You are on page 1of 18

940208-01-6053

1.0

Sejarah Klinik Desa di Kampung Parit Amil, Yong Peng, Johor dan
sumbangannya terhadap masyarakat setempat dari tahun 1960 sehingga
tahun 2000.

2.0

Konsep kesihatan (Pendahuluan)


Secara umumnya, kesihatan bermaksud dalam keadaan sihat dan selamat, bebas

daripada kecederaan,kecacatan dan penyakit. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,


kesihatan bermaksud perihal sihat, kesegaran, dalam keadaan baik (badan dll).1
Menurut laman sesawang Wikipedia dan para tokoh, kesihatan bermaksud
keadaan sejahtera dari badan, jiwa dan sosial yang memungkinkan setiap orang hidup
produktif secara sosial dan ekonomi.Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan
holisitk telah dikemukakan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO). Mereka
menyatakan bahawa kesihatan membawa maksud tentang sihat daripada aspek fizikal,
mental dan sosial dan bukan sekadar terbebas daripada penyakit, kecacatan dan
kecederaan sahaja.2
Kesihatan terbahagi kepada dua iaitu kesihatan jasmani dan rohani.Bagi menjaga
kestabilan kesihatan, manusia perlu mendapatkan rawatan yang sepatutnya sekiranya
mendapat sebarang jangkitan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rawatan
bermaksud hasil merawat.Terdapat dua jenis rawatan yang disyorkan bagi mengekalkan
keseimbangan kesihatan iaitu rawatan secara tradisional dan rawatan secara moden.3
Rawatan Tradisional & Moden
Rawatan jenis tradisional ialah sejenis rawatan perubatan yang berasaskan herba
atau

dikenali

juga

dengan

perubatan

tradisional

pra-saintifik

bagi

sesuatu

kaum.Perubatan ini berbeza daripada perubatan yang diamalkan di Barat.Perubatan


jenis ini digunakan pada masa tertentu yang bertujuan untuk penjagaan kesihatan dan
1

940208-01-6053

sesuai bagi sesuatu masyarakat tertentu. Perubatan tradisional terbahagi kepada kepada
dua bahagian iaitu perubatan tradisional professional dan perubatan tradisional bukan
profesional atau perubatan tempatan.4
Perubatan tradisional professional ini telah diamalkan oleh pelbagai peringkat
kumpulan dan masyarakat sehingga kini.Konsep-konsep asasnya telah diterima manusia
sejagat. Diantara ubatan tersebut ialah perubatan Ayurveda yang diamalkan oleh
masyarakat India dan perubatan ginseng dan akupuntur yang diamalkan oleh
masyarakat Cina dan telah sedia dimaklumi oleh orang-orang Asia.5
Rawatan tradisional bukan professional pula ialah rawatan yang mempunyai
berbagai-bagai ciri tertentu dan telah tersebar secara meluas tetapi konsep dan
kepercayaannya terbatas bagi masyarakat di peringkat tempatan.Perubatan jenis ini
dikategorikan kepada 4 kumpulan iaitu tradisi mengikut kelahiran, herba-herba sebagai
ubatan, teknik-teknik khas seperti tulang-tulang asas dan semangat agama sebagai
penyembuh.6
Dalam masyarakat Melayu, kaedah rawatan tradisional ini juga memainkan
peranan yang penting.Masyarakat Melayu juga mengaplikasikan penggunaan rawatan
tradisional ini seperti menggunakan tumbuhan-tumbuhan herba bagi merawat penyakit
yang dihadapi. Berbanding dengan rawatan tradisional, rawatan moden pula ialah
sejenis amalan perubatan yang menggabungkan campuran antara seni merawat serta
berbagai-bagai cabang ilmu sains. Perubatan moden mempunyai hubungan terus dengan
sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam konteks lebih luas, perubatan hari ini
merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik, penyelidikan, perubatan dan
pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan. Amalan perubatan
dalam perubatan moden menggabungkan ilmu sains sebagai asas bukti dan juga seni
dalam penggunaan pengetahuan perubatan ini dengan gerak hati dan pertimbangan
klinikal untuk menentukan langkah perawatan bagi pesakit. Dalam perubatan moden,
2

