You are on page 1of 43

KEDAH

1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Jelaskan perancangan-perancangan anda untuk mencapai matlamat tersebut.
Memulakan kalimah bicara ini, saya ingin meminjam kata-kata hikmat daripada Mantan Presiden
Indonesia, Seokarno iaitu, Gantunglah cita-citamu di langit yang tinggi walaupun kakimu menjejaki
perlimbahan. Demikianlah betapa besarnya cita-cita dan wawasan kepada kehidupan seseorang insan yang
normal. Hidup tanpa cita-cita, ibarat subur sepohon yang rendang tetapi tidak berbuah. Justeru, cita-cita
besar yang sedang saya impikan sekarang adalah untuk menjadi pelajar cemerlang dalam SPM 2014.
Demikianlah hasrat yang turut dikongsi bersama oleh ibu bapa serta guru-guru saya juga. Sungguhpun
begitu, cita-cita amatlah ideal untuk diucapkan, sebaliknya terlalu perit untuk diterjemahkan menjadi realiti.
Oleh itu, demi memenuhi hasrat murni tersebut, saya hendaklah bersedia dari sekarang dan banyak prakarsa
yang harus saya lakukan.
Langkah pertama ialah saya perlulah menghargai nikmat kesihatan yang dianugerahi Allah SWT
kepada saya. Nikmat kesihatan merupakan aset peribadi yang tidak boleh dijual beli. Saya amat bersyukur
kerana dilahirkan sempurna dengan wajah dan paras rupa yang baik. Allah mentakdirkan kepada saya
kesihatan yang baik, pemikiran yang waras, dan emosi yang stabil. Alangkah bernilainya anugerah
tersebut. Benarlah bak kata orang tua-tua, Nikmat sihat itu hanya berada pada seseorang yang sakit.
Dalam usia remaja ini, saya perlu peka terhadap pemilihan makanan dengan memilih makanan yang baik lagi
halal dan menjauhi diri daripada mendekati makanan yang berbahaya. Saya amat serius tentang bahaya
dadah, arak, dan rokok yang dengan jelas membawa mudarat kepada fizikal dan minda. Pertumbuhan fizikal
pun hendaklah saya kawal dengan memastikan rutin harian dan latihan jasmani serta riadah dijalankan
mengikut jadual. Dalam hal ini, saya amat tertarik dengan pesan Nabi SAW dalam sebahagian daripada
Hadithnya, Jagalah nikmat sihat sebelum datang sakit.
Sebagai anak muda yang sedang meniti arus perubahan milenium, saya perlu memiliki visi dan hala
tuju yang jelas. Hidup tanpa visi ibarat bahtera di tengah-tengah samudera tanpa nakhoda. Hidup akan
terumbang-ambing dan tiada masa depan. Visi saya adalah menjadi insan cemerlang merangkumi dunia dan
akhirat. Resepinya, saya perlu belajar ketika usia remaja dan mengenal pasti bidang kemahiran yang cocok
dengan jiwa saya. Andai dimakbulkan Tuhan, saya berazam untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya
dan kompeten dan mampu menggenggam ijazah sihingga ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D). Walaupun
impian itu masih jauh ibarat di seberang lautan, namun kejayaan cemerlang pada peringkat SPM amatlah
penting. Sememangnya, semua pihak sudah maklum bahawa SPM menjadi pananda aras untuk seseorang itu
menentukan hala tujunya. Insya-Allah sekiranya saya gigih dan digarapi semangat juang, sesungguhnya di
mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Asas utama yang tidak kurang pentingnya untuk mencapai kejayaan ialah strategi belajar yang
berkesan. Dalam masa yang sangat suntuk ini, saya perlu lebih bijak merancang strategi pembelajaran agar
dapat mengimpakkan hasil. Oleh itu, saya perlu melipatgandakan latihan daripada koleksi soalan tahuntahun sebelum. Saya perlu memperkukuh daya ingatan yang kadang-kadang memerlukan saya menghafal
atau membuat latih tubi. Prakarsa yang efektif yang mampu saya lakukan adalah dengan membuat beberapa
nota kecil yang bersaiz poket dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Konsep belajar secara
berkumpulan juga hendaklah saya amalkan sebagai salah satu daripada strategi belajar secara berkesan.

Percambahan idea dan sikap saling memberi dan menerima dengan rakan-rakan hendaklah saya utamakan.
Pendapat rakan harus diraikan dan tidak pula lokek untuk menyumbangkan idea. Sesungguhnya, inilah sikap
saling membantu bak aur dengan tebing.
Meminjamkan sepotong firman dalam al Quran yang bermaksud, Bertanyalah kepada yang bijak
seandainya kamu tidak tahu jelas menuntut supaya saya sentiasa berdampingan dengan tokoh-tokoh
ilmuwan. Mereka itu pastilah para guru, ikon-ikon yang berjaya dan golongan profesional dalam bidang yang
ingin saya ceburi. Sekiranya ingin menjadi tokoh korporat maka golongan peniaga yang harus didekati atau
jikalau mahu menjadi pemimpin nescaya tokoh-tokoh politik, pemimpin masyarakat, dan NGO yang wajar
saya dekati. Daripada merekalah akan terbina motivasi untuk saya merancang masa depan. Sikap malas
belajar dan malu bertanya harus dikikis daripada jiwa dan sanubari, bak kata peribahasa minta pada yang ada,
mengaji pada yang tahu dan sentiasa berwaspada sikap malu bertanya sesat jalan, malas berkayuh perahu
hanyut.
Kendatipun, sebagai hamba-Nya, sebanyak manapun perancangan yang disusun, Allah SWT
tidak boleh saya lupakan sama sekali dalam segala urusan. Allah tahu akan apa-apa yang tersurat dan
tersirat di dalam benak sanubari kita. Saya yakin kepada qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah.
Namun, atas sifat pemurah-Nya, doa dan kegigihan tidak pernah menghalang untuk kita berjaya. Saya cukup
yakin, hasil ramuan usaha yang gigih dan doa yang tidak putus-putus kepada Allah pasti segala yang dihajati
akan menjadi kenyataan. Ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain akan saya implementasikan dengan
istiqamah. Saya sangat pasti selangkah kita ke hadapan mahupun selangkah surut ke belakang, Allah pasti
bersama-sama kita. Oleh itu, dalam menggapai impian dan wawasan, Allah jangan sama sekali dijauhi.
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
Serangkap pantun di atas mengajari saya bahawa dalam melengkapkan cita-cita, justeru usaha, ilmu, dan
keiltizaman hendaklah diolah dengan sebaik mungkin. Adat muda memikul tugas dan muda juga tidak
berulang datang, justeru untuk memastikan segala hajat dan impian terlaksana maka usia muda hendaklah
saya manfaatkan dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya, saya amat yakin apabila segala persediaan diri
berada di atas trek yang betul, insya-Allah segala impian pasti menjadi kenyataan.

2. Anak-anak boleh membantu ibu bapa dalam usaha mengurangkan bebanan ekonomi dalam rumah
tangga. Selaku pengerusi kelab pengguna di sekolah, anda diminta menyampaikan ucapan tentang
langkah-langkah hemat berbelanja dalam usaha mengurangkan bebanan ekonomi dalam rumah tangga.
Tulis ucapan anda itu selengkapnya. * SILA PINDA JAWAPAN INI KE DALAM BENTUK UCAPAN.

Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga hari ini kos sara hidup keluarga
adalah terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan
mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan cukup
menakutkan banyak pihak. Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak
menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina

amat menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun bahangnya mula dirasakan
terutama sekali kepada keluarga yang berada pada garis kemiskinan dengan pendapatan isi rumah di bawah
RM2500. Beban kewangan adalah antara fenomena yang teruk dirasai oleh golongan
berkenaan. Sehubungan dengan itu, anak-anak hendaklah memahami akan susah payah ibu bapa dengan
cara melakukan pelbagai prakarasa agar dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung.
Budaya berjimat cermat ialah senjata yang paling ampuh digunakan apabila berada dalam situasi
begini. Langkah tersebut amatlah pragmatik dalam menghadapi suasana darurat dalam rumah tangga. Anakanak diharap dapat memahami keadaan berat ringan yang ditanggung oleh ibu dan ayah. Prakarsa berjimat
yang perlu dilakukan hendaklah bermula dengan amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti
mengawal penggunaan keperluan asas terutama elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa merungut tentang sikap
anak-anak mutakhir ini yang dengan sewenang-wenangnya mencurahkan air sesuka hati dan membiarkan
lampu dan kipas terpasang ketika tidak diperlukan. Memang benar budaya berjimat cermat itu lunak
dibicarakan sebaliknya tidak mudah untuk dipraktikkan, namun segala-galanya adalah berpunca daripada
sikap. Contoh yang paling mudah, jikalau kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah daripada paras
RM20 justeru penggunaan domestik tersebut adalah percuama. Inilah sebenarnya hakikat amalan sedikitsedikit lama-lama menjadi bukit.
Anak-anak yang baik adalah yang prihatin terhadap ibu bapa mereka. Setiap anak tentulah maklum
akan kedudukan kewangan keluarga. Oleh itu, anak-anak perlulah menunjukkan rasa simpati terhadap jerih
payah ibu bapa bekerja mencari rezeki. Fahamilah akan beratnya tanggungan bak kata peribahasa, seberapa
berat mata memandang beratlah lagi bahu yang memikul. Anak-anak seperti ini sudah pasti akan
mengamalkan sikap bersederhana dalam hal makan minum, pakaian dan berbelanja sekadar yang perlu
sahaja. Amatlah malang sekali apabila ada anak-anak pada era sekarang seakan-seakan tidak mempunyai
sikap belas kasihan kepada ibu bapa. Mereka mudah terdorong untuk menuruti gaya hidup rakan-rakan yang
lebih mewah. Mereka mendesak dan meminta-meminta sesuatu yang diluar upaya ibu bapa seperti inginkan
pakaian yang berjenama dan berselera untuk makan ditempat-tempat yang eksklusif. Sepatutnya, anak-anak
hendaklah mengelak daripada sebarang pengaruh dan budaya bermewah-mewah kerana resam hidup, pipit
sama pipit dan enggang sesama enggang masakan dapat terbang bersama.
Walaupun bebanan kos hidup semakin meningkat, tetapi dalam sebuah negara seperti Malaysia,
peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan sentiasa terbuka. Peluang-peluang kerja sambilan seperti
pembantu kedai dan berniaga secara kecil-kecilan mudah diperoleh di mana-mana jua. Anak-anak yang baik
sudah tentu dapat menghidu peluang tersebut dengan cara melakukan kerja sambilan sewaktu lepas sekolah
dan lebih-lebih lagi dalam musim cuti sekolah. Perkara yang penting ialah ketepikan perasaan malu dan
malas. Sebenarnya telah banyak teladan yang dapat dikuti daripada ikon-ikon tersohor seperti Tan Seri Syed
Mokhtar Al Bukhary, Tan Seri Loh Boon Siew dan Dato Seri Tony Fernandez yang berjaya menjadi
konglomerat dengan memulakan peniagaan dari bawah. Oleh itu, langkah yang terpenting setiap anak
perlulah mempunyai wawasan dan jiwa yang cekal untuk berjaya ibarat kata tokoh tersohor Sukarno,
Gantunglah cita-citamu di bintang yang tinggi sekalipun kakimu masih mencecahi perlimbahan.
Bak kata peribahasa, daun boleh melayang jauh getah tetap mengalir ke perdu ialah peribahasa yang
menerangkan bahawa, anak-anak yang baik sentiasa kembali kepada induknya. Hal demikian amatlah
mustahak dijadikan pedoman oleh anak-anak yang telah menginjak usia dewasa. Mereka ini hendaklah
memperlihatkan sikap membalas budi dan bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Setelah bertahun-tahun ibu
bapa mendidik dan menjaga, apabila sayap sudah penuh kembalilah kepada induk untuk melihat susah payah
mereka. Bantulah ibu bapa atas kadar yang terdaya. Janganlah apabila telah besar panjang, ibu bapa

langsung tidak dijengah. Adik-adik yang masih kecil perlu dibantu. Malanglah sangat apabila kedapatan anakanak yang sudah besar remaja tetapi masih bergantung kepada ibu bapa. Oleh itu, berpada-padalah dan
sedarlah bahawa setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan. Janganlah bersikap kacang
lupakan kulit, ibarat gemuk membuang lemak, cerdik membuang saudara.
Kaya atau miskin, susah mahupun senang adalah menjadi sunnatullah. Semuanya adalah sebahagian
daripada ujian Tuhan terhadap hamba-Nya agar tidak mengenal putus asa. Demi berhadapan dengan
cabaran kesusahan dan beban hidup, semua orang digalakkan berusaha dengan lebih gigih. Hidup ibarat
roda, hari ini di bawah mungkin esok ke atas. Prakara yang paling penting ialah keinginan untuk berusaha dan
tidak berputus asa. Peribahasa menyatakan, di mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sebagai anak
yang sudah besar panjang perlulah mengorak langkah untuk memikirkan sebarang kerja yang dapat
meringankan beban ibu bapa. Dalam pada itu, sebagai insan yang tidak putus daripada khaliq-Nya, kita perlu
berdoa, bermuhasabah dan bermunajat agar diberikan taufik dan hidayah oleh Allah sehingga terbuka jalan
dan ikhtiar. Yakinlah akan firman Allah dengan mafhumnya, Tuhanmu tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum itu, melainkan kaum itulah yang mengubah nasib mereka sendiri. Insya-Allah jikalau kita gigih dan
tidak putus memohon petunjuk-Nya, nescaya limpah kurnia dan restu Allah akan tetap bersama-sama kita.
Kesimpulannya, ketika berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai kesan daripada krisis kewangan,
setiap keluarga tidak boleh mati akal. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan penuh
tanggungjawab, manakala anak-anak perlu faham akan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa. Sikap
saling menyokong dan saling memerlukan boleh menjadi jambatan untuk menzahirkan impian, Rumahku
Syurgaku. Semoga dengan sikap yang sentiasa positif segala masalah akan usai juga akhirnya, ibarat
sepanjang-panjang jalan berliku ada penghujungnya.

3. Pengetahuan tentang sejarah dikatakan teras kepada pembentukan tamadun sesuatu bangsa.
Malangnya sejak akhir-akhir ini sindrom buta sejarah telah melanda generasi muda.
Ulaskan pendapat anda tentang kewajaran kerajaan mewajibkan lulus mata pelajaran sejarah pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perbuatan mengoyak-ngoyak Jalur Gemilang, mempersendakan kalimat dalam lagu Negaraku,


merosakkan sumber alam semula jadi, bersekongkol dengan musuh negara, rasuah, dan tidak menghormati
undang-undang adalah antara anasir kerendahan budi bahasa dan lunturnya jiwa patriotik seseorang. Namun
demikian, fenomena seumpama itu seolah-olah menjadi kepuasan kepada sesetengah individu untuk
menunjukkan diri mereka hebat. Mereka berbangga apabila dikatakan berjaya merobek-robek sistem
perundangan, peradaban, dan budaya masyarakat. Tingkah laku keji seperti ini sudah pasti boleh
meruntuhkan nilai patriotisme dalam kalangan rakyat seandainya tiada sebarang tindakan proaktif diambil.
Menyedarinya, kerajaan telah mengambil pendekatan mewajibkan subjek sejarah kepada semua pelajar,
malahan subjek tersebut diwajibkan lulus pada peringkat SPM. Walaupun terdapat reaksi pro dan kontra,
saya berpendapat langkah tersebut sebagai kena pada masa dan situasi untuk mengembalikan hak dan
maruah negara agar tidak dicacatcelakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Sejak ribuan tahun dahulu sejarah telah dijadikan sumber rujukan untuk melahirkan negara
bangsa yang sedar akan asal usul dan akar umbi tamadun. Hal demikian amatlah penting kerana kejahilan

