You are on page 1of 24

Kaedah Pengajaran Murid Sederhana dan Lemah

Kaedah Pengajaran Murid Berpencapaian Sederhana, Lemah, GALUS, atau GARUK


(Untuk rakan-rakan guru Bahasa Melayu terutamanya guru-guru SMKBBST)
Oleh: Cikgu Mohd. Khir Kassim


Pengenalan

Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang kita ajar mempunyai tahap pencapaian yang
berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang diajarkan oleh guru, namun ada juga
yang lambat untuk memahami isi pengajaran yang diajarkan oleh guru. Oleh hal yang demikian, terdapat
pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar murid sama ada yang cerdik dan pintar ataupun
yang sederhana ataupun lemah. Penulis cuma akan menyentuh cara atau kaedah untuk mengajar murid yang
sederhana dan lemah sahaja dalam perbincangan kali ini. Kaedah yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana
kelemahan murid pun berbeza-beza. Perkara yang sudah pasti ialah pelajar yang lemah juga, tidak menguasai
kemahiran bahasa yang baik dan sering dikaitkan dengan masalah disiplin. Sering kali juga kita mendengar
bahawa guru-guru akan melabel murid-murid tersebut dengan berbagai-bagai label atau panggilan yang negatif.
Perkara ini perlulah dielakkan jika kita benar-benar hendak membantu murid yang lemah ini.

Cabaran dan Tanggungjawab Guru

Oleh hal yang demikian, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru yang mengajar murid kelas lemah
berbanding dengan kelas pandai adalah lebih hebat. Namun demikian, jadikan cabaran itu sebagai peluang untuk
berbakti kepada anak bangsa. Selain itu apabila kita mengajar murid lemah, otak kita sentiasa bergerak cergas
kerana kita memaksanya berfikir untuk mencari kaedah yang menarik dan sesuai untuk menangani pelbagai
masalah di dalam kelas murid lemah ini.

Satu aspek yang paling penting dan perlu diberikan penekanan ialah kemahiran dalam kawalan kelas. Guru
perlu mengawal kelas agar disiplin murid di dalam kelas murid lemah itu terkawal. Selain itu, terangkan kepada
mereka sebab atau faktor yang menyebabkan guru mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana murid yang
tidak mendengar arahan guru. Terangkan kepada murid, bahawa kita hidup memang dikawal oleh peraturan.
Tidak kira kita berada di mana pun, sudah pasti ada peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi. Di jalan
raya, kita perlu mengikut peraturan, malahan di rumah pun ada peraturan yang perlu dipatuhi. Jadi, ketika
berada di dalam kelas sudah tentu murid-murid perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru dan pihak
sekolah.

Apabila kelas sudah dapat dikawal, barulah guru memulakan pelajaran. Biasanya bagi kelas murid lemah ini,
guru-guru perlu menggunakan silibus minimum kerana tahap pencapaian mereka memang rendah. Jika mereka
menguasai silibus minimum ini pun sudah bolehlah dibanggakan, kerana mereka kurang bermotivasi untuk
mencapai tahap yang lebih tinggi seperti murid-murid pintar yang lain. Namun begitu kita perlu memotivasikan
mereka dengan memberikan peluang, harapan dan mereka juga perlulah berfikir secara positif. Elakkan sikap
merendah-rendahkan kebolehan atau pencapaian mereka kerana perkara itu akan mematikan semangat mereka
dan yang lebih buruk lagi akan menyebabkan mereka benci kepada guru dan mata pelajaran yang diajarkan oleh
guru itu.

Sebagai guru, kita perlu menekankan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Pengajaran yang berkesan
merupakan pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif
yang telah ditetapkan. Pakar-pakar pendidikan juga mengatakan bahawa pengajaran yang berkesan ialah
pengajaran yang menarik. Pengajaran berkesan atau efektif juga sebenarnya merupakan pengajaran yang
digemari oleh pelajar. Oleh hal yang demikian, pengajaran yang efektif dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti
yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dalam suasana yang sihat, demokratik dan bersemangat. Hasil
pembelajaran yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, dan
intelek akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baharu. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), guru yang
efektif mempunyai sikap yang adil dan tidak pilih kasih, bertimbang rasa, baik hati, bertanggungjawab, suka
menolong individu yang lain, banyak bersabar dalam melayani kerenah pelajar, tenang, dan stabil emosinya.

Guru juga perlu mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati. Dengan cara yang demikian, pelajar tidak
akan berasa takut untuk bertanya soalan atau berkomunikasi dengan guru. Seterusnya, guru perlulah
memberikan pujian walaupun jawapan mereka kurang tepat dan jangan sekali-kali menghina atau memandang
rendah terhadap mereka walaupun jawapan yang diberikan oleh mereka itu tidak tepat atau salah. Perkara ini
akan memberikan keyakinan kepada mereka untuk menjawab soalan yang lain pada masa akan datang. Hal ini
juga akan menimbulkan tanggapan positif pelajar terhadap guru. Pelajar akan menganggap guru mudah
dihampiri dan guru juga perlulah menyelitkan unsur humor atau jenaka di dalam kelas agar tidak membosankan
murid. Perkara ini penting kerana mereka berasa selesa, tertarik dan lebih yakin untuk belajar dalam keadaan
yang sedemikian. Guru juga seharusnya mempunyai personaliti dinamik, iaitu menarik, aktif, dan bersungguh-
sungguh semasa mengajar murid. Selain itu, guru juga perlu memberikan contoh teladan yang baik serta
memakai pakaian yang kemas dan sesuai untuk menggambarkan imej sebagai seorang pendidik yang cemerlang.

Kajian Tindakan

Guru-guru seharusnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas. Kajian tindakan perlu dijalankan kerana
guru dapat mengenal pasti kelemahan murid di dalam kelasnya sendiri dan cuba
untuk membimbing ataumerawat murid-murid yang lemah. Sudah tentu guru-guru yang mengajar murid-murid
di dalam kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh murid-muridnya. Oleh hal yang
demikian, guru-guru perlulah mencari cara atau teknik yang sesuai untuk mengatasi kelemahan murid-muridnya
itu. Sekurang-kurangnya guru perlu memikirkan cara atau teknik untuk membantu murid-muridnya dalam mata
pelajaran yang diajarnya itu. Sekiranya cara atau teknik yang digunakan itu kurang berkesan untuk mengatasi
kelemahan muridnya itu, maka guru bolehlah mencuba cara atau teknik yang lain. Guru-guru boleh berbincang
dengan rakan-rakan sejawatan untuk mencari cara dan teknik yang berkesan itu. Perkara yang lebih penting
ialah semangat guru itu untuk mencari cara atau teknik yang berkesan perlulah diberikan pujian dan mereka
tidak seharusnya mudah berputus asa jika gagal buat kali pertama. Guru perlu mencuba pelbagai cara atau
teknik, walaupun beberapa kali sehinggalah bertemu dengan cara atau kaedah yang berkesan.
Guru boleh bertanya kepada murid-murid dan berbincang dengan mereka tentang cara-cara atau teknik-teknik
yang disukai oleh mereka semasa di dalam kelas. Guru bolehlah menggunakan cara yang disukai oleh murid
agar pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu guru boleh mendapatkan pandangan
murid tentang cara yang digunakan oleh guru sebelum ini, sama ada cara itu membosankan atau menarik
perhatian mereka. Jika jawapannya negatif, guru harus mengubah teknik tersebut. Guru juga perlu mendapatkan
komen atau pandangan murid tentang perkara-perkara yang tidak disukai oleh mereka terhadap guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Selain secara lisan, guru juga boleh mengedarkan soal
selidik yang ringkas ataupun murid-murid menulis sebarang komen tentang cara guru mengajar murid.

