You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PLB

BERSAMA PENGHULU MUKIM DAERAH HILIR PERAK.


BIL: 01/2013

TARIKH

13 Disember 2013

MASA

9.00 PAGI

TEMPAT

BILIK GERAKAN BARU ( BLOK B)


PEJABAT DAERAH DAN TANAH
HIIR PERAK.

HADIR
1.

ENCIK MOHD MEGAT ZAMRI BIN MEGAT MOHD


PENOLONG PEGAWAI DAERAH (BKP)
MERANGKAP MENANGGUNG KPPD(P)

2.

ENCIK SHUIB BIN BAHARI


PENGHULU MUKIM DURIAN SEBATANG

3.

ENCIK MOHD NOOR BIN MOHD RASHID


PENGHULU MUKIM LABU KUBONG

4.

ENCIK MUKHTAR BIN YAACOB


PENGHULU MUKIM RUNGKUP

5.

ENCIK MOHAMMAD BIN ESLAH


PENGHULU MUKIM BAGAN DATOH

6.

ENCIK AHMAD SAKRI BIN NORDIN


WAKIL PENGHULU MUKIM SUNGAI DURIAN

7.

ENCIK JAMALIDDIN BIN MOHD NOR


PENGHULU MUKIM SUNGAI MANIK

8.

ENCIK NORDIN BIN AHMAD


PENGHULU MUKIM HUTAN MELINTNG

9.

ENCIK ABDULLAH BIN HJ.SATAR


PENGHULU MUKIM TELUK BHARU

-2URUS SETIA
1.

PN. ROGAYAH BINTI ZAINAL ABIDIN


PENOLONG PEGAWAI DAERAH (PEMBANGUNAN FIZIKAL)

2.

EN. MUSTAFA BAKRI BIN MUSA


PEMBANTU TADBIR KANAN

TIDAK HADIR
1.

ENCIK KAMARUZZAMAN BIN DAWAMI


PENGHULU MUKIM SUNGAI DURIAN

2.

ENCIK AZMAN BIN IDRIS


PENOLONG JURUTERA

1.

UCAPAN PENGERUSI
1.1.

Tuan Pengerusi Majlis mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih melapangkan
masa
kepada semua ahli Mesyuarat PLB bersama Penghulu Mukim Daerah Hilir Perak
Bil.01/2013 dapat hadir tepat pada waktunya walaupun ada traffic jam di Jalan Batak Rabit.

1.2.

Tuan pengerusi menyatakan hasratnya telah lama hendak bermesyarat bersama


Penghulu Mukim sejak beliau mula memegang jawatan pemangku KPPD(P) mulai bulan
Oktober lalu kerana banyak program Jabatan yang perlu ditangani. Beliau juga
maklumkan bahawa beliau kekal berada di PDT Hilir Perak dan tidak jadi bertukar ke PDT
Batang Padang.

1.3.

Tuan Pengerusi memaklumkan yang beliau telah ditempatkan di bahagian BKP, Pn.
Rogayah sebagai PPD(Pembangunan Fizikal ) manakala Pn. Suhaili sebagai
PPD(Pembanguan Masyarakat) mulai 09 Disember 2013.

1.4. Tuan Pengerusi meminta semua Penghulu Mukim akan mengamalkan Amalan 5S di
pejabat-pejabat Penghulu pada bulan Oktober 2014. Beliau menjelaskan lagi bahawa
tempoh pelaksanaan Amalan 5S oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) ialah
selama 3 bulan untuk persijilan. Beliau akan menyediakan peruntukan untuk ini dan akan
dimaklumkan pada bulan Febuari tahun 2014. Satu kursus untuk Penghulu berkaitan
Aamalan 5S akan cuba di adakan pada bulan Febuari 2014.
1.5. Beliau juga menggalakkan semua Penghulu Mukim untuk mencipta sesuatu innovasi di
peringkat mukim kerana setakat ini tiada sebarang innovasi daripada Penghulu-Penghulu di
negeri Perak ini, tidak perlu innovasi yang besar-besar yang kecil pun memadai.

1.6. Tuan Pengerusi juga mengingatkan akan laporan harta melalui system HRMIS kepada
semua kakitangan PDTHP dan termasuk juga Penghulu dan Kerani Penghulu. Setakat hari
ini baru 50 kakitangan yang telah melaporkan termasuk Penghulu Ainal pagi tadi. Jikalau
mempunyai masalah untuk menggunakan HRMIS bolehlah dapatkan bantuan daripada Cik
Wahida bi bahagian BKP.
1.7. Tuan Pengerusi juga meminta semua Penghulu mengemukakan apa-apa keperluan di
peringkat mukim kecuali penambahan Staff pada akhir bulan Disember ini dan di hantar
kepada PPD(PF)/PTK di Bahagian PLB. Setakat hari ini 4 mukim telah dapat peruntukan
daripada Pegawai Daerah untuk penyelenggaran pejabat Penghulu iaitu mukim Sg. Durian,
Teluk Bharu, Hutan Melintang dan Rungkup.
1.8. Tuan Pengerusi mengingatkan semua Penghulu supaya menghantar tuntutan perjalanan
sebelum 10 hb pada tiap-tiap bulan kerana telah mendapat teguran daripada Pejabat
Kewangan Negeri Perak Ipoh.
1.9.