terhadap asal usul boleh melahirkan individu yang mudah menderhaka dan tidak mempunyai jati diri untuk
berasa megah terhadap tanah tumpah darah. Oleh itu, sejarahlah yang munjadi murabbi dan mujadid untuk
memberikan segala maklumat tentang keadaan sebenar tanah air dan bangsa sendiri. Sama ada dalam
bentuk bertulis, monumen, prasasti mahupun serpihan, segala-galanya menjadi penting apabila boleh dirujuk
sebagai bahan sejarah. Itulah sahaja wadah yang dapat membezakan kewujudan sesebuah negara dengan
negara yang lain. Apabila rakyat telah sedar dan faham hakikat sejarah, justeru fahamlah mereka akan
tamadun tanah air sendiri. Sekiranya prakarsa ini dapat diterjamahkan, nescaya amat relevanlah syarat wajib
lulus sejarah dalam kalangan pelajar diperkasakan semula.
Rakyat dari satu generasi ke satu generasi akan berlalu pergi, sebaliknya negara akan terus
kekal berdaulat. Demi mempertahankan kedaulatan, maka sejarahlah yang dapat menjelaskan tentang
kedudukan sebenar masyarakat dan sistem politik di sesebuah negara. Tanpa pengetahuan yang terdidik
tentang sejarah, sudah pasti akan lahir manusia badut yang hanya layak untuk menjadi pelakon di pelbagai
pentas. Mereka gagal menghayati akan harga sebuah kedaulatan dan tidak teragak-agak untuk merosakkan
tanah air sendiri. Segala imej tentang tamadun, budaya, sosio politik dan ekonomi yang telah bertapak ribuan
tahun akan menjadi catatan di atas kanvas sejarah sahaja. Oleh sebab itu, rakyat harus faham dan sedia
bertolak ansur dalam kalangan masyarakat yang menganut pelbagai ideologi, budaya dan adat resam. Rakyat
perlu menghormati antara satu sama lain dan bersatu untuk membentuk bangsa Malaysia yang berasaskan
permuafakatan dalam kontrak sosial yang telah dipersetujui. Dengan hal yang demikian, langkah kerajaan itu
adalah tepat sebagai strategi mendidik rakyat agar faham dan tahu akan sejarah terbentuknya negara
Malaysia di dalam acuan masyarakat majmuk.
Tokoh-tokoh silam dan masa kini tidak pernah berbalah pendapat tentang pernyataan yang
menyebut, Sejarah ialah guru yang paling benar dan sejarah tidak pernah berbohong. Atas kebenaran
tersebutlah, sejarah menjadi elemen paling penting untuk mendidik rakyat memahami sistem
bernegara. Sejarah merujuk kepada peristiwa yang pernah terjadi dan peristiwa yang perlu diteladani. Oleh
itu, pengalaman landskap sejarah hendaklah dijadikan sumber untuk mengubah tingkah laku masyarakat
agar faham tentang sistem pemerintahan dan sistem bernegara. Sejarah mengajar rakyat menghargai
negara, menghormati pemimpin yang telah banyak berjasa dan menghargai betapa bahagianya hidup dalam
sebuah negara yang damai dan aman serta makmur. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil iktibar
daripada catatan sejarah tentang betapa sulitnya untuk menatijahkan negara ini seperti yang wujud pada hari
ini. Pengalaman-pengalaman pahit yang telah diharungi generasi terdahulu seperti dalam peristiwa
penjajahan kuasa Barat, Perang Dunia Kedua, Darurat dan beberapa episod pertelagahan kaum sudah cukup
untuk pemimpin dan rakyat menjadi lebih matang.
Sejarah juga telah dikenal pasti sebagai elemen penting membantu mempercepat pembangunan
sesebuah negara. Sesebuah negara akan terus jumud sekiranya tidak mahu belajar daripada sejarah silam.
Sesungguhnya, pengalaman inilah yang telah menjadikan beberapa negara seperti Jepun, Korea, Vietnam
dan beberapa negara Komanwel di Asia Tengah untuk bangkit menjadi kuasa ekonomi yang gagah. Semua
negara berkenaan pada awalnya pernah hancur akibat bahana peperangan yang melanda. Namun, dengan
kekuatan rakyatnya menilai semula sejarah, justeru mereka bangkit untuk membajai semangat patriotisme
menjadi bangsa yang berjaya. Hal yang sama turut dikongsi oleh Malaysia yang mampu bangkit dalam
tempoh 57 tahun sahaja selepas ratusan tahun kita dibelenggu dalam rahang penjajahan. Pada hari ini,
lihatlah sahaja di mana-mana pelosok bumi Malaysia, harapan kejayaan sudah terhidang di hadapan mata.
Benarlah hakikat bahawa, rakyat yang kenal sejarah asal usul dan jatuh bangun bangsa mereka sahaja yang
mampu bangun untuk mengorak langkah semula

Selain itu, sejarah pasti terus menjadi agenda untuk melahirkan rakyat yang sentiasabersedia
mempertahankan kedaulatan negara. Perasaan sayang dan terhutang budi kepada negara akan
membentuk peribadi rakyat yang berjiwa patriotik, berintegriti dan berwawasan. Mereka akan bersedia pada
bila-bila masa untuk menjadi tulang belakang pertahanan negara. Panggilan keramat dalam lirik,
inilah barisan kita
yang ikhlas berjuang
akan terus terpahat dalam jiwa dan sanubari anak muda demi menggalas amanah keamanan sejagat. Pada
hari ini, walaupun negara sudah aman, panggilan jihad terus terpahat dalam jiwa warganegara apabila ramai
yang rela menyahut panggilan untuk menjalankan misi keamanan di seluruh pelosok rantau. Sikap patriotik
seperti itu sudah pasti memberi jaminan bahawa ketenteraman dan keselamatan sosial bakal terjamin. Oleh
yang demikian itu, janganlah ada pihak yang ingin menangguk di air keruh dengan menyatakan langkah
mewajibkan lulus sejarah sebagai tindakan selangkah ke belakang kerana kononnya sejarah tidak
mempeunyai nilai komersial.
Ratusan tahun kita berjuang untuk mengembalikan maruah dan kemerdekaan tanah air. Kini setelah
57 tahun negara mengecapi kemerdekaan setiap rakyat harus merasai sendiri denyut nadi mengecapi nikmat
kemerdekaan. Kita perlu ingat bahawa, mempertahankan kemerdekaan dan kemakmuran yang telah lama
dikecapi adalah lebih susah. Oleh itu, seandainya wujud sikap talam dua muka akibat buta sejarah maka
amat wajarlah kerajaan mengambil langkah segera untuk mewajibkan syarat lulus sejarah dalam peperiksaan
seandainya langkah tersebut boleh menyelamatkan masa depan negara.

4. Pelaburan asing memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan sesebuah negara.
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan asing di sesebuah negara.
Pelaburan asing merupakan strategi lautan biru dalam memperkasakan sektor ekonomi kepada
sesebuah negara. Dalam konteks pasaran, pelaburan asing bermaksud sesebuah kerajaan atau konglomerat
cuba menjualkan teknologi, kepakaran dan produk menjangkau ke pasaran global. Dalam era globalisasi kini,
pelaburan asing menjadi sebahagian daripada insentif ekonomi berimpak besar untuk melonjakkan
pendapatan syarikat mahupun negara. Sama seperti negara-negara di dunia yang lain, Malaysia turut tidak
ketinggalan sebagai pemain ekonomi industri yang sedang berkembang dengan membuka dasar pelaburan
luar di samping turut menggalakkan pelabur-pelabur tempatan untuk mengembangkan sayap perniagaan di
lapangan antarabngsa. Hal demikian telah menunjukkan bahawa pelaburan asing sebagai suatu kemestian
jikalau sesebuah negara mahu bersaing di pentas ekonomi antarabnagsa. Pelaburan asing yang bersifat
rentas negara yang sedang berkembang pesat pada hari ini adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor sama
ada faktor dalaman mahupun luaran.
Keamanan dan keharmonian dalam sesebuah negara menjadi bonus untuk negara tersebut
mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Kini dalam suatu nada untuk mewujudkan
kesamarataan sejagat, kestabilan politik dan keamanan di sesebuah negara menjadi agenda penting. Hal
tersebut akan mendorong syarikat-syarikat besar di peringkat antarabangsa untuk memperkembangkan
polisi pelaburan mereka di rantau lain. Dengan hal yang demikian, setiap negara mula menggerakkan inisiatif
agar iklim politik dan keamanan domestik sentiasa terkawal. Dengan keyakinan tersebutlah, syarikat-syarikat

ternama antarabangsa seperti Apple, Pansonic, IBM, SAMSUNG dan sebagainya sudah wujud dalam
lingkungan geopolitik antarabangsa. Hampir tidak mustahil apabila masyarakat hari ini tidak mengetahui
tentang asal usul sesebuah syarikat itu mula diasaskan adalah semata-mata atas kewujudannya yang
melampaui garis sempadan geografi antarabangsa.
Polisi yang telus dan mesra pelabur yang diamalkan oleh sesebuah kerajaan turut menyokong
pelaburan asing. Kebanyakan negara Dunia Ketiga khususnya mula membuka mata kepada pelaburan asing
sebagai suatu strategi untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat mereka. Hal demikian telah
membuka laluan kepada berkembangnya pasaran luar oleh negara-negara industri seperti Jepun, Amerika
Syarikat dan negara-negara EU. Di Asia Tenggara sendiri, polisi yang dilaksanakan oleh negara-negara seperti
Malaysia, Indonesia dan Thailand telah membuka peluang pekerjaan yang banyak di samping berjaya
memacukan ekonomi domestik. Pada hari ini, industri seperti automobil yang dikuasai oleh Jepun telah mula
membuka pelaburan mereka terutama di Indonesia dan Thailand. Syarikat-syarikat automotif ternama Jepun
seperti Toyota, Honda, Isuzu dan Nissan pada hari ini telah mula memindahkan teknologi mereka terutama
ke Indonesia dan Thailand atas dasar ketelusan negara terbabit dalam polisi pelaburan asing mereka ibarat
sambil menyelam minum air.
Pasaran tempatan di sesebuah negara turut menjadi insentif utama kemasukan pelaburan
asing. Matlamat utama pelaburan adalah untuk memperluas pasaran produk. Oleh itu, peluang terbaik
kepada pelabur adalah dengan terus menanam modal di negara terbabit. Selain memperoleh bekalan buruh
tempatan yang murah, antara 20 hingga 30 peratus produk dapat dipasarkan untuk kegunaan domestik.
Sementara itu, bagi kebanyakan negara dunia Ketiga, pertumbuhan kadar kelahiran tidak pernah disekat.
Sebagai contoh, negara-negara seperti Indonesia 280 juta, Thailand 80 juta, Pakistan 196 juta sudah tentu
mempunyai potensi pasaran yang terlalu besar. Fenemona tersebut telah memberi insentif besar kepada
kemajuan pasaran domestik bak kata peribahasa banyak air ikan tidak mati.
Pada hari ini dasar buruh di peringkat global menjadi semakin komplek dengan fenomena
pergerakan migrasi dan pendatang. Gelombang perpindahan dari negara miskin ke negara-negara maju dan
negara Dunia Ketiga menyebabkan peningkatan buruh asing di kebanyakan negara semakin sukar dikawal.
Fenomena yang sama jelas terjadi kepada Malaysia apabila limpahan buruh asing telah mencecah 4 juta
orang. Limpahan tersebut telah memaksa kerajaan lebih berlembut atas dasar kemanusiaan untuk membuka
peluang pekerjaan kepada pekerja asing untuk berkhidmat dalam sektor swasta dan syarikat multinasional.
Lama-kelamaan dasar tersebut sudah menjadi suatu polisi pula apabila lebih banyak pelabur asing yang
berminat untuk melabur. Hal demikian samalah seperti kata peribahasa, di mana-mana ada air bertakung di
situlah ikan bernaung.
Selain itu, kemasukan pelabur asing turut disokong oleh dasar pelaburan kebangsaan yang
diamalkan oleh kebanyakan negara. Apabila dirujuk kepada Malaysia, kerajaan melalui MITI sentiasa
menghantar misi kempen pelaburan luar ke negara-negara maju. Langkah tersebut yang merupakan strategi
serampang dua mata yang memberikan fokus kepada penyediaan peluang pekerjaan dan pemindahan
teknologi menyebabkan pelabur luar bagai pucuk dicita ulam mendatang, orang mengantuk disorongkan
bantal. Kemasukan pelabur asing juga turut menerima pelbagai insentif daripada pihak kerajaan seperti zon
perindustrian bebas, kemudahan prasarana, jaminan pinjaman bank dan keselamatan operasi yang terjamin.
Di samping itu, negara turut menerima tempias positif apabila berlaku pemindahan teknologi kepada anakanak tempatan yang menjadi sebahagian daripada dasar melahirkan lebih ramai tenaga profesional
tempatan.

Tuntasnya, dalam dalam era yang dikawal oleh polisi global kini, sesuatu polisi hendaklah
dirancang dalam situasi menang menang kepada semua pihak yang berkepentingan. Dasar perlindungan dan
dasar monopoli sudah tidak relevan lagi. Hal yang sama sudah tentu berlaku dalam dasar pelaburan antara
negara kerana ekonomi adalah menjadi tangan ghaib yang menentukan kedudukan politik dan sosial di
sesebuah negara. Sesungguhnya, polisi pelaburan asing yang diamalkan oleh Malaysia pada masa ini adalah
tepat juga.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,


Perkara susah menjadi senang

5.

Petikan gurindam di atas menjelaskan perlunya bersifat sabar dalam diri seseorang.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan bersabar dalam melakasanakan sesuatu
tugas.

TERENGGANU

1. Kes salah laku seperti vandalisme, buli dan tidak menghormati guru kerap berlaku di sekolah
belakangan ini. Situasi ini menggambarkan amalan budaya penyayang semakin luntur dalam kalangan
pelajar.
Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab jelaskan peranan anda dalam memupuk budaya
penyayang di sekolah.
Sejak tiga dekad belakangan, sering didengari kenyataan yang menyebut, bahawa orang Melayu
sebagai bangsa Asia yang sangat tinggi nilai hormat dan bersopan santun. Malah nilai itulah yang telah
mengangkat imej Malaysia untuk dikenali di seantero alam. Namun, selepas dilanda pelbagai arus perubahan
dan ancaman globalisasi yang semakin pantas, nilai-nilai murni itu semakin memupus dalam budaya dan
tradisi masyarakat Melayu. Kini dalam pola masyarakat majmuk, masyarakat Malaysia kelihatan komplek.
Tiada lagi nilai sopan santun dan hilang budaya hormat dan berkasih sayang. Hukum sesiapa yang kuat dia
menang, yang cepat dia dapat, dan yang megah dia gagah sedikit demi secara sedikit membentuk pola baru

imej bangsa Malaysia pada abad milenium ini. Oleh itu, sebagai anak muda saya perlu menghayati semula
nilai-nilai murni masyarakat agar budaya hormat dapat dinobatkan semula.
Isi-isi penting :
Isi 1 : saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak yang terpuji mempamerkan
sikap dan tingkah laku yang baik disenangi rakan dan para guru
Isi 2 : menjadi pelajar yang mudah didekati senang berkawan, cepat mesra, peramah dan menghormati
rakan menjadi pelajar yang luhur budi bahasa serta patuh kerpada perintah Tuhan
Isi 3 : mengamalkan prinsip dan identiti diri/jati diri tidak mudah terikut-ikut dengan perangai buruk rakan
tegas dan berani kerana benar
Isi 4 : belajar secara istiqamah menjadi pelajar yang cemerlang akademik ikhlas membantu rakan untuk
berjaya dalam akademik
Isi 5 : penglibatan dalam aktiviti kokurikulum proses bergaul dengan rakan-rakan secara sihat
menyumbang kejayaan kepada sekolah mengangkat imej sekolah agar tersohor di persada negara
Kesimpulan : Hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa ialah ungkapan peribahasa yang mendorong
seseorang itu agar beriltizam untuk menyumbangkan khidmat dan jasa. Budaya penyayang seandainya
dipupuk dan dibaja boleh memberi natijah kepada lahirnya masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin.
Oleh hal yang demikian, saya sangat teruja untuk berada di tengah-tengah khalayak bagi meuar-uarkan idea
yang baik ini agar terbentuk juga masyarakat yang berbudaya, beretika serta penyayang. Sesungguhnya,
inilah Malaysia yang menjadi harapan kita menjelang dekad yang akan datang.

2. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat sekolah . Tajuk pidato anda ialah,
Ibu Bapa Pendorong Anak-anak Dalam Merealisasikan Budaya Membaca.
Sediakan teks pidato itu selengkapnya.
Pendahuluan 1
Apabila kita menoleh semula kepada sejarah kemajuan manusia, perihal membaca merupakan suatu
wahana yang menjadi enjin utama untuk sesuatu bangsa itu maju. Dalam sejarah Islam juga, permulaan
madani bermula dengan membaca apabila Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira
dengan asas membaca. Seterusnya membaca terus menjadi nadi kejayaan Zaman Renaisance apabila banyak
sumber bacaan dalam tamadun Islam berpindah tangan kepada masyarakat Barat selepas berakhirnya
Perang Salib. Revolusi ciptaan mesin cetak yang bermula di Jerman telah membuka dimensi pembacaan
sebagai sangat penting yang menganjak manusia menemukan pelbagai ciptaan moden hasil pembacaan.
Oleh itu, tradisi warisan turun-temurun ini hendaklah diteruskan khususnya dalam kalangan keluarga untuk
membudayakan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Pendahuluan 2

Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat mahupun tersirat
daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh tentulah amalan membaca adalah merupakan suatu
kewajipan. Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi pelengkap kepada sesuatu peperiksaan, sebaliknya
menjadi tanggungjawab untuk melahirkan umat yang berjaya, bijaksana, dan hebat menguasai dunia
keilmuan. Namun demikian, saranan membaca menatijahkan nilai yang paradoks apabila masyarakat
Malaysia khususnya amat liat untuk membaca. Sama ada di peringkat masyarakat umum hinggalah ke pusatpusat pengajian, amalan membaca gagal dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberi untuk
menyemarakkan amalan tersebut, hasil yang diperoleh amatlah mengecewakan. Oleh itu, sejajar dengan
sesuatu kejayaan itu bermula dari rumah, nescaya keluarga haruslah memainkan peranan aktif untuk
memupuk semula amalan membaca.
Isi 1 : Ibu bapa perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai agenda wajib dalam rumah tangga
membaca hendaklah menjadi amalan penting setaraf dengan keperluan asasi yang lain seperti makan,
minum, riadah dan semua aktiviti keluarga
Isi 2 : Ibu bapa hendaklah menunjukkan karisme sebagai golongan terpelajar dan berfikir mencetuskan
idea-idea baru, bernas dan matang melalui pengalaman membaca melahirkan rasa bangga kepada anakanak atas kebolehan ibu bapa
Isi 3 : Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membentuk tabiat membaca melengkapkan
semua sudut di dalam rumah dengan prasarana membaca dan bahan-bahan bacaan yang pelbagai bidang
Isi 4 : Cuba memahami watak dan kecenderungan anak-anak menyediakan bahan bacaan yang sesuai
dengan minat mereka
Isi 5 : Mencuri peluang untuk menanamkan sikap suka berfikir secara intelektual pemikiran kelas
pertama melalui kegiatan membaca sesi sumbang saran dan pendapat dalam kalangan ahli keluarga
Kesimpulan : Dalam semua kecenderungan dan kejayaan anak-anak, sudah pasti ibu bapa adalah sebagai
penjana utama. Walaupun tidak dinafikan aspek minat, kecerdasan dan bakat menjadi penentu jalan hidup
anak-anak, namun ibu bapa berperanan penting untuk mewarnakan mereka dengan betul. Oleh itu, budaya
membaca dalam keluarga akan menjadi mangkin kepada kejayaan anak-anak dalam apa-apa bidang yang
mereka minati.

