You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JASMIN

71800 BANDAR BARU NILAI


NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2014

Tarikh

: 21/10/2014

Hari

: Selasa

Masa

: 2.00 petang

Tempat

: Bilik Gerakan

KEHADIRAN:
1. Semua guru hadir

AGENDA MESYUARAT
1. UCAPAN PENGERUSI
2. UCAPAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
3. KANDUNGAN MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pn Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru SK Desa Jasmin.

2. Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum


2.1

Senarai tugas guru sempena Hari Sukan Sekolah telah diedarkan (rujuk lampiran).

2.2

Pertandingan menghias rumah sukan ditangguhkan dahulu kerana perbincangan


mengenai peruntukan masih dalam perbincangan dengan Guru Besar. Guru rumah
sukan juga diminta untuk berada di dalam khemah semasa hari sukan berlangsung
untuk pemantauan murid-murid.

3. Kandungan mesyuarat
3.1

Perbarisan rumah sukan akan dihakimi oleh beberapa AJK PIBG dan juga Guru Besar.

3.2

Nombor peserta tidak tidak akan digunakan dan sebaliknya hanya mengikut warna
rumah sukan masing-masing. Makanan semasa hari sukan setelah perbincangan

dilakukan adalah satu air kotak dan juga satu bungkusan roti. Pihak kantin juga akan
dimaklumkan dengan kebenaran penjualan makanan semasa hari sukan dan satu
khemah perlu disediakan kepada pihak kantin sekolah untuk penjualan makanan. Air
mineral juga perlu disediakan kepada pihak Urusetia Sukan dan juga kepada guruguru semasa sukan. Token makanan akan diwujudkan kepada murid-murid. Pihak
Urusetia juga memerlukan alatan seperti laptop dan printer untuk mengisi markah
dan juga keputusan pertandingan.
3.3

VIP pada hari sukan hanya dihadiri oleh Pengerusi PIBG sahaja iaitu En.Ramli. Acara
pembukaan akan dimulakan dengan bacaan ikrar beserta penaik bendera seramai 4
orang. Kemudian disertai oleh rombongan seramai 30 hingga 33 orang untuk
perbarisan rumah sukan. Perbarisan ini boleh menggunakan waktu petang untuk sesi
latihan perbarisan di padang sekolah. Majlis penutup akan berlangsung acara
penyampaian hadiah kepada Olahragawan dan Olahragawati sekolah.

3.4

Kebersihan stadium USIM hendaklah dititikberatkan semasa sukan berlangsung dan


selepas berakhir. Pembesar suara tambahan akan digunakan dan pihak sekolah akan
menghubungi pihak yang terlibat bagi sewaan pembesar suara tambahan tersebut.

3.5

Dokumentasi diperlukan untuk fail sekolah dan diminta menyertakan gambar sebagai
bukti aktiviti dijalankan. Pada hari 8,9,10/10/2014 akan diadakan acara padang bagi
murid tahun 5. Surat mengenai Sukan Tara akan diedarkan pada hari Jumaat sebelum
minggu pertandingan diadakan. Undian lorong pula akan dilakukan pada setiap acara
balapan yang dijalankan dan peserta diminta untuk ke tempat pertandingan bersama
penyelia peserta (Guru rumah sukan). Setiap rumah sukan hendaklah menyediakan 2
Penyelia Peserta bagi setiap rumah sukan masing-masing.

3.6

Hakim balapan akan menjadi hakim penamat semasa acara balapan berlangsung.
Surat kebenaran dan surat persetujuan menghadiri sukan akan diedarkan kepada ibu
bapa sebelum minggu sukan diadakan. Surat kebenaran atau pelekat perlu ditampal
pada kereta untuk kebenaran khas memasuki premis USIM.

Meyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.........................................

...................................

(ISMAN BIN ADNAN)

(PATHIAH BT A.HAMID)

Setiausaha Sukan Sekolah

GPK Kokurikulum

SK Desa Jasmin

SK Desa Jasmin

You might also like