You are on page 1of 15

1

HBQE1103 680301035111001



<FAKULTI >
SARJANA MUDA PENGAJARAN

<SEMESTER / TAHUN >
SEMESTER JAN 2012
( AMBILAN KHAS MAC 2011)

<KOD KURSUS>
HBQE1103

<TAJUK KURSUS>
ULUMUL QURAN



NO. MATRIKULASI : 680301035111001
NO. KAD PENGENALAN : 680301035111
NO. TELEFON : 013 250 2626
E-MEL : tokayohlibachok@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE


2

HBQE1103 680301035111001

KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

Kandungan 2
Sekapur Sireh, Seulas Pinang 3
1. Pengenalan 4
2. Pengertian Muhkam dan Mutasyabih 5
2.1 Lughawi(Bahasa) 5
2.2 Istilahi (Istilah) 6

3. Sikap para Ulama Terhadap Ayat Mutasyabih 7
4. Kategori Ayat Mutasyabih 8
5. Cara Rasulullah Mentafsir Ayat Mutasyabih 9
6. Pendapat Para Ulama Mengenai Ayat Mutasyabih 9
7. Perbahasan Ulama Salaf dan khalaf pada Ayat Mutasyabih 11
8. Penutup 14
Rujukan 15




3

HBQE1103 680301035111001
Sekapur Sireh, Seulas Pinang
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT tunjuk kerana dengan limpah
kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan HBQE1103 Ulum Al_Quran
Jutaan terima kasih kepada semua pensyarah samada pensyarah bersemuka,
pensyarah online, pemeriksa dan semua pihak yang yang telah banyak
memberi tunjuk ajar dan panduan dalam usaha menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga individu lain yang telah banyak membantu samada secara
langsung atau tidak langsung.
Akhir kata saya memohon maaf atas segala kekurangan dan kepincangan
yang terdapat dalam tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu adalah atas
anugerah Allah SWT dan segala kekurangan dan kelemahan itu adalah atas
kelemahan diri saya. Mudah-mudahan Allah SWT yang Maha Pemurah
melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahnya kepada
kita semua, Amin.
Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon perlindungan Mu daripada ilmu yang
tidak bermanfaat, dari hati yang tidak tenang, dari doa yang tidak
dimakbulkan dan daripada nafsu yang tidak pernah kenyang
Wassalam.
MOHAMAD GHAZALI BIN GHANI
680301035111001





4

HBQE1103 680301035111001

MUHKAM DAN MUTASYABIH
1. Pengenalan
Al-Quran yang diturunkan Allah kepada manusia adalah sebagai menjadi
peringatan dan rahmat bagi seluruh alam semesta. Ia menggariskan bagi makhluk-Nya
akidah yang benar dan prinsip-prinsip yang lurus pada ayat-ayat yang tegas keterangannya
dan jelas ciri-cirinya. Ayat-ayat yang terkandung di dalamnya ada kalanya berbentuk lafaz,
ungkapan dan uslub tetapi ertinya tetap satu, jelas maksudnya dan tidak menimbulkan
kekeliruan bagi orang yang mengkajinya.
Al-Quran juga adalah sebuah kitab yang ayat-ayatnya saling menyokong,
memperkuat dan memperinci antara satu sama lain. Tidaklah satu ayat al-Quran itu berdiri
sendiri melainkan ia memiliki kaitan dengan ayat-ayat yang lain. Perkara ini telah
ditegaskan oleh Nabi Muhamad S.A.W di dalam sabdanya :


Maksudnya : Sesungguhnya kitab yang diturunkan oleh Allah (Al-Quran), sebahagian
ayatnya membenarkan sebahagian ayat yang lain. Maka janganlah kamu
mendustakan sebahagian ayatnya dengan sebahagian yang lain.

