You are on page 1of 6

TEKS UCAPAN

OLEH :
KETUA PENGAWAS
SMKCJ
SEMPENA :

HARI GRADUASI KALI KE 10


SMK CHERAS JAYA

PADA :
20 OKTOBER 2012

BERTEMPAT DI :
DEWAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH
MAKTAB PDRM CHERAS

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM,
Terima kasih diucapkan kepada puan pengerusi majlis.

Yang berbahagia,
Dr. Nasri Bin Ibrahim,
Naib Yang Dipertua PIBG SMK Cheras Jaya
Yang berusaha,
Puan Hashimah bt Hashim,
Pengetua SMK Cheras Jaya.

Yang dihormati,
SAC Dato Shahbuddin Bin Abdul Wahab
Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia

Yang berusaha,
Puan Sofia Nor bt Molhit
Penolong Kanan SMK Cheras Jaya

Yang dihormati,
Encik Othman bin Omar
Penolong Kanan HEM SMK Cheras Jaya
2

Puan Anita Mazlina bt Azman Arash


Penolong Kanan Kokurikulum SMK Cheras Jaya
En. Azahari bin Mohd Yusop
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Encik Termizi bin Mohd Tahir
Penolong Kanan Petang
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
Guru-guru cemerlang,

Barisan Pendidik,
Ibu bapa dan rakan-rakan sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Setinggi-tinggi ucapan


terima kasih kepada puan pengerusi majlis kerana memberi saya ruang dan
peluang untuk menyampaikan ucapan selaku Ketua Pelajar SMK Cheras Jaya
dalam majlis graduasi kali ke -10 ini. Saya mewakili pelajar-pelajar tingkatan lima
SMK Cheras Jaya tahun 2012 ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga pendidik SMKCJ kerana berjaya
menganjurkan majlis yang amat berprestij ini.

Hadirin sekalian,
Majlis ini diadakan khas untuk kami, pelajar-pelajar tingkatan lima yang akan
menamatkan pengajian mereka di sekolah ini di sekolah yang kami sayangi ini.
Betapa bangganya kami, kerana sebelum kami melangkah keluar meninggalkan
sekolah, kami telah diraikan dan diberi penghormatan dalam majlis yang belum
pernah kami rasai sebelum ini. Majlis Graduasi ini kelak akan menjadi suatu
3

memori indah buat kami. Memori ini akan kami simpan baik-baik menjadi lipatan
sejarah. Inilah detik paling berwarna-warni dengan guru-guru yang berwajah
berseri-seri. Oleh itu, saya mewakili semua pelajar mengucapkan setinggi-tinggi
terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar kami sejak kami tingkatan
satu hinggalah tingkatan lima.

Gurulah yang telah banyak berkorban untuk kami. Guru sanggup berkorban masa,
tenaga, dan wang ringgit demi melihat kejayaan kami. Guru jugalah yang menjadi
ibu bapa kedua bagi kami.

Wahai guru kami,


Jasamu semerbak kasturi,
Seluas lautan tak bertepi,
Kasih sayangmu begitu agung,
Yang meniti setiap suka dan duka,
Tidak dapat ku balas.

Wahai guru kami,


Kalian umpama dian,
Menerangi kami dalam kegelapan,
Kain putih kau corakkan,
Membentuk kami menjadi insan.

Hadirin dan rakan-rakan sekalian,


Majlis graduasi ini memberi pengertian yang amat besar kepada pelajar-pelajar
Tingkatan 5. Memakai jubah dan berbaris, kemudian naik ke pentas seorang demi
seorang untuk menerima skrol merupakan pengalaman paling berharga buat
kami. Kami dapat merasakan seolah-olah kami telah berada di menara gading
untuk menerima ijazah dalam majlis konvokesyen, majlis graduasi ini telah
menjadi pembakar semangat kepada kami agar tidak jemu-jemu berusaha untuk
mencapai kejayaan demi kejayaan sehinggalah kami benar-benar dapat
menjejakkan kaki ke menara gading sama ada di institusi pengajian awam atau
institusi pengajian swasta.

Kami sedar dan kami yakin bahawa untuk mencapai kejayaan yang
sebenar bukanlah satu perkara mudah. Namun, kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Oleh hal yang demikian, biarlah majlis graduasi ini
menjadi titik permulaan kepada kami untuk menyeluk pekasam sehingga ke
pangkal lengan, alang- alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam,
bara yang digenggam biar sampai menjadi arang, agar pada suatu hari nanti kami
menjadi benih yang dicampakkan ke laut menjadi sebuah pulau.

Akhir kata, selaku Ketua Pelajar SMK Cheras Jaya tahun 2012 saya
mengambil kesempatan dalam majlis ini untuk memohon maaf kepada semua
guru, khususnya kepada bonda Puan Hashimah bt Hashim, pengetua yang amat
kami kasihi sekiranya sepanjang kami berada di sekolah ini terdapat kesilapan
tutur kata dan tingkah laku yang tidak disenangi sepanjang bergelar
pelajar.Harapan kami agar guru-guru sekalian berada dalam lindungan dan
rahmat Allah S.W.T. sentiasa.

Akhir kata, terimalah dua rangkap pantun daripada saya;


Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.
Kalau ada lengguni pahit,
Mari ditaruh dalam celepa,
Kalau ada budi yang baik,
Sampai mati kami tak lupa.
Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum wbt.

You might also like