3. Gagasan 1Malaysia antara lainnya bertujuan untuk mengeratkan perpapaduan kaum ke arah
melahirkan negara yang aman, stabil, makmur dan dihormati oleh orang lain.
Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak bagi mewujudkan dan mengekalkan
perpaduan di negeri ini.
CATATAN : DENGAN IHSAN SAYA LAMPIRKAN SEMULA SAMPEL KARANGAN DARIPADA MODUL
SAYA EDISI 2013/2014.
Tanggal 3 April 2009, tarikh tersebut akan terus terlakar dalam sejarah negara apabila Perdana Menteri Malaysia
yang keenam dengan rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Beliau ialah Dato Seri Mohamed Najib

Tun Razak yang meneruskan legasi kepimpinan ayahandanya Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Bukan sekadar itu
sahaja, malah tarikh tersebut telah menjadi mercu tanda baru satu lagi gagasan Malaysia moden dilancarkan. Gagasan
1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kini menjadi landasan penting untuk pemimpin dan rakyat
Malaysia menentukan arah tuju kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang menjelang hari-hari yang mendatang. Oleh hal
yang demikian, dalam merealisasikan matlamat keramat itu, para pemimpin dan rakyat Malaysia hendaklah
menyumbangkan peranan yang aktif mengikut kemampuan dan kedudukan masing-masing.
Tanggungjawab paling utama ialah para pemimpin hendaklah melaksanakan tanggangungjawab yang telah
diamanahkan demi kebaikan rakyat. Tanggungjawab merupakan amanah yang amat penting untuk ditunaikan sejajar
dengan sepotong Hadith Rasulullah yang bermaksud, Setiap daripada kamu mempunyai tanggungjawab dan setiap yang
dipertanggungjawabkan akan disoal ke atas diri mereka. Inilah doktrin yang perlu dipegang dengan kukuh oleh para
pemimpin di setiap peringkat. Dalam hal ini, para pemimpin hendaklah mempunyai komitmen yang tinggi agar janji dan
manifesto ditunaikan dengan sebaik mungkin. Imej seseorang pemimpin akan terserlah melalui kebijaksanaan mentadbir,
pekerti yang mulia, adil lagi berpandangan jauh. Dalam konteks satu Malaysia, keadilan hendaklah disamaratakan dalam
kalangan semua kaum agar setiap juzuk kaum tidak terasa diri mereka terpinggir daripada arus perdana. Sesungguhnya,
dengan kebijaksanaan dan keadilan pemimpin, rakyat akan bersatu padu dan menumpahkan taat setia yang tidak
berbelah bahagi kepada negara.
Kredibiliti seseorang pemimpin tidak mungkin terserlah andainya tidak mendapat sokongan dan kerjasama
daripada rakyat jelata. Dengan yang demikian, Imej 1Malaysia hendaklah dijelrnakan daripada kerjasama yang terjalin
kukuh antara pemimpin dan rakyat. Antara pemimpin dan rakyat bagaikan irama dan lagu, andai salah satunya pincang
nescaya musnahlah kedua-duanya. Oleh itu, amatlah wajar diwujudkan jalinan persefahaman yang kukuh dan harmoni
antara kedua-dua pihak. Sikap saling hormat dan saling menyokong boleh menjadi jambatan yang memperkukuh
hubungan. Sebagai pemimpin serlahkan nilai kepemimpinan yang berwibawa agar sentiasa dikagumi rakyat. Manakala
sebagai rakyat berilah taat setia yang tidak berbelah bahagi kerana kedua-duanya memerlukan kerjasama erat ibarat ke
gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah.
Menjelang era milenium dan dalam perubahan arus perdana global, masyarakat hendaklah memperlengkap diri
dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang paling tuntas. Rakyat seharusnya mempunyai kemahuan yang tinggi
untuk meletakkan diri mereka sebagai masyarakat kelas pertama. Mereka wajar berganjak dan bersedia keluar daripada
pemikiran jumud dalam kepompong katak di bawah tempurung. Kemampuan berfikir secara global dan berfikir di luar
kotak mampu menjanakan transformasi rakyat yang memiliki ciri-ciri kebijaksanaan, produktif, dan gigih berdaya saing.
Langkah strategik untuk mencapai matlamat tersebut adalah dengan membangunkan pelbagai institusi pendidikan dan
kemahiran. Langkah terbaik seperti yang sedang berlaku kini adalah dengan wujudnya kerjasama antara pihak kerajaan
dan swasta yang menyediakan pelbagai peluang pendidikan yang bertaraf dunia. Seandainya inisiatif ini terus
diperkasakan, nescaya gagasan 1Malaysia pasti menjadi realiti.
Memetik kata-kata filosof agung Confucious, Apalah guna kita tidur sebantal jikalau mimpi berbeza-beza, lebih
baik berlainan bantal namun mimpi kita masih sama. Kata-kata yang telah diucapkan sejak lebih 3000 tahun itu benarbenar memberikan impak kepada negara berbilang kaum seperti Malayisia. Demi merealisasikan hasrat 1Malaysia,
langkah paling utama ialah masyarakat menjalinkan perpaduan yang sejati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
Pemahaman konservatif yang menyatakan, perbezaan dalam aspek agama, budaya dan ragam hidup menjadi perintang
perpaduan perlulah diubah segera. Sepatutnya, perihal kepelbagaian daripada pemajmukan itu hendaklah dijadikan aset
untuk membentuk suatu negara bangsa yang unik. Sebagai rakyat Malaysia jauhilah fahaman perkauman yang masih
menebal, sebaliknya jadilah masyarakat yang berfikiran terbuka dengan mempertingkatkan nilai hormat terhadap
kepercayaan agama, adat resam, dan kaum. Insya-Allah, sekiranya nilai taboo ini berjaya disingkirkan pastilah suatu fasa
baru 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan boleh menjadi landasan baru rakyat Malaysia.

Atas rasa cinta kepada tanah air tercinta, seyogialah seluruh rakyat membuktikan semangat patriotisme
mereka. Keharmonian dan kesejahteraan negara perlulah diisi dengan agenda pembangunan. Pembangunan yang
meliputi aspek material dan spiritual harus berarak serentak. Amatlah malang sekiranya, bumi bertuah yang sangat kaya
dengan pelbagai potensi ini tidak dimanfaatkan untuk kesejahteraan insan. Kita harus bersama-sama berganding bahu
untuk membangunkan dan mempelbagaikan potensi ekonomi negara. Oleh itu, setiap warga dituntut untuk
memaksimumkan daya usaha melalui cara berfikir, cara bekerja, dan mematangkan kreativiti. Seluruh rakyat tidak perlu
berfikir tentang siapakah dirinya di bumi bertuah ini? Sebaliknya dalam suatu suara 1Malaysia mereka perlu bangkit untuk
memaksimumkan daya pengeluaran negara. Oleh itu, sudah tiba masanya kita menjadi negara yang mengeksport produk
dan kepakaran daripada sekian lama menjadi masyarakat pengguna semata-mata.
Memetik lirik-lirik dalam lagu patriotik Malaysia Berjaya yang berbunyi Dari Perlis hinggalah ke Sabah, kita
sudah berjaya memaparkan betapa pentingnya kita bersatu dan berusaha untuk membentuk sebuah negara yang
berdaulat dan merdeka. Kini kejayaan tersebut hendaklah direalisasikan oleh generasi baru Malaysia agar segala agenda
yang telah dirancang oleh pemimpin yang terdahulu dapat mengimpakkan manfaat yang berganda kepada seluruh rakyat
Malaysia. Oleh itu, gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan harus diteruskan dengan pengisian
dan keterlibatan menyeluruh oleh rakyat Malaysia.

4. Masalah pencemaran dan isu kemusnahan alam sekitar semakin membimbangkan masyarakat dunia
akhir-akhir ini.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh negara-negara serantau bagi mengatasi
masalah ini.
Pendahuluan : Apabila memperkatakan negara serantau tentulah merujuk kepada kumpulan negara-negara
yang berada dalam sesuatu wilayah yang mendominasi suatu ekosistem dan perairan yang sama. Pada
mutakhir ini, boleh dikatakan setiap rantau di dunia mengalami masalah pencemaran dan kemusnahan alam
sekitar yang sangat serius. Keadaan yang sama tidak terkecuali bagi rantau ASEAN yang Malaysia ialah satu
daripada entitinya. Justeru, perihal alam sekitar sudah menjadi masalah global terutama dalam anasir
perubahan cuaca yang tidak menentu seperti ribut taufan, banjir kilat fenomena El Nino dan kemarau
panjang. Sekalipun fenomena alam yang terjadi secara azali mungkin tidak dapat disekat oleh kuasa tangan
manusia, namun perbuatan mencemar dan memusnahkan sumber alam adalah menjadi suatu dosa yang
patut disedari oleh semua pihak. Oleh itu, ancaman fenomena seperti itu perlu ditangani secara kolektif oleh
negara-negara serantau.
Isi-isi penting :

Isi 1 : Adakan muafakat serantau tentang tahap penerokaan alam yang seimbang dalam kalangan semua
negara sebagai rasa tanggungjawab menjaga kelesteraian alam sekitar setiap negara perlu peka terhadap
keperluan alam semula jadi yang diseimbangkan dengan pembangunan.
Isi 2 : Mewujudkan undang-undang pengawalan alam sekitar yang seragam bagi semua negara atas
dasar alam sekitar bersifat universal dan hanya dibezakan oleh kuasa pentadbiran politik sahaja

Isi 3 : Mewujudkan komitmen bersama terhadap sebarang ancaman daripada fenomena alam sekitar negara lain tidak boleh berlepas tangan terhadap kerosakan alam sekitar negara mereka hingga mengancam
negara lain (kes jerebu di Indonesia)
Isi 4 : Mewujudkan dana tetap antara negara untuk membasmi/menangani pencemaran alam sekitar
suatu dasar muafakat untuk menyelamatkan perairan dan udara serantau
Isi 5 : Menjalinkan kerjasama kepakaran antara negara untuk menggembleng usaha menangani gejala
alam sekitar persidangan/tindakan bersama apabila berlaku sesuatu ancaman fenomena alam
menyalurkan maklumat antara negara dan menjalankan usaha bersepadu
Kesimpulan : Alam sekitar ialah anugerah Allah kepada umat manusia yang amat tidak ternilai harganya.
Alam sekitar juga sebagai warisan kepada generasi hadapan yang layak hidup dalam persikataran yang sihat
dan lestari. Sebarang tindakan yang boleh mencemarkan alam sekitar hendaklah ditangani dengan penuh
beijak sana, bertoleransi dan profesional. Sesungguhnya alam tidak pernah melakukan apa-apa dosa
terhadap kesejahteraan hidup manusia, sebaliknya manusialah yang sentiasa mungkir terhadap komitmen
saling memerlukan antara alam dan manusia.

KELANTAN

1. Murid hari ini diharap menjadi remaja berwawasan untuk kemajuan negara.
Jelaskan ciri-ciri yang perlu anda miliki untuk menjadi remaja berwawasan.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang kerjayanya sebagai
pemimpin utama negara telah mencetuskan pelbagai idea yang pragmatik. Idea-idea seperti Dasar Pandang
Ke Timur, Dasar Penswastaan dan Persyarikatan Malaysia, Slogan Bersih, Cekap, dan Amanah dan yang
paling menarik ialah Wawasan 2020 (WW 2020). Kini, WW 2020 telah diadikan garis panduan dan hala tuju
untuk kerajaan dan rakyat Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun,
segala dasar yang dibentangkan bukan sekadar muluk dalam kata-kata sahaja, tetapi hendaklah
direalisasikan dengan kegigihan dan strategi yang betul dan tepat. Insya-Allah, matlamat dan wawasan
tersebut akan menjadi kenyataan, justeru inilah jaminan saya untuk hasrat murni negara itu tercapai. Dengan
hal yang demikian, sebagai remaja pencetus inovasi madani, saya perlulah memperlengkap diri sebagai
remaja trampil demi menggalas amanah negara yang cukup mencabar itu.

2. Ibu bapa, kaunselor dan pihak berwajib memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah
remaja.
Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

3. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia mengadakan majlis rumah terbuka setiap kali menyambut
perayaan kerana amalan ini mendatangkan pelbagai manfaat.
Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Membuktikan Malaysia sebuah negara yang memiliki pelbagai budaya, adat resam dan upacara
sambutan yang boleh dilakukan secara besar-besaran lambang kepada keunikan dan kepelbagaian rakyat
Malaysia pelbagai kaum
Isi 2 : Sebagai produk pelancongan dan imej yang unik negera Malaysia sukar ditemui di mana-mana
negara di dunia
Isi 3 : Melahirkan sikap rakyat yang sentiasa bersyukur mengadakan majlis dan keraian untuk rakan
taulan dan tetamu pelbagai kaum
Isi 4 : Membina jambatan perpaduan masyarakat mengeratkan hubungan saling ziarah dan menghargai
kehidupan yang aman dan toleran
Isi 5 : Menzahirkan warna-warni budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai keindahan alam semula jadi
yang turut diserikan dengan pelbagai corak kehidupan rakyat yang harmoni.

4. Mutakhir bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan ribut taufan telah melanda beberapa buah
negara di dunia. Kerjasama sejagat amat diperlukan bagi membantu negara-negara terlibat.
Sarankan bentuk sumbangan yang boleh dihulurkan untuk membantu negara yang dilanda bencana
alam seperti itu.

CATATAN : DENGAN IHSAN SAYA LAMPIRKAN SEMULA SAMPEL KARANGAN DARIPADA


MODUL SAYA EDISI 2014.
Malapetaka alam sering menarik simpati warga dunia. Malaysia turut tidak ketinggalan menghulurkan
pelbagai bantuan kepada mangsa yang ditimpa malapetaka di seluruh dunia.
Bincangkan sumbangan Malaysia terhadap mangsa-mangsa malapetaka alam.
Nasib malang dan ajal maut tiada sesiapapun yang mampu menduganya. Geruh tidak berbunyi,
malang tidak berbau menggambarkan betapa setiap malapetaka yang berlaku tidak pernah dijangkakan.
Semuanya sudah ditakdirkan oleh Tuhan yang berkuasa dan berlaku secara natural. Fenomena alam seperti
perubahan suhu, pergerakan tektonik, dan ombak laut amat sukar dijangkakan walaupun dengan
bantuan sistem teknologi canggih. Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas. Mangsa yang terlibat
langsung tidak berpeluang untuk menyelamatkan diri. Menurut pakar-pakar fenomena alam, abad ke-21
merupakan tempoh matang terhadap perubahan sistem alam yang berlaku dalam tempoh 2000 tahun.
Dengan hal yang demikian, malapetaka alam berkemungkinan berlaku pada bila-bila masa dan di mana-