Tuan Pengerusi menjelaskan terdapat aduan daripada YB ADUN Hutan Melintang


berkaitan JKKK dan Penghulu Hutan Melintang dan mohon Penghulu beri jawapan secepat
mungkin. Begitu juga terdapat aduan daripada JKKK mukim Rungkup bahawa JKKK
hanya buat minit mesyuarat tetapi tidak bermesyuarat dan dapat elaun mesyuarat.
Pengerusi mohon Penghulu Rungkup membuat tindakan.
Tindakan: Penghulu
Hutan Melintang dan Rungkup

1.10. Tuan Pengerusi meminta semua Penghulu menghantar Senarai Cadangan untuk
semakan semula persempadanan JKKK samada ditambah atau digugurkan. Senarai ini
hendaklah dikemukakan di Bahagian PLB selewatnya pada 31 Disember 2013 untuk dibawa
ke mesyuarat bersama ADUN dan Ketua-Ketua Bahagian dalam bulan Januari 2014.

-32.

PERKARA BERBANGKIT
PENGHULU MUKIM DURIAN SEBATNG
2.1.

Penghulu memaklumkan bahawa tandas di bangunan Pejabat Daerah Dan Tanah (Blok
B) tidak diuruskan dengan sempurna dan keadaannya amatlah mendukacitakan di mana
ianya tidak boleh digunakan dan ada peralatan di dalam tandas tersebut perlu
diperbaiki dengan segera kerana tidak berfungsi.
Tindakan: BKP

3.

PENGHULU MUKIM LABU KUBONG

3.1.

Penghulu Mukim Labu Kubong memaklumkan bangunan yang didirikan untuk


menempatkan orang-orang tua yang tidak berwaris di mana bangunan tersebut telah
pun usang dan tidak terurus di Mukim Labu Kubong dan Agensi manakah yang
bertanggungjawab untuk menguruskannya.
`

4.

Tindakan: KPPD(P)

PENGHULU MUKIM HUTAN MELINTANG


4.1.

Penghulu meminta untuk mengorek serta, membersih dan mendalamkan parit besar
dijalan utama Simpang Empat ke Bagan Datoh dihadapan Pejabat Penghulu Hutan
Melintang hingga ke hadapan Balai Bomba kerana jika hujan lebat akan berlaku banjir
dan air akan melimpah dan memasuki Pejabat Penghulu dimana struktur dan
mukabuminya adalah rendah.
Tindakan: KPPD(P)

5.

PENGHULU MUKIM BAGAN DATOH


5.1.

6.

Penghulu memaklumkan terdapat 25 buah gerai yang telah diluluskan di Daerah Hilir
Perak yang mana diperuntukan oleh KKLW dan sehingga sekarang ini tiada sebarang
jawapan diterima.

Tuan Pengerusi memaklumkan masih belum menerima apa apa tindakan daripada pihak
SUK.
Tindakan: Makluman
PENGHULU MUKIM RUNGKUP
6.1.1. Penghulu memberitahu bahawa terdapat lebih kurang 2000 ekar tanah terbiar di Mukim
Rungkup terutama di jalan baru Hutan Melintang ke Rungkup yang ditinggalkan dan
tidak diusahakan. Minta satu kajian daripada ajensi kerajaan yang bersangkutan untuk
mngambil tindakan yang sesuai untuk membangunkan kawasan tersebut dan
mengenalpasti status tanah.
Tuan Pengerusi menjelaskan tanah tersebut merupakan tanah hakmilik individu namun
diperolehi kepastian daripada Unit Tanah.
Tindakan: KPPD(T)
-46.2.

Penghulu juga meminta 4 kawasan Ketua Kaum Cina yang telah dilantik tetapi tiada
ahli JKKK sendiri. Permohonan tersebut telah pun diajukan ke Pejabat Daerah Hilir Perak
dan sehingga kini tiada sebarang jawapan diterima.
Tuan Pengerusi meminta supaya dibuat permohonan sekali lagi kerana permohonan yang
terdahulu tidak dapat dikesan.
Tindakan: Penghulu Rungkup

7.

HAL-HAL LAIN

7.1. Tuan Pengerusi memaklumkan kepada semua Penghulu bahawa mulai tahun 2013
mana-mana Pejabat dan rumah Penghulu yang mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki
hendaklah memberitahu dengan segera ke Pejabat Daerah Hilir Perak supaya tindakan
dapat diambil dengan sewajarnya.
Tindakan: Semua Penghulu
8.

PENUTUP
Tuan Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan
Mesyuarat telah ditangguhkan jam 12.30 tengahari

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

(ABDUL GHANI BIN MOKHTAR)


Ketua Pembantu Tadbir (PLB)

(MOHAMED NASSER BIN ABDUL RAZAK)


Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan

Tarikh:

Tarikh:

You might also like