You are on page 1of 4

1

MINIT MESYUARAT
PENGURUSAN STAF PKG KUALA PEGANG
Bil. 12/2011

Tarikh : 15 Disember 2011
Hari : Khamis
Masa : 09.30 pagi
Tempat : Bilik Seroja,PKG Kuala Pegang

Kehadiran :

1. En Ramli b. Othman
Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Kuala Pegang

2. Encik Anuar b. Md Shahdin
Pegawai Teknologi Pendidikan 2, PKG Kuala Pegang

3. Encik Hafizol b. Md Akhir
Juruteknik Komputer, PKG Kuala Pegang

4. Pn Siti Aisah bt Mohd Rejab
Pembantu Tadbir, PKG Kuala Pegang

AGENDA 1: Aluan Pengerusi (En Ramli b. Othman)

1.1 Merakamkan ucapan syukur kehadrat Allah S.W.T dan terima kasih kepada
semua ahli mesyuarat yang hadir.Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul
kitab oleh semua ahli mesyuarat.

1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua staf kerana telah memberikan
kerjasama dalam audit yang dilakukan dan kemungkinan 2 tahun kemudian akan
diaudit semula.

1.3 Ucapan terima kasih dan selamat bertugas kepada Pn. Siti Aisah dan terima kasih
kepada En. Hafizol atas penangungan kerja tugas pembantu tadbir.
Tindakan: Makluman

AGENDA 2: Laporan Daripada Pihak Atasan

2.1 En Ramli bin Othman

2.1.1 Pn. Rosnah bt Saad
2.1.1.1 Hanya menyentuh mengenai audit di BTPN Kedah dan PKG sahaja.
2.1.1.2 Pada 20hb cuti akan dibekukan untuk semua staf BTPN dan PKG Kedah
untuk menandatangani Oopsyen SBPA.
Tindakan: Makluman
2

2.1.2 En Rafidi
2.1.2.1 Tatacara audit MS ISO 9001:2008 melalui penglihatan /pemantauan,rujuk
rekod dan melalui temubual.
2.1.2.2 Laporan audit secara keseluruhan adalah pada Mesyuarat Penutupan Audit
MS ISO 9001:2008.
Tindakan: Makluman

2.2 En Hafizol bin Md Akhir

1. Mesyuarat Petugas Kualiti Bil 3/2011

1.1 Pn. Rosnah bt Saad
1.1.1 Pada Mesyuarat Petugas Kualiti Bil 3/2011 di BTPN Kedah,pegawai
mestilah mahir dalam MS ISO dalam semua skop PKP.
1.1.2 Sebanyak 12 buah PKG akan terlibat dalam audit MS ISO 9001:2008.
Tindakan: Makluman

1.2 Pn Zabariah Yassin
1.2.1 Memaklumkan setiap pegawai perlu kemaskini data pengistiharan harta
yang dibuat 5 tahun sekali jika ada perubahan hendaklah mengambil
tindakan segera.
Tindakan: Makluman

1.3 Tn Hj.Khalid b. Mahmud
1.3.1 Memaklumkan unit kewangan di BTPN Kedah mendapat anugerah
cemerlang dalam bidang pengurusan.
Tindakan: Makluman

1.4 En. Meskor b. Tulka
1.4.1 Kad biru hendaklah dikemaskini oleh pegawai dan dihantar ke BTPN
Kedah.
Tindakan: Makluman

1.5 En Zahari b. Awang
1.5.1 Memaklumakan bahawa projek pembekalan MBMMBI ada syarikat
menyamar untuk pembekalan bahan ke sekolah sekolah. Mohon pihak
PK G membuat pemantauan secara menyeluruh kepada sekolah dalam
PKG masing- masing.
Tindakan: Makluman

2. Mesyuarat Kajian Semula MS ISO

2.1 Pn. Rosnah bt Saad
2.1.1 Ucapan tahniah kepada pemegang PKP-06 seluruh PKG Kedah
2.1.2 Red 2011 untuk tahun 2012 PKG akan pilh sendiri
2.1.3 20 buah sekolah dapat 5 bintang bagi IQPSS di negeri Kedah
3

2.1.4 Perhimpunan Bulanan JPN & BTPN Kedah akan diadakan pada Januari
2.1.5 Pemakaian dan penampilan semua staf BTPN dan PKG Kedah perlu
dijaga dan rapi

Tindakan: Makluman

2.2 En Zahari b. Awang
2.2.1 Audit MS ISO 9001:2008 akan dijalankan pada 11 15 /11/2011
sebanyak 12 buah PKG terlibat dan mohon kerjsama dari semua staf untuk
menjayakan audit tersebut.
Tindakan: Makluman

2.3 En Hilmi b Hashim
2.3.1 Memaklumkan semasa audit setiap PKG hendaklah mempunyai logo
SIRIM yang akan diedarkan oleh BTPN Kedah
2.3.2 Laporan pemantauan MS ISO hendaklah disahkan oleh BTPN Kedah.
2.3.3 Fail hendaklah dichopkan sah ialtu dokumen asal.
2.3.4 PKP-06 STS ada pindahan dalam proses kerja

Tindakan: Makluman

2.4 En Ahmad Dzaki b. Abd Rahman
2.4.1 Faill yang melebihi 100 dokumen hendaklah ditutup
2.4.2 Sebarang permohonan tuntutan perjalanan selewatnya 5hb setiap bulan.

Tindakan: Makluman

AGENDA 3: Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu

3.1 En Mohd Hafizol b. Md Akhir membentangkan minit mesyuarat yang lalu

3.2 En Anuar b. Md Shahdin mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan
disokong oleh En Mohd Hafizol b. Md Akhir.

AGENDA 4: Perkara Berbangkit dan Maklum Balas

4.1 Tiada perkara berbangkit dan maklum balas

AGENDA 5: Laporan Oleh Staf PTP1,PTP2, FT17 & N17

5.1 En Anuar b. Md Shahdin (PTP2)
5.1.1 Projek Gutter telah siap dilaksanakan oleh syarikat dan tiada sebarang
masalah.
5.1.2 Penyelenggaran LCD PKG yang rosak oleh Syarikat Nur Kamal tidak
dapat dibuat dan dihantar kembali.
Tindakan: Makluman
4


5.2 En. Mohd Hafizol bin Md Akhir (FT17)
5.2.1 Memaklumkan gambar KPP BTPN Kedah baru Pn. Rosnah hendaklah
memaparkan gambar beliau di PKG seluruh negeri Kedah.
Tindakan: Makluman

5.3 Pn Siti Aisah bt Mohd Rejab (N17)
5.3.1 Memaklumkan bahawa pada 27/11/2012 telah kembali bertugas setalah 3
bulan cuti bersalin dan mengucapkan terima kasih kepada En Hafizol yang
menanggung tugas tugas pentadbiran di pejabat.
Tindakan: Makluman

AGENDA 6: Hal-hal lain.


6.1 Surat laporan penggantian dan pembekalan komputer hendaklah diisi ikut
borang terutamanya SMK Jerai dan SM An- Najjah.

6.2 En. Ramli bin Othaman mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen
dan kehadiran staf PKG dalam mesyuarat staf


Mesyuarat ditangguhkan jam 12.30 tengah hari.


Dicatat oleh : Disemak oleh:





(SITI AISAH BT MOHD REJAB) (RAMLI BIN OTHMAN)
Pembantu Tadbir N17 PegawaiTeknologi Pendidikan 1
PKG Kuala Pegang PKG Kuala Pegang

You might also like