mana tempat jua. Memandangkan kita tidak mempunyai kudrat untuk menghalang tragedi besar malapetaka
alam, kita hanya boleh menghulurkan bantuan kepada mangsa yang dilanda pelbagai malapetaka.
Dalam mendepani episod sedih daripada pelbagai kejadian, Malaysia tidak ketinggalan menghulurkan
pelbagai sumbangan. Simpati Malaysia itu dilakukan atas dasar perikemanusiaan. Pemimpin dan rakyat
Malaysia sentiasa insaf, jikalau hari ini kita bebas daripada malapetaka, namun esok atau lusa bencana
mungkin menimpa. Kita mengambil pendekatan sedikit tanda ingat, banyak tanda ada untuk membantu
mereka yang dilanda musibah. Langkah tersebut diambil juga atas dasar setia kawan dan jalinan mesra antara
pemimpin yang sentiasa dirintis oleh Malaysia.
Penglibatan Malaysia dalam menangani kemelut kemanusiaan itu termasuklah menghantar pasukan
mencari dan menyelamat mangsa. Pasukan yang terdiri daripada Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART
sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal untuk turut sama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat
mangsa. Pasukan tersebut pernah dihantar membantu dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Indonesia, dan
tragedi Taufan Durian dan yang terkini Taufan Hayyan di Filipina. Selain itu, pasukan bomba dihantar juga
dalam kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran di Sumatera dan kepulauan Riau di Indonesia.
Pasukan perubatan yang diketuai oleh Mercy Malaysia tidak ketinggalan menyalurkan khidmat
merawat mangsa. Selain merawat mereka juga memberikan khidmat kaunseling kepada mangsa yang
mengalami trauma. Kini Mercy Malaysia yang dipimpin oleh Dato Dr Jamilah semakin mendapat tempat di
hati masyarakat setempat kerana perkhidmatan cemerlang mereka. Ketika mengadakan operasi menyelamat
mangsa dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Mercy Malaysia telah menerima pujian hasil kepakaran dan
disiplin yang tinggi para pengamal perubatan dari Malaysia. Selain khidmat sosial yang berkualiti, pasukan
tersebut telah menjadi duta kebajikan untuk menaikkan nama Malaysia di mata dunia.
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak sempat dan tidak berkemampuan untuk sampai ke
tempat tragedi, huluran simpati tidak pernah berhenti. Pelbagai usaha dijalankan seperti mewujudkan tabung
derma mangsa bencana alam. Oleh itu, setiap agensi dan organisasi telah mengambil iniisiatif mengumpul
derma dalam bentuk wang ringgit. Agensi-agensi terkemuka sama ada media cetak atau media elektronik
telah membuka akaun khas di bank-bank tempatan bagi membolehkan orang ramai menderma kepada
mangsa tragedi. Bukan sekadar usaha tersebut, terdapat juga orang perseorangan atau organisasi bukan
kerajaan yang sanggup mengumpul pakaian baru dan terpakai untuk dihantar ke lokasi dengan kerjasama
Tentera Laut Diraja Malaysia. Semua usaha tersebut terhasil daripada penghayatan nilai murni dan falsafah
kemanusiaan yang sentiasa dianuti oleh rakyat Malaysia.
Di pihak kerajaan, bantuan pascabencana terus dihulurkan. Antara bantuan yang diberikan seperti
sumbangan modal dan kepakaran untuk membangunkan semula kawasan yang telah tejejas teruk. Sebagai
negara berjiran yang dapat merasakan rintihan dan suara hati saudara serantau, Malaysia telah membantu
kerajaan Indonesia dalam usaha membangunkan semula sistem pendidikan di wilayah Acheh dan Jogjakarta
di Indonesia yang terjejas teruk dalam peristiwa gempa bumi dan Tsunami. Dengan sokongan yang diberikan
itu telah dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa. Anak-anak dapat
meneruskan semula pelajaran, sementara hidup baru dapat dimulakan sedikit demi sedikit.
Kini malapetaka sudah berlalu dan kemungkinan peristiwa-peristiwa ngeri itu bakal berulang tiada
sesiapapun yang dapat menduga. Walau bagaimanapun, atas sifat perikemanusiaan, rakyat Malaysia tetap
berazam untuk terus membantu mangsa selagi terdaya. Segala bantuan yang telah dihulurkan terbit daripada
perasaan yang ikhlas demi kesejahteraan dunia sejagat.

MPSM KUANTAN, PAHANG

1. Sambutan Hari Ibu diadakan pada setiap tahun demi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Sebagai anak yang penyayang, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan untuk menzahirkan rasa kasih
sayang tersebut.
NOTA : Dengan ihsan, saya lampirkan semula sampel karangan asal saya daripada modul edisi 2012. Sila
ubah suaikan mengikut kesesuaian soalan di atas.
Setiap anak menjadi permata hati dan harapan kepada ibu bapa.
Bincangkan sikap yang patut diamalkan oleh anak-anak agar hasrat tersebut menjadi kenyataan.
PERINGATAN PENTING : SILA ALIH KARANGAN ASAL INI KE DALAM DIMENSI DIRI
Tanggal ..... haribulan ...... tahun 1995 (*masukkan tarikh lahir anda sendiri) dengan izin Allah SWT,
lahirlah seorang insan di mayapada ini. Kelahiran yang memberikan sinar dan cahaya kepada kedua-dua ibu
dan ayah. Doa dan harapan yang tidak putus-putus ditadahkan ke petala langit memohon restu dan makbul
Allah SWT supaya anak tersebut menjadi cahaya mata, buah hati pengarang jantung. Demikianlah suatu
hakikat yang sering melingkari kehidupan insan supaya anak-anak yang lahir ke dunia ini menjadi permata
hati yang membahagiakan kehidupan ibu dan ayah. Alangkah bahagianya kedua-dua insan mulia tersebut
sekiranya anak yang bertuah itu benar-benar menuruti acuan yang telah disepoh dan dicanai sejak awal.
Dengan hal demikian, betapa besar harapan ibu bapa, seyogia besar lagilah azam anak-anak untuk
menzahirkan impian tersebut menjadi kenyataan.
Setiap anak hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya telah
melahirkan kita ke dunia ini. Sementelahan itu berterima kasihlah kepada kedua-dua ibu bapa yang telah
bersusah payah melahirkan kita. Langkah yang terpenting ialah anak-anak hendaklah sentiasa berdoa kepada
Allah agar memberi barakah kesihatan dan kesejahteraan kepada ibu bapa. Sementara itu, anak-anak juga
perlu membentuk jati diri mereka agar mudah berjinak-jinak dengan amalan yang diredai. Binalah kekuatan
peribadi sebagai insan yang mulia di dunia dan memperoleh ganjaran pahala. Tiada yang lebih berguna
selepas ibu bapa pergi melainkan menadah harapan agar anak-anak mengirimi mereka doa seperti dalam
Hadith Rasulullah yang bermaksud , Apabila mati seseorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amal
baik dan buruknya, melainkan tiga yang masih ditinggalkan iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfat, dan
anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa.
Kalangan bijaksana pernah menukilkan, Budi pekerti pakaian peribadi, akal fikiran pakaian insani.
Keluhuran budi dan kebijaksanaan insani merupakan modal besar untuk seseorang itu berjaya dalam kerjaya
dan dipandang mulia oleh masyarakat. Oleh itu, jadilah anak-anak yang hebat di tengah-tengah masyarakat
dengan pancaran budi bahasa yang terserlah serta minda yang kreatif dan inovatif. Belakangan ini, pelbagai
kecelaruan dalam masyarakat tercetus akibat kemuflisan pekerti anak-anak remaja. Akhirnya, sikap keji
tersebut membawa kesengsaraan kepada ibu bapa. Ibu bapa terpaksa menelan malu akibat anak-anak yang

bankrup akhlak. Pelbagai angkara songsang seperti pergaulan bebas, berzina, menipu dan seribu satu
angkara lagi seyogia dijauhi jikalau ada perasaan sayang terhadap ibu bapa.
Anak yang baik sentiasa beriltizam untuk mengubah kehidupan ibu bapa agar menjadi lebih baik.
Oleh yang demikian, berusahalah dengan gigih demi jaminan hidup yang lebih sempurna. Dunia yang
diwarnai dengan pelbagai budaya ilmu harus dikuasai dengan membudayakan ilmu dalam kehidupan.
Amatlah jengkel seseorang yang tidak berilmu apabila berada di tengah-tengah masyarakat. Sejajar dengan
perkembangan teknologi, tuntutlah ilmu setinggi yang mungkin dan lengkapi diri dengan pelbagai
kemahiran. Kedua-dua pakej tersebut menjadi jaminan untuk bersaing dalam pasaran global. Sesungguhnya,
ilmulah yang dapat membezakan antara yang dungu dan yang cemerlang. Sesuai dengan wasiat Rasulullah
SAW dalam Hadith baginda tentang kepentingan menuntut ilmu yang bermaksud, Tuntutlah ilmu walau
sampai ke negara Cina sekalipun, membuktikan bahawa ilmulah yang menjadi jaminan untuk hidup bahagia.
Ikram dan kasih sayang menjadi penambat hati ibu bapa terhadap anak-anak. Tamsil orang tua-tua,
ketika telapak kaki sebesar dua jari, anak-anak sudah ditimang bagai menatang minyak yang penuh. Malang
sekali apabila anak-anak sudah meningkat dewasa ada yang tergamak memutuskan hubungan dengan ibu
bapa. Sebenarnya, celakalah anak-anak yang seumpama ini. Anak-anak seperti ini tidak akan bahagia di
dunia malah di akhirat akan menerima bala daripada sifat sombong tersebut. Selagi kudrat, ibu bapa tidak
akan menagih apa-apa kepada anak-anak melainkan berharap kepada sifat mawaddah anak-anak sahaja.
Patuhilah seperti Firman Allah dalam Surah Israk, ayat 23 yang bermaksud, Dan Tuhanmu memerintahkan
kamu agar jangan menyembah selain-Nya. dan hendaklah berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika
salah seorang atau kedua-duanya telah lanjut usia dalam peliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu
meninggikan suara walaupun dengan perkataan, oh!. Oleh yang demikian, sebaik-baik anak ialah mereka
yang tidak pernah memutuskan hubungan silaturahim dengan ibu bapa.
Hidup ini sandar-menyandar ibarat aur dengan tebing. Sebagai anak yang baik, jalinkan kehidupan
dengan rangkaian sahabat handai dan rakan taulan. Hidup menjadi harmoni dalam masyarakat yang saling
menghormati antara satu dengan yang lain. Jiran tetangga umpama keluarga sendiri kerana segala mudarat
dan musibah jiranlah yang lebih dahulu mendatangi kita. Rakan taulan dan jiran ibu bapa hendaklah
dihormati, dengan yang tua dijunjung taat manakala yang muda bergaullah secara berhemat. Tingkah laku
yang baik akan menyerlahkan imej sebenar ibu bapa kerana kenal batang pada daunnya. Sesungguhnya,
inilah imej anak-anak yang menjadi permata hati dan harapan kepada ibu bapa.
Akhir kata, jadilah sebaik-baik anak yang boleh membahagiakan ibu bapa sejadi mereka di dunia
mahu pun sesudah mati. Jauhi diri daripada terjebak dengan perkara-perkara mungkar yang boleh
mencontengi ibu bapa dengan arang. Sebenarnya, inilah imej anak-anak yang didambakan oleh ibu bapa
lebih-lebih lagi ketika menjelang usia emas mereka. Ingatlah bahawa, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
SAMPEL 2
NOTA : Dengan ihsan, saya lampirkan semula sampel karangan asal saya.
Sila ubah suaikan mengikut kesesuaian soalan di atas.
Bersempena dengan hari ibu, anda telah dijemput mewakili generasi remaja bagi menyampaikan ucapan
bersempena dengan hari Anugerah Ibu Cemerlang.
Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,


Yang saya hormati, Puan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita
dan Masyarakat Malaysia, Yang Berbahagia Pengarah Pusat Komuniti Malaysia Zon Utara, Yang Mulia guruguru dan seterusnya raka-rakan pelajar yang dikasihi sekalian.
Hadirin sekalian,
Pada pagi yang mulia ini saya mengambil kesempatan istimewa ini untuk mengucapkan terima kasih
kepada jawatankuasa penganjur yang telah memilih saya untuk melafazkan sepatah dua kata dalam majlis
yang penuh bermakna kepada golongan Hawa. Tahniah untuk seluruh wanita yang bergelar ibu kerana telah
diberi penghargaan khas pada hari yang istimewa yang dinamakanHari Ibu. Semoga pemilihan hari ini
menjadi lakaran sejarah untuk semua pihak merenung sejenak akan sumbangan besar yang telah diberikan
oleh para ibu. Oleh itu, pada kesempatan ini saya mengucapkan, Selamat hari Ibu.
Hari istimewa ini sudah sewajarnya diadakan bagi mengembalikan ingatan tentang pengorbanan
besar seseorang wanita yang bergelar ibu. Ibu yang juga sebagai pengemudi rumah tangga merupakan
nukleus kepada perkembangan tamadun manusia. Ibu juga sebagai penyeri dan penghias rumah tangga.
Sesuai dengan sifat mereka yang lemah lembut, teliti, penyabar, dan sensitif kehadiran seorang wanita yang
bergelar ibu mampu membahagiakan sesebuah rumah tangga. Seseorang bayi akan berasa selamat apabila
berada dalam pangkuan ibu. Anak-anak akan berasa tenteram dan riang apabila berada di samping ibu.
Manakala suami pula berasa dirinya terjaga apabila berada di sisi isteri yang tersayang. Demikianlah hebatnya
seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu , bak kata peribahasa tangan yang menghayun buaian itu
memerintah dunia.
Dalam menegakkan sebuah institusi masyarakat yang dinamik, peranan keluarga amatlah penting.
Apabila dikaitkan dengan keluarga, justeru ibulah insan yang menjadi penentu hala tuju mendidik dan
menguruskan rumah tangga agar anak-anak membesar dengan sempurna. Dalam masyarakat tradisi, ibu
menjadi penunggu setia di dalam rumah, sementara si suami keluar mencari rezeki. Kegagalan ibu
melaksanakan tanggungjawab menjaga anak-anak nescaya pincanglah keluarga tersebut. Kepincangan
dalam keluarga pasti membawa musibah besar terhadap masyarakat dan negara. Atas sokongan padu isteri,
biasanya suami dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Tanpa isteri sebagai sumber
inspirasi seseorang suami menghadapi pelbagai kesulitan untuk melaksanakan tanggungjawab mencari
rezeki apabila dalam masa yang sama terpaksa melihat kebajikan anak-anak. Kejayaan sesebuah rumah
tangga sama ada dalam aspek ekonomi dan pendidikan anak-anak mesti terjana daripada gemblengan
sinergi suami dan isteri. Dengan komitmen kuat itulah, para cendekiawan pernah menyatakan Kejayaan
seseorang lelaki itu berdiri di belakangnya seorang wanita.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dalam dunia serba moden ini segala fungsi manusia mula mengalami proses mobiliti. Mobilasasi
tersebut seperti wanita turut bersama-sama suami keluar mencari rezeki. Hal tersebut adalah kerana wanita
hari ini memiliki ilmu pengetahuan dan lebih berdaya saing dengan kehendak semasa. Ramai wanita yang
berjaya menjadi profesional seperti guru, doktor, jurutera, akauntan, dan peniaga. Situasi ini membangkitkan
cabaran yang lebih besar terhadap para ibu untuk menyeimbangkan tanggungjawab mereka antara keluarga
dan kerjaya. Namun demikian, atas kecekalan hati mereka, ramai wanita yang berjaya dalam kedua-dua
fungsi iaitu menjadi ibu yang baik dan menjadi pekerja yang profesional. Ramai wanita profesional yang telah
bergelar ibu dapat menguruskan rumah tangga dengan baik dan melahirkan anak-anak yang pintar untuk
meneruskan tradisi kecemerlangan keluarga.

Atas prihatin kerajaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat telah
diwujudkan. Fungsi kementerian yang diterajui oleh Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil itu adalah sebagai induk
yang menjaga hal ehwal kebajikan wanita dan keluarga. Selain itu, kementerian tersebut menjadi ikon
kepada kejayaan kaum wanita apabila semua kegiatan wanita telah diselaraskan agar peranannya lebih
menyeluruh. Langkah mewujudkan kementerian tersebut juga sebagai pengiktirafan besar kerajaan terhadap
komitmern tinggi gender tersebut dalam masyarakat.
Rakan-rakan sekalian,
Kita yakin, selagi wujud bulan dan matahari, tradisi dan kehendak asasi manusia tidak akan berubah.
Keinginan kepada jantina yang berbeza dan keinginan untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia akan
terus menjadi fokus masyarkat. Walaupun dunia berubah dalam pelbagai bentuk atas permintaan dan aspirasi
manusia, fungsi lelaki dan wannita sebagai suami dan isteri tetap tidak berubah. Oleh hal yang demikian,
sanjungilah peranan ibu anda kerana komitmennya terhadap masa depan anda. Hormatilah wanita sebagai
penggerak tamadun bangsa. Selamat Hari Ibu
Sekian terima kasih.

2. Kemalangan jalan raya masih menunjukkan statistik yang membimbangkan. Selaku pegawai di
Jabatan Pengangkutan Jalan, anda diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada golongan belia di
tempat anda anda. Tajuk ceramah tersebut ialah, Kemalangan Jalan raya Berpunca Daripada Sikap
Pemandu Itu Sendiri.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

3. Dalam usaha meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di seluruh negara, aspek
keselamatan murid sekolah diutamakan melalui pelaksanaan Program Sekolah Selamat.
Pada pendapat anda, nyatakan kebaikan-kebaikan pelaksanaan program tersebut.