Oleh kerana itulah, muhkam dan mutasyabih merupakan salah satu dari cabang
ilmu-ilmu Al-Quran. Pengertian tentang Muhkam dan Mutasyabih telah dijelaskan oleh
Allah Taala sebagaimana firmannya dalam surah Ali-Imran ayat 7 :

: ( 7 (
Maksudnya : Dia-lah yang menurunkan Al kitab (Al Quran) kepada kamu. di antara
(isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, Itulah isi utama Al- Qur'an dan yang lain
(ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada
5

HBQE1103 680301035111001
kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat
daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta'wilnya.
Padahal, tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. dan orang-orang
yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang
mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." dan tidak dapat mengambil
pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal
[Surah Ali Imran: 7]
Berdasarkan ayat itu, jelaslah kepada kita bahawa ayat-ayat Al-Quran kepada
dua jenis yang utama iaitu muhkam dan mutasyabih.
2. Pengertian Muhkam dan Mutasyabih
2.1 Lughawi (bahasa)
Pada bahasa, muhkam berasal dari perkataan yang bermaksud
saya menahan binatang itu. Manakala perkataan al-hukm bererti memutuskan antara dua hal
atau perkara. Maka perkataan alhakim bererti orang mencegah sesuatu yang zalim dan
memisahkan antara dua pihak yang bersengketa.
Oleh itu, muhkam dapat diertikan dengan (sesuatu) yang dikukuhkan. Ihkam al-kalam pula
bererti mengukuhkan perkataan dengan memisahkan berita yang benar dari yang salah serta
urusan yang lurus dari yang sesat. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyifatkan bahawa
ayat-ayat Al-Quran itu adalah muhkam. Antaranya ialah Surah Hud ayat 1 :

: ( 1 )
Maksudnya : Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab Yang tersusun ayat-ayatNya dengan
tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu)
adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.
Mutasyabih pada bahasa bererti tasyabuh iaitu apabila salah satu dari dua hal serupa
dengan yang lain. Manakala syubhah ialah keadaan yang mana salah satu daripada dua hal itu
tidak dapat dibezakan dari yang lain kerana adanya persamaan di antara keduanya secara konkrit
mahupun abstrak. Di dalam ayat 23 Surah Az-Zumar Allah Taala telah menjelaskan bahawa
seluruh ayat Al-Quran itu adalah Mutasyabih sebagaimana firmannya :
6

HBQE1103 680301035111001

: ( 32 )
Maksudnya : Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Quran
yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang
benarnya dan indahnya)
2.2 Istilahi (Istilah)
Walaupun dari segi bahasa, muhkam dan mutasyabih tidak bertentangan, tetapi pada
istilahnya terdapat perbezaan yang sangat ketara di antara kedua-duanya. Oleh kerana itulah
terdapat banyak pendapat yang dikemukakan oleh ulama berkaitan dengan pengertian muhkam
dan mutasyabih pada istilah. Pendapat-pendapat tersebut adalah sebagaimana berikut :
(a) Ulama Ahlus Sunah wal Jamaah berpendapat, muhkam adalah lafaz yang diketahui
maksudnya, sama ada kerana sudah jelas maksudnya ataupun kerana ditakwilkan. Lafaz
mutasyabih adalah lafaz yang hanya diketahui maksudnya oleh Allah SWT sahaja. Contohnya
seperti terjadinya hari kiamat, keluarnya Dajjal dan huruf-huruf Muqathaah.
(b) Ulama golongan Hanafiyah mengatakan, lafaz muhkam ialah lafaz yang jelas petunjuknya
dan tidak mungkin dinasakhkan. Lafaz mutasyabih pula adalah lafaz yang samar maksudnya,
sehingga tidak terjangkau oleh akal manusia dan tidak terdapat dalam dalil-dalil nas. Contohnya
seperti perkara-perkara ghaib.
(c) Imam Ibnu Hambal dan pengikut-pengikutnya mengatakan muhkam adalah lafaz yang dapat
berdiri sendiri atau telah jelas maksudnya tanpa memerlukan keterangan yang lain. Sedangkan
lafaz yang tidak dapat berdiri sendiri adalah lafaz mutasyabih; iaitu ia memerlukan penjelasan
maksudnya disebabkan terdapatnya takwil terhadap lafaz tersebut. Contohnya seperti lafaz yang
berganda makna ( lafaz musytarak), lafaz yang asing (gharib), lafaz yang bererti lain (majaz) dan
sebagainya.
(d) Imam as-Sayuthi di dalam kitabnya Al Itqan fi Ulum Al-Quran berpendapat muhkam adalah
sesuatu yang jelas ertinya, sedangkan mutasyabih adalah ayat yang samar-samar dan
memerlukan kepada ayat-ayat lain sebagai keterangan.
7

