You are on page 1of 37

WARDEN DAN DUNIA

ASRAMANYA..
( dari kaca mata seorang
warden lama)
TARIKH: 26-28 OKT 2009
TEMPAT: KAJANG , SELANGOR
Bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidak
juga bagi pihak pengurusan asrama khasnya
para warden merealisasikan visi dan misi
asrama khasnya untuk mewujudkan sebuah
asrama yang kondusif dan melahirkan anak-
anak pelajar yang bertaraf lima bintang dunia
dan akhirat.
Walau bagaimanapun, mereka/perkara yang
disenaraikan di bawah amatlah berperanan
dan amatlah berpengaruh di dalam usaha
merealisasikan visi dan misi sesebuah
asrama.Kegagalan sesuatu pihak berperanan
atau berfungsi akan membebankan pihak
yang lain atau melambat dan berkemungkinan
besar akan membantutkan segala usaha,
tenaga, masa dan wang ringgit yang telah
dicurahkan selama ini.
1. VISI DAN MISI ASRAMA ( berwawasan dan
jelas hala tujunya)
2. PROGARAM PEMBANGUNAN ASRAMA
( terancang & berwawasan )
3. WARDEN ( ikhlas, berilmu, berani & komited)
4. PELAJAR-PELAJAR ( berakhlak, berilmu dan
beriman)
5. WARIS ( bertanggungjawab & dan tidak
bersikap menuding jari)
6. PENGETUA & PK/PK HEM ( bertaraf tujuh
atau enam bintang dan bersikap mempelawa)
7. PENYELIA ASRAMA ( bertanggung jawab,
masa dan bidang tugasan tidak terlalu terikut
pekeliling Kementerian)
8. PEGAWAI-PEGAWAI DI JPN & PPD (komited,
bersikap mempelawa dan rajin turun padang)
9.PEGAWAS ASRAMA/ MAJLIS PELAJAR
( berwibawa dan berbudaya fikir)
10.KONTRAKTOR MAKANAN ( mengamalkan
perniagaan mengikut budaya Islam)
11.KAUNSELOR ( aktif & bertanggungjawab)
12.PEGAWAL KESELAMATAN
( amanah/bertanggung jawab )
13.GURU-GURU AGAMA ( mengenali diri )
14.PEKERJA AM ( PAR ) (bertanggung
jawab/amanah)
15.PERSATUAN PEWARIS ( rajin bertanya
khabar)
16.KEMENTERIAN PELAJARAN ( penentu
dasar dan hala tuju)
Berdasarkan pemerhatian saya, seorang warden
yang cemerlang bukan sahaja perlu memiliki EQ
yang tinggi tetapi wajib memiliki AQ dan SQ yang
tinggi.
Warden juga perlu memiliki 3G Gut, Grit and
Gumption.Kalau tidak kita akan mendapat
warden hanya pandai mengangguk sahaja.
Imam Malik- Kesulitan akan bertambah sekiranya
dihitung-hitung tetapi akan lenyap apabila tidak
diperdulikan.
Antara aspek yang dikenalpasti sebagai virus
dan akan melambat,membantut serta
berkemungkinan besar menghalang
kecemerlangan yang idam-idamkan adalah;
1. Nisbah seorang warden dengan pelajar
terlalu besar, 1 : 50
2. Warden tidak mempunyai kuasa muthlak
sebagai seorang waris
3. Warden kekurangan ilmu dan kemahiran
kewardenan
4. Warden terlalu dibebankan dengan pelbagai
tugasan di sekolah
5. Warden kurang ikhlas, kurang komited dan
bertugas mengikut giliran pada hari-hari
tertentu dalam seminggu atau dalam sebulan.
6. Warden dilantik secara paksa atau secara
terpaksa
7. Sesetengah Pengetua/Pk/Pk Hem kurang
arif tentang ilmu dan kemahiran kewadenan
tetapi bersikap keakuan, menyebabkan ramai
warden cermin mata dan warden buta telah
dilantik
8. Penyelia asrama terlalu akur dengan masa,
bidang tugasan dan pekeliling Kementerian
9. Pengetua, Pk dan Pk Hem bersikap tidak
mempelawa dan keakuan
10. Waris menyerahkan seratus peratus tugas
dan tanggung jawab memanusiakan anak-
anak pelajar di asrama kepada pihak
pengurusan asrama.
Halangan serta kesulitan para warden di
dalam proses meleraikan dan mencantumkan
perbezaan serta percanggahan budaya &
gejala
Budaya /gejala kehidupan di rumah dan di
asrama
Tepuk dada tanyalah selera!
KEHIDUPAN DI RUMAH KEHIDUPAN ASRAMA
Malas/lewat bangun tidur
Ponteng/ tidak solat
Malas/tidak membaca al-Quran
Pemalas/berat tulang
Cepat tangan
Merokok/meminati mat motor/ rempit
Meminati rocker/punk/skin head
Hidup dalam 1001 kemewahan
Kutu embun/keluar malam
Kurang motivasi/tidak berwawasan
Gejala selekeh/pengotor
suka akan kebebasan muthlak
Lepak/kacang hantu/kutu rayau
Terlalu dipengaruhi budaya barat
Khayal dengan hiburan
Budaya berteman/tidak berminat belajar
Kurang pengawasan ibu bapa
Degil/lawan cakap ibu bapa
Pasang badan/mat bunga
Hidup di bawah ketiak ibu bapa

