You are on page 1of 1

SMK (L) METHODIST SENTUL, KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA RC/KHB/ICTL


BIL 3/2013
Tarikh : 17 Julai 2013
Masa : 02.00 petang - 03.00 petang
Tempat : Bengkel Pengurusan Diri
KEHADIRAN :
1. Cik Che Rogayah bte Che Daud
2. En. Ahmad Sami bin Abdullah
3. En. Asman bin Md Daud
4. Pn. Nurernie Zazalind Bt Mohamad Yusop
AGENDA :
1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi
1.1. Cik Che Rogayah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru Votek kerana bekerja keras
memantapkan pendidikan dikalangan pelajar sekolah umumnya dan khasnya untuk matapelajaran
Kemahiran Hidup, Reka Cipta dan ICTL. Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana hadir ke
Mesyuarat Panitia bil 03/2013
Tindakan : Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Bil 02/2013
2.1. Minit mesyuarat Panitia RC/KHB/ICTL bil 2/2013 diluluskan dan disahkan tanpa pindaan.
Tindakan : Makluman
3.0 Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun -PMR dan SPM
3.1. Cik Che Rogayah memaklumkan kepada guru-guru bahawa peratus lulus subjek kemahiran hidup
pada peperiksaan pertengahan tahun meningkat dari 95.06% kepada 98.75%. begitu juga bagi subjek
reka cipta meningkat dari segi gred purata iaitu dari 6.60 kepada 5.20. Walaubagaimanapun keduadua subjek ini masih tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh panitia.
3.2. Cik Che Rogayah berharap pada keputusan peperiksaan percubaan nanti dapat mencapai sasaran
yang telah ditetapkan.
Tindakan : Makluman
4.0 Laporan setengah tahun PBS
4.1. En. Mohd Asman dan En. Ahmad Sami menyatakan PBS bagi tingkatan 1 dan 2 berjalan lancar.
4.2. Pn. Nurernie akan memperbanyakan Dokumen Standard Prestasi(DSP) yang terbaru untuk Tingkatan
1 dan 2.
Tindakan : Makluman
5.0 Penyemakan Buku Bil 2/2013
5.1. Cik Che Rogayah memaklumkan bahawa guru-guru diminta menghantar buku nota/latihan pelajar
untuk disemak.
Tindakan : Makluman
6.0 Hal-hal lain
6.1. Pn. Suzaini memberi penerangan mengenai Program I-Think.
Tindakan : Makluman

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

Nurernie Zazalind binti Mohd Yusop


Ketua Panitia RC/KHB/ICTL
SMK (L) Methodist Sentul

Che Rogayah Che Daud


Ketua Bidang VOTEK
SMK (L) Methodist Sentul

You might also like