HBQE1103 680301035111001
(e) Imam Ar-Razi berpendapat muhkam adalah ayat-ayat yang dalalahnya kuat, baik maksud
maupun lafadnya, sedangkan mutasyabih adalah ayat-ayat yang dalalahnya lemah, masih bersifat
mujmal, memerlukan takwil dan sukar dipahami.
3. Sikap Para Ulamak Terhadap Ayat Mutasyabih :
Di kalangan ulama, terdapat perbezaan pendapat mengenai ayat-ayat mutasyabih ini.
Perbedaan pendapat di kalangan para ulama ini berpunca dari pemahaman ayat 7 surah Ali
Imran yang telah dinyatakan sebelum ini. Dari ayat tersebut, para ulama berbeza pendapat pada
lafadz

. Permasalahannya apakah lafadz itu di-athof-kan dengan lafadz

,
atau lafadz

itu merupakan mubtada (

).
Bermula dari sinilah wujudnya perbezaan pendapat di kalangan ulama. Menurut Ibnu
Abbas dan Mujahid (dari kalangan sahabat) berpendapat bahwa manusia dapat mengetahui erti
dan takwil ayat-ayat mutasyabihat. Mereka ini beralasan lafaz

di-athofkan
kepada lafaz

. Perbahasan ulama terhadap ayat-ayat mutasyabih telah membahagikan


mereka kepada dua kelompok utama, iaitu:
1. Madzhab Salaf, iaitu ulama yang hidup pada tiga abad pertama hijrah. Ulama ini
mempercayai dan mengimani ayat-ayat mutasyabih dan menyerahkan sepenuhnya kepada
Allah sendiri (tafwidh ilallah). Mereka menyucikan Allah dari pengertian-pengertian lahir
yang mustahil bagi Allah dan mengimaninya sebagaimana yang diterangkan Al-Quran.
Walaupun begitu, beberapa ulama Salaf juga memberi makna-makna tertentu kepada ayat
mutasyabih. Contohnya Imam Bukhari di dalam Shahihnya, bab Tafsirul Quran telah
memberi makna illa mulkahu kepada lafaz illa wajhahu semasa mentafsir surah Al-
Qashash ayat 88. Imam Bukhari menyifatkan kalimah wajh kepada mulk atau
kerajaan/kekuasaan. Di antara ulama yang masuk ke dalam kelompok ini adalah Imam
Malik yang berasal dari ulama mutaqaddimin.
2. Madzhab Khalaf, iaitu ulama yang hidup sesudah 3 abad pertama hijrah. Ulama Khalaf
berpendapat perlunya menakwilkan ayat-ayat mutasyabih yang menyangkut sifat Allah
8

HBQE1103 680301035111001
sehingga melahirkan erti yang sesuai dengan keluhuran Allah. Mereka umumnya berasal
dari kalangan ulama mutaakhirin.
4. Kategori Ayat Mutasyabihat
1. Ayat mutasyabihat yang tidak dapat diketahui oleh seluruh manusia, kecuali Allah SWT
seperti dzat Allah, hakikat sifat-sifat-Nya, perkara berkaitan dengan alam ghaib. Firman Allah
Taala dalam surah Al-Anam ayat 59 :
Maksudnya: Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang
mengetahuinya kecuali dia sendiri.
Dan surah Lukman ayat 34:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang
hari Kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim
dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya
besok. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.
2. Ayat mutasyabihat yang dapat diketahui maksudnya oleh semua orang melalui perbahasan
dan pengkajian yang mendalam. Wujud kesamaran pada ayat-ayat kategori ini disebabkan
lafaznya terlalu ringkas, panjang, urutan dan sebagainya. Contoh ayatnya seperti dalam Surah
An-Nisa ayat 3 :
Maksudnya: Dan jika kamu takut tidak akan berlaku adil terhadap (hak-hak)
perempuan yang yatim, maka kawinilah wanita-wanita (lain).
Maksud ayat ini tidak jelas karena lafaznya yang ringkas. Lafaz asalnya berbunyi:

9

HBQE1103 680301035111001
Maksudnya: Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yang
yatim sekiranya kamu kawini mereka, maka kawinilah wanita-wanita selain mereka.
3. Ayat mutasyabihat yang hanya diketahui oleh orang yang pakar dalam ilmu. Firman Allah
dalam surah Ali-Imran ayat 7 :
Maksudnya: Padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-
orang yang mendalam ilmunya
Oleh kerana itulah, di dalam satu riwayat, Rasulullah pernah berdoa kepada Ibnu Abbas
yang berbunyi :

Maksudnya: Ya Tuhanku, jadikanlah dia seorang yang paham dalam Agama, dan ajarkanlah
kepadanya takwil.

