You are on page 1of 3

SJK C LI HWA

PERMATANG TENGAH,13000 BUTTERWORTH.


TEL: 04-3235470

MINIT MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN


BIL 3/2013
Tarikh : 3 Ogos 2013
Masa : 12:30 1:30 petang
Tempat : Bilik Guru
KEHADIRAN
1. Puan Tam Ley Hoon (Pengerusi)
2. Puan Tan Yen Shing ( Setiausaha)
3. Puan Lee Yet Yuen
TURUT HADIR
1. Encik Fam Wei Ee (Guru Besar)
AGENDA
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Perbincangan
5. Hal-hal lain
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli dalam
mesyuarat ini.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Puan Lee Yet Yuen bercadang mengesahkan minit mesyuarat.
2.2 Cadangan ini disokong oleh Puan Tan Yen Shing.
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pertandingan kraftangan
3.1.1 Pertandingan kraftangan telah dijalankan dengan lancar.Hasil-hasil kerja murid yang
terpilih telah dipamerkan di sudut bacaan kajian tempatan di kelas masing-masing.
Tindakan: Makluman
3.2 Folio

3.2.1 Guru Kajian Tempatan harus member tajuk folio kepada murid-murid tahun 4 dan
tahun 5. Guru perlu membimbing murid menyediakan folio yang berkualiti.
3.2.2 Folio tersebut boleh disediakan secara kumpulan.
3.2.3 Guru Kajian Tempatan perlu menghantar folio murid kepada ketua panitia
sebelum 30 Ogos 2013. Bilangan folio yang dihantar:
Kelas B,U & H 3 buah
Kelas selain B,U & H 1 buah
Tindakan : Guru Tahun 4 & 5
3.2.4 Murid-murid Tahun 6 akan menyediakan folio tersebut selepas UPSR dan
dihantar sebelum 30-9-2013 kepada ketua panitia.
Tindakan : Guru Tahun 6
3.2.5 PKBS Pertengahan Tahun telah dilaksanakan oleh keputusan telah diperolehi.
Tindakan: Makluman
4.0 PERBINCANGAN
4.1 Keputusan PKBS Tahun 5 agak memuaskan tetapi keputusan Tahun 4 dan Tahun 6
agak kurang memuaskan . Diharap guru-guru Kajian Tempatan meneruskan usaha
dengan sedaya upaya demi meningkatkan keputusan Kajian Tempatan.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
4.2 Punca-punca kegagalan keputusan Kajian Tempatan adalah disebabkan oleh sikap
murid-murid yang tidak menitikberatkan matapelajaran ini dan kurang menumpu
perhatian semasa P&P dijalankan.Ia juga disebabkan murid-murid kurang membuat
ulangkaji di rumah.
4.3 Dicadangkan beberapa langkah untuk meningkatkan keputusan Kajian Tempatan:
(a) Banyak menggunakan BBM yang menarik.
(b) Menggunakan ICT dalam P&P untuk mengabungjalin kehidupan harian dalam Kajian
Tempatan.
(c) Memupuk minat dan menggalakkan murid banyak membuat ulangkaji di rumah.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Guru Kajian Tempatan dikehendaki membaca dan meneliti salinan laporan minit
mesyuarat yang diserahkan kepada mereka.
Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan
5.2 Guru-guru yang menggunakan BBM harus meletak balik BBM ke tempat asal.

Tindakan : Guru-guru Kajian Tempatan


6.0 PENUTUP
8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada puku 1.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

_______________
(Tan Yen Shing)
Setiausaha Mesyuarat
Panitia Kajian Tempatan,SJKC Li Hwa

________________
(Tam Ley Hoon)
Pengerusi Mesyuarat
Panitia Kajian Tempatan,SJKC Li Hwa

Tarikh : 3 Ogos 2013

You might also like