You are on page 1of 12

SOALAN ULANGKAJI

NO. KOD : EDU 3109

BAHAGIAN A
(20 markah)

EDU 3109

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

1 markah x 20 = 20 markah

BAHAGIAN B
(40 markah)

Jawab semua soalan.

1. Sikap lemah lembut dan penyayang ialah sikap yang patut ada di dalam diri

guru. Malang sekali terdapat kalangan guru yang tidak berjaya mempamerkan
keluhuran budi pekertinya sehinggakan bukan sahaja murid-murid tidak dapat
mencontohinya malah masyarakat juga hilang kepercayaan dan hormat
kepada guru.
( a ) Berdasarkan kenyataan di atas, nyatakan dan huraikan secara ringkas
dua jenis kesantunan guru.
Jawapan :
Kesantunan perlakuan berpakaian yang sesuai dan bersopan
semasa berada di tempat umum.
ii. Kesantunan berbahasa tatacara berkomunikasi secara lisan serta
mematuhi norma-norma budaya
i.

I fakta = 1 markah
1 huraian = 1 markah
2 ( fakta + huraian ) X 2 markah = 4 markah

( b ) Pengurusan masa merupakan satu disiplin diri bagi seseorang guru.


Huraikan tiga kelebihan jika seseorang guru dapat menguruskan masa
dengan baik di sekolah.
Jawapan :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Membolehkan murid memperoleh ilmu dan kemahiran


Membolehkan produktiviti dalam P&P meningkat
Mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti
murid membuat bising dalam kelas dll.
Hasil kerja yang memberikan manfaat kepada guru dan murid
Mana-mana jawapan lain yang munasabah

1 huraian = 2 markah
3 huraian X 2 markah = 6 markah

2.

Cik Mariam, seorang guru yang prihatin tentang beberapa orang murid dalam
kelasnya yang sering mengganggu pengajarannya. Beliau bimbang jika
masalah ini tidak di atasi, ia akan mejejaskan reputasinya sebagai seorang
guru yang berkesan.
Situasi di atas menjelaskan salah satu peringkat dalam Teori Keperihatinan
yang di utarakan oleh Fuller ( 1969 ).
(a)

Nyatakan dan huraikan tiga peringkat yang terdapat dalam Teori


Keperihatinan ( Fuller, 1969 ).
Jawapan :
i. Peringkat Kemandirian Diri guru berasa bimbang tentang
kemampuan diri untuk mengawal kelas dan apa jua yang akan
diperkatakan oleh ibu bapa serta guru-guru lain.
ii. Peringkat tugas guru memperbaiki pengajarannya serta
menguasai isi kandungan mata pelajaran
iii. Peringkat Impak guru mulai melihat pelajarnya sebagai individu
yang mempunyai pelbagai keperluan.
I fakta = 1 markah
1 huraian = 1 markah
3 ( fakta + huraian ) X 2 markah = 6 markah

(b)

Trotter ( 1986 ) telah mengemukakan teori lima peringkat


perkembangan untuk seseorang guru menjadi pakar dalam bidang
yang diceburinya. Peringkat tersebut bermula dari guru permulaan
( novis ) hingga ke guru pakar.
Nyatakan dua perbezaan antara guru permulaan dengan guru pakar.
Jawapan :
Guru Permulaan

Guru Pakar

Mula mempelajari cara mengajar dan


masih menunjukkan perasaan kurang yakin
semasa berada dalam bilik darjah
Mempunyai pengetahuan isi kandungan
secara diskret / berasingan

Idea dan kemahiran boleh mempengaruhi


polisi-polisi berkaitan pengendalian
pengajaran di bilik darjah
Mempunyai pengertahuan isi kandungan
yang mendalam dan dapat mengaitkan
dengan konteks yang berbeza secara
bersepadu
Tindakan pedagogi adalah lebih luas,
interaktif dan pelbagai gaya pengajaran

Tindakan pedagogi terhad, menjurus


kepada kaedah penyampaian pengetahuan
dan prestasi pengajaran
Masih belum dapat menangani tugas-tugas
harian seorang guru

Orang yang berautoriti dalam profesionnya

1 perbezaan = 2 markah
2 perbezaan X 2 markah = 4 markah

3.