5. Cara Rasulullah Mentafsirkan Ayat Mutasyabih
Allah Taala bukan sahaja mengutuskan Rasul tetapi juga disusuli dengan menurunkan
Al-Quran untuk memberi penjelasan kepada manusia tentang perintah-perintah Allah.
Pentafsiran pada zaman nabi Muhamad adalah bersumber dari baginda sendiri melalui wahyu
ilahi atau melalui pentafsiran para sahabat (ijtihad al-sohabi). Secara kasar, pentafsiran Al-Quran
dilakukan melalui dua period iaitu period pertama dimulali oleh Rasulullah SAW sebagai
penafsir awal, yang kemudiannya dilanjutkan oleh para sahabat serta tabiin, yang kemudiannya
dilanjutkan ke period kedua bermula tahun 150H. Dengan demikian ada tiga sumber yang
dijadikan rujukan oleh para mufassirin dalam mentafsir iaitu yang pertama ialah Al-Quran,
kerana kadang-kadang satu perkara yang dijelaskan secara menyeluruh di satu ayat, telah
dijelaskan secara terperinci di ayat yang lain. Keduanya Rasulullah SAW melalui sabda-sabda
beliau yang termaktub di dalam hadis. Ketiga ialah ijtihad yang telah dilakukan oleh sahabat dan
ulama yang tinggi ilmunya. Melalui tiga sumber tersebutlah dijadikan sandaran kepada ayat-ayat
mutasyabih.
6. Pendapat Para Ulama Mengenai Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat
10

HBQE1103 680301035111001
Surah Hud ayat 1 menyatakan bahawa semua ayat Al-Quran adalah muhkam, Ayat 23
surah Az-Zumar menjelaskan semua ayat Al-Quran adalah mutasyabih, ayat 7 surah Ali-Imran
pula menyatakan sebahagian ayat Al-Quran adalah muhkam dan sebahagian lain adalah
musyabih, maka ulama-ulama berbeza pendapat pada menghuraikan masalah ini :
Ada tiga pendapat para ulama mengenai masalah tersebut, sebagi berikut:
1. Pendapat pertama berpendirian, bahwa semua Al-Quran itu muhkam, berdasarkan ayat
1 surah Hud:

(suatu Kitab yang ayat-ayatnya tersusun rapi).


2. Pendapat kedua mengatakan, bahwa Al-Quran itu seluruhnya mutasyabihat, Ini
berdasarkan ayat 23 surah Az-Zumar :

Maksudnya: Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al-Quran yang
serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang ulang. Gemetar karenanya kulit orang-orang yang
takut kepada Tuhannya.
3. Pendapat ketiga mengatakan, bahwa Al-Quran itu terdiri dari dua bahagian, yakni muhkam
dan mutasyabih. Pendapat ini berdasarkan ayat 7 surah Ali Imran.



11

HBQE1103 680301035111001
7. Perbahasan Ulama Salaf dan Khalaf pada Ayat Mutasyabih


1. Surah Thoha (20:5)




Maksudnya: (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy.
Lafaz Istiwa di dalam ayat tersebut mendapat perbahasan ulama. Menurut mazhab
Salaf, erti istiwa sudah jelas iaitu bersemayam di atas Arsy (takhta). Namun cara bersemayam
kita tidak mengetahui dan kita harus menyerahkan hakikat kata istiwa kepada Allah sahaja.
Persoalan ini pernah ditanya kepada Imam Malik tentang maksud istiwa, maka beliau
menjawab :



