You are on page 1of 3

Keju

Keju tinggi dengan kalori dan lemak? Benar.. akan tetapi, terdapat juga kelebihan yang
terdapat disebaliknya. Pastikan kita membicarakan tentang keju yang berkualiti tinggi dan
bukannya yang terdapat di dalam pizza dan sebagainya.
Pengambilan produk tenusu dalam pemakanan harian anda dapat membantu mengurangkan
risiko penyakit jantung dan kencing manis. Selain daripada itu, kajian juga mendapati ia dapat
membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Keju adalah tinggi dalam protein dan
merupakan sumber kalsium yang terbaik.
2. Kopi
Minuman yang membuatkan hampir ramai yang ketagih dengan sifat semulajadi bahan kopi
ini memberikan kesan negatif kepada sesetengah individu seperti menyebabkan kebimbangan,
kegelisahan, keresahan, insomnia, sakit kepala, berdebar-debar jantung dan sebagainya.
Harus ditekankan disini, kopi adalah sumber tenaga yang baik. Akan tetapi, hadkan
pengambilan dan menjaga kualiti minuman tersebut dimana elakkan meletakkan gula
berlebihan dan tidak mencampurkannya ia dengan susu pekat manis. Amalkan meminum kopi
kosong yang sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan yang tidak kita ketahui. Kopi dapat
meningkatkan mood, masa reaksi, ingatan, kewaspadaan dan fungsi kognitif umum. Selain
daripada itu, ia boleh membantu anda membakar lemak dengan merangsang sistem saraf pusat
anda, dan meningkatkan metabolisme anda. Akhir sekali, ia juga dapat meningkatkan jangka
hayat anda.
Durian
Pasti ramai yang kurang gemar dengan bau yang kurang menyenangkan dari Raja Buah ini.
Akan tetapi, ada juga yang gilakan rasa lemak yang dirasai ketika makan buah ini.
Buah yang tinggi lemak dan tinggi dengan kalori? Benar akan tetapi pengambilan yang tidak
melebihi kalori harian bukanlah penyebab untuk kita terlepas dari mendapatkan kebaikan dari
Raja Buah ini. Durian adalah tinggi dengan nilai seratnya. Ia juga mengandungi vitamin C,
Vitamin B6, dan folat. Ia juga tinggi dengan potassium dimana ia dapat membantu mengawal
kadar jantung dan tekanan darah.
4. Tiram
Bau yang kurang enak serta rasa yang kurang menyenangkan dari hasil laut ini membuatkan
sesetengah orang kurang gemar untuk menikmatinya. Akan tetapi, hasil laut ini juga tidak
kurang hebatnya dari segi kelebihan dan sumbangan vitaminnya. Tiram tinggi dengan sumber
zinc dimana ia merupakan sumber mineral penting untuk pengeluaran sperma dan kesihatan
seksual lelaki dan meningkatkan hormon seks.
Selain daripada itu, ia tinggi dengan sumber protein tanpa lemak serta tinggi dengan Omega-
3, magnesium dan vitamin-E dimana dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan
keradangan. Seterusnya, ia mengandungi antiviral yang didapati menghalang tumor daripada
membentuk dalam tempoh masa yang panjang.
5. Daging Merah
Sesetengah orang ada yang kurang gemar makanan ini. Ada yang mengatakan ianya makanan
yang menggemukkan dan berkolesterol tinggi.
Sebenarnya, samada ianya memudaratkan atau tidak adalah bergantung kepada jumlah
makanan yang diambil. Daging merah adalah sumber vitamin D yang terbaik. Kajian di Jepun
mendapati bahawa lemak yang lebih tepu mereka makan, lebih rendah risiko strok. Selain
daripada itu, daging merah juga terdapat zinc yang penting untuk fungsi-fungsi fisiologi dan
merupakan sebahagian daripada struktur bagi banyak protein dan enzim.
6. Ghee
Penggunaan ghee dalam masakan amat popular lagi-lagi dikalangan masyarakat kaum India.