940208-01-6053

penyedia perkhidmatan perubatan perlu mengumpul data (riwayat perubatan, soal siasat
sistem, pemeriksaan fizikal, serta kajian makmal atau pengimejan), menganalisis dan
mensintesis data (penilaian atau diagnosis berbeza) dan merawat pesakit mengikut
rancangan.7

3.0

Kaedah Rawatan Tradisional dan Rawatan Moden


Dalam mengukur keberkesanan rawatan tradisional dan rawatan moden, kaedah

rawatan telah diguna pakai. Sebagai contoh, dalam rawatan tradisional salah satu
rawatan yang popular dan sering mendapat tumpuan ialah rawatan selepas
bersalin.Terdapat beberapa kaedah rawatan yang disyorkan oleh si perawat yang juga
dikenali sebagai bidan.Antara rawatannya ialah rawatan urutan tradisional yang
biasanya dilakukan oleh tukang urut.Urutan yang membantu memulihkan aliran darah,
mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawaskan nifas
daripada tersekat atau tersumbat.Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh
badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi. Dilarang menolak, mengasak,
menekan dan memaksa peranakan dalam tempoh dua minggu pertama.Ini kerana
peranakan masih lemah, luka dan bengkak.Hanya urut dibahu, leher, dada dan
payudara.Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jari jemari. Selepas 2 minggu
sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.8
Seterusnya penggunaan param yang mengandungi campuran cekur, jerangau,
bonglai, halia bara, lempoyang, daun pulut-pulut, ubukarot, kunyit dan daun pegaga
yang disapu di seluruh badan. Bedak panas ini berfungsi menghalang kemasukan angin
ke dalam badan melalui liang-liang roma. Param ini dapat menghaluskan dan
menegangkan kulit serta memutihkannya.9
3

940208-01-6053

Seterusnya bertangas.Tujuan utama bertangas adalah untuk mengecutkan rahim


serta saluran peranakan juga mengeluarkan kekotoran daripada badan.Antara bahanbahan yang diperlukan adalah daun senduduk dan sabut kelapa.Asap daripada bahan
tersebut diasapkan pada seluruh anggota badan. Kulit akan menjadi tegang semula dan
berwarna kekuningan kerana diresapi oleh asap bahan tangas itu.10
Satu lagi amalan tradisi yang perlu dilakukan oleh ibu dalam pantang ialah
bertungku.Ia dilakukan selepas bertangas dan membersihkan diri. Bahan yang dijadikan
tungku ialah sebiji batu pejal yang sederhana besarnya. Batu tungku tadi hendaklah
disalut dengan kain, kemudian ia diulit dengan kain terutama di bahagian perut. Dalam
amalan tradisional, penggunaan tungku panas dipercayai dapat mengurangkan masalah
kesakitan selepas bersalin.11
Seterusnya ialah berbengkung.Berbengkung dipercayai dapat memberi sokongan
kepada otot-otot perut dan mengendurkan otot-otot di bahagian punggung akibat
kehamilan.Kaedah berbengkung ini memerlukan kain yang berukuran kira-kira 10 meter
panjang dan 45 sentimeter lebar.Kain ini dijahit supaya kelihatan kemas ketika memakai
bengkung.Pembantu diperlukan bagi melilit kain bengkung di sekeliling anggota paha,
punggung dan perutnya. Minyak ubat atau kapur bercampur asam limau disapukan pada
perut wanita bagi tujuan mengecutkan anggota perut dan supaya perut tidak dimasuki
angin.12
Akhir sekali adalah amalan memakan ubat atau jamu.Ubat-ubatan biasanya
disediakan oleh bidan kampung untuk memulihkan semula kesihatan ibu.Ubat-ubatan
ini diperbuat daripada akar-akar kayu yang dimasak dan airnya diminum.Jamu dan
majun adalah ubat tradisional yang kerap dimakan oleh ibu bersalin.Ia diperbuat
daripada akar kayu, rempah dan dicampur dengan manisan lebah atau minyak sapi.
Pengambilan jamu dan majun serta ubat periuk adalah bertujuan untuk mempercepat
4