Stenhouse ( 1975 ) berpendapat bahawa guru harus meningkatkan


kemahiran dan pengalaman dalam bidang pendidikan, dan melalui
penyelidikan seseorang guru dapat mengubah suasana dalam bilik darjah.
( a ) Merujuk kepada pandangan Stenhouse, nyatakan tiga isu berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijadikan sebagai
bidang penyelidikan.
Jawapan :
i. Pengurusan tingkah laku murid, misalnya murid agresif, bermasalah
ii. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan strategi,
kaedah, dan teknik tertentu seperti konstruktivisme, koperatif,
bermain dan sebagainya
iii. Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah
iv. Lain-lain jawapan yang munasabah

I fakta = 1 markah
1 huraian = 1 markah
3 ( fakta + huraian ) X 2 markah = 6 markah

( b ) Berdasarkan jawapan dalam bahagian (a), nyatakan dua cara


bagaimana penyelidikan tindakan yang dilakukan dapat membantu
seorang guru menjadi lebih berkesan.
Jawapan :
i.

Meningkatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman amalan bilik darjah

ii. Meningkatkan kemahiran mengajar


iii. Mengembangkan tahap pemikiran guru ke aras yang tinggi seperti
aras analisis dan sintesis.
iv. Lain-lain jawapan yang munasabah

I fakta = 1 markah
1 huraian = 1 markah
2 ( fakta + huraian ) X 2 markah = 4 markah

4. Kepimpinan merupakan unsur penting dalam kejayaan sesebuah organisasi


formal seperti sekolah.
(a) Jelaskan maksud kepimpinan semulajadi dan berkarisma dalam konteks
pengurusan di sekolah rendah.
Jawapan :
i.

Kepimpinan Semulajadi
Kepimpinan yang muncul bukan secara lantikan secara formal,
tetapi berpengaruh dan mendapatkan sokongan ramai ahli dalam
kumpulan, mungkin disebabkan pengalaman luasnya, kemahiran
interpersonal yang tinggi.

ii.

Kepimpinan Berkarisma
Kepimpinan yang wujud apabila anggota-anggota dalam kumpulan
mempersepsikan seseorang pemimpin mempunyai kualiti istimewa
ata luar biasa. Anggota kumpulan memberikan kesetiaan yang tidak
berbelah bagi terhadap pemimpin yang dianggap luar biasa. Contoh
pemimpin berkarisma ialah Mahatma Gandhi.
I fakta = 1 markah
1 huraian = 1 markah
2 ( fakta + huraian ) X 2 markah = 4 markah

(b) Terdapat pelbagai teori kepimpinan yang dapat digunakan untuk


memahami kepimpinan dalam organisasi sekolah. Berikan huraian
ringkas mana-mana dua contoh teori kepimpinan tradisional dan dua
teori kepimpinan semasa
Jawapan :
(i)

Teori Kepimpinan Tradisional


Contoh : Teori X dan Teori Y, Teori Grid Pengurusan ( Blake &
Mouton )
Huraian ringkas :
a. Teori X : Pemimpin beranggapan stafnya dimotivasikan oleh
wang, malas akan menggelakkan tugas kecuali di paksa.
b. Teori Y : Pemimpian beranggapan stafnya rajin, melihar kerja
sebagai sesuatu perkara semulajdi, bercita-cita tinggi dan
mencari dan mahukan tanggungjawab kerana ianya
memberikan kepuasan kepada mereka.

c. Teori Grid Pengurusan : Kepimpinan sesuatu organisasi dapat


dijelaskan berdasarkan dua dimensi yang berbeza berkaitan
dengan keprihatinan pemimpin, iaitu keprihatinan terhadap
penghasilan dan keprihatinan terhadap manusia.
(ii)

Teori Kepimpinan Semasa


Contoh : Teori Transformasi, Teori Kepimpinan Moral
Huraian ringkas :
a. Teori Transformasi :Kepimpinan yang berupaya menggerakkan
pengikutnya untuk bertindak mencapai matlamat tertentu
berdasarkan nilai dan motivasi, keperluan dan kehendak, aspirasi
dan jangkaan kedua-dua pihak.
b. Teori Kepimpinan Moral :Kepimpinan yang memberikan
perhatian kepada nilai dan etika di mana penggunaan kuasa dan
pengaruh adalah atas pertimbangan yang baik dan benar.
1 fakta = markah
1 huraian = 1 markah
4 ( fakta + huraian ) X 1.5 markah = 6 markah

BAHAGIAN C
(40 markah)

Jawab mana-mana dua daripada tiga soalan.

1.

