You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI ( KSSR Tahun 4 ) 2014

Tarikh : 13 JANUARI 2014


Masa : 12.00 Tengah hari
Tempat : Makmal Komputer 1
Kehadiran :
1. Mohd Hamedan Bin Embong - Ketua Panitia
2. En Zainudin Bin Pee - Setiausaha
3. Rahayu Bt Said - Guru DST Thn 1
4. Engku Muzafar Bin Engku Maharani - Guru ICTL Thn 5
5. Asma Haniza Bt Musa - Guru ICTL Thn 6
6. Zakaria Bin Mukhtar - Guru DST Thn 2 & 3

Tidak hadir : Tiada

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi merangkap Ketua panitia memulakan mesyuarat dengan bacaan
ummul Kitab
Al-Fatihah.Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.
1.2 Pengerusi juga memaklumkan lantikan Cik Rahayu Bt Said sebagai setiausaha
Panitia
TMK 2014
1.3 Tindakan personelia : Makluman

2. Penerangan Subjek TMK Tahun 4

2.1 Pengerusi menerangkan bahawa TMK ini diajar 6 bulan selang seli dengan RBT.
Namun TMK tidak boleh diajar secara 6 bulan TMK 6 bulan RBT kerana boleh
Mendatangkan masalah kepada murid-murid apabila bertukar sekolah.
2.2 Pengerusi menyatakan bahawa keputusan sekolah adalah membuat giliran 2
minggu
TMK Dan 2 minggu RBT. Subjek TMK akan diajar 1 jam seminggu.
2.3 Pengerusi juga menyatakan bahawa AJK TMK ini dianggotai oleh guru ICTL dan
guru
DST Tahun 1, 2 dan 3. Walaubagaimanapun ICTL ini dibawah Panitia Bahasa Inggeris
dan DST dibawah Panitia Sains. Cuma sebarang aktivit ICTL dan DST hendaklah
menyerahkan 1 salinan kertas kerja kepada Panitia TMK. Guru DST dan Guru ICTL
diletakkan dalam AJK TMK kerana penggunaan makmal Komputer.
2.4 Ketua panitia menerangkan DSKP TMK Tahun 4 mengenai komputer. Tahun 4
ada 7
tajuk dalam 2 modul.
Modul 1 : Modul Dunia Komputer
Modul 2 : Modul Elemen Multimedia
2.5 Tindakan personelia : Makluman

3. Penyelarasan Buku Rekod Mengajar dan Rancangan Tahunan


3.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa penulisan buku rekod mengajar ditulis
dalam
Bahasa Malaysia .
3.2 Guru-guru TMK tahun 4 boleh mengupload bentuk penulisan rancangan harian
di
skrasau.com/tmk.

SK FELDA SERI RASAU


23300 KETENGAH JAYA, DUNGUN
TERENGGANU DARUL IMAN
Telefon : 09-8200354 Fax : 09-8200354
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3.3 Perkara-perkara yang perlu ada semasa penulisan rancangan harian TMK Tahun
4 seperti
berikut:Tema
Tajuk
STD Kandungan
Objektif/Hasil pem
Aktiviti
EMK
Refleksi
Manakala bagi guru ICTL dan DST adalah mengikut panitia masing-masing.
3.3.1 Rancangan Pelajaran Tahunan boleh didapati melalui laman skrasau.com/tmk
Tindakan
Personelia : Semua Guru

4. Penyelaras Tahun dan Pengagihan Tugas 2014


4.1 Ketua Panitia menyatakan carta organisasi TMK Tahun 4 dan borang biodata
guru.
Tindakan personelia : Setiausaha

4.2 Ketua panitia menyatakan supaya guru-guru menyemak dan memberi latihan
kepada
murid-murid.
Tindakan personelia : Semua Guru

5. Perancangan Tahun 2014


5.1 Ketua panitia menyatakan tidak ada maklumat tentang perancangan aktiviti
yang
diarahkan oleh JPN namun akan mewujudkan aktiviti di peringkat sekolah.
Tindakan personelia : Semua Guru

6. Peruntukan Kewangan
6.1 Peruntukan kewangan bagi TMK KSSR belum diketahui lagi kerana belum
diberitahu
oleh pihak pengurusan.
6.2 Semua guru diminta menyenaraikan alatan yang hendak dibeli dan
menyerahkan kepada
ketua Panitia.
Tindakan personelia : Semua Guru

7. Hal-hal lain
7.1 Ketua Panitia memohon kerjasama semua guru agar dapat menyampaikan
pengajaran
yang sebaik baiknya kerana TMK merupakan subjek baru bagi murid Tahun 4.
7.2 Setiausaha akan menyediakan carta organisasi untuk dilengkapkan di papan
kenyataan
tersebut.
7.3 Ketua panitia menyatakan format peperiksaan belum ditentukan lagi. Ketua
panitia akan

bertanya dengan rakan-rakannya.

Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan


mengharapkan dapat
melaksanakan tugas dengan lebih baik lagi pada tahun 2014.Mesyuarat diakhiri
dengan bacaan
surah Al-Asr dan ditangguhkan pada pukul 1.16 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh

--------------------------- -----------------------------(EN ZAINUDIN BIN PEE ) ( EN. MOHD HAMEDAN BIN EMBONG)
Setiausaha Panitia TMK Pengerusi Panitia Sains

You might also like