Maksudnya: Istiwa itu sudah jelas, caranya tidak diketahui, bertanya tentangnya adalah
bidah (mengada-ada). Saya kira engkau ini adalah orang jahat. Keluarlah kamu dari majlis
saya.
Diriwayatkan daripada Ummu Salah dan juga Sufyan Uyainah :
Istiwa sudah diketahui ianya dinyatakan dalam Al-Quran, dan tidak boleh ditanya bagaimana
kaifiatNya dan kaifiat (bentuk dan sifat-sifat makhluk)-jika dinisbahkan kepada Allah Taala-
tidak boleh diterima akal.
Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya, bahawa jalan paling selamat mengenai perkara
ini ialah jalan yang telah dibuat oleh ulama salaf kerana perkara ini adalah dalam pengetahuan
Allah semata-mata dan tidak dibenarkan makhluk mempersoalkannya.
Mazhab Khalaf pula mentakwilkan istiwa dengan ketinggian penguasaan Allah Taala
terhadap alam ini. Ulama-ulama Ahli Sunnah mentafsirkan makna istiwa dengan makna yang
layak baginya seperti mencipta dan menguasai sebab di antara sifat-sifat Allah SWT ialah Al-
Qahir (yang Menguasai) dan Al-Khaliq (Yang Maha Mencipta)
12

HBQE1103 680301035111001
Allah SWT berfirman :

"Dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa."
(Surah Ibrahim : 48)
Di dalam Tafsir Ibn Kathir, istiwa ditafsirkan dengan 'tanpa kaifiat (bentuk) dan
penyamaan', di dalam tafsir al-Qurthubi dengan 'penjagaan dan penguasaan',di dalam tafsir al-
Kabir dengan 'mencipta', di dalam tafsir al-Jalalain dengan 'istiwa' yang layak bagiNya' dan di
dalam tafsir an-Nasafi dengan makna 'menguasai'.

2. Surah Sod (ayat 75)



Maksudnya :(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada
yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau
kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?
Perbahasan di sini ialah tentang kalimah

. Ulama memberi maksud


dengan dua tangan. Manhaj khalaf telah mentakwil kalimah tersebut kepada makna yang
sesuai pada bahasa arab iaitu kekuasaan supaya tidak terkeliru sehingga menyamakan Allah
Taala dengan makhluk. Sementara manhaj salaf pula telah menyerahkan makna


kepada Allah tanpa menterjemahkan kepada makna dua tangan atau menakwil kepada makna
yang layak bagi Allah. Mereka telah menafi sekeras-kerasnya bahawa Allah Taala sama dengan
makhluk.
Di dalam At-Tafsir Al-Munir oleh Dr Wahbah Zuhaili menyebut : Aku menjadikannya
(Adam) sendiri tanpa perantaraan Ayah dan Ibu dan Al-Yad bermaksud Al-Qudrah (kuasa Allah
bukan tangan dengan maksud anggota) Perkataan yadun merupakan majaz ( perkataan yang
dipinjam bukan dengan makna asal atau hakiki) di dalam pengajian ilmu balaghah bahasa arab.
Mujahid dalam mentafsirkan ayat ini;

" : : ( 27 )

13

HBQE1103 680301035111001
Maksudnya : Tangan di sini dengan makna penguat dan kaitan. Majaznya ( perkataan yang
dipinjam bukan dengan makna asal atau hakiki) bagi apa yang aku (Allah) jadikan. Seperti
Firman Allah Taala : Kekal wajah Tuhan kamu [ ar-rahman : 27 ] bermaksud kekal Tuhan
kamu.
Pendapat penulis adalah sependapat dengan kedua-dua golongan salaf dan khalaf. Tidak
menjadi satu kesalahan kita mentakwilkan kalimah dua tangan dengan maksud kuasa
sepertimana kenyataan ulama diutarakan. Dua tangan bukanlah bermaksud merujuk kepada dua
kuasa kerana sememangnya tangan itu dua. Seperti kita katakan melihat dengan dua mata.
Menggunakan dua tangan menunjukkan bahawa melakukan sesuatu pekerjaan dengan
bersungguh-sungguh.
Perkataan yadun yang bermaksud tangan di dalam bahasa melayu merupakan majaz
( perkataan yang dipinjam bukan dengan makna asal atau hakiki) di dalam pengajian ilmu
balaghah bahasa arab. Sebagai contoh di dalam Bahasa Melayu terdapat simpulan bahasa
panjang tangan Ia bukan bermaksud tangan yang panjang tetapi merupakan majaz kepada
orang yang suka mencuri.
Kuasa merupakan sifat wajib bagi Allah sedangkan tangan merupakan sifat yang
mustahil bagi Allah kerana bersalahan dengan sifat mukhalafatuhu lilhawadith. Oleh kerana itu,
mengisbatkan tangan bagi Allah boleh menyebabkan kufur dan murtad kerana menyandarkan
sifat yang tidak layak bagi Allah dan mensyirikkan Allah dengan makhluk. Nauzubillahi min
zaalik.
3. Lafaz yadun pada ayat 10 surah al-Fath :


Maksudnya: Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka.