Berdasarkan permahatian turut serta saya:
Ilmu Asas Kehidupan Di Asrama ( Progaram
Pembentukan Budaya Cemerlang )
a. .bagaimana hendak menjadi seorang
pelajar yang disayangi, dikasihi, dipercayai dan
dihormati oleh warden, penyelia dan senior di
asrama)
b. kebebasan
c. disiplin
d. akhlak sikap etika
e. iblis dan anak adam
f. Bushido
g. Budaya pahala
h. Budaya ikhlas
i. Budaya ilmu
j. Budaya harmoni
L. Budaya positif
M. lagu warisan
N. remaja, sex dan Islam
O. remaja, cinta dan Islam
P. Emotional quotion
Q. adversity quotion
R. pesanan buat insan cemerlag
S. Musuh utama orang Islam/budaya al-
quran,zikir
2. Program jati diri dan kepimpinan ( dalam
kalangan pelajar )
3. Majlis Pelajar ( lembaga pegawas
dimansuhkan)
4. Program Pelajar Asrama Lima Bintang
( berakhlak, berilmu dan beriman)
5. Program Asrama Lima Bintang (asrama
kondusif)

6.Program Pembangunan Asrama ( jangka
pendek-6 bulan dan jangka panjang-3 tahun)
7. Program kemahiran dan keilmuan
kewadenan dari semasa ke semasa
8. Program perkongsian pintar antara asrama
dalam kalangan warden, penyelia dan pelajar
9. Lunch Talk/ Hi Tea antara warden dan
penyelia dengan pegawai-pegawai JPN/PPD
10. Peguatkuasaan peraturan asrama
11. Program penglibatan waris (Badan
Kebajikan Waris Pelajar Asrama)
12.Program Persatuan Alumni Asrama
(Persatuan Bekas Pelajar Asrama)
13. Majlis Hi-Tea antara warden dan waris dari
semasa ke semasa
14. Lunch Talk atau Hi Tea antara pegawai
JPN/PPD denga pengetua & PK/PK HEM
16. Program Mingguan Pengukuhan Budaya
Cemerlang ( warden pelajar )
17. Dialog semasa antara pegawai JPN/PPD ,
warden dan penyelia dengan kontraktor makanan
18. Pegawai di JPN/PPD lebih kerap memantau di
tempat yang bermasalah
19. Program Pembangunan Asrama bersama
antara JPN,PPD, warden dan penyelia untuk
program-program semasa dan program tahunan