Sesetangah kajian mengatakan penggunaan ghee yang berlebihan dapat meningkatkan risiko
penyakit jantung. Akan tetapi, untuk mendapatkan khasiat dari penggunaan tersebut,
elakkanlah menggunakan ghee ini secara berlebihan.
Dari segi Ayurveda, minyak ghee ini dapat menggalakkan pembelajaran dan meningkatkan
ingatan seseorang. Ia juga penuh dengan vitamin larut lemak A, D, E dan K. Kandungan yang
terdapat didalam minyak ghee ini mengandungi asid linoleik conjugated (PTK). Ia adalah asid
lemak antioksidan yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan membantu
dalam penurunan berat badan.
7. Hati Lembu
Organ dalaman sememangnya tidak digalakkan untuk diamalkan. Akan tetapi, bagi
penggemar hati lembu, terdapat juga kelebihan yang dapat diperolehi dari hidangan yang
diberikan. Walaubagaimanapun, hadkan pengambilan anda agar tidak berlebihan.
Hati lembu mengandungi pelbagai nutrient tambahan seperti zinc, vitamin B12, dan vitamin
A. Sumber ini dapat membantu mengurangkan penyakit yang berbahaya Ia adalah sumber
protein yang baik. Ia juga dapat melindungi daripada kanser, keletihan, dan mengoptimumkan
sistem imun anda.
8. Kentang
Sumber karbohidrat ini selalunya dielakkan pengambilannya oleh individu yang sedang
mengurangkan berat badan. Benar, kentang tinggi dengan kandungan karbohidratnya. Akan
tetapi, lagi sekali, jika anda sudah mengira jumlah pengambilan karbohidrat harian anda, anda
harus mengambil sumber tersebut dari kentang.
Jika anda ingin mengurangkan berat badan, makan makanan yang rendah Indeks glisemik
(GI).Kentang telah dikenalpasti sebagai tinggi dalam GI. Akan tetapi, kajian yg telah
dijalankan, tahap GI kentang berbeza dari segi penyediaannya. GI kentang adalah lebih
rendah apabila mereka dimakan sedikit sejuk daripada panas, dan apabila direbus dan
dimakan keseluruhan dan bukannya dilenyekkan.
Kentang dapat menggantikan keinginan anda untuk gula-gula dan roti apabila pada diet
rendah karbohidrat. Selain daripada itu, kentang juga amat sesuai untuk individu yang
menghadapi plateu ketika mengurangkan berat badan dimana ia dapat mengembalikan tahap
leptin anda. Ia dipanggil teknik refeeding dan dapat mengembalikan semula proses
pengurangan berat badan.
9. Sos tomato
Sememangnya pasti ramai yang mengetahui bahawa sos adalah bahan proses yang tinggi
dengan kandungan gula dan garam. Pastikan anda menggunakan sos tomato yang berkualiti
tinggi jika ingin menikmatinya agar dapat mengelakkan dari penambilan sos tomato yang
kurang berkualiti dan sebagainya.
Bahan utama penyediaan sos adalah dari sirap jagung tinggi fruktosa (HFCS). Ia merupakan
pemanis yang murah dan senang didapati yang boleh menyebabkan peningkatan gula dalam
darah dan akhirnya menyebabkan obesiti. Oleh itu, untuk mendapatkan dan mengelakkan dari
pengambilan HFCS yang tinggi, sos tomato Heinz adalah sos yang kurang menggunakan
HFCS.
Selain daripada itu, terdapat juga kelebihan memakan sos ini dimana ia mengandungi
kandungan lycopene. Lycopene merupakan antioksidan yang kira-kira 100 kali lebih berkuasa
daripada vitamin E. Ia adalah berguna untuk merawat penyakit kardiovaskular, strok, kencing
manis, osteoporosis dan kemandulan lelaki.
10. Daun Gandum
Selain bau yang kurang menyenangkan, daun gandum ini amat pahit dan kurang enak. Akan
tetapi, khasiat yang terdapat pada daun ini sangat berguna seperti ia mengandungi klorofil.
Klorofil dapat mengurangkan kadar kanser kolon, dan ia boleh menjadi terapeutik untuk ulser
kolitis.

You might also like