You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

KLINIK KEMAHIRAN DAN UNDANG-UNDANG


BOLA BALING
SJK(T) LADANG BENTA







UNTUK PERHATIAN DAN KELULUSAN
GURU BESAR SJK(T) LADANG BENTA

1. Tajuk Kertas Kerja:
Klinik Kemahiran dan Undang-undang Bola Baling SJK(T) Ladang Benta 2014 .

2. Objektif:
2.1 Melengkapkan peserta kursus dengan pengetahuan, kemahiran dan teknik-
teknik dalam permainan bola baling .
2.2 Melengkapkan peserta kursus dengan peraturan dan undang-undang bola
baling.
2.3 Memupuk semangat bekerjasama dan mengamalkan semangat persaingan
yang sihat.
2.4 Melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berkebolehan dalam segala bidang
terutamanya kepemimpinan dan pengurusan kumpulan.
2.5 Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta sikap positif berterusan melalui
penglibatan aktif dalam aktiviti Kokurikulum Permainan.

3. Tarikh, Masa dan Tempat :
Tarikh : 15 Oktober 2014
Masa : 1.30 tengah hari 3.30 petang
Tempat : Gelanggang tenis sekolah

4. Sasaran:
4.1 Murid tahun 3, 4, 5 dan 6 SJKT Ladang Benta.
4.2 Jumlah murid 47 orang.

5. Instruktor:
5.1 Hasanuthin Bin Mustafa SJKT Ladang Benta

6. Anggaran Perbelanjaan:

6.1 Minuman 50 x RM 1 RM 50.00
6.2 Bahan kursus bercetak 3 rim x RM10 RM 30.00
6.3 Bola untuk pertandingan 2 biji x RM 60 RM 120.00
Jumlah RM 200.00


7. Jawatankuasa :
1. En. Hasanuthin
2. En. Punitharaj
3. En. Davathasan
4. Pn. Navamani
5. Pn. Suganya



8. Jadual / Atur Cara Kursus

Tarikh : 15 Oktober 2014 (Rabu)

1.30 tengah hari : Teori jenis-jenis hantaran dalam bola baling

- Hantaran Aras Dada
- Hantaran Aras Bahu
- Hantaran Lantun dan Hantaran Atas Kepala
: Teori Peraturan-peraturan dan undang-undang bola baling
2.15 petang : Praktikal Strategi Permainan
- Strategi serang hendap
- Merentas halangan organisasi
- Permainan kecil bola baling
3.30 petang : Bersurai


9. Penutup:
Dengan terlaksananya klinik bola baling ini diharap murid dapat memperoleh
pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kemahiran dan undang-undang sukan bola
baling. Murid juga diharap agar menjadi pemain yang berimu dan berkemahiran serta
mempunyai semangat kerjasama dan kesukanan yang tinggi semasa menyertai
permainan ini.


Disediakan oleh: Disemak oleh:

______________________ __________________
( HASANUTHIN BIN MUSTAFA ) ( PUAN NAVAMANI )
Guru Penasihat Bola Baling. GPK Kokurikulum SJKT Ladang Benta.



Diluluskan oleh:

______________________
( PUAN R. AMMALU )
Guru Besar SJKT Ladang Benta.

You might also like