4. Dalam usaha memburu kemewahan hidup, segelintir remaja didapati terjebak dalam kegiatan keldai
dadah di peringkat antarabangsa.
Pada pendapat anda, mengapakah fenomena tersebut berlaku?
Keldai dadah, suatu frasa yang menggambarkan tahap kebodohan berdarjah tinggi manakala dadah
ialah najis yang amat kotor dan membinasakan. Alangkah hinanya barang siapa yang terlibat dengan
pekerjaan tersebut kerana kebodohan diri yang boleh memerangkap sehingga membawa kepada
kemusnahan. Walau bagaimanapun, fenomena tersebut bukan lagi asing di negara seperti Malaysia. Hingga
kini sudah ratusan anak muda yang telah memasuki perangkap sebagai keldai dadah yang telah diformasikan
oleh rangkaian penyeludup dadah antarabangsa yang berpangkalan di Asia, Afrika dan Eropah Timur. Bukan
sedikit pula dalam kalangan mereka yang sedang meringkuk di dalam penjara di beberapa buah negara
seperti di China, Amerika Latin dan di beberapa buah negara Eropah. Inilah suatu musibah daripada tempelak

peribahasa, niat di hati nak peluk gunung, malang terpeluk biawak celaka. Sesungguhnya, banyak sekali
umpan sama ada dalam bentuk material mahupun keinginan nafsu yang memerangkap anak-anak muda
untuk dijadikan keldai dadah.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Sifat darah muda yang mudah terpengaruh untuk mencuba sesuatu yang baru tawaran
pendapatan yang lumayan dan dapat melancong ke luar negara
Isi 2 : Kejahilan untuk menilai benar atau salah sesuatu tawaran mudah termakan janji manis
Isi 3 : Keterujaan/obses remaja malah ibu bapa supaya anak-anak dapat bekerja di luar negara
menerima tawaran daripada sindiket tanpa banyak soal masuk perangkap sindiket untuk dijadikan keldai
dadah
Isi 4: Dasar pelancongan negara yang sangat berhemah kepada pelancong asing ejen-ejen pengedar
dadah mudah bolos mudah berkomunikasi dan merekrut anak-anak muda tempatan untuk menjadi
perantara mengedar dadah dalam rangkaian antarabangsa
Isi 5 : Kedudukan Malaysia sendiri yang menjadi pintu masuk bekalan dadah antarabangsa peluang
untuk memperoleh bekalan dadah urusan pengedaran dapat dilakukan dengan cepat
Isi 6 : Kebanyakan anak muda negara yang jahil tentang undang pengawalan dan pencegahan dadah di
luar negara kawalan ketat di pintu masuk di lapangan terbang mudah mengambil risiko untuk membawa
dadah apabila mendapat tawaran yang lumayan

5. Membaca karya-karya sastera boleh membentuk jati diri seseorang.


Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh daripada pembacaan karya-karya tersebut.
Karya kreatif merupakan cetusan idea yang bersandarkan minda yang kreatif dan tajam serta
diasosiakan dengan emosi yang sentimental. Wadah yang ingin disampaikan adalah berdasarkan kepekaan
terhadap segala isu dan konflik dalam kehidupan. Gabungan antara minda dan emosi itu diketengahkan
kepada masyarakat pembaca melalui medium bahasa yang indah, berseni dan tinggi kreativitinya. Oleh hal
yang demikian, karya-karya kreatif berupaya menggerakkan daya berfikir pembaca melalui pemikiran yang
kritis dan analitikal. Berbeza daripada sumber-sumber maklumat deskriptif, genre sastera memuatkan
pelbagai sumber seperti persoalan, gaya bahasa, teknik penyampaian, dan nilai-nilai estetika yang tinggi.
Oleh itu, tidak syak lagi kita bakal memperoleh pelbagai faedah apabila mengkaji pelbagai genre sastera.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Dapat menyelami daya berfikir orang-orang yang bijaksana - menggali segala khazanah ilmu
melalui perkongsian pemikiran kreatif - mengenali gaya berfikir dan cetusan ilmu yang diketengahkan melalui
isu, persoalan, dan tema yang digarapkan - mewujudkan interaksi tidak langsung dengan para ilmuwan,
seniman, dan budayawan

Isi 2 : Memperoleh idea-idea dan pemikiran besar melalui tema dan persoalan yang telah digarapkan menggerakkan minda untuk berfikir berdasarkan gagasan idea penulis - berfikir secara realistik dan
pragmatik melalui buah fikiran dan persoalan yang dikemukakan - menjana minda agar mampu menjadi insan
bijaksana melalui perkongsian dan percambahan idea yang kreatif dan inovatif
Isi 3 : Menggali khazanah budaya dan cara berfikir masyarakat - penerapan melalui latar tempat dan latar
masyarakat - secara tidak langsung dapat meninjau tentang sesuatu lokasi walaupun tidak pernah
menjejakkan kaki - mendalami corak hidup, corak pemikiran, dan pelbagai aktiviti sosioekonomi
Isi 4 : Memperkaya perbendaharaan ilmu dan kosa kata - teks kreatif memang kaya dengan varisai bahasa
- mempelajari pelbagai bentuk bahasa - menikmati pengucapan seni yang indah seperti dalam pengucapan
falsafah, bahasa tinggi, puisi, bidalan, dan peribahasa
Isi 5 : Menganjak paradigma minda, sikap, dan gaya bertindak - penerapan unsur nilai yang amat kaya
dalam setiap karya kreatif - menajamkan minda melalui penghayatan dan berfikir secara hikmah daripada
pelbagai konflik dan episod yang dipaparkan - mendidik diri untuk lebih positif berpandukan amanat yang
disampaikan sama ada secara langsung atau tidak langsung
Kesimpulan : Sesungguhnya, ilmu itu luas bak lautan yang tidak bertepian seperti yang diungkapkan dalam
serangkap syair,
Ilmu alat yang sangat berguna
Idaman orang yang bijaksana
Hamparnya luas amat saujana
Tepinya ajal sempadannya fana
Apabila mengkaji sesebuah karya kreatif sudah pasti pelbagai limpahan ilmu yang bakal diperoleh. Yakinlah
bahawa, dengan mengkaji genre sastera adalah amat menguntungkan selain sangat menghiburkan.

SOALAN-SOALAN TAMBAHAN TERMASUK DARIPADA PPD SABAK BERNAM


DIMENSI DIRI
Belakangan ini jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun H.S. Lee, dan
Tun Sambanthan semakin dilupakan.
Bincangkan cara-cara anda menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.
PERHATIAN : (Soalan ini pada asasnya hampir sama dengan soalan Bahagian A SPM 2012)
Pendahuluan : Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati
meninggalkan nama ialah peribahasa yang merujuk kepada sumbangan seseorang itu akan terus diingati
walaupun dia sudah tiada lagi. Sumbangan dan jasa bakti akan tetap menjadi kenangan terutama sekali jasa
yang ditaburkan kepada negara. Tokoh-tokoh seperti negarawan yang telah banyak menaburkan jasa kepada
masyarakat dan negara adalah wajar sekali nama mereka disanjung dan terus kekal terpahat dalam tinta
sejarah. Justeru, jasa tokoh-tokoh terkemuka seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Zaaba, Tun H
S Lee, Tun Sambantah dan ramai lagi wajar diberi pengnormatan atas jasa yang telah mereka sumbangkan.

Oleh itu, sebagai generasi muda yang dapat menghirup udara keamanan dan kesjeahteraan, saya akan terus
mengingati jasa mereka dengan pelbagai cara yang boleh dilakukan.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Saya hendaklah menanamkan perasaan bangga lagi bermaruah menjadi rakyat Malaysia dapat
menyuntik perasaan sayang dan menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu
Isi 2 : Saya hendaklah menjadi anak muda yang bersifat patriotik yang sentiasa memahami dan
menghayati sejarah negara sentiasa menyimpan perasaan bangga dan berterima kasih kepada tokohtokoh yang telah bersusah payah memerdekakan dan memajukan negara
Isi 3 : Menjadikan tokoh-tokoh sebagai idola sanjungan saya berasa bangga, teruja dan terhutang budi
atas kebijaksanaan, hemah peribadi dan keberanian mereka memperjuangkan keamanan negara
menyimpan cita-cita untuk menuruti tauladan mereka
Isi 4 : Mengambil bahagian yang aktif dalam koakademik yang berkaitan dengan sejarah, tamadun dan
budaya menyertai pertandingan seperti kuiz, melukis poster, mengarang dan mengadakan sambutan ulang
tahun mengingati jasa mereka yang telah pergi
Isi 5 : Mencadangkan kepada semua pihak agar mengabadikan nama tokoh-tokoh negara pada setiap
tempat penting sebagai suatu langkah untuk menghidupkan perjuangan mereka mendidik masyarakat
muda mengenali secara lebih dekat diri dan sumbangan mereka
Kesimpulan : Kata-kata hikmat yang menyebutkan, tiada yang dahulu tiada yang sekarang dan tiada yang
lama maka tiadalah yang baharu menunjukkan bahawa hubung kait antara yang lama dan yang baru sentiasa
saling memerlukan. Seandainya, generasi terdahulu sebagai pelakar sejarah, nescaya generasi kini perlulah
menauladani sejarah dan bijak pula menghargainya. Apa-apa yang telah dilakarkan oleh mereka hendaklah
dijadikan wasilah untuk membentuk sebuah masyarakat madani. Mana-mana yang salah jadikanlah panduan
untuk membuka lembaran sejarah yang baru, kerana yang baik jadikan tauladan, manakala yang buruk
jadikan sempadan.
Penguasaan pelbagai bahasa penting dalam kehidupan seseorang.
Bincangkan kepentingan menguasai pelbagai bahasa dalam kehidupan remaja kini.
Pendahuluan : Mafhum daripada sepotong ayat al-Quran yang bermaksud, Sesungguhnya aku jadikan
manusia dalam berbagai-bagai bangsa dan bahasa agar mereka saling berkenal-kenalan dan bertolong bantu.
Perbezaan bangsa dan bahasa bukanlah alasan untuk memisahkan antara manusia. Sepatutnya manusia
memanfaatkan peluang untuk mendalami ilmu dengan menguasai pelbagai bahasa. Pelbagai bahasa wujud di
dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Mandarin, bahasa
Jepun, bahasa Korea dan bahasa-bahasa yang berasaskan etnik wujud di seantero pelosok alam. Dengan hal
yang demikian, amatlah wajar rakyat Malaysia menyambut baik gesaan kerajaan untuk mempelajari pelbagai
bahasa.

Isi 1: Bahasa merupakan unsur yang global dan universal


untuk melihat kebesaran Yang Maha Pencipta (Maksud ayat al-Quran, Aku jadikan manusia daripada
berbagai-bagai bangsa dan bersuku-suku dengan pelbagai bahasa agar mereka dapat berkenal-kenalan
antara satu sama lain)
membentuk umat yang sentiasa bersyukur
pandai menghormati hak dan kedaulatan manusia sejagat
Isi 2: Sebagai medium mencari dan menggali khazanah ilmu yang dimiliki oleh pelbagai bangsa

setiap bangsa memiliki keistimewaan tersendiri (bangsa Eropah dengan kemajuan teknologi, bangsa Cina
dengan tamadun perubatan herba/tradisional, bangsa Jepun dengan kecanggihan ilmu dan teknologi dan
bangsa Arab dengan pembinaan budaya, kesenian, seni bina dan falsafah.
sebagai medium untuk memudahkan kita mencari ilmu tanpa memerlukan medium perterjemahan yang
panjang/lama

Isi 3 : Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga dunia


mengeratkan hubungan diplomatik antara negara
mengelak salah faham dan wujud hubungan saling menghormati
dapat bertukar-tukar ilmu, teknologi, kebudayaan dan falsafah

Isi 4 : Mudah untuk berhijrah dan berkomunikasi dengan seluruh bangsa di dunia
dapat meneroka alam sejagat yang wujud di seluruh dunia
memperoleh ramai rakan dan kenalan di seluruh dunia
medium terbaik dalam usaha menuntut ilmu dan mengenali budaya masyarakat global

Isi 5 : Strategi keselamatan


dapat mencungkil maklumat rahsia dan niat jahat orang lain terhadap diri kita
langkah awal untuk pertahanan diri daripada sebarang anasir yang tidak baik
memperkemas logistik pertahanan negara dalam bentuk peralatan dan perang saraf
Kesimpulan : Berpandukan kata-kata peribahasa, air banyak ikan tidak mati membuktikan bahawa, apabila
banyak khazanah yang kita peroleh banyak pula perkara yang boleh kita lakukan. Demikianlah dengan
pengayaan pelbagai bahasa sudah pasti menolong kita untuk menggali segala khazanah ilmu. Dengan yang
demikian, jadikanlah usaha memperluas pengetahuan tentang pelbagai bahasa sebagai langkah untuk kita
bangun bersaing di peringkat global.

Sikap pengguna jalan raya yang tidak berhemah telah mengakibatkan peningkatan kes kemalangan di
jalan raya.
Tulis sebuah rencana tentang peranan remaja sebagai pengguna jalan raya yang berhemah.
Pendahuluan : Pelbagai OPS untuk mengatasi kemalangan di jalan raya telah dilancarkan oleh pihak
berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia. Malang sekali dalam setiap operasi yang dilancarkan bukan sahaja
sasaran untuk mengurangkan kemalangan jalan raya tidak tercapai, malah mangsa yang paling ramai terlibat
ialah golongan remaja. Golongan remaja sebagai pihak yang terbanyak menggunakan jalan raya turut dikenal
pasti sebagai pihak yang kurang beretika semasa memandu mahupun menunggang motosikal. Aksi-aksi
seperti memandu laju, berlumba, merempit dan tidak menghormati undang-undang dilakukan dengan
sewenang-wenangnya. Hal demikian telah membawa musibah apabila statistik kemalangan di Malaysia
semakin meningkat tahun demi tahun. Melihatkan keadaan yang semakin parah itu dan boleh menyebabkan
bunga bangsa taruhan negara menjadi korban di jalan raya, saya berpendapat banyak prakarsa yang harus
direalisasikan oleh remaja untuk menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Melengkapi diri dengan syarat pemanduan yang menepati piawai undang-undang trafik syarat
seperti lesen memandu, cukai jalan dan insuran serta pengetahuan tentang undang-undang jalan raya
Isi 2 : Tahu perkara-perkara asas tentang ciri-ciri keselamtan pada kenderaan kebanyakan remaja hanya
tahu memandu/menunggang kenderaan sahaja perlu tingkatkan kepekaan terhadap ciri-ciri mekanikal
kenderaan

Isi 3 : Mampu menguasai emosi dan mengawal nafsu sewaktu di jalan raya tidak bersikap terburu-buru
dan melayani kehendak darah muda remaja tidak mudah tersirna dengan cabaran berlumba atau dicabar
Isi 4 : Mengasuh peribadi luhur untuk menghormati pemandu lain tidak angkuh dan menganggap jalan
raya sebagai kemudahan bersama boleh bertolak ansur dalam situasi sukar seperti kesesakan jalan raya,
waktu puncak atau kerosakan kenderaan pemandu lain
Isi 5 : Mengelak diri daripada aktiviti memandu/menunggang secara berkumpulan dan berkomboi
dengan rakan sebaya sebagai sebab utama berlaku perlumbaan haram dan merempit mengelak diri
dipengaruhi kegiatan tidak sopan semasa di jalan raya.
Kesimpulan : Walaupun pelbagai nasihat dan slogan tentang keselamatan jalan raya terpapar di merata-rata
tempat strategik, namun hakikatnya belum mampu untuk mendidik masyarakat agar lebih berhemah di jalan
raya. Fenomena inilah yang mendedahkan rakyat negara ini menjadi mangsa di jalan raya. Walaupun kecil
dalam peta dunia, namun Malaysia cukup besar dalam statistik kemalangan di jalan raya. Oleh itu, remaja
sebagai golongan sasar terpenting hendaklah lebih prihatin semasa di jalan raya kerana geruh tidak berbunyi
malang tidak berbau.
Remaja sering menjadikan individu tertentu sebagai idola dalam kehidupan mereka.
Bincangkan ciri-ciri yang perlu ada pada diri anda supaya boleh menjadi idola kepada orang lain.
Pendahuluan : Apabila ditanyakan kepada mana-mana remaja tentang idola mereka, nescaya pelbagai
watak individu akan dipilih sebagai ikon mereka. Antara yang paling popular tentulah pemimpin negara,
golongan artis, ahli sukan atau tokoh-tokoh agama. Walau sesiapa jua yang menjadi pilihan, seyogia
keterampilan, kebijaksanaan dan hemah adalah menjadi kayu ukur untuk menentukan individu berkenaan
menjadi idola. Hakikat peribahasa, kerbau dipegang talinya, manusia dipegang pada identitinya
menunjukkan bahawa ciri yang terbaik haruslah dimiliki oleh setiap individu jikalau mahu menjadi tokoh
ikutan dan pimpinan yang boleh diteladani. Oleh itu, sebagai pemimpin masa depan, saya amat teruja untuk
memperkasakan diri dengan pakej peribadi yang sempurna agar mampu menjadi ikon yang boleh memberi
impak terbaik kepada orang lain.
Isi-isi penting :
Isi 1 : saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak yang terpuji mempamerkan
sikap dan tingkah laku yang baik disenangi rakan dan para guru
Isi 2 : menjadi pelajar yang mudah didekati senang berkawan, cepat mesra, peramah dan menghormati
rakan menjadi pelajar yang luhur budi bahasa serta patuh kerpada perintah Tuhan
Isi 3 : mengamalkan prinsip dan identiti diri/jati diri tidak mudah terikut-ikut dengan perangai buruk rakan
tegas dan berani kerana benar
Isi 4 : belajar secara istiqamah menjadi pelajar yang cemerlang akademik ikhlas membantu rakan untuk
berjaya dalam akademik
Isi 5 : penglibatan dalam aktiviti kokurikulum proses bergaul dengan rakan-rakan secara sihat
menyumbang kejayaan kepada sekolah mengangkat imej sekolah agar tersohor di persada negara
Kesimpulan : Pilih suatu petikan yang sesuai gabung kepada tema nyatakan cadangan lahirkan
impian/harapan
DIMENSI KELUARGA

