You are on page 1of 10

1

1.0 Pengenalan

Dewasa ini dunia perniagaan semakin kompleks, memerlukan masa, tenaga dan idea yang
bernas serta orang yang menguruskan sesuatu perniagaan perlulah bijak dalam mengenalpasti
peluang untuk membangunkan dan memajukan perniagaan yang dibina. Empayar perniagaan
tanpa pegurus yang cekap umpama kapal tanpa nakhhoda. Perniagaan bergerak namun tiada
hala tuju dan akhirnya mati di tengah-tengah jalan. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat,
perniagaan bermaksud premis atau bangunan atau tempat menguruskan sesebuah perniagaan.
Urusan perniagaan pula membawa maksud kegiatan jual beli yang berlaku yang melibatkan
dua pihak iaitu penjual dan pelanggan.
Bidang perniagaan merupakan suatu bidang yang semakin diminati oleh orang ramai.
Pelbagai bentuk perniagaan yang dijalankan sehingga lahirnya usahawan-usahawan yang
berjaya daripada pelbagai bidang niaga seperti perkhidmatan, latihan, pembekalan dan
sebagainya. Penglibatan para usahawan ini adalah hasil daripada perkembangan kemajuan
negara pada masa kini. Wujudnya pelbagai implikasi hasil daripada kemajuan negara,
menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap kesedaran oleh orang ramai untuk
menyediakan keperluan yang dapat memenuhi tuntutan hidup masyarakat pada masa kini
sama ada bagi individu itu sendiri atau pun orang lain.
Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya wujudnya pelbagai bentuk urus niaga yang ada
pada masa sekarang. Namun begitu, urus niaga yang ingin dijalankan haruslah mempunyai visi
dan misi sendiri agar perniagaan tersebut dapat bertahan lama dan dapat memberi kebaikan
kepada pengguna. Visi dan misi itu akan dapat dicapai sekiranya, seseorang usahawan itu
mempunyai kemahiran atau pengetahuan dalam perniagaan yang ingin diceburinya.
Oleh yang demikian, bagi mendapatkan pengetahuan yang lebih jelas terhadap
kepentingan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang sebelum terlibat dengan
bidang perniagaan tersebut, maka, seorang peniaga telah ditemubual berkaitan dengan
perniagaan yang dijalankannya. Perniagaan tersebut adalah berdasarkan kepada pengetahuan
dan kepakaran yang diperolehi oleh responden sebelum responden terlibat dengan
perniagaannya. Beberapa perkara berkaitan responden dan perniagaannya turut dibincangkan
untuk dijadikan contoh dan sebagai panduan sebelum terlibat dalam mana-mana bentuk
perniagaan.
2

2.0 Latar Belakang Responden








Nama diberi, Dato Dr. Zahrah Abdul Kadir. Beliau berasal daripada keluarga yang juga
menceburi bidang perniagaan. Dengan latar belakang akademik dalam bidang kimia, Dato Dr.
Zahrah Kadir berjaya menerajui dua buah syarikat berasaskan plastik dan herba. Wanita yang
berasal dari Pontian, Johor adalah anak kedua dalam keluarganya. Beliau dilahirkan pada 25
Mei 1955. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) dari Universiti Malaya dan
Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang yang sama dari Universiti Durham, United Kingdom.
Nama suami beliau ialah Bajuri Bin Kadmin. Dr. Bajuri dilahirkan pada 10 April 1955 iaitu
di Kampung Sepakat, Kuala Selangor. Dr. Bajuri berlatar belakangkan pendidikan Phd (Sains
Pertaniaan), University of Arkansas, Fayetteville, U.S.A (1982).
Dr. Zahrah menubuhkan B&Z Plastic Industry Sdn. Bhd. pada bulan Disember, 1993.
Beliau memulakan operasi bisnesnya di Seri Kembangan Industrial Park, Selangor. B&Z adalah
gabungan pangkal nama beliau dan suaminya, Dr. Bajuri. Dr. Bajuri pada mulanya sekadar
meyokong usaha isterinya dari belakang, namun setahun kemudian mengambil keputusan
meninggalkan kerjaya beliau dan turut serta dalam perniagaan tersebut.
Beliau mempunyai 6 orang cahaya mata, 4 perempuan dan 2 lelaki. Anak sulungnya
merupakan bernama Najihah, perempuan dan kini berumur 27 tahun. Mempunyai latar
belakang Ijazah Kejuteraan Aeroangkasa (UPM) (2009) dan Ijazah Sarjana & Lesen Aviation,
MIAT (UniKL). Anak keduanya juga perempuan yang bernama Hazirah. Kini dia berumur 24
tahun dan memilik Ijazah dalam bidang perubatan di Universiti Otago, Christchurch, New
3