Walaupun loceng sudah berbunyi, cikgu Amin masih bersembang di bilik


guru. Beliau lewat masuk ke kelas dan ini menyebabkan murid-muirdnya
membuat bising. Beliau terpaksa mententeramkan murid-muridnya terlebih
dahulu sebelum memulakan pelajaran. Malangnya beliau tidak dapat
menyelesaikan isi kandungan pada hari itu.
(a)

Berdasarkan situasi di atas, huraikan lima tanggungjawab guru


terhadap pelajar dengan memberikan contoh-contoh yag sesuai.
Jawapan :
i.
ii.

iii.

iv.
v.

Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar


Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira
faktor jasmani, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan
agama
Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam bilik
darjah atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah
tanpa sebarang bayaran
Menunjukkan cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang
dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui
pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas,
persidangan, mesyuarat atau seminar.

1 huraian = 1 markah
1 ( huraian + contoh ) = 2 markah
5 ( huraian + contoh ) x 2 markah = 10 markah

(b)

Bincangkan lima cara bagaimana guru dapat menunjukkan


akauntabiliti terhadap diri dan tugasnya.
Jawapan :
i.
ii.
iii.

Berpengetahuan luas dan berketrampilan dalam bidang mata


pelajaran yang diajar
Meneroka dan mencari ilmu baharu serta pengetahuan
kandungan pedagogi dalam bidang mata pelajaran yang diajar
Mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak

iv.

v.
vi.
vii.
viii.

Bersikap positif, melaksankan tugas secara adil serta


memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
pelajar
Menjadi role-model kepada pelajar
Mengekalkan tingkah laku yang baik, mempunyai kesabaran,
empati, ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugas
Mempunyai perwatakan mulia, warga Negara yang patriotic
dan mempunyai daya tahan yang tinggi.
Mana-mana jawapan lain yang munasabah
1 fakta = 1 markah
1 ( fakta + huraian ) = 2 markah
5 ( fakta + huraian ) x 2 markah = 10 markah

2.

Ekoran daripada perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan sekolah,


guru diharapkan dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam
membentuk sahsiah murid dan membantu murid-murid menyesuaikan diri
dengan persekitaran yang semakin mencabar.
(a)

Huraikan lima peranan dan tanggungjawab guru sebagai mentor dalam


membentuk sahsiah murid di sekolah.
Jawapan :
i.

Memberikan galakkan kepada murid untuk mengamalkan sahsiah


yang baik dan diingini.

ii.

Membimbing murid memahami kelebihan dan kekurangan dalam diri


mereka dan mengambil tindakan meningkatkan lagi kelebihan diri
dan menangani kekurangan dalam diri.

iii.

Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menggalakkan murid


mengamalkan tingkah laku yang diingini.

iv.

Menjadi model untuk dicontohi oleh murid-murid dalam kelasnya.


Guru menunjukkan sahsiah yang baik untuk dilihat oleh muridnya.

v.

Menjadi pendengar yang baik kepada murid. Mendengar idea atau


rancangan murid dan memberi nasihat dan teguran di mana perlu.

v.

Lain-lain jawapan yang munasabah

1 fakta = 1 markah
1 ( fakta + huraian ) = 2 markah
5 ( fakta + huraian ) x 2 markah = 10 markah

(b) Kedua-dua ibu bapa murid dan guru di sekolah dapat memainkan
peranan dalam membentuk tingkah laku murid.
Bincangkan sejauhmanakah keberkesanaan guru sebagai mentor
berbanding dengan ibu bapa dalam membentuk tingkah laku murid.
Jawapan :
Hujah-hujah keberkesanaan guru
i.

Guru mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam psikologi


dan bimbingan. Seorang guru dapat mrancang strategi yang lebih
teratur dan sistematik untuk membantu murid yang bermasalah.

ii.

Guru dapat merujuk masalah murid dengan pakar seperti kaunselor,


doktor. Seorang guru boleh mendapat pandangan daripada pelbagai
pakar semasa membimbing muridnya.

iii.

Guru dapat bertindak sebagai pihak yang berkecuali. Murid yang


menghadapi masalah lebih bersedia membincangkan masalah
dengan guru yang berkecuali.

iv.

Guru dapat meluangkan masa membimbing murid yang


bermasalah. Membimbing murid adalah sebahagian daripada tugas
guru terlatih.

v.

Guru berpengalaman dalam proses membimbing murid. Setelah


berkhidmat untuk suatu jangka masa guru sudah mendapat banyak
pengalaman dan biasa dengan masalah yang seringkali dihadapi
oleh murid pada peringkat umur tertentu.

vi.

Lain-lain jawapan yang munasabah

Hujah-hujan keberkesanaan ibu bapa


i.