Teknik Pengajaran yang Berkesan

Guru-guru seharusnya peka dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu kaedah pengajaran guru
mestilah berpusatkan pelajar dan tidak berpusatkan guru. Dengan menggunakan kaedah tersebut, sudah tentu
kaedah pengajaran mesti menarik perhatian mereka. Tambahan pula murid-murid yang lemah ini lebih berminat
terhadap pengajaran guru jika mereka dilibatkan sama dengan aktiviti yang disukai oleh mereka. Murid-murid
tersebut hendaklah diberikan aktiviti yang berbentuk "hands on" dan perkara ini tidak membosankan mereka.
Untuk menarik perhatian murid, guru-guru perlulah menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Oleh yang demikian sudah tentulah memerlukan BBB yang
digunakan untuk menarik perhatian murid selain faktor guru yang mesra dan tidak terlalu serius semasa
pengajaran dan pembelajaran. Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga sering mengaitkan bahawa pengajaran
yang berkesan ialah pengajaran yang menarik.

Dalam mengendalikan kelas yang lemah dan bermasalah ini, guru perlulah bersikap tegas terhadap murid
tetapibukannya garang. Hal ini demikian kerana, murid-murid perlu diberikan penerangan tentang sebab-sebab
guru perlu bertindak dengan tegas semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu guru-guru
perlu mendampingi murid-murid dan bimbinglah mereka kerana mereka sebenarnya memerlukan bimbingan.
Selain itu guru juga tidak seharusnya bersikap prejudis dan pilih kasih semasa mengajar murid di dalam kelas.
Hal ini demikian kerana murid-murid tidak suka akan guru-guru yang bersikap sedemikian. Oleh itu guru-guru
perlu menghormati murid-muridnya dan insyaallah, murid-murid juga akan hormat kepada guru. Perkara ini
sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga manusia biasa dan perlu dihormati untuk meningkatkan harga
diri mereka. Biasanya murid-murid yang selalunya biadap terhadap guru juga akan tunduk kepada guru yang
menghormati mereka dan meningkatkan harga diri mereka.

Guru-guru perlulah memberikan harapan dan sokongan moral kepada pelajar untuk berjaya atau lulus dalam
peperiksaan. Selalu ingatkan mereka agar berfikir secara positif dan yakinkan mereka bahawa mereka boleh
lulus dalam peperiksaan tetapi mestilah diikuti dengan usaha gigih dan berterusan tanpa mengenal putus asa.
Guru-guru hendaklah selalu memberikan pujian dan kata-kata semangat terhadap murid sebagai dorongan untuk
mereka belajar dan lulus dalam peperiksaan. Selain itu cari perkara disukai oleh mereka dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya ada murid yang pandai melukis, minta mereka melukis perkara yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran pada hari itu di dalam kelas.

Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan biasanya berbentuk formula yang
memudahkan murid mengingat sesuatu fakta. Sebagai contohnya, gunakan formula IniKah Cinta (Isi, Kesan
dan Contoh) untuk menghurai isi karangan dalam satu perenggan. Selain itu, guru-guru perlu memberi latihan
kepada murid mengikut tahap dan kemampuan mereka. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau
permudahkan latihan itu dengan memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong. Di samping itu guru-
guru juga perlu melatih pelajar untuk membuat pembetulan terhadap kesalahan yang dilakukan dan guru perlu
menyemak latihan murid dengan teliti. Pastikan murid membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang
ditandakan. Seterusnya langkah yang akhir ialah teknik latih tubi atau teknik hafalan perlulah dilakukan dan
kalau perlu lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting yang mungkin ditanya dalam peperiksaan. Hal ini
boleh membantu mereka sekurang-kurangnya untuk lulus dalam peperiksaan.

Penutup

Kesimpulannya, guru-guru yang mengajar murid-murid yang lemah memang berhadapan dengan cabaran yang
hebat. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah bersemangat dan bermotivasi tinggi semasa berada di dalam
kelas untuk menggalakkan murid-murid bersemangat dan bermotivasi semasa belajar. Selain itu elakkan sikap
mengajar murid cuma setakat menjalankan tugas semata-mata. Dengan perkataan lain, guru-guru mesti
memilikikomitmen yang tinggi terhadap murid dan sanggup membuat kerja lebih demi membantu murid. Di
samping itu, anggaplah masalah yang dihadapi di dalam kelas itu sebagai cabaran dan peluang untuk
memberikan sumbangan dan bukannya masalah atau halangan. Jangan lupa bahawa kerja itu juga sebagai
ibadah dengan syarat kerja itu dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Perlu diingat bahawa
mendidik murid juga merupakan satu perjuangan, sama seperti berjuang di medan jihad. Diharapkan usaha kita
diberkati dan mendapat hasil seperti yang diharapkan iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang mengikut kemampuan masing-masing.
Oleh; Cikgu Mohd Khir Kassim
Posted by Cikgu Mohd Khir Kassim at 3:42 AM
Labels: guru
8 comments:

Cikgu Mohd Sa'ad said...
Aslkm. Rencana cikgu amat menarik dan memotivasikan diri saya untuk memberi tunjuk ajar yang
berkesan dan inovatif khususnya kepada kelas yang lemah. Sehubungan itu izinkan saya 'copy'
rencana cikgu untuk saya sebarkan idea cikgu melalui blog saya. Tak lupa saya akan credit nama
dan blog cikgu. Terima kasih.
June 3, 2009 at 9:34 AM

Mohd Khir Kassim said...
Waalaikumussalam Cikgu Mohd Sa'ad. Terima kasih kerana melayari blog saya ini dan sila
gunakan bahan yang dirasakan bermanfaat untuk cikgu dan rakan-rakan guru yang lain. Kita
memang perlu berkongsi ilmu dan pengalaman. Terima kasih.


APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA:
KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PELAKSANAAN P&P
BAHASA MELAYU MELALUI TMK DAN CARA-CARA MENGATASINYA.

Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah
pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini
kerana mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan
kemahiran bahasa pelajar. Namun begitu guru Bahasa Melayu menghadapi
beberapa masalah dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran menggunakan
komputer .
Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Encik Yahya Othman,Phd dan .En
Roslan Baki Phd dari Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan,
UPM menunjukkan guru menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan
komputer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Namun
begitu kursus yang berkaitan dengan penyediaan bahan pengajaran multimedia,
penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian.
Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak
positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Namun kekangan utama yang
dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah
guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran manakala pelajar
pula kurang berminat dalam pembelajaran.

PENGENALAN
Dalam memperkatakan teknologi dalam pendidikan, terdapat beberapa isu
yang sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan komputer. Pengajaran
menjadi tidak berkesan kerana kurangnya persediaan guru untuk membangunkan
pengajaran yang berbantukan komputer.. Inilah kekangan yang paling ketara.

Di samping itu terdapat juga permasalahan dari segi hardware untuk perisian
kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh
komuniti yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah .
Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang
kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang
dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran . Masalah tersebut
termasuklah penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis.
Pada tahap yang lebih tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami
teks yang dibaca dengan sempurna.

Di samping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga
masih lagi perlu diberi perhatian untuk memastikan objektif pengajaran BM tercapai.
Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran BM dilihat
sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan
yang dihadapi. Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan
komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap
pembelajaran BM.

Guru BM sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan
dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat
kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan
pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan
pengajaran lebih berpusatkan pelajar.

Konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer (PBBK)
Sebagai guru BM, kita sepatutnya memahami konsep penggunaan komputer d
idalam bilik darjah. Antara beberapa kelebihannya:
Pelajar boleh mempelajari bahasa menggunakan komputer tanpa kehadiran guru.
Pelajar mempelajari aspek bahasa (contohnya, tatabahasa) dengan
menggunakan komputer.
Pelajar menggunakan enjin pencari (sepertigoogle) untuk mencari fakta ketika
menulis karangan.
Pengajaran bahasa menggunakan projektor LCD sebagai alat bantu mengajar.
Pelajar mempelajari cara menulis karangan atau surat dengan menggunakan
pemprosesan perkataan (microsoft word)
Pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian pembelajaran yang
terdapat di dalam CD.
Pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer.

Pada dasarnya, PBBK dilaksanakan dimana pelajar berinteraksi dengan bahan
yang tersedia di dalam komputer dengan bantuan guru. Selain itu pelajar
mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di
dalam CD. Pemilihan konsep ini dilihat signifikan apabila guru menggunakan CD
pembelajaran yang terdapat di pasaran bagi membantunya mengajar. Pelajar dapat
mempelajari bahasa dengan mengikuti bahan pembelajaran yang terdapat di dalam
CD dan guru melakukan pemantauan pembelajaran.
Konsep ketiga yang menjadi pilihan guru ialah pelajar menggunakan
enjin pencari (seperti google) untuk mencari fakta ketika menulis karangan. Hal ini
bermakna, guru memikirkan PBBK perlu dikaitkan dengan penggunaan
internet yang banyak memberikan maklumat kepada pelajar terutama ketika
menguasai kemahiran bahasa seperti menulis karangan. Selain penggunaan
projektor LCD, penggunaan bahan bantu elektronik yang lain juga mampu
meningkatkan minat dan pemahaman pelajar.
Konsep yang dianggap kurang dipersetujui bagi pentafsiran PBBK ialah
pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer . Ini
kerana tiada guru yang dapat membimbing pelajar apabila wujud masalah
pembelajaran.

Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa
Tahap penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah rendah
kerana guru tidak selesa mengajarkan bahasa dengan menggunakan komputer.
Dari segi perisian pengajaran pula terlalu sedikit pengetahuan tentang
penggunaannya.

Manakala dari segi penggunaan internet, terlalu banyak kekanganketika
melayarinya, dan ini mengakibatkan mereka kurang menggunakan bahan tersebut di
dalam pengajaran. Mungkin terdapat faktor lain yang menjadikan mereka kurang
menggunakan internet dengan masalah pendedahan dan kemudahan yang
disediakan di sekolah.
Aspek minat juga mempengaruhi guru dalam pengajarannya. Guru berminat
menggunakan komputer tetapi tidak mempunyai banyak masa untuk
menyediakannya. Mereka juga kurang berpeluang untuk diberikan pendedahan
berkaitan penghasilan
bahan perisian komputer.

Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran.

Penggunaan komputer dalam pengajaran BM terhad kepada kemahiran membaca
sahaja dan tidak begitu sesuai dalam mengajarkan karangan .Dalam hal ini, untuk
mendapatkan kesan yang baik, guru perlu kreatif dalam pengajaran berbantukan
komputer .Dari segi kemahiran menggunakan perisian komputer yang berkaitan
dengan pembelajaran, kebanyakan guru tidak menguasainya dengan baik.

Masalah ini juga wujud dalam hal menggunakan multimedia dalam pengajaran .
Di samping itu, terdapat kecenderungan menggunakan komputer hanya
untuk urusan berkaitan pengurusan sahaja.

Tahap Penguasaan Penggunaan Komputer

Aplikasi komputer yang paling dikuasai oleh guru ialah Microsoft Word. Manakala
kemahiran lain yang dikuasai ialah Microsoft Excel ,Microsoft power point , Internet
dan microsoft Access sahaja. Bagi kemahiran multimedia dan pembinaan laman
dianggap penguasaan yang lemah. Ini menggambarkan guru tidak menguasai
aspek yang dianggap penting terutama yang berkaitan penyediaan bahan
pengajaran yang memerlukan penggunaan elemen multimedia. Pembinaan laman
web yang dianggap kurang memberi manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran
juga perlu diberikan perhatian terutamanya bagi memastikan pelajar berfikiran lebih
kreatif lagi.

Kesan aplikasi komputer terhadap pelajar
Walau bagaimanapun, pelajar yang pandai lebih berminat dalam pengajaran
apabila guru menggunakan komputer di dalam pengajarannya . Bagi pelajar yang
lemah, mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa walaupun
guru menggunakan komputer.

Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih
menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih
kepada pelajar .Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam
pengajaran


Kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran bahasa berbantukan komputer
Terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan
komputer dalam pengajaran BM. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam
mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan .
Guru
juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak
masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan . Pelajar juga kurang berminat
menggunakan komputer dalam pengajaran BM. Komputer yang digunakan di
sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi .

Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer
yang tidak cekap di sekolah . Masalah bilik komputer juga sering mengganggu
kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru BM yang tidak
dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar
lain.

Pihak pentadbir sekolah bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan
kerana mereka memberi galakan kepada guru agar mengunakan komputer dalam
pengajaran.


Cadangan untuk mengatasi masalah
Terdapat beberapa cadangan yang diberikan untuk mengatasi masalah dalam
meningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran BM seperti :
Wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam PPD.
Sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini.
Wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran.
Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang mendapat dorongan daripada
pentadbir.
Memberikan lebih dorongan kepada pelajar agar meminati komputer.
Semua guru BM perlu diberikan pendedahan aplikasi komputer.


RUMUSAN
Isu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada
pentingnya pengajaran berbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran BM. Antara rumusan:

Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar
pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada
mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap
konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu ada di
dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan
pembelajaran.

Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan
pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada
pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru
BM .Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan
perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya
diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam
menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan.

Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan
perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.
Kursus komputer telah dihadiri oleh kebanyakan guru BM. Untuk menjamin
keberkesanan penggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan
dengan pembinaan bahan pembelajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan
untuk tujuan tersebut.

Penggunaan komputer dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam
talian mampu menarik perhatian pelajar. Kesan penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran BM juga didapati positif kerana penggunaan komputer
dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM. P enggunaan
komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap
pencapaian pelajar.

Kekangan yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran
berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan pelajar yang pelbagai
kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk
membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap
pengajaran. Faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan
bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang
sering dihadapi.
Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam
menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu
dilakukan secara profesional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi
dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran
sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran.
Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan
komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi
dalam mata pelajaran yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam
sesuatu tajuk .
Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari
segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran .Walaupun
demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan
penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan.

Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi
keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan
dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif menggalakkan
penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai
dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.
Sekiranya semua kekangan atau masalah tersebut diatasi dengan segera sudah
pasti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menjadi lebih menarik dan akan
lebih efisien.
RUJUKAN
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, .


MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DALAM
KALANGAN MURID TAHUN TIGA BESTARI

SITI SAADIAH BINTI OSMAN
(Bekas pelajar PISMP (BM) IPG Kampus Kota Bharu. Ini ringkasan kajian di bawah
penyeliaan Encik Azaha Ibrahim dan Encik Maniyamin Ibrahim)


1.0 PENGENALAN
Kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai oleh murid murid. Penguasaan yang
baik dalam kemahiran menulis ini membolehkan murid murid melahirkan idea dan
pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan. Kemahiran menulis yang baik juga
dipengaruhi oleh penguasaan aspek tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek
tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas.
Salah satu daripadanya ialah aspek tanda baca. Murid murid memandang remeh terhadap
aspek tanda baca. Walhal, tanpa mereka sedari, aspek tanda baca mempengaruhi markah bagi
peperiksaan mereka terutama pada bahagian penulisan karangan. Saya telah mengenal pasti
kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah dalam segi penggunaan huruf besar dalam
penulisan ayat. . Oleh yang demikian, saya akan menjalankan satu penyelidikan dalam salah
satu aspek masalah yang sering dilakukan oleh murid murid iaitu dalam aspek tatabahasa.
Kesalahan yang dimaksudkan ialah dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat.
Murid murid mengambil sikap sambil lewa terhadap kesalahan ini. Mereka tidak
menggunakan huruf besar pada tempat yang betul. Sebagai contohnya, pada permulaan ayat,
pada awal kata nama khas dan sebagainya. Penyelidikan ini dijalankan terhadap murid
murid kelas 3 Bestari yang dikenal pasti berdasarkan ujian yang dirancangkan. Saya ingin
meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan huruf besar ini supaya kesalahan ini tidak
menjejaskan markah peperiksaan murid.


