You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT SPBT KALI KE-2

SK TAMAN PERMAS JAYA 3


2013

Tarikh : 11 Oktober 2013
Masa : 1.30 tengah hari 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran :
1. Pn Khairun Nisak bt Johdi
2. Pn Hasnah bt Tamin
3. En Mohd Najib b Mat Idris
4. Pn Eliyana bt Amat Ismail
5. Pn Natrah bt Noordin
6. Cik Prema a/p Raja Mogan
7. Pn Norwati bt Mohamed
8. Pn Aslinda bt Amdin
9. Cik Misraini bt Wazir
10. En Nicholas b Henry Awi
11. En Abd Moin b Omar
12. En Moses b Saba
13. Pn Nurdalina bt Ali

Agenda 1: Ucapan Pengerusi
1.1. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Pengerusi mengalu-alukan
kehadiran guru-guru dalam mesyuarat SPBT kali ke-2 ini dan mengucapkan
terima kasih.
1.2. Pengerusi memaklumkan terdapat beberapa program yang akan diadakan pada
masa terdekat ini.
Agenda 2: Pemulangan dan pengagihan buku teks 2013/2014
2.1 Pemulangan buku teks akan diadakan pada 28 Oktober 2013 dan semua guru
kelas terlibat. Guru kelas diminta mendapatkan borang SPBT-G di bilik BOSS
dan menyerahkan borang tersebut kepada setiusaha SPBT untuk semakan.
2.2 Jika terdapat murid yang merosakkan atau menghilangkan buku teks hendaklah
ibu bapa/ penjaga menggantikan dengan buku baharu atau nilai harga buku.
Sekiranya tidak menggantikan buku teks atau membuat bayaran, pengagihan
buku teks tidak akan diagih sehingga bayaran dibuat.

2.3 Bagi aliran tahun 1,2 dan 3 buku aktiviti yang rosak atau hilang tidak perlu
digantikan dengan buku baharu atau membayar nilai buku tersebut.

2.4 Bagi aliran tahun 4 buku teks yang hilang atau rosak tidak perlu diganti dengan
buku baharu atau membayar nilai buku tersebut kerana buku tahun akhir
penggunaan.

2.5 Pengagihan buku teks 2014 akan diadakan pada 11 November 2013 bagi tahap
satu dan 12 November 2013 bagi tahap dua. Untuk tahun 4, pengagihan buku
teks akan dibuat pada tahun hadapan.

Agenda 3: Hal-hal lain
3.1 Memastikan pemulangan dan pengagihan buku teks seperti tarikh yang
ditetapkan dapat dijalankan dengan sempurna dan mendapat kerjasama dari
semua guru kelas.

3.2 Memastikan buku teks mencukupi untuk tahun hadapan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.


Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

..................................... ..................................... ................................
(MOHD NAJIB B MAT IDRIS) (KHAIRUN NISAK BT JOHDI) (NORDIN B SAODI)
Guru SPBT GPK HEM Guru Besar
SKTPJ 3 SKTPJ 3 SKTPJ 3

You might also like