940208-01-6053

proses pemulihan badan. Namun demikian, bagi ibu yang menyusukan anak, memakan
jamu atau majun dikatakan akan mengganggu proses penyusuan. Ini boleh
menyebabkan bayi mendapat cirit-birit.13
Dalam rawatan moden pula, kaedah rawatan yang digunakan tidak mempunyai
perbezaan yang jauh dengan rawatan yang dijalankan secara tradisional. Para ibu yang
baru sahaja melahirkan akan menjalani rawatan seperti rawatan urutan, rawatan
bertangas, rawatan bertungku, amalan berbengkung dan amalan memakan ubat dan
jamu. Perkara yang membezakan antara kaedah rawatan tradisional dan rawatan moden
ialah rawatan moden menggunakan teknologi perubatan seperti penggunaan ubat-ubatan
moden.

4.0

Peranan institusi (Perkembangan)


Dalam kajian ini, Klinik Desa Parit Amil yang terletak di Parit Amil, Yong

Peng, Johor telah menjadi lokasi utama kawasan kajian dijalankan.Klinik Desa Parit
Amil ialah sebuah klinik yang menjalankan perkhidmatan perbidanan kepada para ibu
yang sedang mengandung.Klinik ini telah ditubuhkan pada tahun 1960 dan telah
dirasmikan oleh Menteri Kesihatan pada ketika itu iaitu YB Tan Sri Lee Siok
Lew.Klinik ini terletak di daerah Batu Pahat, Mukim 7 Tanjung Semberong dalam DUN
Ayer Hitam. Keluasan kawasan operasi klinik ini ialah kira-kira 400 ekar. Bilangan
kampung di kawasan operasi klinik ini adalah lima kampung iaitu Kampung Parit Amil
seramai 746 orang, Kampung Parit Tengah seramai 674 orang, Kampung Parit Yusuf
seramai 644 orang, Kampung Parit Haji Dahlan seramai 224 orang dan Kampung Parit
Arshad seramai 212 orang. Lokasi klinik Desa Kampung Parit Amil terletak di kawasan
5

940208-01-6053

tengah kampung Parit Amil bersebelahan Parit Tengah, Parit Haji Dahlan, Parit Yusuf
dan Parit Arshad.Terdapat beberapa keunikan yang dapat dilihat di klinik ini.Antaranya
adalah terdapat sebuah bukit lama yang dikenali sebagai Bukit Jepun yang terletak
berhampiran dengan klinik ini. Menurut penduduk asal Kampung Parit Amil, Bukit
Jepun ini pernah menjadi tempat peninggalan dan kubu pertahanan tentera Jepun ketika
zaman kedatangan Jepun ke Tanah Melayu sekitar tahun 40-an.Ketika itu, tentera Jepun
telah menggunakan Bukit tersebut sebagai kawasan kubu pertahanan daripada ancaman
tentera British. Selain itu, terdapat juga sebuah perigi mata air yang kelihatan usang
masih utuh berdiri bersebelahan dengan Klinik Desa Parit Amil tersebut. Menurut
penduduk sekitar, perigi ini telah digunakan sebagai sumber bekalan air kepada
penduduk Parit Amil sekitar tahun 60-an kerana pada ketika itu bekalan air tidak dapat
disalurkan ke kawasan kampung tersebut. Selain daripada itu, keunikan klinik ini juga
dapat dilihat melalui lokasinya yang banyak ditumbuhi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan
dan antaranya ialah tumbuhan kelapa sawit dan pohon kelapa.14
Setelah dikaji, kawasan klinik ini dahulunya merupakan sebuah tapak pertanian
penduduk di kampung Parit Amil.Klinik ini juga tidak pernah dilanda bencana banjir
sepanjang penubuhannya kerana lokasinya yang terletak di kawasan bukit di bahagian
tengah Kampung Parit Amil.Menurut seorang penduduk yang bernama Hj Jaisnin yang
juga merupakan ketua kampung di situ, pada suatu ketika dahulu, tapak klinik itu telah
diwakafkan oleh seorang ketua kampung yang bermurah hati untuk memberikan
sebidang tanah untuk dijadikan tapak Klinik Desa Parit Amil itu didirikan. Bagi
mengelakkan ditenggelami bencana banjir, klinik itu telah didirikan di kawasan bukit.15

