You are on page 1of 4

3 BESTARI

SHAHIRAN

Ayat Tanya dengan kata Tanya


Ayat Tanya dengan kata Tanya ialah ayat yang
mengandungi kata Tanya seperti siapa,
berapa, bagaimana, bila, mengapa dan
kenapa.
Contoh ayat seperti berikut:
i. Harga barang ini berapa?
ii. Hari perkahwinannya bila?
iii. Awak datang lambat kenapa?

Ayat Tanya tanpa kata Tanya


Ayat Tanya tanpa kata Tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan
dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir
ayat.
Dalam tulisan, nada Tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?).
Contohnya:
a) Encik Lokman kaunselor di sekolah itu?
b) Adik masih menangis?
c) Mimi menjadi pragawati?
d)Adik masih belum makan?
e) Pemuda itu malas?
f) Pertandingan bercerita itu diadakan pada minggu hadapan?
g) Erra penyanyi yang popular?
h) Bas itu sudah bertolak?

1. Bina 5 ayat tanya dengan kata tanya


2. Bina 5 ayat tanya tanpa kata tanya
3. Jawab soalan latihan yang telah diberi