2.0 FOKUS KAJIAN
Saya mengajar di kelas 3 Bestari yang terdiri daripada 44 orang murid yang tidak banyak
masalah pembelajaran disebabkan mereka merupakan murid murid yang pandai dan berada
di kelas yang pertama bagi tahap itu. Semasa menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, saya mendapati kebanyakan murid melakukan kesilapan dalam
penulisan huruf besar, sama ada dalam menulis perkataan, ayat mahupun karangan pada
tempat yang sepatutnya. Oleh yang demikian, kajian ini difokuskan kepada meningkatkan
penguasaan penggunaan huruf besar dalam kalangan murid ini .

Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh murid disebabkan
murid keliru dalam aspek penggunaan huruf besar serta keliru dengan konsep penggunaan
kata nama am dan kata nama khas . Oleh itu saya telah melaksanakan teknik pengajaran
berkumpulan, teknik warna dan latih tubi bagi mengatasi masalah murid.

Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan teknik dan
strategi yang sesuai. Ini berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan oleh saya terhadap
masalah penggunaan huruf besar yang pernah dilakukan oleh pengkaji terdahulu antaranya
Zailan (2005), Meimon (2009), Noraini (2009), Madihah (2005), Zaridah (2006), Abdul
Karim@ Husaini (2003), Senua@Senia Chundi (2003) dan Mahmud (2003).

Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar iaitu di Sekolah
Kebangsaan Islah. Walaupun banyak kajian telah dilakukan di tempat lain, namun masih
belum ada kajian tentang masalah penggunaan huruf besar dilakukan di sekolah ini. Maka
wajarlah kajian ini dilakukan bagi meningkatkan Kemahiran Penguasaan Penggunaan Huruf
Besar Dalam Kalangan murid Tahun Tiga Bestari ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk (a) meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar
dalam kalangan murid dalam kalangan murid Tahun Tiga Bestari; (b) menilai keberkesanan
teknik warna dan latih tubi bagi mengatasi masalah penggunaan huruf besar yang betul dalam
penulisan ayat murid Tahun Tiga Bestari; dan (c) Mengukur perubahan pencapaian murid
dalam penggunaan huruf besar.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Islah yang terletak di kawasan bandar
Kota Bharu. Kajian yang dijalankan oleh saya ini adalah terhadap murid Tahun Tiga Bestari.
Kelas ini merupakan kelas yang pertama bagi tahun tiga di sekolah ini. Murid murid dalam
kelas ini terdiri daripada 44 orang iaitu 14 lelaki dan 30 perempuan. Saya telah menjalankan
ujian diagnostik ke atas 44 orang murid ini bagi mengenal pasti responden yang bermasalah.
Hasil ujian diagnostik ini dianalisis dan seramai tujuh orang murid telah dijadikan responden
kajian.

5.0 TINDAKAN
5.1 Tinjauan Masalah
Dalam peringkat tinjauan masalah ini saya telah membuat pemerhatian terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. saya mendapati murid murid
mengalami masalah dalam penulisan ayat. Kesalahan yang dilakukan adalah dalam aspek
penulisan huruf besar. Saya turut melihat rekod murid, buku latihan dan markah ujian
bulanan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan permasalahan yang dikenal pasti.
Selain itu, saya turut berbual bersama guru kelas dan guru yang mengajar mata pelajaran
bahasa Melayu di kelas tersebut.

5.2 Pelaksanaan Tindakan

5.2.1 Sesi pengajaran berkumpulan
Saya menerangkan konsep kata nama khas dan kata nama am kepada responden. Saya telah
meminta responden mengkategorikan kata nama khas dan kata nama am berdasarkan petikan
yang telah diberikan. Selain itu, dalam strategi ini juga saya telah menerangkan konsep kata
nama khas mengikut kategori masing masing dan meminta responden mengklasifikasikan
kata nama khas mengikut kumpulannya.

5.2.2 Menulis setiap huruf besar dengan menggunakan pensel warna
Saya telah menggunakan teknik warna ini dalam latih tubi yang diberikan kepada responden.
Disebabkan setiap responden mempunyai masalah yang berbeza dalam aspek penggunaan
huruf besar ini, saya telah menyediakan latihan yang berbeza bagi setiap responden mengikut
permasalahan yang dihadapi. Responden perlu menggunakan pensel warna dalam setiap
huruf besar yang terdapat dalam ayat. Item latihan adalah seperti berikut :

1. Membaca ayat yang diberi tanpa penggunaan huruf besar.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar pada tempat yang betul
menggunakan pensel warna.

Dalam situasi ini,responden menulis setiap huruf besar dengan menggunakan pensel warna
melalui latih tubi. Setiap permulaan huruf sama ada dalam perkataan atau ayat yang berhuruf
besar perlu ditulis dengan menggunakan pensel berwarna. Ini bagi membantu daya ingatan
responden terhadap penggunaan huruf besar melalui teknik warna.

5.2.3 Mengenal pasti kata nama khas dalam teks yang dibaca.
Saya telah menjalankan strategi yang ketiga iaitu mengenalpasti kata nama khas yang
terdapat dalam petikan yang dibaca. Saya telah mengedarkan surat khabar kepada responden
dan ketujuh tujuh orang responden diminta mengenal pasti kata nama khas yang terdapat
dalam petikan akhbar yang dipilih oleh mereka. Saya juga telah menggunakan teknik bacaan
buku cerita binatang bagi responden yang mengalami masalah dalam penggunaan huruf besar
dalam Kata Nama khas Haiwan. Saya meminta responden membaca buku cerita binatang
yang terdapat dalam pusat sumber sekolah dan seterusnya mengenal pasti dan menyenaraikan
Kata Nama Khas Haiwan yang terdapat dalan cerita binatang tersebut.

Saya juga menjalankan teknik bimbingan dalam membantu responden mengatasi masalah
yang dihadapi oleh mereka. Aktiviti ini dijalankan sekali dalam tempoh kajian. Teknik
bimbingan ini dapat mendekatkan diri saya dengan responden dan memudahkan proses
peneguhan dan penambahbaikan dilakukan. Aktiviti yang dijalankan adalah :

1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.
2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai
menggunakan warna.