940208-01-6053

Fungsi Klinik
Antara fungsi klinik ini adalah ia berperanan untuk mengurangkan kejadian
penyakit-penyakit daripada golongan ibu dan kanak-kanak khasnya penyakit berjangkit,
mengurangkan kejadian kematian di kalangan para ibu dan kanak-kanak dan
sebagainya. Perkhidmatan perbidanan diberikan 24 jam dan aktiviti-aktiviti lain
diberikan pada waktu pejabat.Masa yang diambil untuk perkhidmatan pemeriksaan ialah
120 minit bagi klinik ibu dan anak dan 90 minit bagi jabatan pesakit luar.Aktivitiaktiviti yang dijalankan ialah perkhidmatan jagaan kesihatan ibu mengandung,
perbidanan di rumah dan jagaan ibu bersalin di rumah. Terdapat juga jagaan bayi dan
kanak-kanak serta program imunisasi, perkhidmatan kesihatan keluarga dan rancangan
khas program bantuan makanan kanak-kanak dari golongan miskin.16
5.0

Kelompok pesakit / pelanggan yang biasa mendapat rawatan


Klinik Desa Parit Amil telah menawarkan khidmat perbidanan selama 24 jam

dan 7 hari seminggu. Antara kelompok pesakit / pelanggan yang sering mendapatkan
rawatan di klinik desa ini ialah penduduk Kampung Parit Amil yang sedang dalam
proses kehamilan. Selain itu, terdapat juga beberapa penduduk kampung sekitar yang
menjalani rawatan di Klinik Desa Parit Amil tersebut.Antaranya ialah penduduk
daripada Kampung Parit Yusuf, Kampung Parit Haji Dahlan, Kampung Parit Tengah,
dan Kampung Parit Arshad.Majoriti pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik ini
adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.Pada keseluruhannya, mereka rataratanya bekerja dalam sektor pertanian, perniagaan, perindustrian dan kakitangan
kerajaan / swasta.Perkhidmatan diberikan pada hari Isnin sehingga hari Jumaat dan pada
hari Sabtu dan Ahad klinik ini tidak beroperasi. Kelompok pesakit yang mendapatkan
rawatan di klinik desa ini ialah golongan ibu mengandung, golongan warga emas dan
golongan kanak-kanak.17
7

940208-01-6053

6.0

Perkembangan kaedah rawatan


Di Klinik Desa Parit Amil, para ibu mengandung yang ingin mendapatkan

rawatan perlu mendaftarkan diri mereka di bawah klinik kesihatan ibu hamil. Selepas
mendaftar, langkah awal yang dijalankan oleh para jururawat ialah mereka akan
menimbang berat badan pesakit, mengukur ketinggian serta mengambil bacaan tekanan
darah pesakit. Seterusnya pesakit akan dibawa ke makmal bagi menjalani ujian
kepekatan darah, kandungan air kencing serta pemeriksaan abdomen. Setelah selesai,
jururawat akan memberikan sedikit nasihat yang sesuai dan membuat temujanji bagi
pemeriksaan berkala. Sekiranya terdapat kes menyambut kelahiran di rumah, jururawat
akan menerima panggilan daripada pesakit. Jururawat akan sedia menyediakan alatan
makmal yang sesuai bagi menyambut kelahiran. Setelah sampai di rumah pesakit,
jururawat akan menemuramah keadaan ibu bagi memastikan kesesuaian bersalin di
rumah. Jururawat akan menyediakan tempat bersalin yang sesuai dan dialas dengan
kertas cina dan juga plastik. Tempat anak dan pakaian anak juga disediakan. Jururawat
akan membuat pemantauan dan perkembangan proses bersalin dan mencatat setiap
perkembangan ke dalam partogram. Jururawat akan bertanya kepada ibu jika
mengalami perkara berikut seperti keluar lendir bercampur darah, kebarangkalian
kontraksi yang kuat atau lemah, bila waktunya pecah mentuban dan sekiranya ibu
mengalami masalah seperti muntah-muntah atau pening kepala.Tujuan jururawat
menanyakan soalan ini adalah bagi mengenalpasti masa yang dianggarkan untuk bayi
dilahirkan.Jururawat akan memeriksa tinggi rahim ibu, memeriksa kedudukan kepala
janin sekiranya sudah memasuki tulang punggung, memeriksa denyutan jantung janin
serta memeriksa kekerapan kontraksi. Ibu akan diberitahu supaya mengosongkan pundi
kencing serta meneran panjang-panjang sekiranya berlaku kontraksi.