Penyataan yang dipaparkan di bawah
merupakan salah satu daripada sebab atau
tujuan utama sesetengah pihak menempatkan
anak mereka di asrama?.......tepuk dada
tanyalah minda! Antaranya,
Mendapat tawaran
Rumah jauh dari sekolah
Menghadapi masalah pengangkutan


Dapat menjimatkan perbelajaan dan masa
Berharap anak akan cemerlang dalam
pelajaran
Memudahkan anak bergiat aktif di dalam
kokurikulum sekolah
Ibu bapa terlalu sibuk dengan tugas seharian
sehingga ketiadaan masa untuk anak
Anak bersikap degil/tidak patuh cakap ibu
bapa


Anak tidak berminat belajar ( keputusan
peperiksaan tidak memuaskan)
Harapan akhlak anak dapat diperelok dan
diperbetulkan
Anak terlalu ghairah dengan hiburan dan
keseronokan remaja
Hendak menjauhkan anak daripada pengaruh
kawan-kawan yang bermasalah

Suasana dan keadaan di rumah kurang
kondusif untuk belajar
Harapan anak akan menjadi insan yang
cemerlang
Anak tidak lekat di rumah
Anak meminati budaya tidak sihat
Supaya anak dapat berdikaridan seribu
satu tujuan lain.

Sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah
untuk menarik dan memikat anak-anak di
asrama. Di sini diperturunkan beberapa langkah
yang difikirkan rasional
a Warden hendaklah sentiasa bersedia untuk
bercampur-gaul dan beramah mesra dengan
anak-anak pelajar yang pada dasarnya amat
memerlukan perhatian, kasih sayang, bimbingan,
tujuk ajar, asuhan serta didikan
b. Warden wajib memiliki intergrity yang boleh
dicontohi oleh anak-anak pelajar


c. Warden hendaklah memberi teguran secara
bijaksana, elakkan dipengaruhi emosi.Buatkan
anak-anak pelajar berasa tersentuh bukannya
tersinggung atau terhina
d. Warden sebagai insan yang mempunyai IQ,SQ,
AQ & EQ tinggi hendaklah banyak bersabar
dengan pelbagai kerenah dan pelbagai ragam
anak-anak pelajar yang sering menimbulkan
tekanan. Amalkan budaya menarik rambut di
dalam tepung!
Sekiranya seseorang yang telah dilantik khasnya sebagai ketua
Warden perlu memiliki sekurang-kurangnya tujuh sifat di bawah ini,
sekiranya tidak akan timbullah peristiwa-peristiwa menegakkan
benang basah atau tidak tahu menari dikatakan tanah tinggi
rendah.
Berwawasan
Keberanian
Kesungguhan
Kerajinan
Kesabaran
Amanah
Pengorbanan
Disiplin
Kasih sayang

Empaty
Proaktif
Paradigma
Keikhlasan
Untuk tidak membohongi diri sendiri dan bagi
memudahkan mengenali apakah kualiti rakan warden
serta penyelia yang setugas dengan kita, cubalah
perhatikan tahap dan kualiti minda masing-masing,
adakah;
a. Great mind mereka ini boleh dibawa berbincang,
boleh memberi idea dan berupaya meningkatkan idea
yang dikemukakan oleh pihak lain.




b. average mind lebih banyak bercakap tentang
peristiwa ( events) semasa
c. small mind lebih banyak bercakap tentang hal
orang lain.
d. very small mind lebih banyak bercakap
tentang hal diri sendiri
Dalam kalangan warga asrama kita termasuklah
pengetua, PK, PK Hem, ketua Warden, warden,
penyelia, para waris, kontraktor makanan dan
anak-anak pelajar sediri secara amnya tergolong
di dalam empat peringkat kualiti manusia iaitu
a. Dia tahu dan dia tahu yang dia tahu
b. Dia tahu tetapi dia tidak tahu yang dia tahu
c. Tidak tahu dan dia tahu yang dia tidak tahu
d. Tidak tahu dan dia tidak tahu yang dia tidak tahu