6.0 DAPATAN KAJIAN
Saya telah menjalankan ujian pra dan ujian pos ke atas responden yang terlibat. Perbandingan
markah bagi ujian pra dan pos mengikut kategori permasalahan adalah seperti di bawah :


BIL NAMA UJIAN PRA UJIAN POS
KT
( % )
KB
( % )

KH
( % )
KHR
( % )
KT
( % )

KB
( % )

KH
( % )

KHR
( % )

1

2

3

4

5

6

7
Muhamad Syazwan bin Mustapha

Wan Muhammad Afif bin Wan
Maizudin

Iryani Akmal binti Ahmad Bakri

Nur Afrina Shazleen binti Muhamad
Shahidi

Nur Damia Batrisyia binti Zulkalnain

Nur Shahnaz binti Muhd Affendy

Sharifah Musyaibah binti Syed Kamal
-

65

-

60

65

-

-
45

-

-

65

-

30

25
65

50

60

-

65

-

-
40

-

50

-

-

-

-
-

90

-

95

95

-

-
100

-

-

85

-

90

85
90

90

85

-

95

-

-
95

-

95

-

-

-

-
PETUNJUK
KT Kata Nama Khas Tempat
KB Kata Nama Khas Benda
KH Kata Nama Khas Haiwan
KHR Kata Nama Khas Hari

Setiap responden kajian mengalami masalah yang berbeza dalam aspek penggunaan huruf
besar ini. Tiga orang responden mengalami masalah dalam penulisan kata nama khas tempat.
Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan pencapaian mereka dengan perbezaan min
sebanyak 30 markah. Manakala terdapat empat orang responden mengalami masalah dalam
menulis kata nama khas benda. Peningkatan markah yang diperoleh mereka pada ujian pos
menunjukkan bahawa objektif kajian adalah tercapai. Ini dibuktikan dengan perbezaan min
markah bagi ujian pra dan pos kata nama khas benda ini iaitu sebanyak 48.75 markah.
Seterusnya, empat orang responden juga mengalami masalah dalam menulis kata nama khas
haiwan. Namun, selepas analisis ujian pos dibuat, saya mendapati berlaku peningkatan
pencapaian pada keempat empat responden ini. Perbezaan min markah ujian pra dan ujian
pos kata nama khas haiwan ini adalah sebanyak 30 markah. Analisis yang dibuat terhadap
dua responden yang mengalami masalah dalam menulis kata nama khas hari juga telah
menunjukkan peningkatan dan dibuktikan dengan perbezaan min markah sebanyak 50
markah.

7.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya
jalankan ke atas semua responden. Saya mendapati bahawa ketujuh tujuh responden
menunjukkan peningkatan pencapaian mereka dalam pasca ujian berbanding pra ujian.
Perkara ini membuktikan bahawa kajian untuk meningkatkan penguasaan penggunaan dalam
kalangan murid ini telah berjaya dilaksanakan.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
penggunaan huruf besar ini maka saya bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap
aspek tanda baca dan ejaan. Saya turut bercadang untuk melakukan kajian ini terhadap semua
murid tahun tiga di sekolah ini.

9.0 RUJUKAN
Abdul Kadir Bin Hj Amin. ( 1996 ). Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pendidikan Bahasa. Jurnal
Kajian Pendidikan Guru Bilangan 2 1996 ( Februari ). Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya dalam
Aspek Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khususserta Bimbingan Rakan Sebaya.
Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-
Betong.
Esa Bin Awang dan Md. Hatta Md.Nor. ( 2003 ). Tahap Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu
di Kalangan Guru Pelatih KDPM di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor
Bharu. Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.
Hasnalee Bin Tubah. ( 2008 ). Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca dan Menulis dalam
Kalangan Murid KIA2M. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2008 Institit Pendidikan Tun Abdul
Razak, Kota Samarahan Sarawak.
Semya Chundi. ( 2003 ). Menangani Masalah Mengenal dan Menyebut Huruf Besar Seorang
Murid Tahun 4 dengan Pendekatan Latih Tubi. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003.
Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.
Siti Zainab bt Haji Md Saman. ( 2003 ). Jadual Formula Warna Kaedah untuk Menerangkan
Fakta. Penyelidikan Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian
Pelajaran Malaysia.


