You are on page 1of 4

SJK C LI HWA

PERMATANG TENGAH,13000 BUTTERWORTH.


TEL: 043235470

MINIT MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN


BIL 1/2013
Tarikh : 27 Disember 2012
Masa : 12:00 1:00 tengah hari
Tempat : Perpustakaan
KEHADIRAN
1. Puan Tam Ley Hoon (Pengerusi)
2. Puan Tan Yen Shing ( Setiausaha)
3. Puan Lee Yet Yuen
TURUT HADIR
1. Encik Fam Wei Ee (Guru Besar)
AGENDA
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Rancangan Aktiviti Tahunan
5. Rancangan Mengajar Tahunan
6. Perolehan ABM/Pemilihan Buku Latihan
7. Post Mortem
8. Masalah P&P dan Strategi Penyelesaian
9. Peperiksaan
10. Lain-lain
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli dalam mesyuarat ini.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Puan Tam Ley Hoon bercadang mengesahkan minit mesyuarat.
2.2 Cadangan ini disokong oleh Puan Lee Yet Yuen
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

4.0 RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN


4.1 Gotong-royong kawasan sekolah akan dilaksanakan oleh murid-murid
Tahun 4,5,6 dan guru-guru.
Tindakan : Makluman
4.2 Pada bulan Jun, AJK akan mengadakan Pertandingan Kraf Tangan
dengan menggunakan bahan buangan. Pertandingan ini terbuka
kepada murid-murid tahap 2. Hasil kraf tangan perlu dihantar sebelum
13 Jun 2013 dan akan dipamerkan di pameran hasil kraf tangan murid
yang akan diadakan pada 22 Jun 2013.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
4.3 Murid-murid tahap 2 diberikan tugasan untuk menghasilkan folio pada
bulan Ogos dan September. Folio Tahun 4 dan 5 dihantar sebelum
30 Ogos 2013 dan folio Tahun 6 harus dihantar sebelum 30
September 2013.
Tajuk :
Tahun 4 : Rumah
Tahun 5 : Alam Sekitar Negara Kita
Tahun 6 : Pemeliharaan Bumi, Tanggungjawab Bersama
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
4.4 Lawatan Sambil Belajar akan diadakan pada bulan November untuk
murid Tahun 6 yang bertujuan meluaskan pengetahuan murid.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
5.0 RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN
5.1 Setiap guru mesti menyediakan Perancangan Strategi/Plan Taktikal/
Plan Operasi untuk setiap kelas yang diajar.
Tindakan : Makluman
5.2 Rancangan Tahunan Mata Pelajaran Kajian Tempatan mesti disimpan
dalam fail dan dibawa masuk ke kelas semasa P&P dijalankan.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
5.3 Format Rancangan Pelajaran Harian untuk Tahun 4,5 dan 6 adalah
seperti berikut :
Tajuk :
Hasil Pembelajaran :
Set Induksi :
Aktiviti :
Unsur Patriotisme :
Alat Bantu Mengajar :
Refleksi :
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
6.0 PEROLEHAN ABM/PEMILIHAN BUKU LATIHAN
6.1 Guru-guru matapelajaran Kajian Tempatan digalak menggunakan

ABM yang disediakan di pusat sumber secara optimum.


Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
6.2 Sebuah buku latihan biasa akan digunakan oleh murid-murid untuk
mencatat nota dan latihan tambahan.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
7.0 POST MORTEM
7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa keputusan Kajian Tempatan tidak
memuaskan khasnya Tahun 6. Ini adalah disebabkan murid-murid
tidak mementingkan matapelajaran ini, mereka menumpukan lebih
masa ke atas matapelajaran UPSR.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
8.0 MASALAH P&P DAN STRATEGI BUKU LATIHAN
8.1 Guru-guru patut mengubah sikap pembelajaran negatif murid.
Tindakan : Makluman
8.2 P&P mestilah mengabungjalinkan dengan kehidupan harian
murid demi meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran ini.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
8.3 Guru-guru haruslah sentiasa mengemukakan soalan terbuka yang
dapat mencungkil minat murid terhadap matapelajatan Kajian
Tempatan semasa P&P dijalankan.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
9.0 PEPERIKSAAN
9.1 Peperiksaan akan dijalankan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan
Mei dan Oktober.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
10.0 LAIN-LAIN
10.1 Wakil guru Kajian Tempatan adalah seperti berikut :
Tahun 4 : Puan Tam Ley Hoon
Tahun 5 : Puan Lee Yet Yuen
Tahun 6 : Puan Tan Yen Shing
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
11.0Penutup
11.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang sudi
menghadiri mesyuarat hari ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
1:00 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

_______________
(Tan Yen Shing)
Setiausaha Mesyuarat
Panitia Kajian Tempatan,SJKC Li Hwa
Tarikh : 27 Disember 2013

________________
(Tam Ley Hoon)
Pengerusi Mesyuarat
Panitia Kajian Tempatan,SJKC Li Hwa

You might also like