You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK PIBG SK SUNGEI WAY BIL.

4 2011/2012
Tarikh
Tempat
Masa

: 7 September 2011
: Bilik Mesyuarat SK Sungei Way
: 6.30 petang

Kehadiran
:
1. Pn Muliani binti Abu Bakar
2. En Noor Azman bin Mohd Nor
3. Kapten (B) Hazrizal bin Haris
4. En Mohd Asahar bin Hamidon @ Hamdon
5. Pn Farhana binti Samuran
6. Pn Nurul Asyura binti Umar
7. En Arjunaidi bin Kailan
8. Pn Zaharah binti Mohd Zan
9. Pn Norizan binti Mudji @ Mujir
10. En Mohd Aizuddin bin Zawawi
11. Pn Josephine Arutselvi a/p Savarimuthu
Tidak hadir
1. En Razali bin Yusof
2. YM Engku Ismail bin Engku Din
3. Pn Mastura binti Mohamad
1.0 Ucapan Yang Dipertua (En Noor Azman bin Mohd Nor)
1.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada Penasihat, Naib YDP, dan semua AJK PIBG yang
dapat hadir pada mesyuarak kali ke 4 ini. Sempena Hari Raya Aidilfitri YDP memohon
ampun dan maaf jika ada sebarang kesilapan.
Tindakan : Makluman
1.2 YDP menegaskan bahawa Ujian Penilaian Sekolah Rendah akan bermula pada minggu
hadapan iaitu 13 hingga 15 September 2011. Beliau berharap murid murid Tahun 6 SK
Sungei Way mendapat keputusan yang lebih baik dari tahun sebelum ini.
Tindakan : Makluman
1.3 Beliau memaklumkan bahawa tiada pengesahan kewangan kerana bendahari tidak
dapat menghadiri mesyuarat pada kali ini disebabkan hal kecemasan yang tidak dapat
dielakkan.
Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan Penasihat (Puan Muliani binti Abu Bakar)


2.1 Penasihat mengucapkan salam dan terima kasih kepada YDP, Naib YDP dan AJK ibubapa
dan guru diatas kehadiran pada mesyuarat kali ini.
Tindakan : Makluman
2.2 Penasihat memaklumkan bahawa pihak sekolah menerima berita baik dimana sekolah
akan satu lagi kelas Prasekolah. Beliau meminta Ajk PIBG untuk membantu dengan
menyampaikan hebahan kepada ibubapa bahawa anak-anak mereka yang berumur 5
tahun boleh mendaftar memasuki kelas Prasekolah. Beliau menyatakan bahawa

pengubahsuaian bangunan untuk kelas Pra Sekolah yang baru akan bermula pada akhir
Oktober dan dijangka siap dalam masa 35 hari.
Tindakan : AJK PIBG
2.3 Penasihat juga memaklumkan bahawa pihak sekolah telah memohon bantuan Scomi
untuk mengadakan ujian Dyslexia keatas murid-murid.
2.3.1 Ujian yang dijalankan oleh Persatuan Dyslesxia Malaysia ini melibatkan
seramai 93 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
2.3.2 Pengujian yang sama juga akan dijalankan pada tahun hadapan bagi
mengenalpasti murid-murid yang memerlukan keperluan khas.
2.3.3 Penasihat menegaskan bahawa, dengan laporan ujian yang diperolehi
sekolah akan memohon untuk mendapatkan kelas pendidikan supaya
mereka mendapat pendidikan yang khusus berdasarkan kemampuan
mereka dimana 5 orang murid akan mendapat seorang guru terlatih untuk
mengajar mereka.
Tindakan : makluman
2.4 Penasihat menyerahkan dua surat permohonan peruntukkan daripada Penolong Kanan
dan Penolong Kanan Ko kurikulum bagi tujuan persediaan murid UPSR dan Program Piala
Merdeka dan 1Murid 1Sukan.
Tindakan : YDP
3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat PIBG Bil. 3 2011/2012
3.1 YDP membentangkan minit mesyuarat Ajk PIBG SK Sungei Way bil. 3 2011/2012.
3.2 Pn Nurul Asyura mencadangkan minit mesyuarat disahkan
3.3 En Muhamad Aizuddin menyokong cadangan
3.3.1 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara
Tindakan : Setiausaha
4.0 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan
4.1 Penyata kewangan tidak dapat dibentangkan kerana bendahari tidak dapat hadir. YDP
hanya memaklumkan bahawa baki semasa ialah RM 17,176.15
Tindakan : Makluman
5.0 Perkara Berbangkit
5.1 YDP memaklumkan bahawa tembok yang retak semasa Program Juara Rakyat telah
dimaklumkan kepada Yang Berbahagia Datuk Yahaya, malangnya sehingga sekarang
masih tiada sebarang tindakan seperti mana yang dijanjikan sebelum ini. Beliau akan
cuba alternatif lain untuk membaiki tembok tersebut
Tindakan : YDP PIBG
5.2 YDP menerangkan bahawa segala urusan bayaran untuk program senamrobikthon telah
dijelaskan.
Tindakan : Makluman
5.3 Terdapat lebihan baju dan cenderamata Program Senamrobikthon, YDP meminta
barangan tersebut dijual pada harga yang lebih rendah bagi memastikan kos program
dapat dikurangkan.
Tindakan : Setiausaha dan En Mohd Aizuddin
5.4 YDP menegaskan bahawa kutipan Senamrobikthon yang diterima tidak memuaskan dan
jauh dari sasaran yang ditetapkan. Pada tahun hadapan tiada program kutipan boleh