Ibu bapa mengenali anak mereka sejak kecil lagi. Pengetahuan


mereka tentang masalah murid adalah lebih mendalam.

ii.

Ibu bapa dan murid akan meluangkan masa yang lebih lama
berbanding dengan masa yang diluangkan di antara guru dan murid.
Ibu bapa akan dapat meluangkan masa untuk mengatasi masalah
anak dengan lebih berkesan.

iii.

Setiap orang murid yang bermasalah mempunyai latar belakang


yang berlainan. Guru mungkin tidak dapat membimbing murid
dengan lebih berkesan jika dia mempunyai latar belakang yang
berlainan dengan murid.

10

iv.

Ibu bapa dan sanak saudara dapat berusaha bersama membantu


murid yang bermasalah. Sistem sokongan keluarga ini jauh lebih
berkesan berbanding dengan usaha guru dan sekolah.

v.

Ibu bapa mempunyai kepentingan yang jelas dalam proses


membantu anak yang bermasalah. Mereka akan berusaha
bersungguh-sungguh dan tidak cepat berputus asa dalam
membantu murid yang bermasalah.

v.

Lain-lain jawapan yang munasabah

1 fakta = 1 markah
1 ( fakta + huraian ) = 2 markah
5 ( fakta + huraian ) x 2 markah = 10 markah

3.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program


pembelajaran sepanjang hayat akan dijadikan sebagai agenda untuk
meningkatkan keupayaan modal insan negara. Beliau berkata, program yang
dijadikan sebagai tiang ketiga selepas pendidikan asas dan pendidikan
tertiari dianggap penting untuk meningkatkan peratusan tenaga kerja
berkemahiran tinggi daripada 28 peratus pada masa ini kepada 33 peratus
menjelang 2015. ( Utusan Malaysia, 2010 )
(a)

Berdasarkan petikan di atas, bincangkan empat hujah anda untuk


menyokong usaha kerajaan mempertingkatkan lagi perkembangan
pembelajaran sepanjang hayat di negara kita.
Jawapan :
i.

Guru perlu mengemaskini ilmu dan kemahiran dalam memastikan


perkembangan dan peningkatan profesionalisme guru. Sebagai
seorang profesional guru harus mempunyai ilmu dan kemahiran
terkini agar beliau dihormati oleh orang ramai.

ii.

Perubahan dalam bidang pendidikan berlaku dengan bergitu pesat


sekali akibat fenomena globalisasi dan perkembangan dalam
teknologi maklumat dan komunikasi. Guru haruslah terus
mempelajari agar beliau dapat memainkan peranan dengan
berkesan dalam suasana pendidikan yang giat berubah.

iii.

Harapan daripada masyarakat terus meningkat. Guru harus


berupaya menjadi lebih produktif dan berkesan dalam
melaksanakan tugasnya.

11

iv.

Murid di sekolah mempunyai latar belakang berbeza dan murid


mempunyai minat dan keperluan yang pelbagai. Guru yang
profesional hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan dalam
murid mereka dan bersedia untuk membantu mereka dengan yakin
dan profesional.

v.

Lain-lain jawapan yang munasabah


1 fakta = 1 markah
1 ( fakta + huraian ) = 2.5 markah
4 ( fakta + huraian ) x 2.5 markah = 10 markah

(b)

Seterusnya, huraikan lima cara bagaimana guru dapat memainkan


peranan menyokong hasrat kerajaan dalam mengembangkan
pembelajaran sepanjang hayat.
Jawapan :
i.

Guru harus berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran dengan


menyambung pengajiannya di institut atau univerisiti pada tahap
yang lebih tinggi.

ii.

Guru harus melibatkan diri dalam penyelidikan, terutama sekali


penyelidikan tindakan dan penulisan akademik. Apabila guru terlibat
dalam penyelidikan guru akan sentiasa membaca dan mendapat
pemahaman baharu tentang amalan dalam bilik darjah.

iii.

Guru harus bersedia mengikuti latihan dalam sekolah sendiri melalui


latihan dalaman yang dikehendalikan oleh rakan mereka sendiri.

iv.

Guru harus mengambil kesempatan mengikuti pelbagai kursus


dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia atau agensi kerajaan yang lain.

v.

Guru harus aktif bergaul dengan masyarakat dan mempelajari


secara tidak formal dengan pihak lain dalam masyarakat.

vi.

Lain-lain jawapan yang munasabah


1 fakta = 1 markah
1 ( fakta + huraian ) = 2 markah
5 ( fakta + huraian ) x 2 markah = 10 markah

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

12

You might also like