Pengaruh Bahasa Ibunda Dalam Proses
Pembelajaran Bahasa Melayu Murid-Murid India

Suthanthiradevi A/P J.N.J.Money
Master Sains
Jabatan Pengajian Melayu,
ABSTRACT
This study seeks to find out the the effects of mother-tongue otherwise referred to
as L1 intterference in the process of learning Malay- otherwise referred to as L2 among
Indian students in Buntung, Perak. Research conducted made use of students written
composition, produced in a formal classroom learning situation, their oral communication in
BM and answers to a questionnaire given at the end of the study.
Results of the content analysis on the subjects written compositions produced in a
formal class-learning situation indicates that vowel replacement in L2 is highly correlated
with similar lexical items prevalent in L1 interference is apparent in verb fronting and how
conjunctions such as language transfer also occurs at the semantic level, where meaning in
L1 is imposed on L2.
Analyses of subjects oral communication reveals frequent use of L1 glottal stops /?/
for many L2 root words and words with affixes. On the other hand, the phenomenon of code-
mixing in L1 and L2 is detected especially in the construction of interrogatives.
In an informal learning situation where data is collected by means of questionnaires,
it is noted that the most dominant element of MT extralinguistics interference is language
used everyday. Suggestions put forward in this study include the use of enrichment and
reinforcement activities in L2 .
Latar belakang Kajian
Matlamat kerajaan Malaysia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
sepenuhnya daripada peringkat pengajian dasar hingga ke peringkat pengajian
tinggi, jelas terlaksana secara menyeluruh mulai tahun 1983. Walaupun
penggunaan bahasa Melayu sudah begitu meluas di dalam dan di luar sekolah,
namun tanda-tanda menunjukkan bahawa sebahagian murid-murid di negara ini
masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka khususnya masyarakat bukan
Melayu.
Penyataan masalah
Daripada tinjauan awal yang dibuat oleh pengkaji di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJK(T)) Gunung Rapat, Ipoh di Daerah Kinta, memang terdapat berbagai-bagai masalah
dalam mempelajari bahasa Melayu oleh murid-murid berketurunan India. Antara masalah
yang timbul dan dapat dikesan secara am ialah murid-murid India menghadapi masalah
sebutan huruf r semasa pembelajaran bahasa Melayu. Didapati juga tidak semua guru
bahasa Melayu berminat untuk mengajar mata pelajaran tersebut di SJK(T).
Sehubungan dengan pengaruh bahasa ibunda bagi pembelajaran bahasa Melayu di
SJK(T) itu juga, suatu fenomena dapat dikesan. Murid-murid India menghadapi masalah
menggunakan vokal-vokal atau konsonan-konsonan tertentu bahasa Melayu yang agak asing
kepada mereka. Apabila kata-kata Melayu atau kata-kata pinjaman dari bahasa lain dituturkan
berlaku perubahan bunyi-bunyi vokal dan konsonan yang terhampir dengan bahasa Tamil.
Bahasa ibunda murid-murid India dirasakan mengganggu sebutan baku bahasa Melayu.
Pertukaran bunyi-bunyi tertentu mengakibatkan terjadinya proses penggantian
konsonan, proses penghilangan konsonan dan proses menambah bunyi hentian glottis.
Masalah percampuran kod (code mixing) antara bahasa Tamil dengan bahasa Melayu turut
membantutkan pembelajaran bahasa Melayu murid-murid India. Masalah ini berkait dengan
kemunculan unsur-unsur linguistik bahasa ibunda dari semasa ke semasa ketika murid-murid
berkenaan menggunakan bahasa Melayu.
Kelainan struktur ayat bahasa Tamil dengan bahasa Melayu turut mempengaruhi
proses pembelajaran bahasa murid-murid India. Kelainan-kelainan tersebut tertumpu kepada
Hukum DM (diterangkan-menerangkan) dalam kedudukan frasa nama dalam ayat. Binaan
ayat biasa (Subjek + Predikat) bahasa Melayu mengutamakan frasa nama pada awal ayat.
Manakala binaan ayat bahasa Tamil lebih mementingkan struktur Predikat + Subjek dengan
kedudukan frasa nama diletak ditengah atau di akhir ayat.
Objektif kajian
Kajian ini mengemukakan tiga objektif seperti yang berikut:
1. Untuk mengenal pasti pengaruh bahasa ibunda yang terdapat dalam penulisan
karangan bahasa Melayu murid-murid India.
2. Untuk mengenal pasti unsur-unsur linguistik bahasa ibunda yang terdapat dalam
pertuturan murid-murid India semasa mereka mempelajari bahasa Melayu di dalam
bilik darjah.
3. Untuk menentukan pemboleh ubah ekstralinguistik bahasa ibunda yang dominan di
kalangan murid India.
Soalan Kajian
Kajian ini akan cuba menjawab soalan-soalan yang berikut:
1. Sejauh manakah unsur-unsur linguistik bahasa ibunda (leksikal, makna kata,
imbuhan dan binaan ayat) mempengaruhi markah ujian karangan murid-
murid India?
2. Apakah unsur-unsur linguistik bahasa ibunda yang terdapat dalam
pertuturan percampuran kod bahasa Melayu-bahasa Tamil murid-murid
India?
3. Sejauh manakah perbezaan kekerapan pembolehubah-pembolehubah
mempengaruhi penggunaan bahasa harian, sikap dan pendedahan bahasa
murid-murid India itu?
Kepentingan kajian
Kajian ini penting kepada pihak Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian
Pendidikan, hasil kajian ini nanti difikirkan boleh dijadikan panduan untuk sebarang
perubahan kurikulum yang hendak dilakukan. Ia dapat dan mungkin boleh dijadikan sebagai
asas untuk mengadakan sebuah buku panduan atau rujukan untuk guru-guru bahasa yang
hendak mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di SJKT.
Kajian ini berfaedah untuk menjelaskan perbezaan struktur bahasa ibunda murid-murid
India dengan bahasa Melayu. Bidang bermasalah akibat perbezaan tersebut dapat diketahui
melalui perincian hasil penulisan murid-murid India. Maklumat daripada perincian itu dapat
membantu guru meramalkan masalah yang dihadapi oleh murid-muridnya. Selanjutnya guru
dapat melakukan kerja pembetulan latihan bahasa dengan lebih berkesan.
Kajian ini boleh menjadi panduan kepada guru-guru yang mengajar bahasa Melayu di
sekolah khususnya di SJKT. Juga menjadi panduan kepada Panitia mata pelajaran Bahasa
Melayu di sekolah. Pihak panitia boleh memikirkan cara mengintepretasi kandungan
kurikulum ke dalam bentuk yang sesuai dengan latar belakang murid-murid India.
Batasan kajian
Subjek kajian jenis deskriptif ini terbatas kepada murid-murid India yang
sedang belajar di SJKT Sg.Pari dan SJKT Methodist, Buntung, Ipoh, Perak Darul
Ridzuan. Mereka terdiri daripada murid-murid tahun enam sahaja.
Pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran bahasa Melayu yang
hendak dikaji dibataskan kepada dua unsur utama. Unsur pertama ialah unsur-
unsur linguistik yang merangkumi aspek leksikal, makna kata, imbuhan dan binaan
ayat dalam aspek penulisan dan pertuturan murid-murid India. Unsur kedua ialah
unsur-unsur ekstralinguistik yang merangkumi aspek penggunaan bahasa harian,
pendedahan bahasa dan sikap murid-murid India terhadap bahasa Melayu.
Definisi Operasional
1. Pengaruh bahasa ibunda
Unsur-unsur linguistik bahasa pertama (Tamil) yang diserap ke dalam penulisan atau
pertuturan bahasa Melayu. Unsur-unsur tersebut hadir dalam bentuk fonem, morfem,
semantik, frasa atau sintaksis.
Unsur-unsur ekstralinguistik bahasa pertama (Tamil) yang bersifat positif atau negatif
terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Unsur-unsur tersebut ialah penggunaan bahasa harian,
sikap dan pendedahan bahasa murid-murid India.
2. Bahasa Melayu
Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda etnik Melayu. Nama Bahasa Malaysia mula digunakan