Zealand. Diikuti pula dengan adiknya Farid yang berumur 23 tahun dan mempunyai diploma
dalam bidang Kejuruteraan Elektikal & Komputer Universiti Teknikal Akita, Jepun pada tahun
2010.
Anak beliau yang keempat juga merupakan seorang teruna iaitu Haziq yang hanya
berbeza umur setahun berbanding abangnya. Haziq mempunyai diploma dalam pengurusan
Hotel, UiTM dan sekarang sedang mengambil ijazah dalam bidang Seni Kulinari, UiTM.
Dibawahnya, adalah Hamirah dan Nabilah yang meruapakan pasangan kembar dan masih
bersekolah di SMK Seksyen 9, Shah Alam dan berada di tingkatan 5.

3.0 Bentuk dan Pentadbiran Perniagaan

Dr. Zahrah telah menjalankan perniagaan berbentuk syarikat sendirian yang diberi nama B&Z
Plastic Industry Sdn. Bhd.. B&Z adalah gabungan pangkal nama beliau dan suaminya, Dr.
Bajuri. Dr. Zahrah menubuhkan B&Z Plastic Industry Sdn. Bhd. pada bulan Disember, 1993.
Beliau memulakan operasi bisnesnya di Seri Kembangan Industrial Park, Selangor. Sebagai
permulaan dan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan dapat beroperasi secara terkawal,
beliau telah mendapatkan perakuan syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai
sebuah syarikat sendirian berhad mengikut Akta Syarikat 1965 terlebih dahulu.
Pada peringkat permulaan, beliau cuba untuk mendapatkan modal dari pelbagai pihak,
namun usaha beliau gagal. Beliau terpaksa menggadaikan serta menjual rumah serta
keretanya untuk dijadikan sebagai modal permulaan perniagaan beliau. Walaupun keadaan
pada ketika itu susah, namun beliau tidak pernah berputus asa. Sebaliknya sentiasa berusaha
mencari jalan penyelesaian.
Walaupun berasal dari keluarga usahawan, namun beliau tidak mempunyai
pengetahuan asas mengenai dunia perniagaan dan keusahawanan. Beliau terpaksa bermula
dari bawah dengan belajar sendiri. Ada ketikanya beliau terpaksa berjumpa dengan individu lain
yang lebih berpengalaman dalam bidang ini untuk memperoleh ilmu.
Dr. Zahrah berjaya mempertahankan syarikatnya ketika negara melalui kegawatan
ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 dahulu. Bagi beliau, pengajaran penting daripada peristiwa
itu adalah perlunya mempelbagaikan bisnes. Pada tahun 1999, Dr. Zahrah menubuhkan
4

syarikat keduanya, Merlang Herbal Industries Sdn. Bhd. Yang menghasilkan produk kecantikan
dan kesihatan berasaskan herba. Produk berjenama Merlang itu mendapat sambutan baik
kerana syarikatnya memiliki Sijil Amalan Pengilang Baik (GMP) daripada Biro Pengawal
Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Langkah lain mempelbagaikan bisnesnya adalah menceburi bidang runcit. Dr. Zahrah
menubuhkan B&Z Hardware Centre bagi memasarkan produk-produk plastiknya. Beliau juga
menubuhkan Pusat Rawatan Kecantikan Merlang dan Merlang Network Sdn. Bhd. bagi
memperomosikan produk herbanya melalui system multilevel marketing (MLM).
Menurut Dato Dr. Zahrah juga, perniagaan yang dijalankan oleh beliau mengambil
masa selama 3 tahun untuk stabil. Namun situasi itu bukanlah satu petanda bahawa beliau
boleh berasa selesa dengan keadaanya sekarang. Hal ini disebabkan oleh dalam perniagaan
tiada perkataan rehat. Dunia perniagaan sentiasa ada naik turunnya dan sesuatu perniagaan
tidak akan sentiasa berada di atas untuk selamanya. Dunia perniagaan boleh diibaratkan
seperti roda yang ada kalanya di atas dan ada kalanya di bawah.
Renungilah sebahagian daripada falsafah hidup Dr. Zahrah yang terbukti membawa
keberkatan dan kejayaan besar dalam hidupnya iaitu, peranan para pekerja sama pentingnya
dengan pihak majikan dalam menentukan turun naik syarikat. Oleh itu, kebajikan para pekerja
perlu sentiasa dijaga. Selain itu, kesihatan diri adalah faktor penting dan perlu diutamakan
walaupun sesibuk mana individu itu dalam kerjayanya dan pegangan agama adalah tunjang
utama dalam hidup. Hubungan insan dengan penciptanya tidak boleh sekali-kali diabaikan.
Akhir sekali, rahsia kejayaan wanita bermula dengan menyempurnakan tanggungjawabnya
yang utama sebagai isteri dan ibu.