Lafaz yadun bererti tangan. Para ulama Salaf memberi maksud sebagaimana adanya
dan menyerahkan hakikat maknanya kepada Allah. Ulama Khalaf memberi makna yadun dengan
kekuasaan Allah kerana tidak mungkin Allah itu mempunyai tangan sebagaimana makhluk.
Begitu juga lafaz Ainun dalam surah Thoha ayat 39 :


14

HBQE1103 680301035111001
Maksudnya : Dan aku telah melimpahkan kepada mu kasih sayang yang datang dari ku,dan
supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku
Lafaz Ainun dari segi lafziyyah mempunyai erti mata. Menurut mazhab khalaf, lafaz Ainun di
pada ayat di atas bermakna pengawasan Allah kepada Nabi Musa semasa dihanyutkan oleh
Firaun di Sungai Nil.
Di dalam Al-Quran banyak terdapat ayat-ayat yang berupa sifat bagi Allah seperti surah
Al Fajr ayat 22, surah Al-Anam ayat 61, Surah Az-Zumar ayat 56, surah Ar-Rahman ayat 27,
surah Ali-Imran ayat 28 dan lain-lain lagi. Tetapi ulama-ulama khalaf telah memberi maksud
datang kepada kedatangan perintahnya, maksud di atas kepada Maha Tinggi, bukan
berada di suatu tempat, maksud sisi kepada hak, maksud wajah kepada zat, dan maksud
diri kepada siksa.

8. PENUTUP
Ayat muhkam dan mutasyabih adalah dua hal yang saling melengkapi antara satu sama
lain. Muhkam sebagai ayat yang tersurat merupakan bukti bahawa Al-Quran adalah sebagai
bayan(penjelas) dan hudan(petunjuk). Mutasyabih pula adalah ayat yang tersirat merupakan
bukti bahawa Al-Quran sebagai mukjizat dan kitab sastera teragung sesuai sepanjang zaman.
Perbahasan dalam Ulumul Quran bukanlah bermakna pertikaian yang membawa kepada
kelemahan Al-Quran tetapi hakikatnya menunjukkan kehebatan yang terdapat di dalam Al-
Quran.
(2,676 patah perkataan)








15

HBQE1103 680301035111001
RUJUKAN :
Ahmad Kamarudin Ibrahim, Ismail Ludin, Khairil Anuar Ahmad; HBQE1103 Ulum Al
Quran;2011;Open University Malaysia Kuala Lumpur

Al-Qur'an Al-Karim

Anwar,Abu. Ulumul Quran. Pekan baru: Ambah, 2002

As Suyuthi. Al Itqan fi Ulumul Quran. juz II, Dar Al Fikr

As-Sholih, Subhi, Membahas I lmu-ilmu Al-Quran. Jakarta: Pustaka Firdaus, 1990

At-Tafsir Al-munir oleh Dr Wahbah Juz :23-24 mukasurat : 229 Cetakan : Darul Fikr, Syiria.

Bakr Ismail, Muhammad Al-. 1991. Dirasat fi Ulum Al Quran. Dar Al Manar.

Dr Faizuri bin Abd Latif; Kertas Kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan (II);
Ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab Aqidah Al-Najir:20-22
Julai 2010; Universiti Malaya Kuala Lumpur

Drs Masjfuk Zuhdi; Pengantar Ulumul Quran; Malang Indonesia;1979

Pengantar Studi Ilmu al-Qur'an, terjemahan dari Mabahits fi ulum al-Qur'an.
Sahih Al-Bukhari oleh Imam Al-Bukhari
Sahih Muslim oleh Imam Muslim
Terjemahan Al-Quran Sempena Tadarus Perdana Anak Muda Tamu Ramadhan 1432H;Kerajaan
Negeri Kelantan:Khazanah Rabbani Publisher ;2011

You might also like