940208-01-6053

Setelah bayi Berjaya dikeluarkan, bayi akan diletakkan di kaki ibu di mana bahagian
belakang bayi menghadap kemaluan ibu bagi mengelakkan darah dan air tuban masuk
ke dalam mulut bayi. Jururawat akan menggunting tali pusat bayi dan membersihkan
bayi. Bayi yang telah lahir akan diletakkan di tempat yang selamat. Jururawat
kemudiannya akan mengeluarkan uri. Setelah selesai, kemaluan ibu akan diperiksa
sekiranya luka atau terkoyak. Operasi menjahit kemudiannya akan dilakukan.18
Dalam proses membersihkan bayi prosedur yang dilakukan adalah menyedut
lendir dari mulut bayi menggunakan mucus extractordanmencuci kedua belah mata bayi
dengan kapas yang telah dibasahkan dengan air suam dari dalam menghala keluar.
Gunakan minyak kelapa untuk menghilangkan vemix jika perlu.Periksa pusatnya
sekiranya masih banyak darah keluar.Cuci pusat dengan menggunakan kapas hibitane
dalam spirit.Timbang berat bayi, ukur lilitan kepala, dada dan panjang.Periksa
keseluruhan anggota badan bagi mengesan kecacatan.Setelah pemeriksaan selesai,
pakaikan baju bayi dan balut dengan bedung dan letakkan di tempat tidur.Beri perhatian
kepada ibu semula.Sediakan perkakas untuk swabbing.Suruh ibu kencing dan menekan
bahagian abdomen ibu perlahan-lahan bagi mengeluarkan darah beku.Buat swabbing
dan pakaikan tuala wanita.Periksa tekanan darah, nadi, dan suhu badan ibu.Beri ibu
minuman panas dan pastikan ibu dalam keadaan selesa. Setelah selesai, pastikan
keadaan ibu dan anak baik sewaktu hendak balik ke klinik.19
Selepas proses menyambut kelahiran, lawatan ke rumah akan dilakukan oleh
jururawat. Jururawat akan membuat lawatan ke rumah semua ibu hamil yang baru
sahaja melakukan proses kelahiran. Jurururawat akan membuat perawatan bagi semua
kes postnatal. Lawatan ke rumah bagi kes-kes khas (kes yang bermasalah) juga akan
dilakukan. Jururawat juga akan melawat kes keciciran bagi ibu hamil, perancang
keluarga dan immunisasi. Selain itu, pihak jururawat juga akan memberikan kerjasama
9