4.0 Faktor Perniagaan

Sebelum menceburi bidang perniagaan, Dato Dr. Zahrah Bt. Abdul Kadir pernah bekerja
dengan Pusat Penyelidikan Atom yang kini lebih dikenali sebagai Institusi Penyelidikan
Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) selama lebih kurang 10 tahun lebih. Jawatan terakhir yang
pernah disandang oleh beliau ketika di institusi tersebut ialah Ketua Kumpulan Kesan Sinaran
ke atas Polimer, Unit Tenaga Nuklear. Sememangnya beliau seorang yang pakar dalam bidang
5

berkenaan. Ijazah pertama yang diperolehi beliau adalah khusus dalam bidang kimia dari
Universiti Malaya. Beliau juga menerima PhD dalam bidang yang sama di University of Durham,
United Kingdom.
Menurut Dr. Zahrah, antara faktor utama mengapa beliau beralih arah kepada bidang
perniagaan ialah kerana beliau mahupun sesuatu yang lebih dari apa yang beliau ada.
Bukannya beliau tidak pernah bersyukur dengan apa yang beliau miliki pada ketika itu. Namun,
sebagai seorang manusia, beliau tidak mudah berpuas hati dengan apa yang ada. Beliau
sentiasa berfikir dan mencari jalan untuk mencabar kemampuan diri sendiri. Apa yang beliau
mahukan ialah pengalaman yang lain dari yang pernah beliau ada. Beliau berasa tidak puas
dengan hanya menjadi seorang pegawai penyelidik. Walaupun gaji yang diberikan lumayan,
namun beliau rasa seperti ada kekosongan dalam dirinya. Beliau mahu memberi sesuatu yang
lebih bermakna terutamanya kepada masyarakat setempat dan tentunya untuk dirinya sendiri.
Sememangnya dunia perniagaan bukanlah satu bidang yang mudah untuk diceburi.
Walaupun beliau sememangnya berasal dari keluarga usahawan, namun pelbagai risiko harus
ditanggung. Walaupun Dr. Zahrah telah mengambil keputusan untuk menceburi bidang ini,
namun terdapat banyak perkara yang harus beliau fikirkan dan pertimbangkan. Antaranya
apakah jenis perniagaan yang ingin beliau lakukan. Sememangnya ini bukanlah perkara yang
mudah untuk diputuskan. Kita perlu mengambil kira kelebihan serta kekurangan yang ada pada
diri kita sendiri. Pengalaman kerja serta kelulusan yang ada padanya menyebabkan beliau
memutuskan menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan bidang kimia yang pada masa
yang sama dapat membantu orang awam. Pada pandangan beliau, bidang tersebut merupakan
satu kelebihan bagi dirinya kerana beliau sememangnya pakar serta arif dalam mengenai
bidang itu.
Pada tahun 1993, beliau telah menubuhkan Syarikat B&Z Plastic Industry Sdn. Bhd.
Produk pertama yang syarikat beliau hasilkan ialah palung air hujan yang diperbuat dari uPVC
(Unclasified Polivana Chloride) yang tahan karat. Produk ciptaannya yang berjenama Monsoon
terbukti lebih berkualiti dan desainnya dapat dipatenkan. Produk itu juga diiktiraf dan menerima
anugerah daripada pihak MITI. Palung jenis ini digunakan untuk menggantikan palung air hujan
yang lama yang diperbuat daripada besi atau zink yang mudah karat serta tidak tahan lama.
Selain itu, beliau juga mengeluarkan downpipe serta fitting yang juga diperbuat dari uPVC.
Pelbagai rintangan serta cabaran telah dihadapi oleh beliau sewaktu beliau mula
bertapak dalam industri ini. Beliau merupakan antara golongan pertama yang menggunakan
6

