifikan Tahun baru Cina. Tarian Singa adalah
persembahan tarian yang penuh dengan kesenian dan menjadi simbol masyarakat Cina namun ia
memakan masa latihan yang panjang sebelum seseorang itu mahir.

HBQE2803 680301035111


19
8. Pantang-larang
Terdapat beberapa pantang-larang semasa perayaan Tahun Baru Cina iaitu membeli kasut
pada hari tahun baru cina dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana
perkataan bahasa Kantonis bagi kasut sama bunyinya dengan perkataan kasar atau sukar.
Begitu juga membeli buku juga dikatakan membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek
Cina bagi buku sebunyi dengan perkataan bagi kalah. Sama juga amalan membeli seluar
baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama
bunyinya dengan "pahit". Tetapi ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi
"seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinyadengan "kaya". Amalan menggunting rambut juga
ditegah kerana menggunting rambut dikatakan akan "memotong hasil pendapatan mereka
kerana hasil dalam bahasa Kantonis perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil.
Selain itu, mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan. Menyapu
lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
Pakaian yang berwarna hitam juga dilarang untuk dipakai pada Tahun Baru Cina kerana
dianggap akan membawa malang. Mereka juga dilarang sama sekali menggunakan perkataan-
perkataan kotor yang membawa maksud sial dan tidak baik. Menangis juga dilarang kerana
dikhuatiri orang tersebut akan menangis sepanjang tahun. Menyapu lantai juga dilarang pada hari
pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru. Perbualan mengenai kematian
juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina.
Walaupun begitu; tidak semua bangsa Cina masih mengamalkan amalan dan menjauhi
pantang larang tersebut; lebih-lebih lagi bagi generasi baru yang mengamalkan hidup moden.
Generasi menganggap amalan ini merupakan pembaziran dari segi wang dan masa.Kebiasaannya
mereka yang berpegang kepada adat-adat lama adalah orang-orang tua.
9. Kesan Perayaan
Tahun Baru Cina adalah ruang untuk anggota keluarga berkumpul. Walau di mana sahaja
mereka berada, mereka akan mencuba sedaya upaya untuk berkumpul dengan keluarganya pada
hari perayaan itu. Sambutan Tahun Baru Cina merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia
ada.
Perayaan Tahun Baru Cina juga dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia.
Kaum-kaum lain akan kunjung-mengunjungi ke rumah sahabat handai untuk turut sama
meraikan sambutan Tahun Baru Cina.
HBQE2803 680301035111


20
Selain itu, Tahun Baru Cina juga akan memberi kesan kepada industri pelancongan
negara kita. Para pelancong yang datang untuk bercuti di Malaysia dapat melihat pelbagai
perayaan tradisi yang disambut oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.
Perayaan ini juga memberi peluang perniagaan kepada para peniaga untuk menjual
peralatan perayaan seperti mercun, tanglung, sampul merah ataupun angpau termasuklah juga
bahan-bahan makanan yang digunakan ketika perayaan ini.
Tarian singa merupakan satu bentuk kebudayaan masyarakat Malaysia yang dibawa oleh
kaum Cina. Tradisi yang unik seperti ini juga dapat diwarisi dan diamalkan secara turun-temurun
oleh generasi yang akan datang dengan adanya perayaan Tahun Baru Cina.

10. Rumusan
Walaupun perayaan Tahun Baru Cina adalah warisan zaman berzaman, tetapi hingga
amalan tradisinya kebanyakan masih kekal hingga kini. Perubahan zaman tidak meluntur amalan
ini untuk bukti kemajmukan masyarakat Malaysia.
























HBQE2803 680301035111


21
RUJUKAN :

1. Buku Ilmiah
Hashim Awang A.R., Zamree Abu Hasan, 2003. Traditional Festivals Of Asean. Jakarta:
ASEAN Commmittee on Culture and Information.

Nur Munirah Teoh binti Abdullah, Sapiah binti Ibrahim, 2003. Pendidikan Moral Tingkatan
4.Kuala Lumpur : DBP

Zainal Jaslan,2006:HARI-HARI RAYA MASYARAKAT MALAYSIA,Kuala Lumpur:
Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan WarisanMalaysia

2. Akhbar
Mingguan Malaysia, 14 Februari 2010, Halaman 14 & 15.

3. Orang Sumber
i. Puan Chow Siew Chin
No K/P : 551218025480
Umur : 57 tahun
Pekerjaan : Peniaga runcit
Alamat : Taman Harmoni, Tanah Merah, Kelantan

ii. Encik Koo Qing Keong
No K/P : 890420035531
Umur : 23 tahun
Pekerjaan : Mekanik
Alamat : Bandar Machang, Kelantan

iii. Adik Chua Kok Tong
No S/B : AX13394
Umur : 11 tahun
Pekerjaan : Pelajar
Alamat : Taman Indah, Machang, Kelantan


4. Internet
http://id.scribd.com/doc/70154179/Budaya-Masyarakat-Cina-Di-Malaysia
http://id.scribd.com/doc/103792606/Perayaan-Tradisi-2
http://c24perayaanmalaysia.blogspot.com/2010/08/hidangan-tahun-baru-cina.html
HBQE2803 680301035111


22

You might also like