940208-01-6053

kepada JKA / JK dalam penyiasatan kes-kes kematian ibu dan anak sekirannya berlaku
kematian. Jururawat juga akan membuat kajian dan rawatan di dalam kawalan penyakit
malaria. Pendidikan kesihatan akan diberikan kepada individu dan kumpulan berkenaan
jagaan ibu dan anak yang baru bersalin. Pil-pil vitamin, zat besi dan susu penuh krim
akan dibekalkan kepada ibu untuk penjagaan dan tumbesaran anak. Para ibu juga akan
diajar tentang cara-cara menjaga anak mereka dengan betul. Antaranya ialah cara
menyusukan bayi, cara membersihkan bayi dan langkah pencegahan bagi mengelakkan
bayi mengalami jangkitan penyakit seperti penyakit kuning dan demam panas.20
Selain daripada klinik kesihatan ibu hamil, terdapat juga tiga jenis klinik yang
diwujudkan bagi merawat pesakit. Klinik tersebut ialah klinik kesihatan kanak-kanak,
klinik kesihatan warga tua dan klinik kesihatan pesakit luar. Klinik ini akan
menyediakan keperluan khas kepada kanak-kanak dan warga tua yang mengalami
sebarang kes khas. Dalam perkhidmatan kesihatan kanak-kanak, pihak klinik akan
menjalankan sesi klinik kanak-kanak setiap hari. Pemeriksaan dan penilaian untuk
kanak-kanak akan dilakukan secara terperinci. Jururawat akan mengawasi berat badan
kanak-kanak untuk menentukan penilaian zat makanan dan membuat rujukan kepada
kes-kes kurang zat makanan. Kanak-kanak yang mengalami komplikasi akan diberi
imunisasi dan dibekalkan vitamin yang perlu serta makanan tambahan. Para jururawat
juga akan membuat demonstrasi masakan, ceramah dan perbincangan secara individu /
kumpulan. Pihak klinik juga akan sentiasa menilai kesihatan kanak-kanak dan memberi
rawatan penyakit ringan serta membuat rujukan kes dan melawat kes-kes yang dirujuk.
Selain daripada itu, unit perancang keluarga juga telah diwujudkan bagi memberi
nasihat dan tunjuk ajar kepada pasangan yang datang mendapatkan rawatan di klinik
tersebut.Unit perancang keluarga ini berperanan dalam memberikan motivasi tentang
tatacara membentuk keluarga yang harmoni.

10

940208-01-6053

Unit ini juga berperanan dalam melakukan pemeriksaan rutin, memberi bekalan secara
tetap, memberi nasihat dan penerangan yang betul serta memberi rujukan kepada
pelanggan yang bermasalah dan kesan sampingan. Bagi rawatan pesakit luar, pihak
klinik akan membantu dalam melakukan rawatan bagi kecederaan ringan dan membantu
rawatan kecemasan serta mengiringi kes yang dirujuk ke hospital.21

7.0

Halangan, Cabaran dan Kejayaan


Terdapat beberapa halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi sepanjang

penubuhan Klinik Desa Parit Amil ini.Antaranya ialah apabila berlaku bencana banjir di
kawasan seluruh Kampung Parit Amil sekitar tahun 60-an. Banjir ini telah melanda
kawasan kampung sebanyak tiga kali dan menyebabkan seluruh penduduk kampung
dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.Klinik ini yang terletak di atas bukit telah
terkepung oleh bencana banjir menyebabkan kakitangan klinik mengalami kesukaran
bagi mendapatkan bekalan ubat-ubatan daripada luar.Selain daripada itu, klinik ini juga
telah menerima peningkatan bilangan pesakit ketika bencana banjir melanda.Ramai
penduduk yang dijangkiti wabak penyakit seperti penyakit kulit dan keracunan makanan
akibat bekalan air yang kotor.Namun demikian, Klinik Desa Parit Amil ini telah banyak
mencapai kejayaan dan memberikan sumbangan kepada masyarakat sekitar Kampung
Parit Amil.Selepas penubuhannya, kes kematian ibu ketika bersalin semakin kurang
didengari di kampung tersebut.Masyarakat di Kampung Parit Amil juga tidak perlu
risau untuk mendapatkan rawatan yang di anggap sukar diperolehi kerana lokasi
Kampung Parit Amil yang terletak jauh di kawasan pedalaman.