dilaksanakan dan PIBG perlu mencari alternatif lain untuk menampung perbelanjaan
persatuan.
Tindakan : Ajk PIBG
6.0 Agenda Profesional
6.1 YDP membincangkan permohonan pihak sekolah bagi persiapan semasa UPSR.
6.1.1 Penasihat menerangkan permohonan sebanyak RM 1782.00 adalah
bertujuan memberi sarapan dan makan tengah hari kepada murid sepanjang
peperiksaan.
6.1.2 Penasihat juga memaklumkan bahawa disebelah petang hari peperiksaan
semua murid akan dikumpul di sekolah. Ini bertujuan untuk membimbing
murid disaat akhir agar mereka memahami apa yang telah diajar. Murid
akan dibenarkan pulang pada jam 4.00 petang.
6.1.3 YDP mencadangkan permohonan diluluskan
6.1.4 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara.
Tindakan : Bendahari
6.2 YDP membincangkan permohonan pihak sekolah bagi program Piala Merdeka dan 1M1S
sebanyak RM 1900.00.
6.2.1 Penasihat menerangkan permohonan ini adalah untuk membeli hadiah bagi
pertandingan sukan yang diadakan.
6.2.2 YDP menerangkan bahawa permohonan agak besar untuk diluluskan
berdasarkan kewangan semasa persatuan. YDP mencadangkan untuk
meluluskan peruntukkan sebanyak RM1000.00 dan berharap pihak sekolah
menggunakan alternatif lain bagi menjayakan program tersebut.
Tindakan : Bendahari
6.3 Penasihat meminta ahli mesyuarat membincangkan dan menetapkan yuran tambahan
murid bagi sesi persekolahan tahun hadapan. Beliau menerangkan bahawa yuran
tambahan pada tahun ini ialah RM 40.00.
6.3.1 Naib YDP mencadangkan dinaikkan menjadi RM 50.00 kerana kenaikan
harga barangan pada masa ini memerlukan perbelanjaan yang besar oleh
pihak sekolah.
6.3.2 YDP menyokong cadangan dan mencadangkan kenaikan pada aspek aktiviti
ko-kurikulum, Kertas Ujian Dalaman, dan Sukan Tahunan Sekolah.
6.3.3 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara. Pecahan untuk yuran tambahan
pada tahun 2012 ialah
BIL
1
2
3
4
5
6

JENIS BAYARAN
Kokurikulum
Kertas Ujian Dalaman
Sukan Tahunan Sekolah
Kegiatan Pendidikan
Islam/Moral
MSSM
Insuran Takaful
JUMLAH

BAYARAN
TAHUN 2011
RM 7.50
RM 15.00
RM 8.00

BAYARAN
TAHUN 2012
RM 10.50
RM 20.00
RM 10.00

JUMLAH
KENAIKAN
RM 3.00
RM 5.00
RM 2.00

RM 6.00

RM 6.00

Tiada

RM 2.00
RM 1.50
RM 40.00

RM 2.00
Tiada
RM 1.50
Tiada
RM 50.00
RM 10.00
Tindakan : Penasihat

7.0 Hal-hal Lain


7.1 Penasihat mengucapkan terima kasih diatas peruntukkan yang diberikan bagi
menjayakan program sekolah.
Tindakan : Makluman
7.2 Penasihat memaklumkan aktiviti menanam pokok sumbangan FRIM masih tidak dapat
dijalankan. Beliau menyatakan bahawa pihak FRIM meminta sekolah untuk
melaksanakan aktiviti pada hari persekolahan dan bukannya pada hari sabtu.
7.2.1 YDP meminta pihak sekolah untuk menetapkan tarikh dan masa untuk
mengadakan aktiviti tersebut dan memjemput ibubapa turut serta.
Tindakan : Penasihat
7.3 Naib YDP mengadu bahawa anak beliau tahun 2 kini kurang mendapat latih tubi dan ini
menyebabkan prestasi anak beliau menurun. Beliau berharap pihak sekolah
menyediakan banyak latihan kepada murid-murid.
7.3.1 Penasihat menerangkan bahawa guru-guru ada menyediakan bahan untuk
murid-murid. Namun, terdapat beberapa kekangan seperti kekurangan
kertas untuk dicetak.
7.3.2 Guru juga tidak dibenarkan meminta murid-murid tahap satu membeli buku
latihan daripada pihak luar kecuali ibubapa tersebut mengambil inisiatif
membeli sendiri dan meminta guru menyemak latihan yang dilakukan oleh
murid.
7.3.3 Penasihat akan menyampaikan kebimbangan Naib YDP kepada guru-guru
pada mesyuarat guru kali ke 4 pada 10 september 2011.
TIndakan : AJK Guru
7.4 YDP mencadangkan bahawa bagi Majlis Hari Raya diadakan pada 24 September 2011
dan dilaksanakan secara pot luck dimana ibu bapa dan penjaga membawa makanan
masing-masing.
7.4.1 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara
Tindakan : AJK PIBG
8.0 Ucapan Penangguhan
8.1 YDP berharap murid-murid Tahun 6 telah bersedia untuk menghadapi UPSR dan
mengajak semua ahli mesyuarat mendoakan agar murid SK Sungei Way mendapat
keputusan yang lebih baik.
Tindakan : Makluman
8.2 YDP mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan sama ada daripada
pihak guru dan ibubapa.
Tindakan : Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.30 malam.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

...................................................
(MOHD ASAHAR BIN HAMIDON @ HAMDON)
Setiausaha Kehormat PIBG
SK Sungei Way

..................................................
(NOOR AZMAN BIN MOHD NOR)
Yang Di Pertua PIBG
SK Sungei Way

You might also like