secara meluas selepas 13 Mei 1969 untuk tujuan politik, iaitu untuk menanamkan perasaan
milik bersama terhadap bahasa itu di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Baru-
baru ini pada tahun 1992, nama bahasa Malaysia telah ditukar semula kepada bahasa Melayu.
3. Proses Pembelajaran Bahasa Melayu
Proses pembelajaran bahasa Melayu merujuk kegiatan memperoleh ilmu pengetahuan bahasa
Melayu. Dalam kajian ini, pengkaji akan menyentuh proses pembelajaran yang berlaku pada
struktur ayat dan pemilihan kata.
Dalam konteks kajian ini, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ini ialah
murid-murid India cuba memperolehi dan memanfaatkan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Tinjauan Literatur
Ringbow (1976:1-14) telah mengkaji tentang pengaruh bahasa ibunda
dalam proses mempelajari bahasa kedua. Kumpulan murid berbangsa Swedish dan
Finnish dijadikan subjek kajian. Dua kumpulan murid tersebut mempelajari bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua. Pada akhir kajian beliau mendapati murid-murid
Finnish kurang dipengaruhi pemindahan bahasa ibunda berbanding murid-murid
Swedish. Murid-murid Swedish hidup dalam masyarakat yang menggunakan
bahasa Sweden sebagai bahasa harian, manakala murid-murid Finnish hidup dalam
masyarakat multilingual. Ternyata Ringbom menghubungkan dapatannya dengan
faktor persekitaran bahasa murid-murid berkenaan. Beliau merumuskan bahawa
faktor persekitaran bahasa memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan
bahasa kedua.
Sikap mempelajari bahasa kedua pernah juga dikaji oleh Nguyen (1987:110-112).
Responden beliau ialah murid-murid Asia- Amerika. Mereka terdiri daripada murid-murid
Filipina, Cina, Jepun, Korea dan Vietnam. Kajian beliau dibahagikan kepada dua peringkat.
Di peringkat yang pertama beliau menggunakan soal selidik. Di peringkat kedua pula beliau
telah menjalankan satu kajian mikro ke atas murid-murid Cina.
Kajian peringkat pertama menunjukkan murid-murid Asia-Amerika tidak menyenangi
pembetulan kesalahan bahasa yang dilakukan secara langsung. Di samping itu, mereka
mempelajari bahasa Inggeris kerana dorongan motivasi instrumental. Mereka lebih berminat
mempelajari bahasa Inggeris secara berkelompok. Pembelajaran bahasa menggunakan cara
demikian boleh mengurangkan persaingan dan meningkatkan kerjasama antara mereka.
Di peringkat kedua kajian Nguyen (1987) telah membandingkan sikap murid-murid
Cina Kantonis terhadap bahasa ibunda dan bahasa keduanya. Beliau juga ingin mengenal
pasti kaedah pengajaran bacaan yang digunakan oleh murid-murid tersebut.
Beliau mendapati bahawa murid-murid yang bersikap bangga dengan bahasa ibunda mereka
lebih gemar menggunakan Kaedah Terjemahan. Bagi murid-murid yang tidak bersikap
demikian Kaedah Terus adalah lebih sesuai.
Persekitaran bahasa memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa
kedua seseorang murid. Keadaan sedemikian dialami juga oleh murid-murid
India. Persekitaran bahasa murid-murid tersebut masih didominasi oleh bahasa Tamil.
Bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa harian terutama dalam berkomunikasi dengan
individu atau kelompok daripada suku yang sama. Keamatan penggunaan bahasa ibunda ini
tidak hanya berlaku di luar sekolah. Pada masa pelajaran bahasa Melayu sedang diajar oleh
guru, penggunaan bahasa ibunda masih berleluasa (Farid M.Onn dan Ajid Che Kob, 1981).
Hal demikian terjadi kerana persepsi mereka tentang linguistik bahasa Tamil telah mantap
dalam sistem kognitif mereka. Persepsi murid tentang aspek semantik, leksikal dan idiom
bahasa ibunda mempengaruhi unsur-unsur linguistik dalam bahasa kedua (Kellerman, 1978;
Thomson dan Kuafman, 1990). Akibatnya daripadanya, apabila murid-murid menggunakan
bahasa Melayu akan berlaku kesalahan ke atas kosa kata bahasa Melayu tersebut (Alias
Shamsuddin, 1969; Abdul Hamid Mahmood, 1990).
Daripada kajian Abdul Hamid Mahmood ( 1990), terdapat contoh kesalahan kosa kata
bahasa Melayu yang dilakukan oleh murid-murid daripada pelbagai bangsa di Malaysia.
Beberapa kesalahan daripada contoh tersebut serupa dengan kesalahan yang sering dilakukan
oleh murid-murid India. Misalnya, kata /dadah/ menjadi /dada/, kata /besar/ menjadi /busar/
dan /seluar/ menjadi /silvaaru/.
Kesalahan perkataan-perkataan bagi contoh yang diberi itu terjadi kerana murid-
murid India selaku penutur-penutur natif bahasa Tamil tidak mempunyai cukup pengetahuan
tentang wacana medan makna bahasa Melayu (Jamaliah Mohd. Ali, 1990).
Sikap merasa bangga terhadap bahasa ibunda akan menjejaskan penguasaan bahasa
sasar jika sampai bahasa sasar diabaikan (Farid M.Onn dan Ajid Che Kob, 1981; Abdul
Hamid Mahmood, 1990). Murid-murid India sendiri merasa bangga dengan bahasa
ibundanya. Oleh itu mereka mempelajari bahasa Melayu kerana didorong oleh motivasi
instrumental. Murid-murid Melayu pula mempelajari bahasa Melayu kerana motivasi
integrative dan instrumental. Di sini tentulah terdapat jurang perbezaan penguasaan bahasa
Melayu antara murid-murid India dengan murid-murid Melayu.
Kaedah dan prosedur kajian
Teori Behaviorisme Bertujuan (Purposive Behaviorism) dijadikan kerangka teori
kajian ini. Teori tersebut diasaskan oleh Edward Chace Tolman (1886-1959).
Unsur-unsur utama dan jenis-jenis pembelajaran Teori Behaviorisme Bertujuan
disimpulkan dalam Rajah 1.
Kerangka konseptual kajian ini dibina berpandukan dua unsur utama dan tiga jenis
pembelajaran yang terkandung dalam teori Behaviorisme Bertujuan. Dua unsur utama teori
tersebut dikaitkan dengan pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar kajian ini. Tiga jenis
pembelajaran dalam teori tersebut pula dikaitkan dengan pembolehubah-pembolehubah
bersandar (lihat Rajah 2).
Seramai 180 murid dari dua buah sekolah dijadikan subjek kajian. Murid-murid tahun
enam dari SJKT Sg. Pari, Buntung seramai 131 orang dan SJKT Methodist, Buntung seramai
49 orang terdiri daripada kaum India. Umur mereka lebih kurang dua belas tahun.
Kaedah kajian ini berbentuk deskriptif dari jenis kajian kes. Penyelidik mengkaji
beberapa aspek pembolehubah persekitaran bahasa murid. Penekanan kajian kes adalah
kepada dua aspek. Pertama, pemahaman sebab murid-murid dipengaruhi bahasa ibundanya.
Kedua, cara pengaruh bahasa ibunda wujud dalam penulisan dan pertuturan bahasa Melayu
murid. Bagi aspek pertama penyelidik menggunakan Kaedah Tinjauan (soal selidik). Aspek
kedua (penulisan) penyelidik menggunakan Kaedah Analisis Kandungan. Aspek kedua
(pertuturan) dikaji berdasarkan pemerhatian. Beberapa set perbualan murid-murid dan
pengajaran guru bahasa Melayu telah dirakam dan dianalisis. Pengkaji juga ada membuat
penelitian turut serta di dalam kelas bahasa Melayu.
Sebagai kesimpulan, dikemukakan Model Kajian Kes yang merangkumi fenomena
yang dikaji, teori pembelajaran, objektif, subjek kajian, pengumpulan data, dan analisis data
(lihat rajah 3).
Dapatan kajian
Dapatan tentang pengaruh bahasa ibunda dibincangkan mengikut tiga tajuk
kecil.
1. Unsur-unsur linguistik bahasa ibunda dalam penulisan
Aspek leksikal merupakan aspek bahasa Melayu yang paling banyak
menerima pengaruh bahasa ibunda murid-murid India. Pengaruh tersebut terdapat
145 patah perkataan bersamaan 74.36%. Pengaruh tersebut merangkumi proses
penggantian, penambahan dan penghilangan fonem-fonem bahasa Melayu. Proses
penggantian fonem vokal bahasa Melayu paling kerap berlaku dalam karangan
bahasa Melayu murid-murid India. Contohnya:
a. Penggantian /e/ kepada /a/