11

940208-01-6053

Ibu-ibu mengandung juga tidak perlu risau untuk mendapatkan khidmat perbidanan
sekiranya ingin bersalin kerana para jururawat yang disediakan amatlah terlatih dan
professional.22

12

940208-01-6053

8.0

Rumusan
Konklusinya, Klinik Desa Parit Amil merupakan sebuah institusi bersejarah

yang masih perlu dirungkai untuk mengetahui lebih banyak sejarahnya yang tidak
ternilai kepada negara. Sumbangannya yang pelbagai amat penting untuk kajian masa
lalu. Mengikut perspektif dan pandangan lain, Klinik Desa Parit Amil juga mungkin
sama penting dengan institusi-institusi perubatan lain seperti yang terdapat di seluruh
Malaysia khususnya di negeri Johor.
Generasi sekarang cukup bertuah kerana dapat meneliti dan menghayati
perubahan yang telah berlaku hasil daripada kemajuan yang telah dicapai oleh
masyarakat lampau. Kita kini tahu bahawa hasil daripada pembangunan pengetahuan
baik dari segi keagamaan, falsafah ataupun sains dan teknologi, begitu banyak
perubahan yang telah berlaku dari masa ke masa. Pada hari ini kita dapat melihat sendiri
bagaimana dengan peluang yang ada, kita berupaya untuk meningkatkan tamadun yang
telah kita bina selama ini untuk mencapai kehidupan yang lebih baik sama ada dari
aspek politik, ekonomi mahupun sosial.
Bukti pencapaian masyarakat lampau ini dapat dilihat daripada usaha mereka
dalam menangani pelbagai masalah dan perumitan yang dihadapi seperti mencari
alternatif bagi merawat penyakit dengan membina sebuah institusi yang berupaya
memberikan khidmat rawatan kepada masyarakat umum . Satu pengajaran yang dapat
diteladani daripada tamadun awal ini ialah keperluan mempunyai kebolehan menjangka
perubahan yang akan berlaku. Dunia kian berubah kerana ilmu kian bertambah dan
teknologi terus bercambah dan buktinya telah kita dapat lihat. Disamping itu juga, kita
patut mencontohi kegigihan dan semangat berusaha yang ditunjukkan oleh masyarakat
zaman prasejarah. Tanpa peralatan dan teknologi yang canggih, mereka mampu
mencipta pelbagai jenis penawar kepada penyakit seperti tumbuh-tumbuhan yang

13

940208-01-6053

dijadikan sebagai ubat yang kemudiannya telah menjadi asas perkembangan teknologi
perubatan kepada masyarakat masa kini.

( 2894 patah perkataan )

14

940208-01-6053
Nota Hujung

1) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan edisi keempat, Kuala Lumpur, 2007,

halaman 1490

2) Konsep

Kesihatan, perenggan 2, dikemaskini pada 22 Mac 2013,

http://www.oocities.org/mef2c/kesihatan.htm

3) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan edisi keempat, Kuala Lumpur, 2007,

halaman 1296

4) Perubatan Tradisional vs Perubatan Moden, perenggan 1, dikemaskini pada 20 Mac


2013,

http://www.scribd.com/doc/44370933/Perubatan-Tradisional-vs-Perubatan-

Moden

5) Perubatan Tradisional vs Perubatan Moden, perenggan 2, dikemaskini pada 20 Mac


2013,

http://www.scribd.com/doc/44370933/Perubatan-Tradisional-vs-Perubatan-

Moden

6) Perubatan Tradisional vs Perubatan Moden, perenggan 3, dikemaskini pada 20 Mac


2013,

http://www.scribd.com/doc/44370933/Perubatan-Tradisional-vs-Perubatan-

Moden

7) Perbandingan antara perubatan tradisional dengan perubatan moden, perenggan 4,


dikemaskini pada 20 Mac 2013, http://www.scribd.com/doc/28693922/perbandinganantara-perubatan-tradisional-dengan-perubatan-moden.htm
15

940208-01-6053

8) Adat Selepas Bersalin, perenggan 14 & 15, dikemaskini pada 20 mac 2013,
kamiltri.tripod.com/adat_selepas_bersalin.htm

9) Perubatan Tradisional vs Perubatan Moden, perenggan 8, dikemaskini pada 20 Mac


2013,

http://www.scribd.com/doc/44370933/Perubatan-Tradisional-vs-Perubatan-

Moden

10) Adat Selepas Bersalin, perenggan 6 & 7, dikemaskini pada 20 mac 2013,
kamiltri.tripod.com/adat_selepas_bersalin.htm