Kenaikan kos sara hidup membebankan golongan masyarakat yang berpendapatan rendah.
Huraikan peranan keluarga untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam menangani permasalahan
tersebut.
CATATAN : SAMA DENGAN CONTOH JAWAPAN SOALAN 2 NEGERI KEDAH
Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan dan Koperasi
(KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada belia-belia di tempat anda. Tajuk ceramah
tersebut ialah Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat.
Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.
Pendahuluan : Dalam sejarah tamadun dunia, kita telah belajar tentang pelbagai peristiwa pahit dan manis
rakyat menjalani kehidupan. Pernah diberitakan, rakyat pernah mengecapi kenikmatan hidup semasa
pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang sangat adil lagi telus dalam urusan pentadbiran negara.
Kecemerlangan yang dicapai sehinggakan Baitul Mal negara sentiasa penuh kerana tiada rakyat yang layak
menerima zakat. Kegemilangan yang sama turut dikecapi oleh rakyat Mesir semasa Nabi Yusuf menjadi
Menteri Ekonomi. Dua contoh yang tersebut adalah sebahagian daripada beberapa kejayaan pemerintah
yang lain sejak zaman prasejarah hinggalah era milenium ini. Sesungguhnya, dalam apa-apa kapasiti pun,
kejayaan sesebuah negara adalah bermula daripada kebijaksanaan pemimpin merancang pelan strategik
negara melalui agenda berjimat cermat.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Meuar-uarkan kempen penjimatan secara berterusan dan tersusun usaha untuk menyedarkan
rakyat suoaya tidak membazir kempen penjimatan tenaga elektrik, air dan bahan makanan amalan
berbelanja secara berhemah
Isi 2 : Melipatgandakan kempen supaya rakyat membeli barangan buatan Malaysia langkah penjimatan
tepat, harga murah b arang bermutu) langkah serampang dua mata, selain berjimat dapat sokong IKS
Isi 3 : Galakan usaha menabung mengelak daripada berbelanja yang tidak perlu inisiatif kerajaan
melancarkan pelbagai dana dan saham amanah (ASNB, AS1M, tabungan koperasi, pembelian insurans)
Isi 4 : Kempen penjimatan bahan-bahan makanan dan utiliti untuk mengurangkan kos perbelanjaan
harian dan mengamalkan gaya hidup sihat (kempen kurangkan gula, kurangkan penggunaan minyak masak
dan penjimatan petrol)
Isi 5 : Melancarkan skim khidmat sokongan membantu golongan yang berpendalatan rendah KR1M,
BR1M, dan Restoran 1 Malaysia langkah membantu rakyat agar tidak tertekan dan terpaksa berhutang
Kesimpulan : Hukum ingat sementara belum kena dan jimat sementara belum habis hendaklah dijadikan
amalan dan Hadith Melayu agar dapat mendidik manusia supaya beringat dan berwaspada dalam apa-apa
situasi sekalipun. Sudah lumrah, malang tidak berbau dan geruh tidak berbunyi yang sepatutnya kita hayati
supaya sentiasa membuat persediaan agar tidak dilanda malapetaka. Janganlah sudah terkena baharu
hendak beringat-ingat, bak sudah terhantuk baharu hendak menengadah.

Pusat penjagaan orang tua semakin bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar menghargai warga emas.
Pendahuluan : Warga Emas Teras Masyarakat. Itulah suatu slogan yang memberikan pengiktirafan atas
keberadaan warga emas di tengah-tengan masyarakat. Walaupun sebahagian mereka boleh dianggap
sebagai Quran buruk, namun kewujudan mereka banyak memberikan impak positif untuk melahirkan
masyarakat yang penyayang, prihatin dan tahu membalas budi. Malahan berdasarkan sepotong pepatah Cina
yang bermaksud, Apabila di dalam rumah kamu tersimpan seorang tua, tahulah bahawa di dalam rumah itu
sudah menyimpan suatu barang yang berharga. Oleh hal yang demikian, keberadaan warga emas perlu
dianggap sebagai suatu rahmat dan hendaklah diberikan penghormatan pada kedudukan tertinggi. Dalam hal
ini, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mendidik generasi muda agar tahu menghormati warga emas.
Isi 1 : Ibu bapa perlu banyak bercerita tentang kehebatan dan sumbangan datuk dan nenek kepada anakanak anak akan faham bahawa keidupan berkeluarga yang mereka sedang alami adalah hasil daripada
pengorbanan induk yang lebih tua
Isi 2 : Kerap membawa anak-anak berziarah orang tua di kampung penting kepada masyarakat bandar
yang semakin terpisah jauh daripada warga emas anak-anak dapat kenal dan bermanja dengan induk
mereka
Isi 3 : Mendidik anak-anak bersikap merendah diri kepada orang-orang tua memberi ucapan hormat dan
sedia mendengar cakap golongan tua elakkan bercerita tentang sejarah silam orang tua terutama tentang
perkara negatif
Isi 4 : Lebih kerap membawa anak-anak ke majlis-majlis kenduri-kendara dan menziarah kematian
anak-anak akan lebih dekat dengan khalayak tua boleh berinteraksi dan kenal cita rasa warga emas
Isi 5 : Membawa ibu bapa bertandang atau tinggal bersama anak berasa lebih mesra dengan datuk dan
nenek mereka cepat tumbuh perasaan kasih sayang.
Kesimpulan : Warga emas ialah insan yang amat banyak meninggalkan jasa kepada generasi masa kini.
Segala jerih payah mereka perlu dihargai dan diberi balasan yang setimpal dengan sumbangan mereka.
Biarlah pengorbanan tersebut terus lestari dengan sikap tahu membalas budi daripada anak-anak dan cucucucu. Inilah hakikat hidup dalam rangkaian generasi dan salasilah keturunan yang tidak putus buat selamalamanya.

Hampir setiap ahli keluarga mempunyai akaun laman sesawang seperti Facebook, Twitter, dan
Instagram.
Tulis sebuah rencana tentang kesan penggunaan media sosial terhadap hubungan kekeluargaan.
CATATAN : SOALAN INI BAHARU SAJA KELUAR DALAM SPM 2011
Kes-kes yang berkaitan keselamatan kanak-kanak semakin meningkat dari hari ke hari.

Bincangkan peranan ibu bapa dalam menjamin keselamatan anak-anak.


Pendahuluan : Telahan orang tua-tua yang selalu menyebut bahawa, dunia semakin tua dan dunia sudah
sampai ke akhir zaman. Ironinya, dalam ketuaan dunia bukan proses alam yang semakin nyanyuk, sebalik isi
dunia khususnya manusia yang menjadi keliru. Isu pembunuhan kejam, haruan makan anak, peperangan
yang tiada berpenghujung seolah-olah menjadi hiburan dan permainan. Mutakhir ini, gejala malang turut
menimpa kanak-kanak apabila penculikan dan perdagangan kanak-kanak semakin berleluasa termasuk di
Malaysia juga. Sekalipun ibu bapa yang wajib memberikan perhatian serius ke atas fenomena ini, namun
masyarakat juga tidak harus berlepas tangan untuk berganding bahu membanteras gejala haiwaniah itu.
Isi 1 : Jangan terlalu mengutamakan kerjaya dan minat
-

agar anak-anak tidak terbiar tanpa belaian kasih sayang

anak-anak hanya berpeluang bermanja dengan pengasuh

terdapat anak-anak yang langsung terbiar

timbul kesan protes apabila anak-anak melarikan diri


Isi 2 : Mengawasi setiap pergerakan anak-anak

tidak membiarkan mereka terlalu bebas di tempat-tempat awam kes Syarlinie dan Nurin yang terlalu
menyayat hati

ibu bapa harus mempunyai perasaan cemburu akan kebebasan anak-anak

untuk keselamatan kanak-kanak yang masih kecil ibu bapa hendaklah sentiasa bersama-sama mereka pada
setiap masa
Isi 3 : Menghantar anak-anak ke pusat jagaan yang berlesen

mengutamakan ciri-ciri keselamatan

tidak melepaskan anak-anak pergi sendiri ke pusat jagaan ataupun tadika walaupun jarak yang berdekatan

kenal pasti segala maklumat pusat asuhan termasuk pengasuhnya juga


Isi 4: Sentiasa mencurigai orang-orang yang baru dikenali atau yang datang secara tidak berjadual

kenal pasti kelibat dan gaya berkomunikasi

kemungkinan mereka menyimpan hasrat yang tidak baik

segera menghubungi pihak berkuasa jikalau mengesyaki wujud individu atau kumpulan

sentiasa bimbang akan taktik jahat orang-orang tertentu


Isi 5 : Wujudkan rangkaian kejiranan dan masyarakat prihatin

hapuskan gaya hidup individualistik seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

amalkan gaya hidup masyarakat desa yang sentiasa mengutamakan jiran

pihak berkuasa atau individu yang berpengaruh dalam komuniti harus memecah tembok ego masyarakat
bandar yang hidup terlalu mementingkan diri sendiri
Kesimpulan : Sesungguhnya kehidupan kita akan menjadi bahagia dan selesa apabila sentiasa dilindungi
daripada perasaan bimbang dan takut. Peristiwa-peristiwa seperti yang dinyatakan telah meninggalkan
pelbagai trauma dan keluh kesah dalam masyarakat. Oleh itu, semua pihak hendaklah mengetepikan segala

perbezaan yang wujud dalam kalangan mereka. Berilah tumpuan dengan ihsan demi anak-anak yang bakal
menjadi permata hati negara.

Kemahiran berkomunikasi, kemahiran penyelesaian masalah, dan kemahiran kepimpinan penting dalam
alam pekerjaan.
Huraikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak menguasai
kepelbagaian kemahiran. SILA UBAH SUAIKAN DENGAN RANGKA ISI DI BAWAH INI
Pendahuluan : Di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi destinasi akhir kepada kebanyakan
pelajar. Sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah mereka sudah mencongak-congak akan peluang
pekerjaan yang bakal diceburi. Walau bagaimanapun, dalam persaingan untuk memasuki pasaran pekerjaan,
kelulusan akademik sahaja belum tentu menjanjikan seseorang itu boleh menjawat jawatan yang dicitacitakan. Sebaliknya, individu yang memiliki pelbagai kemahiran di samping akademik yang baik sudah pasti
dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh para majikan. Justeru, seseorang pelajar itu wajarlah
memperlengkapkan dirinya dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum melamar sebarang
pekerjaan.
Isi 1 : Memiliki kemahiran dalam berkomunikasi
-

petah berbicara, matang mengeluarkan hujah dan pendapat, dan berani berhadapan dengan pelbagai
peringkat klien

berinteraksi dalam gaya yang sopan


Isi 2 : Kemahiran menguasai pelbagai bahasa

mampu berinteraksi dengan pelbagai lapisan dan peringkat

menguasai dengan baik sama ada dalam aspek lisan mahupun tulisan - bahasa utama di Malaysia: Bahasa
Inggeris, Mandarin, Perancis, Arab, Jepun, dan banyak lagi

berpeluang meneroka pelbagai peluang dengan pendapatan lebih lumayan di seberang laut
Isi 3 : Kemahiran teknologi

penting selaras dengan kemajuan teknologi global

hala tuju negara menjadi negara maju yang dipacu oleh sektor perindustrian teknologi pembuatan,
kejuruteraan, dan penciptaan

memiliki aset utama untuk mencari peluang dalam pelbagai sektor (pembuatan, pemesinan, perkakasan,
dan operasi)
Isi 4 : Kemahiran dalam ICT (katak di bawah tempurung)

selaras dengan kemajuan teknologi langit terbuka

mempercepat proses penyebaran dan pemerolehan maklumat melalui rangkaian internet dan laman web.

boleh bersaing dalam gelanggang maklumat yang menguasai gaya hidup moden
Isi 5 : Kemahiran dalam penampilan dan penyesuaian diri

penampilan fizikal, gaya bersosial, mengawal emosi, dan matang berfikir

meyakinkan orang lain terhadap keupayaan diri

mudah diterima dalam kelompok


Isi 6 : Kemahiran-kemahiran seni istimewa

seni suara, seni muzik, memasak, ketukangan, hiasan, dan dekorasi.

sebagai aset tambahan untuk lebih berdaya saing


Sampel kesimpulan: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada sesiapapun yang tahu mengajari kita
agar berusaha mencipta tuah. Oleh yang demikian, penampilan diri dengan pelbagai kemahiran merupakan
tuah yang boleh dicipta demi mencapai kejayaan peribadi seperti yang diidam-idamkan.

DIMENSI MASYARAKAT/NEGARA
Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Kelab Keusahawanan sekolah
bertajuk Pertanian ialah Perniagaan.
Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.
DENGAN IHSAN SAYA LAMPIRKAN KARANGAN ASAL SAYA DARIPADA BUKU SASBADI UNTUK EDISI
2015 SEBAGAI JAWAPAN ALTERNATIF KEPADA SOALAN INI.
Kerajaan perlu memperkasakan sektor pertanian.
Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila sektor pertanian diperkasakan.
Bak kata orang tua-tua, Berbakti kepada bumi, bumi tidak pernah menipu. Maksud di sebalik
ungkapan tersebut menjelaskan bahawa kerja-kerja bercucuk tanam sudah pasti membawa hasil yang tidak
mengecewakan. Kaitan peribahasa tersebut boleh dirujuk dengan aktiviti pertanian di negara ini yang
memerlukan pemerkasaan semula setelah kerancakannya semakin malap akibat hambatan sektor-sektor lain
terutama dalam sektor industri pembuatan. Sebagai sebuah negara yang dianugerahi Allah dengan
kesuburan tanah-tanihnya, pihak kerajaan hendaklah meletakkan sasaran sektor pertanian dalam NKRA
negara. Sebenarnya terdapat banyak habuan positif kepada semua pihak sekiranya sektor pertanian ini
diperkasakan semula.
Faedah yang pertama tentulah kepada pihak kerajaan sendiri apabila dapat mewujudkan suatu lagi
saluran strategik untuk ekonomi negara. Pihak kerajaan dapat mengurangkan kadar pengaliran wang keluar
kerana mengimport barangan makanan khususnya barangan pertanian. Statistik yang dikeluarkan dalam
tahun 2013, sejumlah 30 bilion telah dibelanjakan untuk mengimport pelbagai jenis barangan makanan. Hal
demikian amatlah ironi kepada sebuah negara seperti Malaysia. Sementara itu, sebagai suatu daripada
maslahat tanggungjawab kepada rakyat, kerajaan dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam
kalangan rakyat terutama yang tinggal di luar bandar. Pada hari ini, sektor pertanian terpaksa menerima
penangan kuat daripada sektor-sektor lain sehingga keadaannya diibaratkan hidup segan mati tak mahu.
Kumpulan yang kedua bakal memperoleh faedah tentulah sektor swasta yang mempunyai hubung
kait perniagaan dalam bidang pertanian. Para peniaga yang terlibat secara langsung mengeluarkan input-

input pertanian seperti pembekal jentera, pengeluar baja, racun dan biji benih akan dapat mengembangkan
sayap perniagaan mereka dengan lebih meluas lagi. Jikalau selama ini syarikat-syarikat agro seperti BASF dan
ICI, sukar untuk mengembangkan produk mereka, namun apabila aktiviti pertanian kembali diperkasakan
sudah tentu bidang pemasaran mereka akan berkembang. Dengan perkataan yang lain, semua syarikat yang
ada hubung kait dengan produk pertanian bakal meraih untung daripada polisi kerajaan yang bersifat
menang-menang dan mesra perniagaan seperti itu. Demikianlah hakikat yang saling menyokong bagai aur
dengan tebing.
Masyarakat tani ialah golongan sasar yang mendapat durian runtuh terbesar sekiranya dasar kerajaan
yang lebih mesra pertanian benar-benar berlaku. Selama ini golongan tani yang dilihat sebagai komuniti kelas
ketiga dalam strata masyarakat di Malaysia, sebaliknya apabila sektor pertanian kembali bernafas golongan
inilah yang bakal menjadi entreprenuer dan pedagang yang mempunyai kuasa ekonomi terkuat. Kesuraman
dalam sektor ini telah memberikan kesan yang amat negatif terhadap guna tanah selain turut terjadi
penyelewengan ke atas tanah pertanian di seluruh negara. Belakangan ini, pengubahan status tanah
pertanian kepada tanah industri dan tanah pegangan bebas semakin menjadi-jadi. Alasan utama yang diberi
kerana wujud tanah terbiar dan tanah rang yang tidak diusahakan. Seharusnya, perkembangan negatif itu
hendaklah dilihat sebagai suatu strategi untuk melenyapkan kuasa pemilikan tanah khususnya dalam
kalangan rakyat tempatan, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
Kalangan peniaga dan pedagang juga turut memperoleh faedah daripada prakarsa yang positif ini.
Bidang perniagaan seperti eksport import akan memasuki fasa baru apabila Malaysia mula menjadi hub
utama pengeluaran hasil-hasil pertanian. Bagi merancakkan lagi eksport, Malaysia tidak boleh selamalamanya bergantung kepada eksport komoditi pertanian seperti minyak sawit dan getah sahaja. Pada masa
ini kedua-dua bidang komoditi ini mula mendapat saingan hebat daripada negara-negara jiran seperti
Indonesia dan Thailand. Oleh itu, pemerkasaan sektor pertanian akan memberi ruang kepada bidang
pertanian yang lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Langkah seperti yang diambil
oleh kerajaan Perlis dalam menjenamakan pengeluaran mempelam Harumanis sepatutnya menjadi pembuka
jalan kepada negeri-negeri lain. Oleh itu, motto Kementerian Pertanian dan Industri asas Tani dalam
menjenamakan semula pertanian dengan logo, Pertanian ialah Perniagaan boleh memberikan nafas baru
kepada semua pihak yang berkepentingan dalam sektor yang sangat dominan ini.
Kesimpulannya, anugerah Tuhan yang amat berharga ini wajar dimanfaatkan agar faedahnya dapat
dirasai oleh semua pihak. Walaupun sektor petroleum dan pembuatan menjadi sumber kebergantungan
ekonomi negara, justeru tidak salah sekiranya bidang pertanian turut menjadi pelengkap kepada seluruh
kegiatan ekonomi di negara ini. Inisiatif yang paling penting, kita hendaklah melipatgandakan usaha dan
menggemblengkan kepakaran kerana jika tidak dipecahkan ruyung, di manakan dapat sagunya?