cerita menjadi carita
kepada menjadi kapada
b. Penggantian /a/ kepada /o/
sangat menjadi songat
nama menjadi namo
c. Penggantian /e/ kepada /i/
terima menjadi tirima
rehat menjadi rihat
d. Penggantian /u/ kepada /o/
puku menjadi pukol
untuk menjadi untok
e. Penggantian /i/ kepada /e/
habis menjadi habes
pilihan menjadi pilehan
Terdapat tujuh proses penggantian fonem konsonan, iaitu:
a. Penggantian konsonan /b/ kepada /p/
bandar menjadi pandar
b. Penggantian konsonan /p/ kepada /b/
pecah menjadi bicah
c. Penggantian konsonan /f/ kepada konsonan asli /p/
faedah menjadi paedah
d. Penggantian /g/ kepada /k/
bagus menjadi bakus
e. Penggantian /k/ kepada /h/
awak menjadi awah
f. Penggantian /w/ kepada /v/
kawan menjadi kavan
g. Penggantian konsonan /n/ kepada konsonan /m/
tanpa menjadi tampa
Proses penambahan fonem juga berlaku.
a. Penambahan vokal depan rendah /a/
harga menjadi haraga
b. Penambahan konsonan /h/
meja menjadi mejah
jumpa menjadi jumpah
c. Penambahan konsonan /w/
semua menjadi semuwa
Proses penghilangan juga berlaku
a. Penghilangan vokal tengah agak tinggi /e/
terima menjadi trima
b. Penghilangan vokal /a/
soalan menjadi solan
c. Penghilangan konsonan /h/
sekolah menjadi skola
d. Penghilangan konsonan /k/
tak mahu menjadi tamau
e. Penghilangan konsonan /g/
menggunakan menjadi mengunakan
f. Penghilangan konsonan /r/
besar menjadi besa
Proses Pemindahan Bahasa Ibunda
Dua perkataan bahasa Tamil digunakan dalam penulisan karangan bahasa
Melayu. Perkataan-perkataan itu adalah:
/kaasi/ kasi wang
/maata/ mata polis
Sewaktu murid-murid India berinteraksi sesama mereka terdapat fenomena percampuran kod
bahasa Melayu-Tamil. Fenomena tersebut berlaku di peringkat penghasilan ayat. Ayat
penyata paling banyak menghasilkan percampuran kod Melayu-Tamil.Contoh:
1. Saya sura ada tulis.
(Saya ada menulis surat)
2. Itu vakkul suda peno.
(Bakul itu sudah penuh)
3. Dia kooli kerja ada buat
Dia membuat kerja buruh (kuli)
Secara keseluruhan murid-murid bersikap positif terhadap penggunaan bahasa Melayu. Oleh
yang demikian jangkaan mereka terhadap bahasa tersebut turut menjadi positif. Unsur
ekstralinguistik iaitu pendedahan bahasa murid bertindak secara bawah sedar ke atas
Pembelajaran Terpendam.
Berdasarkan data-data yang diperolehi, ketiga-tiga soalan kajian itu dapat jawapannya.
Unsur-unsur linguistik bahasa ibunda yang terdiri daripada leksikal, makna kata, imbuhan
dan binaan ayat memang ada mempengaruhi markah karangan bahasa Melayu murid-murid
India walaupun dalam peratus yang berbeza-beza.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa unsur-unsur linguistik bahasa ibunda
memang terdapat di dalam pertuturan percampuran kod bahasa Melayu-bahasa Tamil murid-
murid India.
Juga didapati ada pembolehubah ekstralinguistik bahasa ibunda yang dominan di
kalangan murid India. Ia terdiri daripada penggunaan bahasa harian, sikap dan pendedahan
bahasa murid-murid India itu. Kekerapan pembolehubah-pembolehubah itu berbeza-beza.
Ringkasan kajian
Dalam penulisan bahasa Melayu, aspek yang paling banyak menerima pengaruh
bahasa ibunda ialah leksikal. Pengaruh itu dikesan melalui proses penggantian, proses
penambahan dan proses penghilangan fonem-fonem. Antara tiga proses tersebut, proses
penghilangan fonem vokal merupakan yang paling kerap berlaku. Aspek kedua yang paling
kerap dipengaruhi bahasa ibunda ialah aspek penambahan dan ketiga ialah penggantian.
Selain daripada itu, aspek binaan ayat yang mempengaruhi bahasa ibunda telah
dikenal pasti. Binaan-binaan ayat itu mengalami proses pendepanan; iaitu pendepanan kata
kerja, pendepanan kata kerja tunggal ada dan kata penekan juga, serta pendepanan kata
hubung gabungan dan. Pertuturan bahasa Melayu murid-murid India tidak terkecuali
daripada pengaruh bahasa ibunda khususnya pengaruh bunyi fonem vokal atau konsonan.
Pengaruh itu hadir dalam aspek leksikal dan ayat.
Berdasarkan keputusan kajian maka beberapa cadangan atau syor untuk membaiki
kelemahan mempelajari bahasa Melayu di kalangan murid India akan dikemukakan.
1. Kesalahan sebutan dan ejaan berlaku di kalangan murid India akibat daripada
pengaruh bahasa ibunda dengan cara penambahan, penghilangan dan penggantian
fonem-fonem pada perkataan-perkataan bahasa Melayu. Guru dapat mengatasi
masalah tersebut dengan menerangkan terlebih dahulu kepada murid-murid struktur
bunyi dan struktur kata sebenar bahasa Melayu sehingga murid-murid itu faham.
Penerangan dapat dilakukan dengan membandingkan struktur bunyi dan struktur kata
bahasa Melayu dengan bahasa Tamil. Guru juga boleh mengajar latihan menyebut
perkataan-perkataan bahasa Melayu dengan cara latih tubi. Apa yang jelas ialah
mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua memerlukan guru bahasa yang
mengetahui deskripsi bahasa Melayu juga deskripsi bahasa ibunda murid-murid.
Dengan pengetahuan tersebut guru lebih arif tentang keperihalan keadaan dua bahasa
itu.
2. Bagi mengatasi masalah penggunaan bahasa Melayu yang dipengaruhi bahasa
ibunda maka pembetulan kesilapan-kesilapan leksikal, morfologi, sintaksis dan
semantik hendaklah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Dalam keadaan tersebut,
teguran spontan perlu diberi oleh guru sekiranya didapati murid menyimpang
daripada fitur serta rumus bahasa Melayu baku. Guru dapat memberi pengayaan
bahasa kepada kumpulan pandai dan kumpulan lembab diberi pengukuhan bahasa.
3. Fenomena percampuran kod bahasa Melayu-Tamil di dalam bilik darjah boleh
dikurangkan. Langkah yang sesuai bagi mengatasi masalah ini ialah dengan
mengadakan perbincangan antara murid-murid dalam bahasa Melayu yang betul.
Langkah ini dapat dilakukan dengan cara mengintegrasikan murid-murid
menggunakan bahasa Melayu. Guru boleh membahagikan murid-murid yang kerap
dengan yang jarang menggunakan bahasa Melayu. Integrasi murid dilaksanakan
semasa perbincangan dalam kumpulan.Untuk menghidupkan suasana perbincangan
maka konsep pertandingan antara kumpulan boleh dijalankan. Guru boleh memberi
ganjaran dalam bentuk pujian, buku atau seumpamanya kepada kumpulan yang
menggunakan kurang percampuran kod. Cara ini dapat menggalakkan murid-murid
berbincang dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul tanpa percampuran kod.
4. Bagi mengatasi masalah murid yang tidak mempunyai cukup kosa kata bahasa
Melayu, penyelidik mencadangkan strategi pembelajaran mencari makna kata
berdasarkan kamus dan konteks klu. Strategi jenis ini sesuai untuk memantapkan kosa
bahasa Melayu murid-murid India. Dalam pengajarannya, guru hendaklah tidak
menekankan aturan-aturan tatabahasa terlebih dahulu. Penekanan patut ditumpukan
kepada struktur ayat yang menerbitkan makna, iaitu dengan melihat makna kata
dalam konteks ayat. Guru juga harus mengajar murid-murid untuk memahami makna
kata dalam konteks budaya, tajuk dan situasi. Dengan yang demikian murid-murid
dapat memahami makna kata dalam pelbagai konteks. Selanjutnya, murid-murid
dapat mengaitkan makna sesuatu kata dengan kata-kata sinonim lain dalam konteks
yang berbeza.
5. Boleh juga diadakan latihan bercerita dalam bahasa Melayu sebagai asas program
pendedahan bahasa. Latihan sedemikian dapat dilaksanakan dengan cara guru
menayangkan filem, video atau rakaman perbualan, cerita, lagu dan seumpamanya.
Sebagai kesimpulannya, penyelidik ingin mengajukan cadangan kepada bakal penyelidik.
Bakal penyelidik boleh menjalankan kajian jenis inferensi dengan menerapkan prosedur
kumpulan eksperimen ujian pra dan ujian pasca. Di samping itu, bakal penyelidik boleh
memajukan model percampuran kod yang telah diasaskan oleh Poplack (1980), Woolford
(1983) dan Bokamba (1988).
BIBLIOGRAFI
Abdul Hamid Ahmad (1988) Pengaruh Bahasa Sungai dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Malaysia Baku. Penulisan Ilmiah Bacelor Pendidikan (PBMP),
Universiti Pertanian Malaysia, Serdang.
Antonia,C. (1981) Problems of Learning English as a Second Language. Singapore:
Regional Language Centre.
Bialystok,E. and Frohlich, M.(1977) Aspects of Second Language Learning in Classroom
Settings. Working Papers on Bilingualism, No. 13. The Ontario Institute for Studies in
Education.
Clement,R.,Major,L.J.,Gardner,R.C., and Smythe, P.C.(1977) Attitudes and Motivation in
Second Language Acquisition, London: Longman.
Dulay, H.,Marina, B., and Stephen, K. (1982) Language Two.London: Oxford University
Press.
Farid, M.Onn., and Ajid Che Kob (1981) Pengaruh Bahasa Daerah dalam
Proses Pembelajaran Bahasa Malaysia di Kalangan Pelajar-pelajar Melayu,Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norainah Dani (1993) Pengaruh Bahasa Ibunda Dalam Proses Pembelajaran Bahasa
Melayu Pelajar-pelajar Dusun, Penulisan Ilmiah Master Sains, Fakulti Pengajian
Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang.
Woolford,E.(1983) Bilingual Code_Switching and Syntactic
Theory. Linguistic Inquiry, 14: 520-535.

You might also like