11) Adat Selepas Bersalin, perenggan 8, 9 & 10, dikemaskini pada 20 mac 2013,
kamiltri.tripod.com/adat_selepas_bersalin.htm

12) Adat Selepas Bersalin, perenggan 11, 12 & 13, dikemaskini pada 20 mac 2013,
kamiltri.tripod.com/adat_selepas_bersalin.htm

13) Adat Selepas Bersalin, perenggan 16 & 17, dikemaskini pada 20 mac 2013,
kamiltri.tripod.com/adat_selepas_bersalin.htm

14) En. Amran bin Hj. Abas, Mantan Ketua Kampung Parit Amil, Yong Peng, Johor tahun
1972 sehingga 2008, temubual dibuat oleh pengarang, Kampung Parit Amil, Yong
Peng, Johor, 21 Mac 2013

15) En.Jaisnin, Ketua Kampung Parit Amil, Yong Peng, Johor tahun 2008 sehingga kini,
temubual dibuat oleh pengarang, Kampung Parit Amil, Yong Peng, Johor, 21 Mac 2013
16

940208-01-6053

16) Pn. Norhasimah binti Yaakub, Ketua Jururawat Kesihatan U32, temubual dibuat oleh
pengarang, Klinik Desa Parit Amil, Yong Peng, Johor, 21 Mac 2013

17) Pn. Siti Farhana binti Salamon, Jururawat Masyarakat U19, temubual dibuat oleh
pengarang, Klinik Desa Parit Amil, Yong Peng, Johor, 21 Mac 2013

18) urBPKK/KKM, Manual Jururawat Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia,


Kuala Lumpur, 1999, halaman 30 & 31

19) urBPKK/KKM, Manual Jururawat Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia,


Kuala Lumpur, 1999, halaman 32 & 33

20) urBPKK/KKM, Manual Jururawat Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia,


Kuala Lumpur, 1999, halaman 9

21) urBPKK/KKM, Manual Jururawat Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia,


Kuala Lumpur, 1999, halaman 11

22) Pn. Norhasimah binti Yaakub, Ketua Jururawat Kesihatan U32, temubual dibuat oleh
pengarang, Klinik Desa Parit Amil, Yong Peng, Johor, 21 Mac 2013

17

940208-01-6053

Bibliografi
1. (Adat

Selepas

Bersalin),

(dikemaskini

pada

20

Mac

2013),

(http://kamiltri.tripod.com/adat_selepas_bersalin.htm)
2. (En. Amran bin Hj. Abas), (Mantan Ketua Kampung Parit Amil, Yong Peng,
Johor tahun 1972 sehingga 2008), (temubual dibuat oleh pengarang), (Kampung
Parit Amil, Yong Peng, Johor), (21 Mac 2013)
3. (En.Jaisnin), (Ketua Kampung Parit Amil, Yong Peng, Johor tahun 2008
sehingga kini), (temubual dibuat oleh pengarang), (Kampung Parit Amil, Yong
Peng, Johor), (21 Mac 2013)
4. (Konsep

Kesihatan),

(dikemaskini

pada

22

Mac

2013),

(http://www.oocities.org/mef2c/kesihatan.htm)
5. (Perubatan Tradisional vs Perubatan Moden), (dikemaskini pada 20 Mac
2013), (http://www.scribd.com/doc/44370933/Perubatan-Tradisional-vsPerubatan-Moden)
6. (Pn. Norhasimah binti Yaakub), (Ketua Jururawat Kesihatan U32), (temubual
dibuat oleh pengarang), (Klinik Desa Parit Amil, Yong Peng, Johor), (21 Mac
2013)
7. (Pn. Siti Farhana binti Salamon), (Jururawat Masyarakat U19), (temubual dibuat
oleh pengarang), (Klinik Desa Parit Amil, Yong Peng, Johor), (21 Mac 2013)
8. (urBPKK/KKM), (Manual Jururawat Masyarakat), (Kementerian Kesihatan
Malaysia), (Kuala Lumpur), (1999)

18

You might also like