Semua warga sekolah terutama murid-murid bertanggungjawab untuk mengekalkan tahap disiplin
dalam kalangan murid di sekolah.
Bincangkan.
Pendahuluan : Disiplin suatu kata yang sudah cukup klise tetapi sangat berhantu dalam kalangan pelajar.
Bagi pelajar di sekolah, dalam mana-mana peringkat sekalipun sentiasa rimas apabila dikaitkan dengan
perihal disiplin. Malahan, dalam beberapa keadaan, guru-guru yang menjadi penguasa disiplin sangat
popular dengan kebencian oleh para pelajar. Kisah-kisah panas guru disiplin dipukul, kereta guru dicalari

atau disimbah cat telah menjadi sebahgian daripada risiko yang terpaksa dihadapi. Walau bagaimanapun,
dalam benci tapi rindu tanpa peraturan dan disiplin mungkin sistem pendidkan di Malaysia tidak sampai ke
tahap yang ada seperti sekarang. Oleh itu, pelestarian sistem disiplin hendaklah diteruskan dan sentiasa
diperkasakan supaya proses kemenjadian pelajar akan berhasil.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Agar dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang selesa, selamat, tenteram serta dapat
melahirkan modal insan yang berkualiti tanpa suasana pembelajaran yang kondusif matlamat mendidik
akan terbantut melahirkan generasi pelajar yang membawa pelbagai anasir kepada mengara
Isi 2 : Dapat menjalinkan hubungan yang akrab dan mesra antara murid dan guru serta sebaliknya
mewujudkan suasana taman ilmu yang tenteram dan berhikmah wujud jalinan kasih sayang dalam
kalangan warga sekolah
Isi 3 : Berupaya melahirkan insan soleh yang berilmu, berakhlak, dan kompeten sebagai jaminan
terhadap masa dengan lahirnya modal insan yang hebat dan cemerlang
Langkah-langkah :
Isi 4 : Semua sistem, rutin dan program sekolah hendaklah dipatuhi oleh pelajar cuba menghayati nilai
disiplin sebagai penggerak dan penjana kejayaan
Isi 5 : Semua pelajar hendaklah menanamkan perasaan bangga terhadap alma mater menanamkan
azam untuk berjasa kepada sekolah dan menjulang nama sekolah ke persada pendidikan negara
Kesimpulan : Tepat sekali apabila dikatakan disiplin adalah berperanan sebagai janakuasa yang
menggerakkan ketahanan diri pelajar daripada terjerumus ke kancah bahaya. Walaupun, disiplin bukan
elemen yang popular dalam kalangan umum pelajar, namun kehadirannya hendaklah diterima, ibarat ubat
sekalipun pahit namun sangat mujarab.

Masyarakat kini kurang kesedaran tentang peranan mereka sebagai pengguna yang bijak.
Huraikan ciri-ciri pengguna bijak.

Penghidap penyakit kronik seperti kanser, dan AIDS semakin meningkat. Langkah-langkah perlu
diambil untuk menyedarkan masyarakat tentang bahayanya penyakit kronik.
Bincangkan.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Inisiatif kerajaan menyedarkan rakyat dengan pelbagai maklumat tentang penyakit berbahaya
peranan media massa milik kerajaan perlu lebih proaktif

Isi 2 : Tindakan proaktif Kementerian Kesihatan adalah amat perlu melancarkan perang terhadap
sebarang anasir/kegiatan membawa kepada penularan penyakit berbahaya menyediakan ubatubatan/pencegahan yang lebih efisien
Isi 3 : Mengawal pintu masuk negara dengan lebih ketat dan tegas dasar menarik pelancong asing
hendaklah dikaji untuk mengehadkan kemasukan pelancong dari negara pembawa penyakit (Ebola, H1N1,
dan AIDS
Isi 4 : Masyarakat perlu beralih kepada kesedaran gaya hidup sihat mengutamakan kesihatan sebagai
keutamaan bukan lagi keperluan agenda kesihatan dijadikan tugas rutin harian/mingguan aktiviti
senaman dan pengambilan makanan berskala zat kesihatan diutamakan
Isi 5 : Tindakan tegas pihak kerajaan terhadap pesalah yang disabitkan dengan punca/pembawa penyakit
berbahaya hukuman berat dan penjara mandatori
Isi 6 : Mendidik masyarakat terhadap gaya hidup beragama, moral dan etika yang mulia mengurangi
gaya hidup bebas, merokok, mimuman keras, berzina kempen, MALAYSIA SEJAHTERA, KESIHATAN
DIUTAMAKAN, AGAMA DIDAHULUKAN,

Malaysia mempunyai tempat-tempat menarik seperti pantai-pantai, tempat-tempat bersejarah, dan


kawasan tanah tinggi.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat setempat untuk
memajukan tempat-tempat tersebut.
*DENGAN IHSAN SAYA LAMPIRKAN SEMULA SAMPEL KARANGAN ASAL DALAM MODUL SAYA EDISI
2014. SILA UBAH SUAIKAN MENGIKUT KESESUAIAN SOALAN.
Industri pelancongan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis rencana berkaitan dengan
peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
NOTA : Karangan ini dalam bentuk berformat rencana. Pastikan anda mematuhi arahan format.
Tajuk : Pelancongan di Malaysia, Potensi dan Tanggungjawab Semua Pihak
Oleh : Dayan Asytar Bin Dayan Asyhar
Sudah acap kali penganjuran tarikan pelancong ke luar negara oleh pelbagai agensi sentiasa mendapat
sambutan yang memberangsangkan. Penganjuran tersebut turut disokong oleh pihak kerajaan dengan menganjurkan
Kempen Tahun Melawat Malaysia. Kini Malaysia mula dikenali di saentero dunia sebagai destinasi pelancongan yang
menarik, murah, dan eksotik. Malaysia telah menduduki tempat kesembilan dari sepuluh negara yang paling popular
dikunjungi pelancong. Kerajaan Malaysia telah menyasarkan, pada tahun 2012, jumlah kemasukan pelancong kepada 24.5
juta orang dengan anggaran tukaran asing sebanyak RM58 bilion. Sejajar dengan hasrat negara untuk menjadikan sektor
pelancongan sebagai penyumbang utama ekonomi negara, maka semua pihak di Malaysia patut memainkan peranan
aktif masing-masing.

Memandangkan industri pelancongan merupakan satu daripada matlamat dalam NKRA negara, justeru
gemblengannya hendaklah diterajukan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensinya. Agensi-agensi yang berkaitan
dengan industri pelancongan seperti Kementerian Pelancongan, Jabatan-jabatan Pelancongan negeri, Kementerian Luar
Negeri, dan Kementerian Kebudayaan dan Komunikasi hendaklah memainkan peranan yang aktif. Pihak yang terbabit
perlu mengambil tanggungjawab untuk merancangkan pelbagai program promosi dan menjualkan nama Malaysia di
persada dunia. Kementerian Pelancongan hendaklah mempunyai KPI yang jelas untuk menentukan sasaran kemasukan
pelancong. Oleh itu, usaha yang terbaik, kementerian perlualah merancangkan pelbagai aktiviti untuk menarik minat
pelancong ke Malaysia. Sepatutnya pihak berkenaan perlu mengambil kesempatan daripada kedudukan strategik
Malaysia untuk laluan ke Singapura, Indonesia, dan Thailand.
Inisiatif seterusnya hendaklah turut digerakkan oleh sektor swasta juga. Memandangkan kegiatan pelancongan
merupakan salah satu daripada cabang membuat duit, justeru pihak swasta tidak boleh terlepas pandang dalam
menyokong matlamat negara untuk menjadi destinasi pelancongan yang paling dikunjungi. Langkah paling strategik
pihak swasta hendaklah menyokong dan mengambil bahagian dalam program galakan pelancongan di luar negara. Pihak
swasta terutama konglomerat utama seperti YTL,Kumpulan Genting, FELDA, Perbadanan Kemajuan Negeri hendaklah
lebih gigih membangunkan prasarana pelancongan seperti kemudahan penginapan dan pengangkutan. Walaupun
rangkaian hotel mewah dan hotel bajet tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan ternyata jumlahnya adalah terlalu
kecil. Hal demikian sering terjadi di pusat-pusat pelancongan ternama seperti Pulau Langkawi yang sering menghadapi
masalah tempat penginapan apabila terdapat penganjuran bertaraf antarabangsa seperti pameran LIMA. Selain
penginapan, kemudahan pengangkutan yang lebih cekap dan mesra pelancong perlu disediakan . Pendek kata,
kemudahan infrastruktur dan prasarana hendaklah disediakan bermula dari pelancong menjejaki kaki hinggalah mereka
pulang dengan senyuman puas.
Manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar negara hendaklah
menjaga dan memperindah kawasan jagaan masing-masing. Semua pihak sudah maklum, kunjungan pelancong asing ke
sini adalah dengan matlamat untuk menghirup udara dan persekitaran yang nyaman dan indah. Dengan hal demikian,
pihak terbabit wajar mengutamakan aspek kebersihan dan keindahan landskap alam. Semua potensi bumi seperti sungai,
laut dan gunung perlu dikekalkan lestarinya. Pihak berkenaan perlu mengambil inisiatif mewartakan tempat-tempat
tersebut seperti yang dilakukan oleh Thailand yang mewartakan semua pulau sebagai taman luat. Pulau-pulau seperti
Phuket, Koh Adang, Koh Lanta, Koh Samui dan banyak lagi kini menjadi syurga pelancong dan lombong emas kepada
negara Thai. Malaysia juga bukan kurang dengan potensi tersebut kerana beberapa destinasi utama seperti Pulau
Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Redang, dan gunung Kinabalu semakin mendapat tempat di hati pelancong. Tegasnya,
sudah tiba masa kita belajar daripada kejayaan negara jiran tersebut dalam usaha memanipulasikan sumber alam sebagai
dana kekayaan negara.

Pada era milenium ini, minda masyarakat hendaklah lebih terbuka dan positif terhadap industri pelancongan.
Seandainya dalam tiga dekad yang silam orang selalu menuduh sektor pelancongan sebagai industri yang
mengumpankan gejala negatif tetapi kini tuduhan seumpama itu adalah meleset sama sekali. Kita hendaklah lebih positif
dengan menyokong semua usaha pihak kerajaan untuk menjanakan ekonomi melalui sektor palancongan. Semua pihak
hendaklah berganding bahu untuk memaparkan identiti rakyat Malaysia yang tinggi tamadunnya, terbuka fikirannya dan
berbudaya sopan seperti, peramah, dan berbudi bahasa. Sebagai sebuah negara Islam, kita hendaklah lebih pragmatik
kerana dalam Islam sendiri amat menggalakkan umatnya bermujahadah dan melancong seperti dalam konteks ibadah
Haji , Umrah dan Ziarah. Seperkara lagi, apabila lebih ramai pelancong nescaya akan berlakulah rentas komunikasi global
yang boleh membentuk suatu dimensi baru rakyat Malaysia yang berfikiran positif dan bertaraf dunia.

Langkah yang tidak kurang penting juga ialah penglibatan aktif duta-duta di luar negara. Semua rakyat Malaysia
yang berada di luar negara sama secara rasmi atau individu hendaklah mengambil peluang menarik minat lebih ramai
pelancong. Di peringkat kerajaan, duta-duta dan kuasa usaha di luar negara hendaklah mengadakan program menjelajah
ke merata pelosok untuk turut sama dalam program tarikan pelancong. Selain itu, kumpulan terbesar iaitu pelajar
Malaysia di seberang laut hendaklah bijak berkomunikasi dengan strategi sambil menyelam minum air untuk
menyampaikan mesej yang jelas tentang Malaysia. Sebagai generasi muda yang mempunyai ilmu pengetahuan, mereka
sewajarnya boleh menjadi misi negara untuk menerangkan pelbagai keistimewaan negara sama ada dalam aspek rumpun
bangsa rakyatnya, pola budayanya, pelbagai cita rasa makananya dan tentang indahnya permata yang suatu ketika
dahulu dikenali sebagai Semenanjung Emas dalam kalangan padagang dari Eropah dan Arab. Pendek kata, jikalau
semua pihak dapat melaksanakan komitmen masing-masing, agenda pelancongan negara sudah pasti berjaya.
Sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni, Malaysia amat strategik untuk dikunjungi oleh pelancongpelancong sama ada dari Timur atau Barat. Peluang harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya pada masa ini apabila
Malaysia begitu popular kepada pelancong dari Timur Tengah dan Asia Timur jauh. Peluang yang sedia terhidang
hendaklah bijak direbut, bak kata peribahasa rezeki jangan ditolak, aral jangan diraih.

Sikap prihatin, bekerjasama, dan bertolak ansur penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Huraikan langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni.
Pendahuluan : Beberapa sumber daripada peribahasa Melayu boleh dipetik sebagai menandakan
masyarakat Melayu amat mementingkan nilai-nilai murni bekerjasama dan bertolak ansur. Antara peribahasa
yang boleh dipetik adalah seperti ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni; hati gajah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah; bagai aur dengan tebing hidup serumpun bak serai sejunjung bak sirih dan hidup
ibarat suatu anggota, jangan memiat daging, sakit di orang sakitlah di awak. Demikianlah begitu banyak
sarana agar masyarakat perlu hidup secara bertoleransi dan bermasyarakat agar terbentuk kekuatan ummah
sama ada dalam aspek ekonomi, sosial dan budaya. Namun demikian, impian untuk membentuk sebuah
institusi masyarakat yang ampuh mungkin muluk dalam kata-kata, tetapi bukan mudah untuk direalisasikan.
Oleh hal yang demikian, semua entiti dalam masyarakat perlulah beriltizam untuk membina sebuah
masyarakat yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni sebagai anak kunci masyarakat madani.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Zahirkan kesedaran dalam jiwa setiap anggota masyarakat akan nilai bersyukur bersyukur kerana
ditakdirkan hidup dalam sebuah negara yang aman - mensyukuri nikmat Allah dan menghargai sumber alam
berpada-pada dan reda (redha) dengan nikmat yang ada
Isi 2 : Para pemimpin perlu menzahirkan daya kepemimpinan bertauladan, hemah dan bijaksana
pemimpin sebagai cerminan kepada rakyat tunjuk tauladan dan pekerti yang mulia perlu diserlahkan untuk
ikutan masyarakat
Isi 3 : Guru dan ibu bapa perlu menjadi ejen terpenting untuk membimbing anak-anak mengamalkan
pekerti mulia anak-anak dan remaja akan tumbuh membesar dalam persekitaran yang paling awal iaitu di
rumah dan sekolah (hakikat peribahasa, air perabung mengalir ke cucur atap dan guru kencing berdiri murid
kencing berlari)

Isi 4 : Mengutamakan teras pendidikan, agama dan moral merentas ilmu pengetahuan anak-anak
dididik menerima ilmu secara berhikmah mengamalkan ilmu dengan jalan yang betul ilmu untuk
kesejahteraan insan dan mensyukuri nikmat Tuhan
Isi 5 : Mendidik masyarakat yang berdisiplin, patuhi undang-undang dan menyayangi alam sekitar
masyarakat yang bijak, dinamik dan faham akan nilai murni dalam masyarakat masyarakat yang
menghargai alam sebagai komponen penting masyarakat yang bertanggungjawab
Kesimpulan : Peribahasa yang menyatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku celaka padahnya
hendaklah dijadikan panduan dan sempadan agar dalam semua tingkah laku tidak menyalahi pertaturan dan
tataetika. Justeru, perihal kehidupan dengan amalan nilai murni hendaklah diperkasakan. Baik negara
mahupun masyarakat pasti memperoleh impak yang cukup signifikan apabila masyarakat mula
mengamalkan nilai-nilai murni seperti prihatin, bekerjasama, dan bertolak ansur. Sesungguhnya, inilah
impian untuk membentuk negara maju dalam acuan kita menjelang Wawasan 2020.