bahan tersebut dan merupakan satu-satunya usahawan bumiputera yang terlibat dalam
perniagaan tersebut. Sememangnya persaingan yang beliau alami ternyata amat sengit.
Namun berkat kegigihan serta usaha beliau, akhirnya beliau dapat membuktikan kepada semua
pihak bahwa beliau juga boleh berjaya apabila syarikat beliau mendapat kontrak pembekal paip
telekomunikasi uPVC kepada Telekom serta kabel slab kepada Tenaga Nasional Berhad.
Selain menubuhkan syarikat berasakan plastik, beliau juga bergiat aktif dalam
perniagaan kesihatan. Beliau telah menubuhkan Merlang Industries Sdn. Bhd. Yang merupakan
syarikat pengeluar barangan kesihatan keluarga jenama Merlang. Idea ini diperolehi menerusi
ibunya yang sememangnya merupakan peniaga produk kesihatan secara kecil-kecilan.
Perniagaan produk kesihatan yang dijalankan oleh beliau dilakukan secara bersama dengan
ibunya. Beliau juga terlibat dalam bidang peruncitan dan telah menubuhkan B&Z Hardware
Centre dan Pusat Rawatan dan Kecantikan Merlang.

5.0 Startegi dalam Perniagaan

Membangunkan sesebuah perniagaan itu adalah sangat sukar. Justeru itu, peniaga atau
usahawan ini memerlukan strategi yang mantap dan berkesan bagi mengembangkan potensi
perniagaan kepada peringkat yang lebih tinggi dan meluas. Strategi tersebut perlulah
mengambil kira pelbagai aspek agar tidak menyebabkan kerugian pada mana-mana pihak.
Begitu juga dengan responden, beliau turut merancang beberapa strategi bagi
mengembangkan lagi perniagaannya.
Pada permulaan perniagaannya, beliau hanya berbekalkan modal yang sedikit tetapi
mampu memberi pulangan yang lumayan. Kewujudan kemudahan teknologi pada masa kini
adalah sangat membantu responden untuk memperkenalkan nama syarikatnya. Langkah
pertama yang diambil oleh beliau adalah dengan mengiklankan dan mempromosikan
perniagaannya diinternet selain dapat menyampaikan maklumat produk dan perkhidmatan.
Kemudian, beliau menggunakan kad perniagaan dengan cara mengagihkan kad tersebut
kepada rakan-rakan yang terdekat terlebih dahulu sebelum dihebahkan kepada orang ramai.
Perkembangan perhubungan antara rakan sekerja dan saudara terdekat, banyak membantu
beliau memperoleh pelanggan yang memerlukan perkhidmatan dan keperluan daripadanya.
7

Selain itu, bagi meminimumkan penggunaan modal perniagaan, responden hanya
menjalankan perniagaan yang bergantung kepada penggunaan laman web semata-mata dan
urus niaga atas talian sahaja. Oleh demikian, beliau tidak perlu mengeluarkan kos upah untuk
menggunakan khidmat pekerja lain kerana segala urusan niaga dapat dijalankan oleh
responden secara sendirian. Malah, laman web yang digunakan oleh beliau juga sudah cukup
lengkap dengan maklumat syarikatnya dan dapat menjalankan perniagaan hanya di rumah
sahaja. Segala tanggungan bayaran KWSP pekerja contohnya juga tidak diperlukan kerana
responden lebih berminat untuk mengambil pekerja yang bekerja sambilan sahaja. Dengan cara
ini, beliau dapat mengurangkan kos perbelanjaan syarikatnya dan dapat memberi keuntungan
kepada syarikat.
Selain itu juga, beliau mewujudkan nama syarikat dan mendaftarkannya sebagai sebuah
syarikat sendirian bagi tujuan membina satu jenama besar yang boleh dikenali oleh pengguna
sebagai suatu bentuk perniagaan yang berkembang besar dan boleh diyakini oleh semua pihak.

