You are on page 1of 3

SJK C LI HWA

PERMATANG TENGAH,13000 BUTTERWORTH.


TEL: 04-3235470

MINIT MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN


BIL 2/2013
Tarikh : 18 Mei 2013
Masa : 10:30 12:30 tengah hari
Tempat : Bilik Guru
KEHADIRAN
1. Puan Tam Ley Hoon (Pengerusi)
2. Puan Tan Yen Shing ( Setiausaha)
3. Puan Lee Yet Yuen
TURUT HADIR
1. Encik Fam Wei Ee (Guru Besar)
AGENDA
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Rancangan Aktiviti Tahunan
5. Penilaian
6. Pengajaran dan Pembelajaran
7. Hal-hal lain
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli dalam
mesyuarat ini.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Puan Lee Yet Yuen bercadang mengesahkan minit mesyuarat.
2.2 Cadangan ini disokong oleh Puan Tan Yen Shing.
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Kempen gotong-royong telah dijalankan dengan Berjaya oleh murid-murid Tahun 4,5,
6 dan guru-guru pada bulan Januari.

4.0 RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN


4.1 AJK akan mengadakan Pertandingan Kraf Tangan dengan menggunakan bahan
Buangan.Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap 2. Hasil kraftangan perlu
Dihantar pada 13 Jun 2013.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
4.2 Guru-guru Kajian Tempatan akan memilih 3 orang pemenang dari setiap kelas. Hadiah
akan diberikan sebagai galakan.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
4.3 Murid-murid tahap 2 juga mesti menghasilkan folio pada bulan Ogos dan September.
Folio Tahun 4 dan 5 dihantar sebelum 30 Ogos 2013 dan folio Tahun 6 harus dihantar
sebelum 30 September 2013.
Tajuk :
Tahun 4 : Rumah
Tahun 5 : Alam Sekitar Negara Kita
Tahun 6 : Pemeliharaan Bumi, Tanggungjawab Bersama
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
5.0 PENILAIAN
5.1 Penilaian bertulis akan diadakan 2 kali setahun iaitu Mei dan Oktober.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
5.2 Soalan-soalan hendaklah digubal berdasarkan isi sukatan pelajaran yang telah
dipelajari oleh murid.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
5.3 Kesukaran soalan hendaklah ditaburkan dari mudah ke susah iaitu 25% mudah, 50%
sederhana, 25% susah.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
5.4 Soalan yang mengelirukan dan jawapan yang terlalu terbuka harus dielakkan.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
5.5 Penggubalan soalan harus mengandungi 10% soalan pendek.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
5.6 Jangan mengambil soalan bulat-bulat dari buku kerja atau buku rujukan Kajian
Tempatan.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
5.7 Penggubalan soalan penilaian mesti mengikut firmat kertas penilaian yang ditetapkan
oleh pihak sekolah.

Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan


5.8 Serahkan kertas soalan asal kepada Ketua Panitia untuk pengesahan 3 minggu
sebelum tarikh penilaian. Ketua Panitia kemudian serah kepada PK 1 2 minggu sebelium
tarikh penilaian.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan

6.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


6.1 Guru-guru digalak banyak menggunakan alat bantu mengajar semasa menjalankan
P&P untuk mengoptimumkan pencapaian hasil pembelajaran.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Salinan laporan minit mesyuarat akan diedarkan kepada setiap guru matapelajaran
yang berkenaan.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
8.0 PENUTUP
8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada puku 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

_______________
(Tan Yen Shing)
Setiausaha Mesyuarat
Panitia Kajian Tempatan,SJKC Li Hwa

________________
(Tam Ley Hoon)
Pengerusi Mesyuarat
Panitia Kajian Tempatan,SJKC Li Hwa

Tarikh : 20 Mei 2013

You might also like