You are on page 1of 3

4 KAEDAH SOLAT KHAUF

Khamis, 8 Mac 2012 Detik 8:44 PG 0 Komen


Tweet
Assalamualaikum warahmatullah
PERTAMA : Rasulullah saw pernah mengerjakan solat khauf ketika di 'Usfan
yang mana musuh berada di arah kiblat dan pada ketika itu ramai tentera
Islam bersama Rasulullah saw. Tidak ada suatu punyang memisahkan di
antara tentera Islam dan musuh yang berada di hadapan mereka. Rasulullah
saw mengimamkan solat dengan menghadap ke arah kiblat dan
membahagikan makmum kepada dua saf.
Semaasa imam rukuk hanya saf yang pertama sahaja turut rukuk bersama
imamnya manakala saf yang kedua berdiri tegak memerhati. Apabila imam
dan makmum saf pertama bangun daripada rukuk barulah makmum saf
yang ke dua rukuk. Sehingga apabila saf yang kedua bangun daripada rukuk
barulah imam dan makmum saf pertama sujud manakala makmum saf yang
kedua masih tegak berdiri untuk memerhati.
Apabila imam dan makmum saf pertama bangun berdiri ke rakaat yang
berikutnya selepas dua kali sujud barulah makmum di saf kedua turun
melakukan dua kali sujud. Saf pertama pula yang mengawal keadaan
sehinggalah makmum saf kedua bangun menyertai imamnya pada rakaat
keduanya.
!egitulah keadaan apabila saf pertama turun sujud saf yang kedua
mengawal keadaan dan apabila saf kedua turun sujud makmum saf
pertama pula yang mengawal keadaan. Akhirnya mereka akan bersama"
sama imam ketika tasyahud dan memberi salam berserta dengan imamnya.
KEDUA : Rasulullah saw pernah mengerjakan solat khauf di suatu tempat
yang bernama !atn al"#akhl di mana terdapat musuh bukan dari arah kiblat.
Rasulullah saw $membahagikan tentera Islam kepada dua kumpulan% dan
mengerjakan dua kali solat. Solat pertama dikerjakan bersama kumpulan
yang pertama manakala kumpulan kedua berdiri menghadap ke pihak musuh
untuk memerhati dan mengawal keadaan. Apabila selesai solat bersama
kumpulan pertama mereka segera beredar mengambil tempat kumpulan
kedua yang sedang mengawal. &umpulan ke dua pula bersolat bersama
Rasulullah saw. Ini bererti Rasulullah saw mengerjakan solat dua kali solat.
Solat pertama yang dilakukan bersama kumpulan yang pertama itu dianggap
sebagai solat fardu manakala solat kali yang keduanya bersama kumpulan
yang kedua adalah dikira sebagai solat sunat sahaja.
KETIGA : Rasulullah saw pernah bersolat di suatu tempat yang bernama 'ati
al"Ri(a' yang mana musuh berada pada arah kiblat tetapi terlindung dan
tidak kelihatan. Rasulullah saw membahagikan tenteran Islam kepada dua
kumpulan. Satu kumpulan bersolat bersama Rasulullah saw manakala satu
kumpulan lagi berdiri menghadap ke arah musuh untuk mengawal keadaan.
&etika berdiri pada rakaat kedua makmum kumpulan pertama yang bersolat
bersama"sama Rasulullah saw niat mufara(ah dan meneruskan solat se)ara
persendirian untuk )epat habis sedang Rasulullah saw sengaja
melambatkan ba)aan yang dalam solatnya supaya apabila selesai kumpulan
pertama bersolat mereka segera mengambil alih tugas mengawal dan
kumpulan kedua pula bersolat mengikuti di belakang Rasulullah saw.
Apabila Rasulullah saw memberi salam mereka menambah bilangan rakaat
mereka yang kurang dan meneruskan solat sehingga memberi salam.
KEEMPAT : Rasulullah saw pernah mengerjakan solat ketika dalam
peperangan dan keadaan amat kritikal yang mana musuh akan menyerang
pada bila"bila masa ketika tentera Islam lalai dan alapa sedang solat mesti
dikerjakan pada waktunya dan tidak boleh ditangguhkan. $*aka pada ketika
itu solat boleh dikerjakan% sama ada ketika berkenderaan mahupun ketika
bergerak dan berjalan dan jika berkehendak dan terpaksa menaiki
kenderaan atau turun daripada kenderaan ketika sedang bersolat sekalipun
boleh dilakukan. +alam keadaan sedemikian dike)ualikan daripada
menghadap ke arah kiblat $dan gerakan yang banyak% kerana darurat.
,uma memadai $sekiranya ia mampu% hanya kepalanya sahaja diisyaratkan
menghadap ke arah kiblat ketika rukuk dan sujud.
+alam suasana demikian solat berjemaah masih dikira lebih afdal daripada
solat se)ara bersendirian dan mereka boleh bersolat dengan )ara berlainan
arah kiblat walaupun arah hadap mereka tidak sama sepertimana umat
Islam bersolat di sekeliling &aabah kerana darurat.
+iharuskan pergerakan yang banyak seperti menikam dan memukul
walaupun se)ara berturu"turut berjalan dan berlari. +iharuskan juga
memegang senjata yang terkena najis yang tidak dimaafkan. Tetapi tidak
dibolehkan berteriak dan menempek. -alau bagaimanapun ada pendapat
mengatakan solat dalam keadaan sedemikian wajib di(ada dan ada pula
pendapat lain mengatakan tidak perlu di(ada.
./uru' Al"*asail -a Usul Al"-asa'il0

You might also like