6.0 Pengalaman Pahit dan Manis dalam Perniagaan

Tiada apa yang lebih mengembirakan bagi usahawan serta peniaga seperti Dato Dr. Zaharah
melainkan apabila melihat segala penat lelah beliau bertungkus lumus dalam mengharungi
onak duri bidang perniagaan ini membuahkan hasil seperti yang beliau harapkan. Antara
kenangan yang paling indah bagi beliau adalah apabila beliau berjaya mendapatkan kontrak
dengan sebuah syarikat. Untuk mendapatkan kontrak tersebut, beliau dan juga pekerja dibawah
syarikat beliau bekerja keras dan konsisten selama dua tahun. Banyak wang ringgit, masa dan
waktu telah dihabiskan untuk memastikan mereka mendapat kontrak tersebut. Penat lelah
mereka akhirnya membuahkan hasil apabila syarikat beliau mendapat kontrak dari syarikat
tersebut.
Satu lagi pengalaman manis bagi beliau ialah apabila beliau dapat melahirkan seorang
lagi usahawan seperti beliau. Kenangan ini tidak mungkin dapat beliau lupakan kerana
perasaan yang ada pada ketika itu sukar digambarkan. Kata beliau apabila kita dapat
membantu seseorang itu untuk berjaya dalam perkara yang dia sukai, walaupun bantuan yang
kita berikan tersebut adalah sedikit, namun ianya akan menjadi sangat bermakna. Bukanlah
8

penghargaan yang beliau harapkan. Cuma apa yang beliau harapkan ialah beliau dapat
memberi sedikit bantuan dan meringankan sedikit bebanan orang yang memerlukan.
Bagi pengalaman pahit pula, bagi beliau tiada apa yang lebih mengecewakan melainkan
apabila beliau gagal dalam perniagaan atau dalam sesuatu urusniaga. Namun begitu, masalah
ini masih lagi dapat diatasi dengan menjadikan masalah tersebut sebagai satu cabaran,
pengajaran dan panduan dalam menguruskan perniagaannya. Keyakinan yang diberikan oleh
pihak yang sedia maklum akan kemahiran dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh responden
banyak membantu dalam mengembangkan lagi perniagaan ini. Malah, kerjasama daripada
pihak kerajaan banyak memberi peluang kepada syarikat responden untuk memberi
perkhidmatan dan penyelenggaraan kepada agensi-agensi kerajaan. Beliau menganggap
cabaran ini merupakan satu ujian dari Allah serta lumrah dalam dunia perniagaan.
Sememangnya dalm dunia perniagaan ini ada turun naiknya dan tidak semuanya akan kekal.

7.0 Pendorong dan Idola

Walaupun beliau sendiri sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang usahawan, namun
tanggungjawabnya sebagai isteri serta ibu kepada enam orang anak tidak pernah diabaikan.
Beliau tidak sama sekali akan melupakan mereka yang yang selama ini menjadi pendorong
utama baginya untuk terus berjaya. Bagi beliau mereka-mereka ini ibarat tulang belakang
beliau. Tanpa mereka, dirinya tidak mungkin dapat berdiri teguh seperti sekarang.
Suaminya merupakan pendorong utama. Bagi beliau kedudukan seorang isteri adalah di
sisi suami. Dengan adanya restu serta doa dari suaminya, segalanya baginya bertambah
mudah. Segalanya bertambah lebih mudah apabila suaminya turut bersama-sama dengan
beliau memajukan perniagaan mereka. Kini apa sahaja masalah yang beliau hadapi sama ada
peribadi atau kerja, segala-galanya dikongsi bersama suami.
Selain suami, ibu bapa dan anak-anak beliau juga merupakan antara pendorong setia
beliau. Kesemuanya tidak pernah putus memberi dorongan serta ransangan untuk beliau
berjaya.
Selain dorongan dari pihak lain, dorongan itu juga datang dari dalam diri beliau sendiri.
Seperti yang pernah diperkatakan tadi, Dato Dr. Zaharah merupakan seorang individu yang
9