Sebagai in loco parentis di asrama, kita sepatutnya melaksanakan disiplin di dalam
tiga peringkat, iaitu
a. Pembangunan; melibatkan pengajaran dan latihan yang dapat membina
keupayaan anak-anak pelajar untuk membuat keputusan dan tanggung jawab
b. Pencegahan; melibatkan penggunaan had untuk membentuk struktur tingkah-
laku tentang apa-apa yang boleh dan tentang apa-apa yang tidak boleh dilakukan
oleh mereka sama ada dari segi agama, moral, sosial, adat budaya dan undang-
undang negara.
c. Pemulihan; biasanya digunakan apabila seseorang itu telah melakukan
kesalahan, pemulihan bertujuan membetulkan salah laku, membantu
memahami kenapa dan mengapa sesuautu tingkah laku atau perbuatan itu tidak
diterima-tidak semestinya berakhir dengan hukuman semata-mata.


Saudara saudari rakan warden yang dihormati, untuk
menjadi seorang warden yang tenteram dan damai hati
serta fikiran di dalam mengharungi dunia kewardenan,
yang dipenuhi cabaran ini kita hendaklah sentiasa;
a. yakin setiap rezeki yang diterima adalah terletak di
tangan Allah, kita sekadar berusaha dan berikhtiar
b. setiap amalan hendaklah menjadi tanggugjawab
sendiri
c. yakin Allah sentiasa melihat diri kita
d. berusaha menyediakan bekalan untuk menghadapi
kematian yang boleh berlaku pada bila-bila masa
sahaja. Insya-Allah.
Perhatikan faktor-faktor yang dipercayai menjadi kekuatan & asas
utama sama ada untuk kecemerlangan ataupun kegagalan hasil
kerja kita. Antaranya;

Motivasi -20% (semangat yang kuat di dalam diri dan berupaya
mendorong serta meransang untuk berusaha dengan sepenuh hati
bagi mencapai kejayaan & kecemerlangan)
Berdikari 20% (sanggup melakukan sendiri walaupun tidak
medapat sokongan daripada orang lain)
Kemahiran berfikir 20% (kebolehan mengguakan akal untuk
mencari jalan mengatasi segala masalah)
Sedia bekerja - 15% (kesanggupan melaksanakan akal untuk
mencari jalan mengatasi segala masalah)
Kesedaran sosial - 9% ( keinsafan/rasa tanggung jawab terhadap
agama, bangsa dan negara)
Kebolehan semula jadi -7 % ( bakat semulajadi)
Kemudahan 4%
Pencapaian terdahulu 3%
Faktor-faktor lain 2%

Ulama Ibnu Katsir dalam satu tafsirannya telah menghuraikan ayat 32 dan
33 Surah Fathir yang bermaksud;

;Kemudian Kami (Allah) wariskan kitab kepada mereka.Kami pilih di antara
hamba-hamba kami.Kemudian di antara mereka ada yang zalim terhadap
diri sendiri(keburukannya lebih banyak daripada kebaikkannya), dan ada
yang sedang-sedang sahaja (keburukannya seimbang dengan kebaikannya,
dan ada pula yang seizin Allah mendahulukan kebaikan(kebaikannya lebih
banyak daripada keburukannya)
Berdasarkan ayat ini nyatalah terdapat tiga golongan manusia iaitu;
1. Orang yang zalim terhadap dirinya sendiri, iaitu orang yang
meremehkan perihal kewajipan agama lebih banyak melakukan
perbuatan yang ditegah oleh Allah.
2. Orang yang sedang-sedang, iaitu orang yag menunaikan
tanggung jawab terhadap agama dengan meninggalkan perkara-
perkara terlarang tetapi kadang-kadang mengaibkan amalan yang
disuruh oleh agama dan melakukan perkara yang dibenci agama
3. Orang yang mendahulukan kebaikan, iaitu orang yang
menunaikan semua kewajipan Agama dengan melakukan amalan
yang disuruh dan meninggalkan yang tidak disukai serta
meninggalkan perkara-perkara raudah?
.dalam golongan manakah kita?
..dan mudah-mudahan kita menduduki tahap golongan yang
ketiga.Insya - Allah

You might also like