DIMENSI ANTARABANGSA
Keamanan hanya dapat dicapai melalui perundingan bukannya melalui peperangan.
Bincangkan pernyataan di atas.
Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup kita yang saling
memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup bersendirian bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga
telah berfirman dengan maksudnya, Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa
agar mereka saling mengenali dan bertolong bantu. Oleh hal yang demikian, demi keamanan dan
kemakmuran masyarakat sejagat, sama ada pemimpin mahupun rakyat hendaklah mengambil inisiatif untuk
menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh warga dunia tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi,
bangsa, dan agama.
Isi-isi penting :
Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara menjalinkan persefahaman dan
hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia
amalan saling mengiktiraf sebagai negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan
prejudis dalam kalangan masyarakat dunia
Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global boleh mewujudkan hub pendidikan
global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama
di bawah badan dunia seperti UNESCO - mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat
dunia - menjalinkan persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan
Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas pasaran di peringkat global memperkenalkan produk masing-masing di pasaran antarabangsa menjalinkan hubungan dagang dan
memperluas pasaran global

Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti
antarabangsa persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan keamanan - menjaga kebajikan negaranegara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan
dunia (PBB)
Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang bersatu padu menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak bersikap mementingkan
diri memperoleh pengiktirafan oleh masyarakat dunia - memperluas sistem rangkaian maklumat global
dalam jalinan maklumat siber
Kesimplulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam belenggu katak di
bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati
oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan
disisihkan dalam pelbagai agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus
berbakti kepada masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda
ada.

Masalah pendatang asing tanpa izin dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama dengan negaranegara jiran.
Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani
masalah tersebut.
Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup kita yang saling
memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup bersendirian bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga
telah berfirman dengan maksudnya, Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa
agar mereka saling mengenali dan bertolong bantu. Oleh hal yang demikian, demi keamanan dan
kemakmuran masyarakat sejagat, sama ada pemimpin mahupun rakyat hendaklah mengambil inisiatif untuk
menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh warga dunia tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi,
bangsa, dan agama.
Isi-isi penting :
Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara menjalinkan persefahaman dan
hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia
amalan saling mengiktiraf sebagai negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan
prejudis dalam kalangan masyarakat dunia
Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global boleh mewujudkan hub pendidikan
global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama
di bawah badan dunia seperti UNESCO - mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat
dunia - menjalinkan persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan
Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas pasaran di peringkat global memperkenalkan produk masing-masing di pasaran antarabangsa menjalinkan hubungan dagang dan
memperluas pasaran global

Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti
antarabangsa persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan keamanan - menjaga kebajikan negaranegara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan
dunia (PBB)
Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang bersatu padu menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak bersikap mementingkan
diri memperoleh pengiktirafan oleh masyarakat dunia - memperluas sistem rangkaian maklumat global
dalam jalinan maklumat siber
Kesimpulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam belenggu katak di
bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati
oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan
disisihkan dalam pelbagai agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus
berbakti kepada masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda
ada.

CATATAN : SILA UBAH SUAIKAN SOALAN INI DENGAN RANGKA ISI DI BAWAH
Kerjasama Malaysia dengan negara-negara-negara jiran amat diperlukan untuk memerangi jenayah
pemerdagangan manusia yang kini telah menjadi isu global.
Bincangkan pernyataan tersebut.
Pendahuluan : Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi
manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi
gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola
tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa
yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan
krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan
demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara
penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai
salah sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan memandang sebelah
mata terhadap krisis ini. Malaysia wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar
jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing kestabilan dalam negeri
boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-wenangnya
Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara dunia ketiga
berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa seperti polis, tentera, dan
pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)

Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran mencegah kemasukan warga
asing sacara haram kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia yang kondusif kepada
kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)
Isi 5 : Komitmen diplomatik yang intim dalam kalangan pemimpin negara pertelagahan politik memberi
laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu yang kenyang)
Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak
zaman-berzaman. Yang berbeza dari masa ke masa hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian
secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh
sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.

Kerjasama yang erat antara negara jiran mendatangkan banyak faedah.


Jelaskan kebaikan yang diperoleh daripada kerjasama yang erat antara negara yang berjiran.
Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup kita yang saling
memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup bersendirian bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga
telah berfirman dengan maksudnya, Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa
agar mereka saling mengenali dan bertolong bantu. Oleh hal yang demikian, sebagai kerajaan yang bebas
dan merdeka, semua negara patut mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan
seluruh negara di dunia tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama. Sesungguhnya,
amat besar natijah di sebalik usaha diplomatik seperti itu.
Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara menjalinkan persefahaman dan
hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia agar wujud amalan mengiktiraf antara satu sama lain sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam kalangan masyarakat dunia
Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global - menjadikan hub pendidikan global
- mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di
bawah badan dunia seperti UNESCO - mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat
dunia - menjalinkan persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan
Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas pasaran di peringkat global memperkenalkan produk masing-masing di pasaran antarabangsa menjalinkan hubungan dagang dan
memperluas pasaran global mewujudkan jaringan yang harmoni dalam situasi menang-menang
Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti
antarabangsa persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan keamanan - menjaga kebajikan negaranegara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan
dunia (PBB)
Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang bersatu padu menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak bersikap mementingkan

diri dan boleh berada dalam kelompok masyarakat dunia - memperluas sistem rangkaian maklumat global
dalam jalinan maklumat siber -membangunkan minda dan peribadi rakyat agar setanding dengan warga
dunia
Kesimplulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam belenggu katak di
bawah tempurung. Kita tidak boleh hidup bersendirian kerana sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh
masyarakat global. Daripada kita dianggap sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan
dalam pelbagai agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada
masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda ada.

Negara-negara Asia Tenggara terkenal dengan kawasan pelancongan yang menarik seperti Pulau
Tioman di Malaysia, Pulau Bali di Indonesia dan Hanoi di Vietnam.
Huraikan kerjasama Malaysia dengan negara-negara Asia Tenggara dalam memajukan industri
pelancongan.

Isi-isi penting :
Isi 1 : Menjalinkan kerjasama diplomatik, sosial dan budaya antara negara menjaminkan keamanan di
rantau Asia Tenggara mewujudkan sekretariat pelancongan dalam kalangan negara ASEAN
Isi 2 : Menjalankan kerjasama kelestarian alam sekitar mengekalkan keindahan alam sekitar bersama
(lautan, gunung-ganang, sungai dan rimba) mencegah anasir cuaca buatan manusia seperti jerebu,
pembakaran hutan, dan mencemarkan laut (tumpahan minyak)
Isi 3 : Menjaminkan keamanan/keselamatan perairan bersama kawalan daripada serangan lanun,
malapetaka dan bencana di luar jangka mengadakan rondaan bersama
Isi 4 : Mengadakan program pertukaran duta pelancongan berkongsi maklumat dan bertukar pengalaman
menguruskan program pelancongan program mentor (Thailand boleh menjadi mentor kepada negaranegara jiran) mewujudkan jalinan/jaringan pelancongan antara negara pengangkutan/penerbangan
Isi 5 : Menjalankan promosi tarikan pelancongan secara bersama wujudkan situasi menang-menang
dalam usaha menarik kunjungan pelancong pelancong luar yang datang perlu digalakkan melawat kesemua
negara dalam jiran ASEAN tidak berebut/mencuri pelancong

Pertandingan koakademik seperti pidato, pantun, dan debat pada peringkat antarabangsa memberikan
peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dan menambahkan ilmu
pengetahuan.
Berikan pendapat anda.

CATATAN : SILA UBAH SUAI SOALAN INI DENGAN RANGKA JAWAPAN DI BAWAH
Penyertaan pelajar dalam pelbagai program dan pertandingan di peringkat antarabangsa dapat
mengharumkan nama negara di mata dunia.
Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh melalui penyertaan dalam program dan pertandingan itu.

Pendahuluan : Manusia pada dasarnya mempunyai impian dan matlamat yang sama iaitu untuk hidup bebas
dan berjaya. Sementara itu, setiap orang dituntut agar menghormati hak asasi orang lain. Hak-hak tersebut
seperti hak untuk kebebasan, hak memperoleh kasih sayang dan hak untuk mencari ilmu pengetahuan.
Walau bagaimanapun, dalam beberapa kepentingan tertentu masyarakat dunia sering bertelagah sehingga
membawa kepada peperangan. Oleh itu, dalam abad milenium ini pelbagai usaha telah dijalankan oleh
masyarakat antarabangsa untuk merapatkan semula jurang perbezaan yang wujud. Pelbagai program dan
pertandingan sama ada sukan inovasi seperti reka cipta mula mendapat penyertaan kalangan masyarakat
antarabangsa. Sebenarnya, banyak sekali faedah yang bakal diperoleh oleh setiap negara peserta apabila
terlibat secara aktif dalam program-program seperti ini.
Isi 1 : Menjalinkan hubungan diplomatik antara negara jalinan kerjasama dan keamanan di bawah payung
PBB memupuk semangat perpaduan dan berdamai dalam kalangan manusia sejagat
Isi 2 : Suatu usaha positif memperluas jaringan antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan sifat ilmu
yang akan berkembang apabila semakin luas jaringannya (rujuk kata-kata hikmat Saiyidina Ali KW)
memahami hakikat bahawa setiap bangsa memiliki keistimewaan tertentu dalam bidang ilmu (contoh :
bangsa Cina tentang ilmu perubatan, Jepun dalam bidang sains dan teknologi, bangsa Arab tentang falsafah
dan seni bina dan ilmu agama)
Isi 3 : Mempercepat transformasi kemajuan negara transformasi amat berkait rapat dengan penguasaan
ilmu pengetahuan anak-anak Malaysia yang pulang dengan ilmu pengetahuan akan membantu
mempercepat kemajuan negara mereka menjadi penyebar pengetahuan dan menjadi agen penggerak
negara maju menjelang 2020.
Isi 4 : Mendedahi remaja dengan perubahan budaya dan sosial masyarakat asing boleh mengubah cara
berfikir dan bertindak secara lebih matang bijak bergaul dan mempunyai jaringan komunikasi diseluruh
dunia
Isi 5 : Mengadakan program pertukaran tenaga pakar dan tenaga akademik membolehkan peluasan ilmu
pengetahuan berkembang secara global kemajuan dunia berkembang secara positif untuk manfaat semua
warga dunia tiada lagi penindasan dan peperangan
Kesimpulan : Dalam abad milenium ini, umat Malaysia tidak harus terkongkong dalam belenggu katak di
bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati
oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan
disisihkan dalam pelbagai agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus
berbakti kepada masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda
ada

Program pertukaran pelajar antara negara mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar dan negara
yang terlibat.
Huraikan faedah-faedah tersebut
Pendahuluan : Secara tradisionalnya manusia dipisahkan oleh sempadan geografi dan geopolitik.
Sungguhpun demikian, pemisahan bukanlah bererti manusia tidak mempunyai persamaan dan nilai murni
yang sama. Cita rasa dan hak untuk dihormati telah wujud secara azali sejak manusia dilahirkan lagi. Lebihlebih lagi dalam dunia siber seperti sekarang, pemisahan secara tradisional sudah tidak relevan lagi. Oleh itu,
manusia harus bertemu dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Proses tersebut boleh membuang
segala syak wasangka dan sebaliknya dapat membina tamadun alaf baru yang saling menyokong dan
melahirkan suasana menang-menang. Tahap perintis untuk mewujudkan persefahaman tersebut adalah
melalui program pertukaran pelajar antarabangsa. Tidak syak lagi banyak signifikan di sebalik usaha yang
telah dilaksanakan oleh NGO antarabangsa itu, bak kata peribahasa lama hidup luas pengalaman, jauh
berjalan banyak pengetahuan (pandangan)

Isi 1 : Dapat memperluas jalinan persefahaman politik, ekonomi, dan sosial mewujudkan suatu era baru
dalam slogan, Satu Dunia Satu Komuniti mewujudkan kedamaian sejagat dalam alaf baru
Isi 2 : Membuka ruang minda pendedahan tentang kepelbagaian budaya, etika, dan ilmu pengetahuan
pertukaran maklumat antara negara maju dan negara-negara membangun (peribahasa, jauh berjalan luas
pandangan, lama hidup banyak pengalaman)
Isi 3 : Mengurangkan persengketaan yang berpunca daripada salah faham politik dan ideologi para
pelajar bakal menjadi duta kecil yang membawa misi damai dan menjadi bakal pemimpin masa depan yang
mesra keamanan
Isi 4 : Mewujudkan satu kesatuan budaya masyarakat majuk saling memahami dan saling menghormati
budaya, adat resam, dan agama mencetuskan keamanan dengan saling menghormati hak dan piagam
masyarakat lain
Isi 5 : Sebagai perintis kepada jalinan persahabatan antara negara wujud hubungan lebih intim antara
negara-negara peserta boleh mengelak sikap mementingkan diri serta dendam kesumat dalam kalangan
pemimpin dunia
Kesimpulan : Sesungguhnya, manusia dijadikan daripada satu hubungan benih antara Adam dan Hawa.
Amatlah ironi apabila manusia sejak dari zaman pratamadun lagi terus bersengketa hingga ke hari ini. Usaha
positif hendaklah digemblengkan agar budaya haiwan yang telah sekian lama mempengaruhi minda
sebahagian daripada pemimpin besar dunia dapat dihapuskan. Alangkah indahnya, apabila manusia dapat
merasai nikmat keamanan yang sejati.

Peperangan, kezaliman, dan penindasan yang menimpa warga dunia semakin berleluasa sejak akhirakhir ini. Anda berpendapat terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada amalan buruk tersebut.

Tulis pendapat anda tentang faktor-faktor yang mendorong berlaku peristiwa tersebut dan cadangkan
langkah-langkah yang boleh dijalankan oleh warga dunia.

Pendahuluan : Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah. Peribahasa tersebut benarbenar menggambarkan nasib malang yang ditanggung oleh rakyat jelata apabila kuasa-kuasa pemerintah
bertelagah sesama sendiri. Korban rakyat Iraq yang sudah mencecah hampir sejuta orang berpunca daripada
sikap angkuh mantan Presiden Amerika George W. Bush. Malahan dunia terus bercelaru apabila isu nuklear
Iran dan Korea Utara masih berlarutan dan tiada jalam penyelesaian. Gara-gara daripada pertelingkahan
merebut kuasa itu berakhir dengan tindakan kejam dan penindasan yang tidak pernah berkesudahan.
Malapetaka yang sudah sekian lama menimpa rakyat Palestin, Pakistan, Afghanistan, Kashmir, Darfur, dan
pembersihan etnik yang berlaku di beberapa negara di Afrika telah menyaksikan sejarah peradaban manusia
semakin ternoda. Oleh itu, selagi peluang masih ada, kita wajarlah menelusuri akan punca gejala tersebut
membara dan seterusnya bertindak atas hemat untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan tersebut.
Faktor-faktor
Isi 1: Bangkit perasaan tamak dan ingin menunjuk kuasa - sikap yang ditunjukkan oleh kuasa-kuasa besar
dunia (Amerika Syarikat dengan konco-konconya Perancis, England, Jerman, Australia dan Itali) - mahukan
negara-negara kecil berada di bawah telunjuk mereka - bertindak secara kekerasan apabila order mereka
tidak dipatuhi (serangan terhadap Afghanistan, Iraq, dan Palestin, ancaman terhadap Iran berkaitan isu
nuklear - banyak korban harta benda dan rakyat
Isi 2: Keengganan pihak bertelingkah berunding secara jujur - hasil di meja rundingan tidak dipraktikkan menghasut pengikut melakukan kekejaman - sikap talam dua muka kuasa-kuasa besar yang bertindak secara
memihak - menghalalkan pembunuhan sekiranya dasar mereka ditentang
Isi 3: Kegiatan memperdagangkan senjata moden - kuasa-kuasa utama dunia kemaruk untuk
memperagakan senjata canggih mereka - cuba mencipta masalah untuk menghalalkan tindakan memerangi
negara-negara yang lemah - mengadu-dombakan pemimpin yang bertelagah agar pertikaian berpanjangan memperjudikan nasib rakyat yang tidak berdosa

Langkah-langkah mengatasi
Isi 1: Negara-negara kecil yang bertelingkah harus menamatkan sengketa - elakkan sikap mementingkan
diri sendiri - memulakan episod dunia moden dengan kemahuan untuk berdamai daripada terus bersengketa elakkan campur tangan kuasa asing terutama kuasa besar
Isi 2: Memperkasakan misi damai - perlu ada order baru dunia yang berani bangkit untuk menaja keamanan
dunia - gabungan negara-negara kecil dan negara Dunia Ketiga mesti berani bangkit untuk memperjuangkan
keamanan sejagat - menolak campur tangan kuasa besar yang dilakukan secara tidak adil
Isi 3: Memboikot kuasa besar yang menjadi paksi kekejaman dunia - negara-negara membangun mesti
beralih untuk berlindung di bawah pengaruh kuasa ekonomi yang mementingkan kedamaian (Cina dan
Jepun) - tidak memberi laluan penggunaan kuasa tentera kepada negara-negara kuasa besar yang angkuh -

masyarakat di negara bergolak perlu memilih amalan bertolak ansur daripada berperang sesama sendiri
(bandingan peribahasa jong pecah yu yang kenyang)
Kesimpulan : Sesungguhnya setiap insan mempunyai hak untuk hidup dan hak untuk memperoleh
kebebasan. Maha kaya Tuhan telah menciptkan pelbagai bentuk muka bumi dan pelbagai bangsa dengan
setiap bangsa diperuntukkan tanah air sendiri. Sudah sewajarnya bangsa tersebut memakmurkan bumi
mereka sendiri. Justeru mereka dilarang pula mengancam peluang orang lain untuk hidup selamat dan stabil.
Seyogia, angkara sombong yang mengganggu gugat hak orang lain untuk hidup bebas perlu dibanteras
sepenuhnya.

You might also like