tidak kenal erti putus asa. Beliau sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri. Beliau
merupakan seorang yang mempunyai semangat yang kental. Sekalipun beliau menghadapi
masalah, beliau tidak pernah tunduk dan menyerah kalah sebaliknya berdoa agar diberi
petunjuk dan pada masa yang sama berusaha sedaya upaya.
Seperti manusia yang lain, Dato Dr. Zaharah juga mempunyai idolanya yang sentiasa
beliau kagumi iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad. Pada pandangan beliau, Tun Mahathir
merupakan seorang yang berfikiran jauh. Beliau (Tun Mahathir) sentiasa berfikir sesuatu
perkara 10 tahun atau beberapa tahun lebih ke hadapan berbanding orang lain. Selain itu, Tun
Mahathir juga mempunyai sifat kepimpinan yang tersendiri dan merupakan pemimpin yang
disegani ramai tidak kira lapisan masyarakat. Tun Mahathir merupakan satu contoh yang bagus
untuk golongan usahawan-usahawan kerana kebijaksanaan beliau mencari peluang serta
pasaran yang baru untuk memperkembangkan ekonomi Malaysia.

8.0 Pencapaian yang diperolehi Sepanjang Perniagaan

Bagi beliau bukanlah pengiktirafan serta kepuasan yang beliau mahukan. Tapi lebih kepada
kepuasan diri sendiri. Kepuasan yang paling bermakna ialah apabila beliau berjaya mendapat
kontrak perniagaan yang beliau inginkan. Selain itu juga terdapat pengiktirafan-pengiktirafan
lain yang diberikan oleh pihak luar bagi mengiktiraf kejayaan serta usaha beliau dalam
mengusahakan perniagaan serta memajukan syarikat beliau. Antara pencapaian serta
pengiktirafan yang pernah beliau serta syarikat beliau terima ialah:
1. Sijil MS ISO ())@ dari Sirim QAS pada tahun 1993.
2. Anugerah Tokoh Usahawan dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan Nasional
1990.
3. Anugerah Kecemerlangan Industri Negeri Selangor 1999
4. Anugerah 50 Enterprise dibawah Perbadanan Penbangunan Industri Kecil dan
Sederhana 1999.

10

9.0 Refleksi

Generasi baru yang mempunyai keingininan dalam untuk terjun dalam kerjaya perniagaan
mestilah percaya pada kebolehan diri sendiri di samping memiliki keazaman, minat yang tinggi
dan berdaya tahan. Dr. Zahrah sanggup memberi tunjuk ajar kepada generasi muda untuk
menimba ilmu dalam bidang sama seperti mereka ceburi. Dr. Zahrah mempunyai matlamat
ingin membina hidup yang baik demi anak-anak agar anak-anak mereka dapat membina hidup
yang lebih baik daripada yang dicapai oleh beliau.
Berdasarkan temubual tersebut, maka dapat disimpulkan bahawa kemahiran, kelulusan
dan pengetahuan dalam sesuatu bidang kerja itu dapat membantu seseorang usahawan itu
mengembangkan perniagaannya berasaskan kelebihan yang ada pada dirinya. Kelebihan
dalam faktor kemampuan untuk menjalankan perniagaan yang dibina berdasarkan minat dan
keinginan dapat membantu membawa perniagaan itu ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu,
ketahanan mental dan fizikal juga adalah penting sebagai persediaan menghadapi cabaran-
cabaran yang bakal dihadapi oleh setiap individu yang bergelar usahawan. Mereka perlu
menanggani setiap masalah dengan cara yang positif dan rasional sebelum membuat sebarang
bertindak.
Selain itu, pemilihan kepada perniagaan yang baru diceburi haruslah didalami dengan
sebaik-baiknya. Belajar daripada pengalaman dapat membantu meningkatkan kejayaan dalam
sebarang bentuk perniagaan yang diceburi. Malah, perancangan sebelum memulakan
perniagaan dan sasaran jangka masa pendek dan panjang perlu ditetapkan agar urusan
pentadbiran syarikat atau perniagaan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Strategi
yang menarik dan berkesan dapat mengembangkan lagi perniagaan tersebut.
Akhir sekali, jika seseorang individu itu ingin bergelar ahli perniagaan, mereka perlulah
mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang ingin mereka ceburi. Hal ini penting
bagi mengelakkan berlakunya kes-kes penipuan atau seumpamanya. Kemahiran dan
kepakaran yang dimiliki dalam sesuatu bidang perniagaan itu mampu membantu peniaga untuk
mengembangkan perniagaannya dan membina perniagaan yang baru hasil kreativiti dan
pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang individu itu.

You might also like